
PG dan seorang kawan baru balik menunggang kuda dari jam 4 hingga jam 6 petang. Tunggangan meliputi kawasan Hutan Rekreasi Ayer Keroh hinggalh ke Bukit Jelutong ( kawasan Perkuburan Cina ) di Batu Berendam Melaka. Pergi balik dapatlah jarak 29 km. Semput juga dibuatnya.
2. Sambil berjalan dan menghenjut kuda tu, dapat juga menikmati kehijauan sekeliling yang masih berbaki. Kawasan perumahan pun tumbuh di kawasan-kawasan ini seperti cendawan tumbuh. Kebanyakkannya penghuni taman-taman di sekitar Ayer Keroh dan Taman Tasek Utama adalah orang Kuala Lumpur / atau yang bekerja di KL tetapi membeli rumah di kawasan ini. Ini kerana kawasan ini termasuk Melaka , adalah kawasan yang strategik untuk membeli rumah. Strategik kerana berhampiran dengan KL dan kemudahannya banyak. Senang untuk menghantar anak-anak kesekolah, bersih, selamat dan yang utamanya murah dalam segala hal kecuali restoran asam pedas yang kebanyakkannya cekik darah .
3. Seperti PG, semua pembeli rumah di kawasan ini ( yang bekerja di KL ) akan pulang hanya di hujung minggu iaitu jumaat petang dan akan ke KL semula pada hari ahad malam atau isnin pagi. Bas pun ada untuk kita berulang alik secara harian dari Melaka ke KL. Hanya satu jam setengah sahaja masanya. Ramai juga yang ulang alik harian.
4. Belilah rumah di Melaka , anda tidak akan rugi. PG orang Kuantan Pahang. Tetapi sebabkan Melaka ada semuanya maka PG menetap terus di sini. Rumah di sini harganya suku harganya berbanding KL dari jenis rumah yang sama. Selamat datang ke Melaka dan terus menetap di sini. Melaka lengkap semuanya. Sesuai untuk kehidupan kita sekeluarga.