FOLLOWERS

Showing posts with label PROF BARI MANGKOK. Show all posts
Showing posts with label PROF BARI MANGKOK. Show all posts

Friday, 1 July 2011

SUDAHLAH PROF !!!!!!!!!!!!!!!



Hazlan Zakaria
Jul 1, 11
10:56amKongsi 277



Yang di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab untuk campurtangan demi kepentingan rakyat memandangkan pencabulan hak perlembagaan dalam penganjuran BERSIH 2.0, kata pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari.

"Ini bukan menyertai politik atau memihak tetapi untuk menyelamatkan negara dan perlembagaan,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu.

Jelasnya sebagai 'pelindung perlembagaan', Seri Paduka mempunyai tanggungjawab melindunginya, seperti sumpah jawatan yang dilafazkan menurut perlembagaan persekutuan.

Abdul Aziz percaya situasai sekarang adalah peluang bagi Yang di-Pertuan Agong mengembalikan semula sinar kepada institusi monarki, khususnya krisis politik Perak 2009.

"Bagi saya, Seri Paduka sepatutnya menerima sendiri memorandum itu. Tidak ada sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang menghalang baginda berbuat demikian. Tidak ada apa-apa yang berbentuk politik atau partisan seperti yang didakwa oleh BN atau polis,” katanya kepada Malaysiakini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Sudahlah Prof. Jangan dok pandai nak mengajar DYMM Agung. Tak payah DYMM Agung. Kami semua tahu apa agenda anda. Buka mulut aje, kami tahu betapai busuknya mulut dan hati anda.

2. Tak ada isu pun dan tak ada justifikasi pun DYMM Agung nak campurtangan. Tak ada isu. Apa yang BERSIH tuntut tu dah terjawab dan tak ada isu. PRU di Malaysia adalah terbaik. Kalau tak baik, maka langkah pertamanya, Prof ini perlu desak lelaki Y, bubar aje DUN Selangor dan adakan semula PRK Di Selangor sebab PKR dakwa tak bersih. Apa kata kita mulakan di Selangor kemudian Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah serta Kelantan. Kita semua BERSIHkan dulu DUN-DUN ini sebab PRU 12 dulu tak bersih jadi semua kerajaan negeri PR pun tak bersih.

3. Jadi tak perlu demo. Kotakan dan jadikan apa yang kita perjuangkan sesuatu yang nyata dengan perbuatan kita sendiri.

4. Jangan nak tunjuk bodoh sombong dan memutar belitkan undang-undang termasuk memanipulasikan Institusi Raja-Raja Melayu lah Prof. DYMM Agung tak lah setolol anda. Penasihat baginda sudah mencukupi dan terlalu bijak untuk menasihati Baginda. Tak payah nak ajarlah.

5. Sudahlah Prof. Kami kenal benar wajah kamu. Cucikan diri sendiri dulu sebelum nak cucikan orang lain.

6. Perlembagaan kita dah elok. Semuanya dah elok. Perhimpunan bersih tu tak elok dan kotor. Ia mengotorkan semua perkara yang dah bersih. Boleh jalanlah.

7. Pengundi muda: Fikirkan masa depan kita. Mereka ini semuanya adalah kuda tunggangan yang bagi DAP bagi merosakkan apa yang telah dibina berpuluh tahun. Anda semua perlu pertahankannya untuk masa depan anda. Kami yang tua hanya boleh nasihat. kami tak rugi apa-apa. Masa kami dah tak lama. Andalah yang menerima akibat buruk dari perbuatan bodoh kumpulan perosak ini.

8. Fikirkan.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

PETA PELAYAR