FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK PUTAR ALAM. Show all posts
Showing posts with label POLITIK PUTAR ALAM. Show all posts

Saturday, 28 August 2010

HUDUD PAS : ASYIK SALAHKAN ORANG AJE !!!!





Bila kerajaan didakwa buat silap dan ada yang tak betul pembangkang punya riuh macam nak pecah kampong.Merekalah juara pembela rakyat segala macam.

Sebaliknya adakalanya untung jadi pembangkang.Banyak hal yang tersembunyi dan dipandang ringan kerana mereka pembangkang.

Contohnya cuba renung dan tilik apa jadi kepada negara jika kuasa memerintah ditangan mereka dicelah pertikaian DAP dan PAS mengenai perlaksanaan undang-undang hudud.

Namun, mesej Perdana Menteri Datuk Seri Najib ketika ulas isu besar itu yang cuba ditutup oleh pekatan rakyat amat mudah – jangan tunggu hingga negara diambang kehancuran baru nampak segalanya.

Perbezaan pendirian antara DAP dan PAS boleh nampak dari jarak 1,000 batu.

Berat memang berat .PAS bertegas masih komited dengan hukum hudud manakala DAP tidak berganjak menolaknya .Ini belum lagi bab Karpal Singh dengan ungkapan ‘langkah mayatnya dulu’ jika PAS mahu laksanakan hudud.

PKR sendiri terus main wayang ditengah menerusi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak berani nak cakap banyak dalam isu ini.

Sebaliknya apa yang disuarakan oleh orang kanan PKR, Datuk Zaid Ibrahim PAS tidak mungkin boleh laksanannya secara bersendirian – adalah hakikat yang semua orang sudah tahu pasti.

“Ini orang tidak nampak sebab mereka dalam pembangkang’ kata Najib semasa ditanya wartawan mengenainya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Kuala Lumpur petang Jumaat.

Mengulas dakwaan Anwar isu perbezaan pendirian DAP-PAS ini ditonjolkan oleh UMNO ,Presiden UMNO itu kata sudah menjadi kebiasaan UMNO dijadikan sebagai mangsa tuduhan sekiranya berlaku perselisihan diantara mereka.

"Kita tak tahu menahu...dia asyik tuduh kita saja, apa-apa berlaku dia tuduh kita," katanya.

Menurut Najib, sebenarnya pendirian pembangkang bercanggah itu disebabkan gabungan mereka terlalu rapuh.

“Ini orang tidak nampak sebab mereka dalam pembangkang. Saya tidak nampak kemungkinan mereka boleh duduk satu sama lain dalam menetapkan isu penting seperti hudud,” katanya.

Katanya PAS masih komited dengan hudud manakala DAP menentang sekeras-kerasnya bukan sahaja oleh pemimpinnnya malah semua anggota parti itu.

Najib juga berkata beliau tidak nampak bagaimana kedua-dua parti itu boleh jujur di antara satu sama lain kalau bertentangan pegangan atas isu yang asas dan begitu penting seperti hala tuju negara.

Tegasnya, semua tindak tanduk pembangkang ini tidak boleh dipandang ringan oleh rakyat.

Namun politik tetap politik.Untuk menutup pekung ini sudah ada pemimpin kanan PAS mahu perkara itu dihentikan kerana khuatir insiden DAP meninggalkan Barisal Alternatif pada 2001 berulang.

Kata orang boleh main-main ‘ tarik brek’ dulu demi menjayakan matlamat pakatan rakyat menawan Putrajaya pada pilihanraya umum.

Halangan diatas jalan sudah nampak.Bagaimana agaknya bila brek itu dilepaskan nanti.Bukankah berkecai jadinya.- 27/8/2010

Penghuni Gua : Itulah PAS dan pakatan. Hu ha hu ha hu ha sahaja. Semua salahkan orang. Itu jeleh yang mereka boleh buat. Pakar salah menyalah....................Kah kah kah kah !!!! Sebut aje perkara atas dunia ni, semuanya salahkan kerajaan. Kecuali KOHILAL.Itu pun PAS pakai diam sahaja. Mereka tak jumpa lagi hadith untuk jadi bukti salahkan kerajaan. Jadi sorok bawah karpet le !!!!

PETA PELAYAR