FOLLOWERS

Showing posts with label RIADAH / MEMANCING. Show all posts
Showing posts with label RIADAH / MEMANCING. Show all posts

Saturday, 26 February 2011

UDANG GALAH " KING " DI SG BINJAI KEMAMAN TERENGGANU !!!!


Penghuni Gua : Semalam PG telah balik bercuti hujung minggu di rumah mertua di Kemaman Terengganu. Petang tadi jam 2 petang hingga jam 5 petang, PG telah turun di Sg Binjai di Pengkalan Binjai , Kemaman Terengganu untuk memancing udang galah. Galak jugalah udang galah memakan mata pancing. Dapat jugalah dalam 1 kg. Ada bersaiz " King " dan ada juga saiz sederhana. Yang pastinya, udang galah yang masih belum ada MyKad pun ada.

2. Malam ini , nak masak tumis semuanya. Masak sendiri aje. !!!!!!

Saturday, 20 March 2010

PENANGAN UDANG GALAH SG KEMAMAN 2 !



Muka anak saudara yang tak dapat udang galah.
Kepala dia pun macam ghost rider. Berasap panas . Boleh dia
seorang sahaja yang tak dapat seekor pun. Tahi udang pun tak dapat. Kesian.


Jam 2 petang hingga 6 petang tadi PG dan anak serta anak saudara turun mencari rezeki dengan memancing udang galah di Sg Kemaman di Pengkalan Binjai. Dapat juga le dalam 15 ekor. Besar-besar juga. Semua saiz anak dara dan cukup umur. Yang king saiz dapat seekor sahaja. Puas jugalah memancing hari ini.

2. Esok balik ke Melaka jam 8 pagi. Petang jam 4 terus ke Kuala Lumpur untuk bekerja.

Friday, 19 March 2010

PENANGAN UDANG GALAH SUNGAI KEMAMAN !

Sesi pagi jam 8 pagi - 12 tengahari




SESI PETANG JAM 3 HINGGA JAM 6 PTG

Itulah hasilnya pagi dan petang


Padi tadi jam 8 pagi sehingga jam 12 tengahari PG dan anak-anak memancing udang galah di Sungai Kemaman iaitu di Pengkalan Binjai. Dapatlah juga untuk sekali tumis. Udang galah King ada le seekor dua. Yang lain tu ok je le, saiznya semuanya udang galah yang dah ada Mykad. Besar juga le. Yang saiz tak ada MyKid pun dapat dua ekor. Ada le sebesar kelingking. Lepas jumaat ini , nak turun lagi ke Sungai . Nak tambah lagi udang bagi lauk tumis malam nanti. Jumpa lagi.

2. Pada jam 3 petang hingga jam 6 petang tadi PG dan dua anak saudara ke Sungai Kemaman lagi dan dapat juga le dalam 13 ekor. King Saiz pun ada. Yangtak ada mykid lagi pun ada. Puas juga le! Esok pagi nak sambung lagi.

Wednesday, 30 December 2009

RIADAH : MEMANCING UDANG GALAH DI SUNGAI IBOK KEMAMAN TERENGGANU !

Hari ini PG bersama anak-anak pergi memancing udang galah di Sungai Ibok, Kemaman Terengganu . Balik jam 6 petang. Dapat le dalam sekilo. Semuanya jenis sepit biru. Wow. Nak masak tumis pedas kuah pekat-pekat. Lumayan juga le rezdeki hari ini walaupun air sungai tak berapa elok ( keroh ). Cukup le sekali hidangan untuk makan malam ini sekeluarga. Penuhkan masa di waktu cuti sahaja , bukannya pemancing pro. Tapi ok le juga. Alhamdulillah.

PETA PELAYAR