FOLLOWERS

Showing posts with label RIADAH KUDA. Show all posts
Showing posts with label RIADAH KUDA. Show all posts

Saturday, 18 December 2010

BERIADAH MENUNGGANG KUDA DI AYER KEROH !!!


Petang tadi dari jam 4 hingga jam 6 , PG beriadah menunggang kuda di Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka. Dapat jugalah jarak tunggangan dalam 10 km. Cukup ramai pengunjung datang ke Melaka khasnya di kawasan Ayer Keroh. Terutama mereka berkunjung ke Hutan Rekreasi Ayer Keroh menaiki " Buggy" , berbasikal, jogging dan sebagainya. Sebahagian lagi menunggang kuda " Pony dan kuda " menieture".

2. Beribu juga yang PG nampak melawat zoo Melaka, Muzium Orang Asli, Taman Buaya, Menaiki kereta lembu, berkelah di tepi tasik Ayer Keroh, Go Kart dan beribu lagi mandi manda dan berkelah di Melaka Wonderland ( macam Sunway Lagoon juga lah ). Ada juga yang ke Taman Mini Malaysia dan Muzium Lebah dan Taman Rama-Rama. Beribu lagi berkunjung ke MITC, Mydin dan Planetirium.

3. Sebahagian besarnya rakyat Malaysia dan Singapura. Jenuh jugalah semasa menunggang, pelancung ini meminta PG bergambar dengan mereka dan sebahagian lagi nak bergambar di atas kuda. Layan ajelah !!!

4. Datang dan melawatlah ke Melaka. Anda tak rugi kerananya. Ada nilai wang anda jika melancung ke sini. Selamat Melancung ke Melaka. Melawat Melaka , seolah melawat Malaysia keseluruhannya. Segalanya bermula di sini!!!!!

Saturday, 20 November 2010

RIADAH KUDA : MELATIH ASHRAF MENUNGGANG UNTUK " ENDURANCE " !!!!



Baru balik dari mengajar anak saudara Ashraf menunggang kuda. dapatlah dalam 12 km pergi balik. PG menunggang sekitar Taman Tasik Utama Ayer Keroh Melaka. Anak saudara tu pun kira dah mantap dari segi tunggangannya. Ini kerana PG benarkan dia menunggang kuda bernama Mummyjane yang terkenal dengan sikap agresifnya.

2. PG pula menunggang Apache. Ia kuda PG yang baru. Tukar kuda PG yang lama nama Patritti dengan kuda sekarang bernama Apache. Nama Apache kerana di mukanya ada tanda jalur putih di tengahnya. Pertama kali menunggangnya dan pertama kali menunggangnya keluar dari " paddock. Amat mantap prestasinya. Mungkin kalau latihan cukup, PG bercadang nak masukkannnya bertanding dalam sukan kuda lasak Melaka 2010 pada bulan april nanti.

Saturday, 16 October 2010

RIADAH KUDA DI TAMAN TASEK AYER KEROH MELAKA !!!



Pagi tadi jam 0900 sehingga 1100 PG dan rakan-rakan dari pegawai MBMB dan pelajar UTeM telah menunggang kuda di kawasan tunggungan kuda di sebelah Taman Buaya Ayer Keroh Melaka. Kemudian PG bersama 2 rakan yang lain telah menunggang di kawasan Hutan Rekreasi Ayer Keroh . Dapatlah menunggang dalam jarak 5 km aje.

2. Petang ini , selepas kenduri doa selamat di rumah ustat ( yang mengajar mengaji ke empat-empat anak PG hingga 4 kali khatam Quran sebelum ini , kerana nak pergi haji ) jam 2 petang, PG dan rakan-rakan akan sambung tunggangan di sekitar Taman Tasek Utama dan kalau sempat sehingga ke Perkuburan Cina Bukit Jelutong Bt Berendam. Nak cuba habiskan 25 km petang ini. IsyaAllah.....
Nota : Semuga Allah melindungi Ustat semasa menunaikan fardhu haji di Mekah dan memperolehi haji mabrur. Aimn.

Saturday, 2 October 2010

RIADAH MENUNGGANG KUDA DI AYER KEROH



Baru balik menunggang kuda di Ayer Keroh Melaka dari jam 430 petang ke 6 petang. Dapatlah menunggang 8 km. Berpeluh sakan jugalah. Bila lepas tunggang barulah perasan kuda yang bernama mummyjane ini dah bunting. PG lihat perutnya begitu " terik ". Lihat anunya barulah tahu mungkin kudda ini dah bunting dalam 6 bulan. Kalau betul mungkin akan lahirkan anak bulan mac nanti.

2. Dengar cerita dari penjaga kuda, semasa mereka lepaskan secara terbuka, seekor kuda bernama sakura ( baka jepun ) dah mengawan dengan Mummyjane. Kalau ikut kebiasaannya kalau anak jantan, warnannya akan ikut warna kuda jantan / bapaknya dan kalau betina akan ikut warna ibunya ( coklat ). Esok atau lusa , PG akan minta doktor haiwan sahkan kandungannya.

3. Lepas ini hanya boleh menunggang Mummyjane secara berjalan dan lari-lari anak sahaja bagi menjaga kesihatannya.

Saturday, 18 September 2010

RIADAH KUDA DI AYER KEROH !!!!





Pagi jam 0900 hingga 11oo dan petang tadi dari jam 4 hingga 530 petang , PG dan Prof June serta seorang kawan iaitu En. Hakim , beriadah menunggang kuda di Ayer Keroh . PG menunggang kuda bernama Mummyjane dan Prof June menunggang kuda bernama Ah Choy. Dapatlah menunggang dalam 12 km dalam sekali tunggangan. Segar tubuh badan dibuatnya.

2. Ramai pelancung luar dan dalam negara yang mengunjungi sekitar Taman Buaya, Zoo dan Hutan Rekreasi Ayer Keroh hari ini. Melancunglah ke Melaka. Anda tidak akan rugi !!!! Pelawat diutamakan di Melaka !!!!

Saturday, 31 July 2010

RIADAH KUDA DI AYER KEROH MELAKA !



Pagi ini jam 9 hingga jam 1030, PG dapat juga mencuri masa untuk menunggang kuda bernama Mummyjane. Dapatlah menunggangnya sejauh 12 km di sekitar Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Banyak juga aktiviti yang PG lihat terdapat di dalam hutan rekreasi ini seperti aktiviti berbasikal, berjogging, sukaneka Jabatan Hasil dalam Negeri dan lawatan pelancung dari dalam dan luar negara.

2. Melawatlah ke Melaka. Anda seperti melawat Malaysia keseluruhannya. Semuanya ada di Melaka. Sesuai untuk pelancungan keluarga.

Sunday, 7 March 2010

RIADAH KUDA DI AYER KEROH !



Pada jam 1020 pagi tadi PG dan 2 pensyarah dari UKM iaitu Prof June dan Prof rashila telah menunggang kuda. Kami menunggang bertiga dan memasuki kawasan Hutan Rekreasi Ayer Keroh Melaka . jarak tunggangan ialah 12 km.

2. Jam 12 tengahari tamat tunggangan dan jam 1 petang kedua Prof ini pulang ke UKM.

Saturday, 6 March 2010

RIADAH KUDA DI HUTAN REKREASI AYER KEROH !


Penghuni Gua : Petang tadi bermula jam 430 petang hingga jam 630 petang , PG dengan dua orang anak lelaki iaitu Noor Saddam Marwan dan Noor Matta Simmia telah menunggang kuda sejauh 10 km di Hutan Rekreasi Ayer Keroh Melaka.

2. Lama sudah tidak menunggang kuda 3 beranak. Isteri pun dah lama tak menunggang. Ajak pun tak mahu. Kuda yang keluar hari ini ialah Ah Choy , Mummyjane dan Ranger. Mantap jugalah tunggangan hari ini. Gayat pun ada juga. Dah seminggu tak menunggang.

3. Esok petang akan balik bekerja di Kuala Lumpur. Redah dengan motosikal aje.

Wednesday, 20 January 2010

RIADAH KUDA DI KRUBONG !


Pada petang tadi jam 4 petang sehingga jam 6 petang PG dan seorang anak menunggang kuda dari Ayer Keroh ke Krubong. Adalah dalam 12 km pergi balik. Ada juga lah sepanjang jalan penghuni-penghuni taman minta PG dan anak berhenti kerana mereka ingin memegang dan merayu nak menaiki kuda.

2. Rasa kesian juga. Putih mata kanak-kanak yang melihatnya. Maka PG berilah 2 pusingan seorang depan rumah mereka di Taman Tasek Utama. Adalah dalam 30 minit. Bagus juga. Bolehlah kuda tu ambil nafas sekejap. Sebab keluar aje kandang kuda, PG dan anak terus memecut. Jadi dengan kanak-kanak menaikinya dengan dipegang oleh PG maka kuda tu adalah masa berehat.
3. Suka kanak-kanak di Taman tersebut. Dapat juga kawan-kawan baru.

Sunday, 17 January 2010

RIADAH MENUNGGANG KUDA DI AYER KEROH MELAKA !


Hari ini jam 4 petang hingga jam 630 petang, PG bersama Dato Idris Haron Ahli Parlimen Tangga Batu Melaka dan Ajol ( Rider baru) yang memiliki seekor kuda sendiri telah beriadah di sekitar Hutan Rekreasi Ayer Keroh dan Taman Tasik Utama bagi menguji trek baru . 3 ekor kuda keluar hari ini dan semuanya kuda yang betul-betul mantap. Keseluruhan tunggangan hari ini , adalah lari dan pecutan pantas sehingga 70 km sejam.

2. Macam racing juga le. Kecil kepala kita dibuatnya. Tetapi semuanya selamat pulang. Jarak tunggangan hari ini sejauh 9.5 km. Sakan jugalah menitik peluhnya. Tunggangan hari ini atas permintaan Dato Idris Haron yang amat rindu dengan tungggangan kuda bernama Suparjo ( baka Arab ) , yang mana beliau sudah tidak menunggang selama 2 bulan kerana pergi mengerjakan Haji. Semua rider hari ini menunggang dengan mantap dan mengikut arahan dan peraturan.

3. Jagalah kesihatan badan anda. Hidup hanya sekali. Jadi rasailah segala nikmat yang Allah kurniakan . Rugi kalau kita tidak gunakan, lakukan , termasuk menunggang kuda. Satu riadah yang amat baik. Terutama untuk lelaki. Tak perlu le beli ubat kuat yang diiklan di akhbar Harakah Daily tu. He he he he he...........................

Thursday, 14 January 2010

RIADAH KUDA DI AYER KEROH !


Pada jam 4 ptg hingga jam 6 ptg tadi PG bersama anak-anak beriadah kuda di sekitar Ayer Keroh dan Taman Rekreasi serta Taman Tasek Utama. Jarak perjalanan dalam 9 km. Cukuplah bagi mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan. Hutan Rekreasi di Melaka ini adalah tempat yang menarik untuk dilawati.

2. Semantara Taman Tasik Utama adalah kawan perumahan mewah dan sederhana yang mana kosnya antara RM 150k ke RM 350k. Kalau di KL, rumah ini berharga antara RM 250k ke RM 500k. Jadi sesiapa yang nak beli rumah , baik beli di Melaka. KL hanya 1 jam 15 minit. Menetaplah di Melaka. Negeri yang terbersih daan tercantik di Malaysia dan rakyatnya amat ramah.

3. Menetaplah di sini. Anda tidak akan rugi dan menyesal.

PETA PELAYAR