FOLLOWERS

Showing posts with label SARJANA 2009. Show all posts
Showing posts with label SARJANA 2009. Show all posts

Wednesday, 6 May 2009

PASUKAN PERUNDING TEBUSAN : DSP BEH ENG LAI


Penghuni Gua dapat mendapat kertas kerja ini kiriman kawan lama DSP Beh Eng Lai untuk disiarkan di Blog ini yang mungkin boleh dimenafaatkan oleh pihak yang terlibat. Terutama muka baru dalam bidang ini.

Pasukan Perunding Tebusan Dalam Menghadapi Situasi Tebusan

Pendahuluan

Kejadian penjenayah menahan orang tebusan untuk pencapaian sesuatu objektif telah berlaku beberapa dekad yang lampau. Di Old Testament, orang Israel dan musuhnya saling tangkap menangkap orang tawanan, kadang kala bertujuan untuk menghentikan peperangan dan ada kalanya sebagai motif untuk mengindoktrinasikan negara yang ditawan supaya mematuhi kehendak negara penawan di samping melemahkan sumber-sumber asli negara yang kalah.


Sementara itu di Afrika, orang-orang tawanan dijadikan sebagai tebusan untuk dijual atau digunakan sebagai hamba abdi. Pada zaman dahulu, orang tebusan sering dijadikan sebagai jaminan kepada bayaran atau cagaran menentang peperangan. Orang Roman pula, penahanan orang tebusan lebih bermotifkan sebagai jaminan untuk membuat sesuatu perjanjian (Call, 1999).


Di Eropah, pedagang ditangkap untuk menebus pulangan hutang daripada pedagang lain (Souchon, 1976). Dalam situasi tertentu, orang tebusan pula digunakan oleh penjenayah untuk mengugut bayaran daripada pihak ketiga. Umpamanya, lanun menangkap orang tebusan and meminta ufti daripada orang lain yang menghargai nyawa orang tebusan (Call, 1999).


Konsep pengendalian orang tebusan pada zaman dahulu adalah lebih ringkas yang mana kurang pertimbangan diberi nyawa penjenayah terbabit. Banyak insiden yang berlaku telah mengakibatkan para penjenayah ditembak mati oleh pihak berkuasa yang tidak cenderung bertoleransi dan berunding dengan penjenayah. Fenomena ini mungkin disebabkan kekurangan pengetahuan dan kemahiran berunding di kalangan pegawai polis.


Namun begitu, polis moden kini perlu menganjak paradigma memanipulasikan konsep teknik berunding yang lebih bersistematik untuk menjamin keselamatan nyawa orang tebusan serta menghadap penjenayah ke muka pengadilan. Pada zaman moden, penjenayah-penjenayah dan orang-orang terganggu emosi tidak lagi menahan orang tebusan untuk memperoleh kuasa politik atau ekonomi yang besar; sebaliknya mereka menggunakan orang tebusan untuk memaksa pihak berkuasa atau keluarga mangsa mematuhi permintaan mereka atau bagi tujuan untuk meluahkan perasaan emosi mereka.


Kebelakangan ini, penahanan seseorang orang tebusan telah dijadikan sebagai cubaan untuk memperoleh kuasa peribadi oleh individu yang terperangkap dalam suatu perbuatan jenayah, atau oleh mana-mana orang yang telah lama mengalami kesengsaraan ketiadaan kuasa (American Justice, 1994).

Peredaran zaman dan kemajuan teknologi telah membuka minda dan penambahan pengetahuan manusia sejagat, arus perkembangan tersebut telah menghasilkan pelbagai teknik penebusan yang canggih digunakan oleh para penjenayah. Situasi ini sekaligus menambahkan cabaran kepada pihak berkuasa untuk mencari penyelesaian sempurna tanpa menjejaskan keselamatan mangsa tebusan atau anggota keselamatan itu tersendiri.
Oleh itu, anggota keselamatan khususnya pihak polis yang seringkali menjadi barisan hadapan dalam menghadapi krisis sedemikian perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan taktik yang relevan untuk memastikan kejayaan menyelesaikan sesuatu situasi tebusan, (Lewicki et. al, 1993). Kesilapan atau kecuaian pemakaian strategi dan teknik yang tepat dalam perundingan jenayah tebusan akan mengakibatkan risiko tinggi seperti kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.


Beberapa insiden kegagalan menangani krisis di negara luar dapat dijadikan ikhtibar oleh pasukan keselamatan negara sebagai rujukan dan panduan untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman diri.

Objektif-objektif penugasan ini adalah:

i. Meneliti sejauh mana kepentingan peranan Pasukan Perunding Tebusan (Hostage Negotiation Team) dalam menghadapi situasi tebusan.
ii. Menghuraikan peranan ahli-ahli Pasukan Perunding Tebusan dalam menentukan kejayaan menangani kes tebusan.
iii. Mengkaji insiden-insiden tebusan yang lampau, dan melihat keberkesanan mereka dalam mengaplikasikan strategi dan teknik perundingan yang relevan.

Metodologi Penugasan

Penugasan ini dibuat dengan mengumpul sumber sekunder melalui rujukan kepustakaan dan internet. Sumber sekunder yang dimaksudkan antaranya adalah buku-buku ilmiah, jurnal, latihan ilmiah, dan rencana. Matlamat utama pengumpulan bahan perpustakaan adalah untuk memberi input yang membina kepada penulis supaya dapat menyediakan kerangka penulisan yang berilmiah.

Definisi Aktor-Aktor Krisis Tebusan

Orang Tebusan (Hostage)

Orang yang ditahan sebagai cagaran untuk memperoleh sesuatu syarat atau permintaan tertentu (Michael J. McMains & Wayman C. Mullins, 1996:19). Orang tebusan akan berada dalam keadaan bahaya dan nyawa terancam jika situasi tebusan tidak dikendalikan dengan sempurna. Matlamat utama perundingan tebusan dibuat adalah untuk menyelamatkan nyawa orang tebusan, dan bukan memelihara keselamatan harta benda.

Schlossberg (1979a) menyatakan “pertimbangan yang paling penting dalam situasi ini adalah menyelamatkan nyawa dan keselamatan orang tebusan yang terancam, pegawai-pegawai polis, orang awam yang berada di tempat kejadian (bystanders) dan penjenayah-penjenayah itu sendiri.”

Penjenayah Tebusan (Hostage Taker)

Penjenayah tebusan adalah orang yang menangkap atau menahan seseorang mangsa sebagai tebusan atau objek penghalang, dan mengancam untuk melakukan keganasan ke atas mangsa tersebut. Orang-orang yang mempunyai gangguan mental, banduan dan pengganas, lazimnya menjadi penjenayah tebusan. Sifat seseorang penjenayah menahan orang tebusan adalah berbeza-beza berdasarkan faktor persekitaran.

Mereka menjadikan orang tebusan sebagai benteng pertahanan untuk memaksa kerajaan, suatu organisasi atau individu bagi memperoleh sesuatu yang diingini. Umpamanya kejadian rompakan yang berlaku pada tahun 1973 di John and Al’Sporting Good Store di Williamsburg, perompak yang terperangkap di tempat kejadian apabila dikepung oleh polis telah menjadikan pekerja dan pelanggan kedai sebagai orang tebusan atau benteng pertahanan untuk melepaskan diri (John 1986:6).


Kejadian yang berlaku disebabkan gangguan mental penjenayah tebusan adalah kes penahanan seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun di Baton, Rouge berhampiran New Orleans, Ameriksa Syarikat pada tahun 1981. Penjenayah tebusan Jullet Dyne Dudler menghadapi tekanan jiwa kronik, setelah dibuang kerja telah menangkap kanak-kanak perempuan itu yang sedang bermain dengan ibunya, dan membawanya ke tingkat atas bangunan.


Perunding telah memenuhi permintaan Dudler dengan membawa penyelia tempatnya bekerja ke tempat kejadian bagi mendengar keluhan Dudler tentang perasaan tidak berpuas hati beliau dibuang kerja. Akhirnya Dudler menyerah diri kepada polis sesudah merasai kekecewaannya diketahui umum.

Sementara itu, penjenayah-pejenayah tebusan yang bertindak atas faktor-faktor lain seperti ajaran sesat, penyalahgunaan dadah dan pembuatan senjatapi, serta fahaman anarki ialah pengepungan di Ruby Ridge, Idaho pada 1992, pengepungan di Waco, Texas pada 1993, dan pengepungan di Jordan, Montana pada 1996. Ketiga-tiga kes tersebut akan dikaji secara lebih teliti dalam penugasan ini.

Situasi Tebusan (Hostage Situation)

Situasi tebusan boleh berlaku di kalangan ahli-ahli keluarga, ahli keluarga dengan pekerja, perbalahan di kalangan pekerja yang mabuk, pelangan yang marah ke atas pekerja atau sebaliknya pekerja yang marah ke atas pelanggan di tempat kerja. Situasi tebusan merujuk kepada keadaan di mana seorang atau sekumpulan manusia ditahan secara tidak sah dan tanpa kerelaan mereka; tidak diberikan hak untuk bergerak dan bertindak; dan keadaan di mana penjenayah menahan seorang atau beberapa orang tanpa kerelaan sebagai alat tawar-menawar di suatu lokasi, dan menyerahkan diri kepada pihak polis selepas motif mereka dicapai (Hacker 1976: 36).

Melihat motivasi dan objektif penjenayah tebusan, Miron dan Goldstein (1979) mengatakan bahawa kejadian itu berlaku dalam dua nilai: nilai penting (instrumental value) atau nilai perasaan (expressive value). Perbuatan menahan orang tebusan dibentuk untuk mencapai sesuatu tuntutan - situasi yang berunsur nilai penting wujud untuk pertahanan dan keselamatan diri; sementara itu, nilai perasaan terjadi dalam keadaan penjenayah tebusan ingin mempamerkan kuasa mereka terhadap pihak berkuasa.
Seorang perompak terserempak dengan polis sewaktu melakukan rompakan, lalu menahan orang tebusan untuk memaksa pihak berkuasa bagi tujuan melepaskan diri – ini dikatakan tuntutan penting. Manakala, pengganas yang menahan orang tebusan untuk menarik perhatian pihak berkuasa, dan menunjukkan kelemahan kerajaan yang sedia ada adalah menggunakan jenis nilai perasaan. Memahami perbezaan motivasi tersebut adalah penting untuk menentukan jenis strategi, taktik and kemahiran yang diperlukan untuk menangani sesuatu situasi krisis.

Lazimnya, situasi tebusan akan melalui tiga fasa untuk selesai: Fasa Permulaan – kekerasan digunakan untuk menahan dan menguasai orang tebusan. Ia akan berakhir dalam tempoh yang singkat setelah tuntutan penjenayah tercapai. Fasa Kedua – ketika ini, pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang sudah sampai di tempat kejadian, dan tuntutan penjenayah diterima. Fasa ini boleh mengambil beberapa jam, hari atau bulan, atau boleh dikenali sebagai ”standoff phase”. Penjenayah dan orang tebusan berada di tempat yang sama.


Perundingan akan dijalankan dalam fasa ini sama ada mencapai persetujuan (making a deal) atau tidak mencapai persetujuan (not making a deal). Rundingan yang mencapai penyelesaian lazimnya terhad kepada persetujuan yang kecil seperti membekalkan minuman dan makanan, pengangkutan, liputan media dan sebagainya. Contohnya kejadian yang luar biasa merampas pesawat TWA Flight 847 pada tahun 1985.


Kerajaan Israel terpaksa memenuhi tuntutan pengganas Hezbollah dan membebaskan 766 banduan Shiites di penjara. Manakala rundingan yang mencapai penyelesaian akan mengakibatkan kemudaratan sama ada kematian atau kecederaan. Contohnya seperti kejadian tebusan oleh pengganas bersenjata Muslim Chechen di panggung wayang Russia pada Oktober 2002. Kerajaan Russia menolak perundingan dan melancarkan serangan ke atas pengganas. Akhirnya 129 orang tebusan mati kerana keracunan ”knockout gas” yang dilemparkan ke dalam panggung wayang.


Fasa Ketiga – fasa penamatan yang memperlihatkan penjenayah menyerah diri secara aman dan ditangkap; polis menyerang semua penjenayah dan membunuh atau menangkap mereka; penjenayah melarikan diri apabila tuntutan mereka dipenuhi.

Perunding Tebusan (Hostage Negotiator)

Perunding tebusan adalah jurucakap kepada pihak berkuasa yang mempunyai tanggungjawab utama untuk berkomunikasi dengan penjenayah tebusan. Perundingan merupakan suatu proses perbincangan atau tawar-menawar di antara penjenayah dengan pihak berkuasa dalam sesuatu krisis orang tebusan ditahan dengan tujuan untuk mencapai suatu persetujuan atau keputusan yang memberi faedah bersama (win-win situation) (Cohen 1980: 49).


Perundingan krisis adalah lebih kompleks dan berlainan dengan perundingan kehidupan harian manusia, yang mana perunding hendaklah terdiri daripada seseorang yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta pernah menjalani latihan yang rapi tentang situasi krisis tebusan. Kegagalan perundingan mungkin membawa padah dan menyebabkan nyawa orang tebusan terancam.

Menurut James (1998:35), seorang perunding perlu melaksanakan empat prasyarat asas untuk membantu strategi dan taktik perundingan iaitu memahami situasi tebusan, mengisolasikan kawasan (contain the area), membina hubungan baik (rapport), dan menentukan had setakat mana sesuatu perundingan itu berjalan. Kaedah perundingan adalah cara penyelesaian terbaik dalam menghadapi sesuatu situasi tebusan.

Kata Remsberg (1986:206), kaedah penyelesaian tanpa melalui perundingan lazimnya akan mengakibatkan kematian dan kerosakan yang besar. Beliau juga mengatakan bahawa strategi perundingan tebusan yang efektif adalah memujuk, menyedarkan, meyakinkan, mewujudkan kepercayaan dan membangkitkan perasaan positif dalam diri penjenayah sewaktu perundingan dijalankan untuk mengelakkan penjenayah daripada membahayakan nyawa orang tebusan.


Sarjana lain yang turut memberi sumbangan idea tentang kaedah perundingan yang berkesan adalah Taft (1980 ) dan Skolnick (1996): memastikan proses perundingan yang berterusan, mengelak daripada terlampau banyak memberi cadangan kepada penjenayah tebusan, bersikap sabar dan tenang, menolak untuk menentukan dan menerima had masa, mendorong penjenayah melepaskan kekecewaan, bersikap reflektif, tidak membangkang, menggunakan logik serta memberitahu jenis-jenis bantuan dan kerjasama yang mampu diberi kepada penjenayah tebusan. Walau bagaimanapun strategi perundingan adalah berbeza-beza bergantung kepada kerumitan sesuatu situasi tebusan (Panzarella & Alecia, 1997).

Hak Asasi Manusia Orang Tebusan

Seseorang ditahan untuk tujuan tebusan oleh penjenayah adalah tersekat dan terlucut hak untuk bergerak, berdamping dan bercakap keluarga, berkomunikasi dengan kawan, tersekat haknya untuk menikmati kehidupan secara bebas, dan lain-lain lagi. Hak-hak tersebut sebenarnya adalah hak asasi yang diberi kepada setiap manusia sejak mereka lahir di dunia ini.


Hak asasi ini juga boleh diertikan sebagai hak yang dasar atau hak pokok seperti kebebasan mengeluarkan pendapat, menganut agama, bergerak, berpelajaran, memiliki harta, menuntut kesamarataan dan lain-lain lagi. Nickel (1987) menyatakan bahawa . “Human rights are, literally, the rights that one has simply because one is a human being”.


Hak asasi manusia juga boleh dikatakan sebagai hak abadi yang tidak boleh dilucutkan: seseorang tidak boleh diberhentikan menjadi manusia, tidak kira sejauh mana buruknya tindaklaku seseorang itu, atau bagaimana kekejamannya seseorang itu dilayani. Dalam erti kata lain, hak asasi manusia adalah hak sejagat yang dimiliki oleh setiap umat manusia. Sekiranya hak tersebut dicabuli atau dinafikan, maka seseorang itu atau pemegang hak tersebut boleh membuat tuntutan khas untuk pampasan atau gantirugi.

To have a right to x is to be entitled to x. It is owed to you, belongs to you in particular. And is x is threatenend or denied, right-holders are authoriszed to make special claims that ordinarily “trump” utility, social policy, and other moral or political grounds for action (Dworkin 1977:xi, 90).

Selain daripada hak untuk membuat tuntutan sivil seperti di atas, seseorang yang dicabul hak kebebasan bergerak, juga wajib mendapat perlindungan undang-undang daripada pihak berkuasa. Penahanan orang tebusan merupakan suatu perbuatan jenayah di sisi undang-undang yang mana penjenayah yang terbabit boleh ditangkap dan dituduh dengan pelbagai jenis pertuduhan mengikut bentuk kesalahan yang dilakukan.

Perundangan Yang Berkaitan

Perbuatan penjenayah tebusan menahan orang tebusan bermakna dengan sengaja menahan orang itu daripada pergi ke mana-mana yang orang itu berhak pergi, adalah melakukan kesalahan halangan salah. Halangan salah itu akan menjadi pengurungan salah apabila orang tebusan itu tidak dibenarkan keluar dari lengkongan dinding atau sesuatu bangunan atau premis. Berikut adalah peruntukan undang-undang berkaitan:

a. Seksyen 341 Kanun Keseksaan – halangan salah
b. Seksyen 342 Kanun Keseksaan – pengurungan salah
c. Seksyen 343 Kanun Keseksaan – pengurungan salah selama tiga hari atau lebih.
d. Seksyen 344 Kanun Keseksaan – pengurungan salah selama sepuluh hari atau lebih.

Peruntukan undang-undang di atas hanya dikenakan ke atas penjenayah tebusan jika mereka tidak memiliki senjata atau senjatapi. Kesalahan bertambah serius jika mereka didapati menggunakan senjata pisau atau objek-objek lain yang membahayakan nyawa untuk mencapai matlamat mereka. Penjenayah tebusan akan dikenakan pertuduhan tambahan yang lebih berat jika perbuatan itu melibatkan penggunaan senjatapi atau bahan letupan. Pertuduhan-pertuduhan yang boleh dikenakan adalah:

a. Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) – memiliki senjata berbahaya.
b. Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) – memiliki senjata yang dijadualkan.
c. Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) – memiliki bahan letupan tanpa tujuan yang sah di sisi undang-undang.
d. Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 (Akta 206) – memiliki senjata atau amunisi yang tidak sah di sisi undang-undang.
e. Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta37) – melepaskan tembakan sewaktu melakukan kesalahan berjadual.
f. Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta37) – melakukan kesalahan berjadual dengan menunjukkan senjatapi untuk mendatangkan ketakutan mati atau cedera kepada seseorang.

Pasukan Perunding Tebusan (Hostage Negotiation Team)

Di dalam apa-apa situasi krisis tebusan, dua orang pegawai yang paling penting: Komander Operasi – orang yang mempunyai kuasa penuh ke atas keseluruhan tempat kejadian dan kawalan ke atas semua pegawai penyelamat yang terlibat, dan Perunding – orang berkomunikasi secara langsung dengan penjenayah tebusan. McMains (1992) menyatakan bahawa suatu perkara penting yang membezakan perunding-perunding dengan pegawai-pegawai jalanan adalah kebolehan mereka untuk bekerja sebagai satu pasukan.
Mereka mengakui kejayaan penyelesaian suatu situasi krisis memerlukan kerjasama dan usaha gigih ramai orang. Mereka lebih gemar membangunkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain, berkomunikasi dengan orang lain, dan menyelesaikan masalah dengan orang daripada bekerja seorang diri (IACP, 1983).

Kerjasama pasukan perunding memerlukan kemahiran tertentu yang perlu dibina secara sistematik (IACP, 1983). Setiap ahli pasukan hendaklah mengetahui secara mendalam peranan masing-masing, serta peranan ahli lain supaya penggantian antara ahli dapat dibuat pada masa-masa tertentu. Pasukan perunding tebusan hendaklah mempunyai suatu matlamat yang sama untuk menyelesaikan masalah secara kolektif. Mereka haruslah mengakui bahawa dalam sesuatu situasi krisis luar biasa, sumbangan idea daripada setiap ahli amat mustahak untuk menjana suatu penyelesaian yang pantas dan efektif: dua otak berfikir adalah lebih baik daripada satu.


Namun begitu, setiap kumpulan harus mempunyai seorang ketua, dan prinsip yang sama dipakai dalam konteks ini. Seorang ketua atau penyelia perunding adalah diperlukan untuk menyelaras dan menyepadukan segala tanggungjawab serta kemahiran ahli-ahli agar misi operasi dapat dicapai dengan jayanya.

Noesner (1999) menekankan bahawa kerjasama berkumpulan dibentuk dan dimantapkan melalui proses kerjasama, latihan serta pembelajaran yang mencukupi supaya kekuatan dan kelemahan setiap ahli dikenalpasti. Sebaliknya, beliau menyatakan kerjasama yang baik bukan terbentuk semulajadi, tetapi adalah dibina. McMains (1995) dan Katzenbach & Smith (1993) menyatakan bahawa kejayaan sesuatu Pasukan Perunding Tebusan berkait rapat dengan faktor-faktor: size pasukan yang kecil, pemilihan orang yang berkemahiran, keseragaman idea dan matlamat yang jelas dan komited di kalangan ahli-ahli, dan sikap kebertanggungjawab semua ahli.


Sementara itu, Katzenbach & Smith (1993) juga telah menggariskan lapan langkah penting untuk membina suatu pasukan yang efektif iaitu mewujudkan hala tuju dan keperluan tindakan segera, memilih ahli-ahli yang berkemahiran dan berkeupayaan untuk membina kemahiran, tetapi bukan atas faktor keperibadian; berhati-hati mengadakan mesyuarat pertama pasukan, menetapkan peraturan-peraturan kelakuan untuk menjaga disiplin setiap ahli, berani mencuba dan mencari kaedah penugasan yang produktif, mencabar dan menguji kekuatan pasukan dari masa ke semasa, memperbanyakkan masa interaksi di kalangan ahli-ahli pasukan, dan mempercepatkan maklum balas yang positif, pengiktirafan, and ganjaran kepada ahli-ahli.


Bilangan Ahli Pasukan Perunding Tebusan


Pasukan perunding tebusan boleh terdiri daripada dua hingga lima orang. FBI (1993) mencadangkan saiz pasukan perunding yang ideal adalah tidak kurang daripada dua orang kerana terlampau banyak perkara hendak dilaksanakan dalam situasi itu, dan beban tugas yang berat itu sukar dipikul oleh seorang diri. Sebuah pasukan perunding hendaklah: mengumpul risikan mengenai insiden, penjenayah tebusan, orang tebusan dan lain-lain lagi dengan segera supaya perancangan yang strategik dapat, mengguna taktik yang efektif untuk meredakan situasi, mempengaruhi penjenayah tebusan, dan mengurangkan risiko kehilangan nyawa, menjalinkan komunikasi yang baik dengan penjenayah tebusan, merekodkan maklumat risikan yang relevan, mencatatkan rekod perundingan temasuk tuntutan dan janji, menyelenggara peralatan, serta menyelaras dan berkomunikasi dengan Komander Operasi dan Pasukan Taktikal.

Struktur Organisasi Pasukan Perunding


McMains (1991) menerangkan struktur organisasi sebuah pasukan perunding tebusan yang ideal yang diikuti oleh FBI harus merangkumi aktor-aktor penting iaitu:


1. Penyelia Pasukan: orang yang bertanggungjawab ke atas penugasan duti pasukan.
2. Perunding Pertama: orang yang bertanggungjawab untuk bercakap terus dengan penjenayah tebusan bagi membina taktik perbualan lisan, dan mengawas serta menilai tahap bangkitan emosi penjenayah tebusan, dan juga memberi perhatian ke atas maklumat yang tidak relevan daripada penjenayah tebusan.
3. Perunding Kedua: orang yang bertanggungjawab untuk memelihara rekod perhubungan dengan penjenayah tebusan (buku log / rakaman suara perundingan), membina pertuturan lisan dengan penjenayah tebusan, dan memberi sokongan moral kepada perunding pertama. Bertindak sebagai orang penghubung komunikasi antara perunding pertama dengan ahli-ahli pasukan lain, dan bersedia untuk mengganti perunding pertama bila perlu.
4. Pegawai Risikan: orang yang bertanggungjawab untuk mengumpul risikan mengenai keperibadian penjenayah tebusan; lokasi fizikal dan senjata yang digunakan dalam insiden; keadaan insiden; temubual dengan kawan-kawann, keluarga dan/atau tebusan yang telah dibebaskan; dan memelihara papan kenyataan maklumat.
5. Pakar Kesihatan Mental: orang yang bertanggungjawab untuk menilai keperibadian penjenayah tebusan, mencadangkan teknik merunding yang sesuai, mengawas tekanan mental pasukan, dan memberi nasihat yang sesuai. Beliau boleh terdiri daripada seorang ahli psikologi, pakar psikiatri, atau pekerja sosial yang terlatih serta berpengalaman dalam campur tangan krisis, konflik penyelesaian, and prinsip perundingan.


Setiap ahli pasukan harus boleh berfungsi dalam pelbagai peranan. Semua ahli akan berperanan sebagai pegawai risikan, dan aktiviti-aktiviti mereka adalah dikawal oleh Penyelia Perunding. Sebanyak sahaja strategi dibina dan komunikasi dengan penjenayah tebusan dilaksanakan, semua ahli akan kembali ke penugasan hakiki masing-masing. Aliran komunikasi Pasukan Perunding Tebusan yang lebih jelas digambarkan dalam


Rajah 1 di bawah.


Rajah 1. Aliran Komunikasi Pasukan Perunding Tebusan


Komander
Operasi
Pegawai
Risikan
Penyelaras
Perunding
Penjenayah
Tebusan
Perunding
Pertama
Perunding
Kedua
Pakar
Kesihatan Mental


(Sumber: McMains, 1992)

Pemilihan Perunding Yang Sesuai


Pemilihan perunding yang berkualiti adalah elemen penting dalam menentukan kejayaan sebuah pasukan perunding yang efektif. Setiap masa situasi tebusan memerlukan perunding yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkebolehan untuk memujuk atau meyakinkan penjenayah-penjenayah tebusan menghentikan perjuangan mereka, dan menyerah diri kepada pihak berkuasa tanpa mencederakan orang tebusan.

Fuselier (1986) mencadangkan bahawa perunding mesti memperoleh sifat-sifat personaliti seperti berikut: kematangan emosi. perunding mesti boleh menerima serangan psikologi, tekanan bertoleransi, and elak daripada diganggu oleh emosi orang lain;

pendengaran yang baik dan kemahiran menemubual: boleh dipercayai, jujur, telus, dan boleh diharapkan. Seorang perunding harus dilihat sebagai ikhlas oleh orang lain; kebolehan menggunakan hujah yang logik untuk meyakinkan dan memujuk orang lain; kebolehan untuk berkomunikasi dengan semua lapisan masyarakat dan berlainan status sosial, serta mempunyai minat dan pengalaman yang banyak serta prasangka yang mininum;

kecerdasan otak yang tinggi; kebolehan untuk menghadapi keadaan yang berubah-ubah, dan mengenalpasti perubahan persekitaran, menilai sumber, fleksibel, dan menukar rancangan apa masa yang perlu; kebolehan untuk menerima tanggungjawab tanpa perlu diawasi; berkomitmen penuh ke atas pendekatan berunding dan percaya kepada falsafah perundingan; pemahaman tentang keperluan membantu perancangan melancarkan serangan apabila rundingan gagal


Mengikut Majlis Keselamatan Negara, Arahan No. 18, Kumpulan Perunding adalah terdiri daripada mereka yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang perundingan dan berperanan sebagai kumpulan perhubungan dengan pihak pengganas dalam menerima, mengumpul dan menyampaikan maklumat untuk memudahkan Pasukan Pengurusan Krisis membuat keputusan.

Kuasa utama kumpulan ini adalah untuk mengekalkan perhubungan dan mengadakan perundingan dengan pihak pengganas bagi mencari penyelesaian secara damai tanpa menggunakan kekerasan berpandukan kepada arahan dasar Jawatan Kuasa Kawalan Keganasan dan pelan tindakan operasi Pasukan Pengurusan Krisis. Jawatan Kuasa Kawalan Keselamatan adalah bertanggungjawab membuat pemilihan dan perlantikan ke atas perunding-perunding berdasarkan kepada penilaian dan perakuan oleh Pasukan Pengurusan Krisis mengenai situasi di lapangan.

Pakar Kesihatan Mental (PKM)


Seorang pakar kesihatan yang mempunyai latar belakang atau pemahaman kerja polis atau perundingan tebusan akan menjadi aset bernilai untuk diserapkan kepada pasukan perundingan (Fuselier, 1986; FBI, 1993).

Peranannya amat penting untuk memberi input di situasi krisis kepada perunding dan komander operasi tentang kedudukan mental atau psikologi penjenayah tebusan. Input tersebut bernilai dan berfaedah untuk membantu perunding atau komander operasi bagi merancang atau menukar strategi perundingan mengikut keperluan situasi. Mengikut McMains (1991), pakar kesihatan mental akan dapat membekal empat nilai penting untuk membantu perunding dan jabatan polis sewaktu berlakunya situasi tebusan:

kepakaran tentang kelakuan manusia - dapat menilai sifat penjenayah tebusan, menilai keupayaan membunuh diri dan keagresifan penjenayah tebusan, dan membantu membina taktik perundingan yang efektif; membantu mengurangkan pendedahan tanggungan pihak berkuasa - tidak tersilap langkah dalam membuat sesuatu keputusan, dan memberi input yang penting agar situasi tebusan dapat diselesaikan dengan baik dan cepat;

meningkatkan imej awam terhadap jabatan polis - berusaha menyelesaikan situasi dengan kemudaratan yang minimum, terbuka kepada input bukan polis, dan menggunakan segala sumber yang ada termasuk kepakaran dalam perhubungan manusia, tekanan dan motivasi; menambahkan moral pasukan perunding -mengawas dan mengurangkan tahap tekanan mereka, dan membekal sokongan emosi dan input taktik bila perlu.


Kepentingan peranan PKM tidak dapat dinafikan dalam konteks penyelesaian situasi tebusan. Kehadiran mereka sudah tentu akan membantu pasukan perunding untuk memujuk penjenayah tebusan menyerah diri, atau mengurangkan kematian atau kecederaan orang tebusan. Di samping itu, mengikut Fuselier (1988), selain daripada menilai penjenayah tebusan, PKM juga digunakan untuk memberi kaunseling kepada pegawai-pegawai selepas insiden, menaklimatkan semula kepada pasukan, mencadangkan teknik berunding, berinteraksi dengan pakar kesihatan mental yang lain, menemubual ahli keluarga mangsa, serta memberi perkhidmatan kaunseling kepada mangsa.

Kesiapsagaan Malaysia Menghadapi Situasi Tebusan


Kerajaan Malaysia memang sedar akan peri pentingnya mewujudkan suatu garis panduan atau prosedur operasi piawaian (standard operating procedure) untuk menggemblengkan tenaga dan kepakaran semua agensi kerajaan untuk menangani sebarang situasi keganasan termasuk tebusan. Usaha dan kerjasama yang bersepadu (integrated) serta terselaras (coordinated) di antara agensi awam seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tenteram Malaysia (ATM), Bomba dan Pasukan Penyelamat, JPA3 dan lain-lain lagi amat mustahak untuk menyelesaikan sesuatu krisis keganasan. Sehubungan itu,


Majlis Keselamatan Negara, Arahan No. 18 (MKN 18)

– ‘Pengurusan Dan Pengendalian Krisis Keganasan’ telah dikeluarkan dengan mengambil kira beberapa insiden keganasan yang berlaku di dalam negara:


1. Penahanan ke atas Duta Besar Malaysia ke Peru oleh Kumpulan Pergerakan Revolusi Tupac Amaru (MRTA) pada Disember 1996.
2. Penculikan serta pembunuhan ke atas dua anggota polis di Bukit Jenalik, Sauk Perak oleh Kumpulan Al-Ma’unah pada 2 Jualai 2000.
3. Penculikan ke atas sembilan rakyat Malaysia dan dua puluh satu rakyat asing di Pulau Sipadan, Sabah yang kemudiannya dijadikan tebusan di Pulau Jolo, Selatan Filipina pada 23 April, 2001.
4. Penculikan ke atas tiga rakyat Malaysia di Pulau Pandanan, Sabah yang kemudiannya dijadikan tebusan di Jolo, Selatan Filipina pada 10 September 2001.

Dasar Mengenai Keganasan


Melihat beberapa insiden keganasan yang telah berlaku di dalam negara dan luar negara, kerajaan tidak boleh tidak mengambil berat tentang ancaman yang wujud sama ada secara nyata atau tersembunyi. Untuk itu, kerajaan telah menyediakan mekanisme serta dasar yang relevan untuk menghadapi situasi keganasan: menentang sebarang bentuk keganasan; melindungi nyawa orang tebusan atau harta benda; mencari penyelesaian menerusi rundingan; tidak menggunakan pertukaran orang tebusan sebagai langkah penyelesaian; dan menyetujui tindakan menggempur sebagai pilihan terakhir sekiranya usaha-usaha secara rundingan gagal.


Kajian Kes Situasi Tebusan


i. Pengepungan di Ruby Ridge, Idaho


Pengepungan di Ruby Ridge, Idaho berlaku pada 22 Ogos 1992 selepas seorang Timbalan U.S. Marshal, William Degan mati ditembak dalam suatu kejadian tembak-menembak dengan Randy Weaver (penjenayah utama), Sammy Weaver dan Kevin Harris pada pagi sebelumnya. Insiden tersebut juga mengakibatkan anak Randy bernama Sammy Weaver turut terkorban. Pasukan Penyelamat Tebusan (Hostage Rescue Team) dari Biro Penyiasatan Persekutuan (Federal Bureau of Investigation, FBI) di bawah komander operasi Richard Rogers diarahkan untuk mengendalikan krisis tersebut. Komander operasi menukar polisi menembak FBI atau lebih dikenali sebagai peraturan pertempuran (rules of engagement) daripada pertahanan kepada menyerang.

Penembak hendap (sniper) FBI boleh menembak mana-mana lelaki yang bersenjata di luar kabin sekiranya tembakan itu tidak membahayakan nyawa kanak-kanak.


Seramai 11 ahli penembak hendap FBI mengambil kedudukan di sekitar kabin, tempat penginapan Randy Weaver dan keluarga serta Kevin Harris setelah sampai di Ruby Ridge pada 22 Ogos 1992. Tiada perunding (negotiator) dihubungi atau dipanggil untuk datang ke tempat kejadian, dan tiada sesiapa memanggil Randy Weaver menyerah diri.

Pada hari yang sama jam lebih kurang 4.00pm, Randy Weaver, Kevin Harris (24 tahun) dan Sarah Weaver (15 tahun) keluar dari kabin untuk melihat mayat Sammy Weaver (14 tahun) yang diletak di rumah pam di belakang kabin. Sebaik sahaja melihat mereka keluar dari kabin, helikopter FBI berlepas (airborned). Randy Weaver terus mengangkat senjatapinya untuk menembak helikopter FBI.

Pada masa yang sama, penembak-penembak hendap FBI melepaskan tembakan lalu mencederakan tangan Randy Weaver. Randy, Sarah dan Kevin melarikan diri menghala ke kabin. Penembak hendap melepaskan lagi tembakan terhadap Randy tetapi salah satu butir peluru terkena badan Kevin Harris lalu menembusi pintu kabin dan membunuh Vicky Weaver yang sedang membuka pintu kabin untuk mereka bertiga masuk ke dalam.


Pengalaman pahit tersebut mengambil tempoh 10 hari untuk berakhir. Randy menyerah diri setelah FBI menggunakan orang tengah yang disanjungi Randy untuk memujuk dan meyakinkannya bahawa beliau akan dibela oleh seorang peguam yang masyhur. Hasil perbicaraan, Randy dan Kevin Harris dibebaskan daripada pertuduhan bunuh. Namun begitu, Randy dipenjarakan 13 bulan atas kesalahan pemilikan senjatapi.

Sebelum tuntutan sivil bermula, kerajaan Amerika Syarikat membuat penyelesaian di luar mahkamah dengan membayar pampasan kepada Randy sebanyak USD 3.2 juta. Sementara itu, lebih kurang 12 pegawai FBI yang terlibat dalam misi tersebut dikenakan tindakan disiplin, dan dipaksa bersara atas kesalahan menyembunyikan fakta sebenar. Malangnya, kelemahan dan kesilapan yang dibuat oleh FBI di Ruby Ridge berulang lagi di Waco, Texas pada tahun 1993.


Melihat senario yang berlaku dalam kes ini, dihujahkan bahawa kesilapan yang jelas berlaku adalah perunding tebusan tidak dipanggil untuk membantu. Struktur Pasukan Perunding Tebusan yang sebenar tidak dibentuk. Komander operasi Richard Rogers hanya mengharapkan pasukan taktikal iaitu penembak-penembak hendap (sniper) untuk memainkan peranan utama.

Kaedah pertempuran (rule of engagement) penembak hendap telah diubah daripada ala responsif kepada agresif. Walaupun perubahan kaedah tersebut tidak menampakkan berlaku kesilapan, namun tembakan berterusan setelah tembakan pertama yang mencederakan tangan Randy Weaver sewaktu beliau bersama anaknya, Sarah serta kawannya, Kevin melarikan diri ke kabin adalah suatu tindakan keterlaluan.

Sepatutnya, penjenayah-penjenayah tersebut dibiarkan masuk ke dalam kabin dahulu, dan kemudiannya memanggil Pasukan Perunding Tebusan untuk menyelesaikan situasi. Perunding yang datang kemudian telah menjalankan tugas dengan baik, dan disokong oleh bantuan pegawai risikan yang menyiasat latar belakang serta kelemahan Randy Weaver, dan akhirnya melalui orang tengah berjaya memujuknya menyerah diri. Adalah dirumuskan bahawa sekiranya Pasukan Perunding Tebusan digerakkan lebih awal, nescaya kes tersebut akan dapat diselesaikan dengan mudah, dan mengurangkan tanggungan kerajaan atas pemberian pampasan besar kepada penjenayah.

ii. Pengepungan di Waco, Texas


Pengepungan yang berlaku di Waco, Texas pada 28 Februari 1993 berikutan cubaan serangan yang dilancar oleh Bureau of Alcohol, Tobacco and Firearms (ATF) ke atas kawasan yang didiami oleh penjenayah Vernon Wayne Howell atau dikenali sebagai David Koresh bersama lebih kurang 100 orang pengikutnya termasuk beberapa dozen wanita dan dua dozen kanak-kanak.

David Koresh didapati membuat bom tangan, mengubahsuai senjatapi separuh-auto untuk menembak secara automatik, memproses dadah serta mencabul kehormatan ahli-ahli kumpulanm wanita. Kerahsiaan misi serangan ATF terbongkar akibat seorang pemberita yang sesat jalan ke destinasi untuk membuat liputan tertanya adik ipar David Koresh tentang lokasi operasi. Namun begitu, operasi serangan diteruskan ke atas kawasan tersebut walaupun telah diarahkan untuk membatalkan operasi oleh pegawai atasan disebabkan unsur-unsur mengejut (element of surprise) telah hilang.

Ekoran itu, operasi mengalami kekalahan yang teruk kerana David Koresh mempunyai kelengkapan senjata dan keanggotaan yang lebih besar daripada ATF. Dalam insiden tersebut, empat orang anggota ATF telah terkorban dan ramai lagi yang cedera. Sementara itu, enam orang ahli David Koresh turut mati.


ATF menarik diri dan kes diambilalih oleh FBI. Komander operasi dilantik daripada pegawai tempatan yang memahami tanggungjawab kawasan geografi, dan bukan berdasarkan kebolehan, kemahiran, pengalaman dan latihan. Krisis bermula pada 28 Februari 2009 dan tamat pada 19 April 2009 dengan melibatkan lebih kurang 720 pegawai keselamatan termasuk 25 orang perunding. Semua pegawai yang terlibat dalam operasi tidak dibenarkan bertukar orang dan dikekalkan sehingga operasi berakhir.


Semua talian komunikasi di kawasan itu dipotong oleh polis. Perunding bercakap dengan Koresh dan pembantunya melalui telefon. Koresh bersetuju melepaskan 2 orang kanak-kanak sebagai syarat untuk mendengar khutbah Kristian melalui radio. Pada 2 Mac, seramai 14 orang kanak-kanak telah dibebaskan atas syarat yang sama. Berikutnya Koresh menukar pemikiran, dan enggan membebaskan kanak-kanak lagi dengan alasan Tuhan memberitahu dan melarangnya untuk berbuat demikian.


Pada 15 Mac, perundingan berdepan muka telah dijalankan dengan pembantu kanan Koresh iaitu Steve Schneider tetapi tidak berkesan. Selepas 50 hari perundingan dibuat, para perunding mula kelihatan letih dan hilang kesabaran. Komander operasi terpaksa membuat keputusan menembak gas pemedih mata untuk menghalau penghuni keluar dari kawasan kepungan. Apabila ini gagal, kereta kebal digunakan untuk merempuh bangunan penjenayah. Tembakan gas pemedih mata itu telah mengakibatkan bangunan terbakar. Dalam itu melebihi 70 mayat ditemui, 30 daripadanya adalah mati kerana lemas, dua orang mati akibat dicederakan dengan benda tumpul, 20 mati ditembak dari jarak dekat dan sebagainya.


Hasil analisis yang dibuat oleh ATF, dua masalah utama dikenalpasti dalam pengendalian krisis iaitu gagal menggunakan risikan dan mengawal perimeter polis. Kegagalan bertindakbalas ke atas risikan yang diperoleh daripada agen pengintipan. Koresh dan pengikut-pengikutnya telah mengetahui lebih awal tentang serangan segera polis dan telah pun membuat persiapan awal. Sementara itu, kegagalan mengawal perimeter polis dan membenarkan wakil media mengikuti agen ATF masuk ke dalam kompound kepungan untuk membuat penggambaran kejadian tembak-menembak.


Scenerio kes ini menunjukkan bahawa pada mulanya perunding-perunding berjaya mendapatkan pembebasan 2 orang kanak-kanak sebagai tukar ganti penyiaran khutbah Kristian. Akan tetapi perunding gagal mendapatkan pembebasan kanak-kanak seterusnya setelah 14 orang dibebaskan berikutan Koresh menukar pendiriannya dengan alasan bahawa beliau mendapat arahan daripada Tuhan untuk tidak berbuat demikian. Sepatutnya perunding-perunding tersebut mengamalkan strategi yang dicadangkan oleh Fuselier (1986) yang antara lain mesti mempunyai kebolehan untuk menghadapi keadaan yang berubah-ubah dan menukar rancangan perundingan pada masa yang diperlukan.

Perundingan yang panjang sehingga memakan masa 50 hari adalah mudarat kerana ia bukan sahaja meletihkan fizikal, bahkan melemahkan mental para perunding. PKM tidak digunakan dalam kejadian ini untuk membantu meredakan tekanan mental yang dihadapi oleh perunding-perunding juga merupakan suatu kelemahan operasi. Tindakan lambat Komander Operasi ke atas maklumat pegawai risikan untuk menyerang kawasan kepungan membawa padah kepada situasi itu.

Keadaan memihak kepada penjenayah apabila mereka mengetahui lebih awal rancangan serangan polis, dan ini membolehkan mereka membuat persiapan rapi sehingga mengakibatkan empat orang pegawai ATF terbunuh serta ramai lagi tercedera. Pendek kata, Komander Operasi dalam kes ini tidak membuat perancangan teliti iaitu tidak mengutamakan kepakaran perunding, sebaliknya lebih mengharapkan pasukan taktikal untuk menamatkan pengepungan dengan lebih pantas.

iii. Pengepungan di Jordan, Montana


Kejadian berlaku pada awal tahun 1996, selepas pihak berkuasa menangkap dua orang ahli kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai “Freemen” iaitu LeRoy Schweitzer, umur 57 tahun dan Daniel Peterson, umur 53 tahun atas kesalahan menipu bank dan perniagaan melibatkan kerugian sebanyak USD 1.8 juta, serta mengugut nyawa seorang hakim persekutuan. Mereka berdua telah beroperasi di suatu kawasan terpencil sebesar 960 ekar di Clark Ranch dan menamakannya semula sebagai “Perbandaran Justus”. Kumpulan ini menentang kerajaan, dan enggan membayar apa-apa tax serta pinjaman perladangan kerajaan. Mereka seolah-olah penganut fahaman anarki dan akhirnya tercetus konfrontasi dengan pihak berkuasa.


Demi menangani krisis ini, pasukan FBI yang dipilih adalah jauh lebih cekap dan berpengalaman daripada pasukan bagi kedua-dua kes Ruby Ridge dan Waco. Anggota-anggota pasukan yang terlibat ditugaskan mengikut syif dan ditukarganti dalam tempoh satu ke dua minggu berdasarkan kepentingan tugas. Kejadian berlarutan selama 81 hari. Pasukan FBI tidak mengalami sebarang keletihan kerana penugasan digilir-gilirkan, dan sebaliknya memberi penekanan kepada pihak lawan.

Perundingan secara bersemuka telah dijalankan oleh perunding yang berpengalaman dalam suatu jarak yang dipersetujui oleh penjenayah dan dikawal rapi oleh ahli-ahli penembak hendap. Akhirnya, “Freemen” berjalan keluar dari ladang dan menyerah diri pada 13 Jun 1996.


Kejayaan FBI di Jordan, Montana adalah disebabkan beberapa faktor. Faktor yang paling utama adalah penukaran falsafah organisasi bertindak krisis. Ketua operasi krisis dipilih berdasarkan kebolehan serta pengalaman. dan bukan geografi. Perunding yang cekap serta pasukan taktikal yang seimbang, dan giliran tugas yang baik juga merupakan faktor-faktor penting kejayaan ini. Dengan mengambil iktibar kegagalan kes-kes di Ruby Ridge dan Waco, perancangan yang lebih rapi dan praktikal diambil oleh Komander Operasi.

Walaupun perundingan berdepan muka dibuat antara perunding dengan penjenayah adalah bahaya, namun perunding telah menggunakan strategi itu untuk meyakinkan penjenayah serta mendapatkan kepercayaan penjenayah untuk menyerah diri. Sesungguhnya, perunding telah mengeksploitasikan kelemahan penjenayah-penjenayah “Freemen” (pesakit paranoia) yang mengharapkan orang yang ikhlas dan boleh dipercayai untuk menyelesaikan masalahnya.

Pendek kata, seorang Komander Operasi yang berpengalaman dan berpengetahuan dengan dibantu oleh Pasukan Perundingan Tebusan yang berkemahiran dan berkomitmen akan dapat menangani sesuatu situasi tebusan dengan lebih berkesan tanpa mengakibatkan mana-mana nyawa terkorban atau tercedera.

Kesimpulan


Pasukan Perunding Tebusan yang mantap dengan komitmen, kemahiran dan personaliti merupakan kunci kejayaan untuk menghadapi krisis tebusan. Kepakaran dan kebolehan pasukan ini dalam berurusan dengan situasi tebusan bukan terbentuk semula jadi, tetapi harus melalui pelbagai latihan yang panjang, program pemupukan interaksi antara ahli-ahli yang kukuh, serta semangat kerjasama yang tinggi.

Setiap ahli hendaklah memainkan peranan penting dalam bidang masing-masing untuk mencapai satu matlamat utama iaitu menyelamatkan nyawa orang tebusan. Perunding-perunding yang berhadapan dengan penjenayah mempunyai tanggungjawab yang lebih berat dan signifikan berbanding dengan ahli-ahli lain pasukan. Kesabaran dan kepintaran otak perunding amat penting untuk memastikan kejayaan sesuatu rundingan.


Fisher & Danny (1995:56) menyatakan bahawa seseorang perunding perlulah melihat rundingan yang dijalankan sebagai satu proses penyelesaian masalah yang memerlukan kerjasama, dan bukan memerlukan konfrantasi dan persaingan. Perunding harus memahami konsep perundingan untuk mencapai suatu persetujuan atau keputusan yang memberi faedah bersama (win-win situation). Beliau mesti cekap dalam menentukan sesuatu rundingan sama ada mencapai persetujuan (making a deal ) atau tidak mencapai persetujuan (not making a deal). Dalam konteks kualiti dan kebolehan seorang perunding, ia harus dipilih secara teliti agar orang yang direkrut betul-betul berminat , dan mempunyai sifat-sifat peribadi yang baik seperti saranan Fuselier (1986).

Selain itu, pegawai risikan dan pakar kesihatan mental yang berkomitmen tinggi dan bertauliah harus juga diberi penekanan. Kedua-dua ahli dalam Pasukan Perunding Tebusan memainkan peranan yang signifikan dalam menentukan kejayaan sesuatu perundingan. Dalam konteks Malaysia, adalah didapati pakar kesihatan mental masih belum diberi perhatian yang utama, dan diharapkan kepentingan peranannya dapat diiktirafkan kelak.

Nota : Nak lebih cari dan baca e sendiri. Jangan main tiru buta aje. Buat bacaan tambahan. Semuga tulisan ini bermenafaat untuk semua samada yang masih belajar dan juga yang bekerja atau baru kerja. Tulisan ini bukan yang terbaik tetapi ia mungkin membantu. Rujukan terpaksa dibuang dari kertas kerja ini bagi mengelakkan dari pengklonan bulat-bulat dan nak mengajar supaya jangan cut and paste aje. Itu kerja pemalas namanya.

Monday, 13 April 2009

PENGURUSAN KRISIS : AIR MARSHAL DAN LAPANGAN TERBANG : KEPENTINGAN MEMBENDUNG TINDAKAN PENGGANAS OLEH ARIS @ ARIF BIN OMAR


PENGAWAL UDARA DAN KESELAMATAN LAPANGAN TERBANG
: KEPENTINGANNYA DARI SEGI MENGHADAPI
PENGGANAS DAN TINDAKAN KEGANASAN.

1.0 Pengenalan

Di dalam semua bentuk keganasan, rampasan pesawat udara adalah merupakan satu cara di mana pesawat, anak-anak kapal dan penumpang dijadikan pertahanan dan “barricade”. Tindakan ini telah menjadi satu dilemma kepada kerajaan. Semua bentuk penentangan terhadap pengganas akan melibatkan satu ancaman kepada kebebasan individu di mana definisi rampasan kapal terbang juga melibatkan ancaman yang disengajakan kepada nyawa sekumpulan manusia yang mana mungkin terdiri daripada rakyat berbagai negara.

Cubaan untuk berunding atau perbincangan yang panjang mungkin berlaku, diskriminasi politik untuk membentuk individu menunjukkan tujuan pengganas untuk meletupkan pesawat. Tekanan terhadap pihak berkuasa untuk menyerah atau mengalah adalh berkemungkinan besar, tetapi permintaan yang di buat oleh mereka adalah bersifat politik, tidak boleh di bawa berunding atau memang tidak munasabah untuk dilayani.
Rampasan kapal terbang tidak boleh dianggap satu masalah sementara. Jika beberapa kejadian telah dapat di atasi, jangan dianggap ia akan lenyap dan dipandang sebagai cara yang usang di dalam terma pengganasan. Perampasan kapal terbang selalunya mempunyai objektif yang mudah iaitu memaksa juruterbang menerbangkan pesawat ke destinasi pilihan mereka. Terdapat juga lain-lain akibat selain dari tidak keselesaan kepada syarikat penerbangan, penumpang dan anak-anak kapal.

Kejadian rampasan pesawat udara untuk tujuan melarikan diri daripada merasai penindasan yang sebenar kurang mendapat perhatian dari masyarakat antarabangsa. Tertakluk kepada peringkat keganasan yang dilakukan dan tujuan rampasan itu dilakukan oleh perampas, kategori keganasan nampaknya boleh diatasi melalui cara diplomatic. Adalah jelas inilah caranya mengapa negara-nagara komunis tidak berkompromi, terutama terhadap pengganasan
2.0 Objektif

Objektif kertas ini adalah untuk mengetahui setakat mana pengawal udara dan kawalan keselamatan di lapangan terbang boleh menghalang atau mencegah kepada berlakunya pengeboman atau rampasan kapal terbang oleh pengganas atau penjenayah. Mengenalpasti kepada permasalahan dan cadangan, remedies atau tindakan yang perlu diambil.

3.0 Krisis

Apakah yang dikatakan krisis. ? Krisis ialah :
“A crisis can be defined as any unplanned event, occurrence or sequence of events that has a specific undesirable consequence”
Krisis juga menurut Oxford English Dictionary ialah “Decisive moment, time of danger or great difficulty” .

Krisis juga boleh juga di definasikan jika ia melibatkan sesuatu organisasi sebagai kejadian yang berlaku yang memberi kesan negatif terhadap pekerja, produk,perkhidmatan, kewangan dan reputasi organisasi (Barton 1993) • Ia juga adalah kejadian yang boleh menjejaskan reputasi serta menghalang pencapaian keuntungan, pertumbuhan dan kewujudan organisasi
Krisis juga boleh dikatakan sebagai kejadian yang memberi kesan terhadap kesahihan organisasi, boleh mengubah misi strategik organisasi dan menjejaskan persepsi atau pandangan orang ramai terhadap prestasi organisasi

4.0 Jenis-Jenis Krisis

Di peringkat Global ialah seperti wabak penyakit SARS, Selsema Burung, pengganasan (terrorism), kegawatan ekonomi, pencemaran udara (ozone) • Manakala di peringkat Negara ialah seperti kegawatan politik, ekonomi, letupan loji nuklear (Insiden Chernobyl), pemberontakan Tentera Tamil Eelam di Sri Lanka, Chechnya, Kashmir, Palestine, Haiti, Mindanao, Iraq, Acheh, dan sebagainya.

Di peringkat organisasi pula ialah seperti pencemaran produk, penipuan, perubahan peringkat pengurusan, skandal rasuah atau seks, jenayah kolar putih, mogok, tunjuk perasaan. Dan bagi kertas kerja ini ialah di peringkat lapangan terbang ialah seperti pesawat terhempas, kemalangan pesawat, ugutan bom, perampasan pesawat, serangan bersenjata oleh pengganas di terminal, rompakan, kebakaran, dan kemalangan barang merbahaya.

Di antara krisis keganasan di dalam kapal terbang dan di lapangan terbang yang begitu signifikan bagi kertas kerja ini ialah seperti :

1. 1972 di Tel Aviv di mana 30 terbunuh di lapangan terbang Lod Nol Airport. Attackers PLFP/JRA groups
2. 1985 , 22 orang terbunuh dan 110 orang cedera di Rom dan di lapangan terbang Vienna.
3. 1986 di Seoul Korea 6 orang terbunuh dan 30 cedera ..
4. 1992 di lapangan terbang Algeria 9 terbunuh dan 123 cedera.
5. 1994 di lapangan terbang Johannesburg , Afrika, di mana 17 orang terbunuh dari dengan menggunakan bom kenderaan.
6. 1996 di lapangan terbang Lahore Pakistan di mana 4 orang terbunuh dan 70 orang cedera akibat letupan bom.
7. 2002 peristiwa bangunan pencakar langit di Amerika iaitu bangunan world Trade Centre di New York telah di rempuh oleh 2 buah kapal terbang komersial yang di rampas oleh para pejuang palestin. Lebih 3,500 orang mati dan beribu yang lain cedera.

5.0. Punca-punca Krisis

Di dalam membincang krisis , tidak dapat tidak terdapat 2 jenis krisis yang dapat diperkatakan iaitu :

5.1. Man-Made Disaster iaitu – berkaitan dengan malapetaka yang berpunca daripada kesilapan atau kecuaian manusia seperti kebakaran,kerosakan sistem, kegawatan politik, rusuhan, pemberontakan bersenjata, rusuhan, pengganasan, Bio-terrorism, kemalangan, pencemaran .
5.2. Natural Disaster (Acts of God) – Malapetaka yang berpunca daripada bencana alam seperti banjir, ribut taufan, tanah runtuh, cuaca 8 melampau, letupan gunung berapi, kemarau.

6.0. Ciri-ciri Krisis

Terdapat 2 ciri-ciri krisis iaitu :

6.1. Krisis yang berlaku secara tiba-tiba seperti insiden Highland Towers runtuh di Ulu Klang, Selangor, Insiden Rompakan Senjatapi oleh ahli- ahli Kumpulan Al-Maunah,di Kampung Jenalik, Sauk, Kuala Kangsar, kejadian Tanah Runtuh di Lebuhraya Utara Selatan.
6.2. Krisis yang berlaku dalam persekitaran yang luas dan boleh melepasi sempadan seperti wabak penyakit SARS, Selsema Burung, Japanese
encephalitis ( JE ).

7.0. Pengurusan krisis (Crisis Management)

Pengurusan krisis merujuk kepada satu kaedah yang sistematik dan tersusun untuk mengenalpasti dan menangani kejadian kecemasan yang berlaku atau mungkin akan berlaku . Konsep pengurusan krisis ialah menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan serta rekabentuk struktur organisasi, memilih pasukan pengurus krisis, mengaudit persekitaran, merangka pelan luar jangka (Contingency planning) .

Pengurusan Krisis ialah satu Pelan Kecemasan membolehkan organisasi mengurus krisis dengan cara yang sistematik dan teratur . Ia adalah satu proses audit bagi membolehkan organisasi mengesan lebih awal masalah yang berpotensi menjadi krisis yang serius . Di dalam pengurusan krisis Proses Pemulihan (recovery) daripada kesan krisis akan dapat mengelak operasi harian terjejas dengan teruk.

Pengurusan krisis penting kerana dengan pengerusan yang cekap dan berwibawa berupaya untuk mengurangkan kerosakan pada imej organisasi (damage control) dan boleh memulihkan keadaan (recovery) balik ke asal dalam tempoh masa yang singkat.

Dari segi sejarah pada tahun 1970an , Industri Penerbangan Awam Antarabangsa berdepan dengan krisis serangan pihak pengganas khasnya daripada PLO. Akibatnya, banyak pesawat komersil dirampas, ada diantaranya telah diletupkan. Pihak International Civil Aviation Organization ( ICAO ) melalui peruntukan dalam Aerodromes Annex 14, Bab 9, 9.1.1. meminta semua negara perjanji (Contracting States) mewujudkan Pelan Kecemasan Lapangan Terbang (Aerodrome Emergency Plan).

Di dalam Airport Emergency Plan ( Pelan Kecemasan Lapangan Terbang ) ia menyediakan garis panduan mengenai peranan dan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh setiap organisasi termasuk agensi-agensi sokongan (supporting agencies) dari luar kawasan lapangan terbang yang terlibat dalam menangani kecemasan atau krisis yang berlaku.

Di dalam ICAO Requirement • Annex 14 - AERODROMES - Standard 9.1.14 menjelaskan bahawa :
“The Plan shall contain procedures for periodic testing of the adequacy of the plan and for reviewing the results in order to improve its effectiveness” (
Di Malaysia, Pengurusan semua lapangan terbang di Negara ini di uruskan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad ( MAHB ). Di dalam pengurusan lapangan terbang ini terutama apabila berdepan dengan krisis di lapangan terbang atau di dalam kapalterbang , MAHB mempunyai pelan khusus yang di namakan Pelan Pengurusan Krisis Korporat ( Corporate Crisis Management Planning ). Di dalam pelan ini terdapat satu pasukan yang dinamakan “ Crisis Management Team “ ( CMT ). Ini adalah merupakan satu pengurusan krisis peringkat Ibu Pejabat MAHB di mana Pengerusi - SGM (Operations) MAHB dan ahli-ahlinya terdiri dari Pengurus-Pengurus Besar MAHB, MASB, Malaysia Airports (Sepang) . Setiausaha CMT pula terdiri dari Pengurus Kanan AVSEC/AFRS .

CMT ini bagi menangani krisis yang berlaku di semua lapangan terbang negara ini seperti :

7.1. Kapalterbang Terhempas
7.2. Kemalangan Kapalterbang
7.3. Ugutan Bom
7.4. Tindakan Keganasan
7.5. Kebakaran
7.6 . Kemalangan Barang Merbahaya
7.7. Rampasan Kapal terbang

Matlamat utama pengurusan krisis ialah bagi mengurangkan gangguan (disruption) kepada para penumpang dan memulihkan perjalanan operasi lapangan terbang. Ia juga bagi mengurangkan jumlah kerugian (loss of revenue) dan juga menjaga nama baik organisasi serta imej negara (damage control) . Selepas peristiwa 911 ( 11 sep 2001 ) iaitu peristiwa rempuhan 2 buah kapalterbang ( United Airlines ) ke atas Pusat Dagangan Dunia ( WTC ) di Amerika yang dirampas oleh pejuang Palestin , maka pengurusan krisis di lapangan terbang amat penting untuk ditangani dengan sebaik mungkin.
Di dalam hal ini maka ada cadangan bahawa Pengawal Udara ( Air Marshal ) diujudkan untuk menangani kejadian rampasan kapal terbang dan yang berkaitannya semasa penerbangan. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang Pengawal Udara dan bagaimana ia boleh berfungsi dalam menangani krisis di dalam penerbangan Di samping itu kertas kerja ini akan membincangkan juga tentang pengurusan lapangan terbang bagi menangani krisis yang berlaku berkaitannya.


8.0. Definisi Pengawal udara


Pengawal udara (air marshal) adalah terma popular bagi pengawal rahsia bersenjata di atas kapal terbang komersial bertujuan untuk menghalang rampasan kapal terbang (skyjackings)(Wikipedia encyclopedia).


Banyak penerbangan komersial terdapat marsyal udara di dalamnya bagi tujuan penerbangan yang terpilih seperti Swissair sejak 1970, EL AI, Sri Langkan Airlines dan United Airlines (Ethan 2003). Majoriti penerbangan di Israel untuk penerbangan domestik dan antarabangsanya mempunyai pengawal udara bersenjata. Pengawal udara menjadi isu apabila Amerika Syarikat mengarahkan semua penerbangan luar negara mesti mempunyai pengawal udara di dalamnya sebagai pengahalang serangan dari pengganas. Banyak negara bersikap berdiam diri terhadap cadangan ini oleh kerana mereka takut dengan adanya senjata di atas penerbangan mereka akan meluaskan lagi risiko tindakan dari pengganas. Pengawal udara boleh disediakan oleh syarikat penerbangan atau kerajaan seperti Federal Air Marshal di Amerika.


9.0. Rampasan kapal terbang (skyjacking)


Rampasan kapal terbang atau (skyjacking) didefinisikan sebagai pengambilan alih kapal terbang oleh seseorang atau kumpulan yang selalunya bersenjata. Tidak seperti rampasan kenderaan di darat ianya tidak bertujuan untuk merampas barang-barang atau kargo. Kebanyakkan rampasan kapal terbang, penumpang dijadikan tebusan di dalam tujuan untuk mendapatkan kenderaan ke sesuatu lokasi, mengurung penumpang sebagai tebusan atau memaksa supaya rakan mereka dipenjara dibebaskan. Lain-lain tujuan adalah bermotifkan publisiti terhadap sesuatu ketidakpuasan hati mereka (Wikipedia Encyclopedia).


10.0. Pengganasan (Terrorism)


Terdapat banyak definisi mengenai pengganas (terrorism) tetapi “terrorism” yang sering digunakan adalah yang melibatkan perkara berikut:


1. Menggunakan kekerasan atau ugutan kekerasan yang menyalahi undang-undang.
2. Keganasan yang ditujukan kepada orang awam.
3. Pelaku yang tidak melibatkan negara.
4. Tidak melibatkan peperangan antara negara.
5. Tujuan untuk menakutkan, mengugut atau menyampaikan mesej kepada orang awam atau kerajaan (tidak melibatkan jenayah terancang untuk tujuan persendirian).


Oxford English Dictionary mendefinisikan “terrorism” sebagai satu polisis serangan dengan keganasan terhadap mereka yang berkenaan, bertujuan untuk serangan. American Heritage Dictionary mendefinisikan “terrorism” sebagai : “ The unlawful use or threatened use of force or violence by a person or any organized group against people or property with the intention of intimidating or coercing societies or governments often for ideological or political reasons”.


United Nations belum menerima definisi “ terrorism” yang sebenar. “Academic concensus definition” yang ditulis oleh A.P. Schmid sering digunakan oleh para sarjana untuk mendefinisikan “ terrorism” yang masih belum mendapat persetujuan dari ahli di Bangsa-Bangsa Bersatu.


Di Malaysia, National Security Council Directive No,18 mendefinisikan terrorism sebagai :


“Use of force or violence without authority under the law by any person, group or state with what so ever purposes, intention or justification towards any state or its citizen or property or essential sevices with the intent to instill fear to the public; or by such means threatened the security of a state.


In addressing terrorism, the root cause must be sddressed such as raising arms against invasion, attacks, colonialism and hegemony with a view to attain independence through the process of international law.Act of terrorism motivated by ideology , politic, religion, ransom or what so ever without any motive is defined by this directive to inclide:


1. Hujacking or aeroplane, ship, public transport or cargo ship at sea, premises, building, vital installation on land or Malaysian waters involving hostage taking of the passengers, crews, employees or accupants of premise or building.
2. Detaining of Malaysian Citizen as hostage on another country including as taking of Malysian citizen as hostage in a coutry played with political conflicts.
3. Kidnapping of Malaysian citizen in Malaysian territory and taking them to another country as hostage.
4. Handling others citizens in Malaysia and making them as hostage.
5. Individually or as a group threathening the life, property and facilities resources of the nation/ internationally or the strategic interestof the government.
6. An act by individual or group using any lethal weapons, explosives, hazardous materials or weapons of mass destructions whether weapons used are chemical, bioligocal or nuclear.
7. An act or threat by conflicting groups in an another country that threatened the national security and using a Malaysia as their base or assuming Malaysia is supporting or protecting their objectives. The action by this group could inflict Malaysia to be involved into their conflicts and having potential threat towards terrorism.
8. Cyber-terrorism by extremist group with the expertise in information technology and communication. This group or expert may target government computer system, hence threatening the nation strategic interest such as industries, energy or transportation. (Malaysian Security Council No.18)

11.0. Isu-isu keselamatan dan Keganasan (Terrorism)


Mungkin terlalu banyak telah dilakukan sejak beberapa dekad kebelakangan ini di dalam bidang teknologi yang terdedah kepada ancaman pangganas. Sesungguhnya alat-alat yang kecil dan kemudahan memperolehi bahan-bahan letupan, pelancar roket, sistem komunikasi, peralatan kawalan jauh (remote control devices), berpotensi untuk menjadikan pengganas lebih berbahaya. Mudah di perolehi bekalan, dibiayai dan kekerapan untuk perjalanan telah tumbuhnya apa yang dikatakan pengganasan antarabangsa, di mana ia tidak mempunyai sempadan dan menggunakan dunia sebagai pentas di mana sasaran boleh diperolehi dan dipergunakan atau digunakan.

Tindakan terhadap pengganas di dalam sesuatu situasi hendaklah lebih berhati-hati. Tindakan balas yang berlebihan dengan menggunakan cara kekerasan adalah dilarang tetapi menggunakan tindakan secara rahsia atau tumpuan kepada sesuatu sasaran adalah satu cabaran dan boleh mengakibatkan lebih keganasan lagi. Pencegahan dengan menggunakan kekuatan mungkin ada kebaikan jika cara berlembut tidak memberi kesan. Kebolehan untuk menangkap atau membunuh penjenayah yang sebenar oleh pihak berkuasa dengan bersenjata boleh menyelamatkan nyawa. Mengadakan perbatasan untuk menyelamatkan sasaran, dengan cara pemeriksaan sebelum memasuki pesawat boleh menjadikan sesuatu serangan oleh penjenayah itu menjadi sukar.

Pencegahan terhadap rampasan pesawat udara adalah sukar. Masalah utamanaya adalah untuk mencegah orang yang bersenjata seperti pistol, grenad dan bahan letupan daripada menaiki pesawat dan untuk mencegah daripada diletakkan bahan-bahan berbahaya pada pesawat.


Frank Benchley (1986 : 4) menceritakan dengan jelas bagaimana tindakan asas perlu diambil oleh beberapa operator penerbangan dan juga pihak berkuasa lapangan terbang di dalam persediaan menghadapi pengganasan dengan berkesan dan perlunya pengawal udara berada di dalam kapal terbang.


“I will remember a round trip from London-Rome-Dubrovnik-Belgrade-Sofia-Verna-Istanbul-London, when my wife’s allegedly affensive scissors in her handbag were impounded by British Airways on the London-Rome leg but never picked up again. When we left Rome the security man was looking the other way as they showed up on his electronic X-ray scanner and they were not noticed in Dubrovink during search in transit accasioned by a Croation terrorist bomb scare!. It is no wonder that airport authorities wonder what more they can do. Clearly there is no substitute for generous manning by alert and conscienstious guards whose attention is never allowed to wander”.


12.0. Permasalahan untuk menghadapi serangan dari pengganas dan rampasan kapal terbang.


Pada 30 Mei 1972, pengganas menembak dengan menggunakan senjata otomatik terhadap penumpang yang sedang menunggu untuk menaiki kapal terbang di Ben Gurion International Airport, Israel. Dua puluh enam orang terbunuh dan 76 cedera parah.


Dua tahun kemudian pada 6 Ogos 1974, 2 orang terbunuuh dan 17 lagi cedera parah apabila bom meletup berhampiran dengan kaunter tiket PanAm di Terminal 2 Lapangan Terbang antarabangsa Los Angeles.


Di Malaysia, pada 9 April 2008 satu kejadian tembak menembak dan samun di perkarangan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) di mana empat pengawal keselamatan pengurup wang telag cedera ditembak dan sejumlah S$1.5 juta telah dilarikan.


Peristiwa yang menggegarkan dunia pada 11 September 2001 di mana empat buah kapal terbang telah dirampas di Amerika Syarikat dan digunakan untuk menyerang beberapa tempat penting di Amerika. Dua American Airlines dan dua United Airlines membawa berjumlah 266 penumpang, anak-anak kapal dan juruterbang telah dirampas dan digunakan untuk menyerang. Dua buah kapal terbang melanggar twin tower World Trade Center New York menyebabkan kedua-dua bangunan itu runtuh. Sebuah kapal terbang United Flights dikatakan jatuh di barat Pennsylvania, sementara American Airlines kedua melanggar bangunan Pentagon, Ibu Pejabat Military Amerika .


Di sini menunjukkan beberapa longgarnya kawalan keselamatan lapangan terbang dan juga keselamatan di dalam kapal terbang di mana 4 buah kapal terbang boleh dirampas dalam satu masa di sebuah negara yang dikatakan mempunyai kawalan keselamatan yang canggih.


Perjalanan melalui udara kerap kali dilakukan dan terdedah kepada serangan dari pengganas. Struktur pesawat udara atau kapal terbang membuatkan ia mengalami kerosakan dan kemusnahan yang tinggi dari bahan letupan semasa penerbangan. Apabila pesawat di udara, ia adalah terpinggir dari tindakan balas atau menyelamat dari pihak tentera atau polis.


Ada dua cara yang berkemungkinan serangan pengganas terhadap sesebuah kapal terbang. Menanamkan atau meletakkan bahan peletup dengan tujuan untuk menghancurkannya semasa di udara dan merampas kapal terbang di dalam usaha untuk tawar-menawar dan permintaan terhadap tebusan yang tidak berdosa di dalam pesawat tersebut. Selalunya permintaan mereka adalah supaya membebaskan rakan seperjuangan mereka di penjara.


Di dalam kes pertama alat peletup jangkamasa perlu diletakkan di dalam pesawat udara itu, berkemungkinan di dalam tempat kargo di mana ia sukar untuk dikesan. Walaupun dengan bahan peletup yang kecil diletakan pada tempat yang sensitive ia boleh memusnahkan kapal terbang tersebut semasa di udara. Rangka badan kapal terbang adalah bahan yang mudah pecah jika digunakan dengan kekerasan. Jika pesawat itu tidak meletup di udara dengan serta merta, tekanan udara boleh mengakibatkan letupan. Jika letupan berlaku akan mengakibatkan kebakaran didalam pesawat dan saluran bahan api di dalam pesawat mungkin menyemarakkan lagi kebakaran dan berlakunya kemusnahan .


Pengganas yang berniat untuk merampas kapal terbang mungkin menghadapi masalah untuk menyeludup masuk senjata atau bahan letupan bukan di ruang kargo tetapi di dalam kabin pesawat, di mana ia boleh disorokkan sehingga mendapat peluang untuk mengambil alih pesawat dari juruterbang atau anak-anak kapal.


Masalah yang genting adalah bagaimana untuk mnyekat senjata dan bahan letupan daripada dibawa masuk kedalam kapal terbang sebelum ia berlepas. Kawalan keselamatan dan tahap kawalan berbeza dari satu negara ke satu negara dan di dalam negara pula dari satu lapangan terbang ke satu lapangan terbang yang lain. Peralatan pengimbasan yang canggih boleh mengesan bahan letupan dalam bagasi dan beg persesndirian boleh terdapat di pasaran pada masa ini tetapi harganya amat mahal. Memanadangkan lapangan terbang yang sibuk memerlukan peralatan ini, hanya sejumlah kecil sahaja lapangan terbang yang mencukupi peralatan keselamatannya. Banyak lagi penyelidikan dan kewangan diperlukan untuk keperluan keselamatan ini. Mungkin terdapatnya peralatan pengimbasan “x-ray” dan anjing penghidu, tetapi ianya sahaja tidak mencukupi untuk memenuhi piawaian keselamatan seperti yang diperlukan .

Kawalan keselamatan yang baik diperlukan di lapangan terbang di nagara bukan sebagai sasaran terrorism. Syarikat penerbangan yang mudah menjadi sasaran mungkin mendarat di negara-negara biasa mengalami serangan pengganas untuk mengisi bahan api. Langkah berjaga-jaga juga diperlukan di lapangan terbang dalam negara (dometstik) oleh kerana penumpang dan barangan yang sering dipindahkan terus dari penerbangan domestic kepada penerbangan antarabangsa. Di dalam kes seperti ini, pemeriksaan rapi perlu dilakukan di lapangan terbang antarabangsa. Pengganas sentiasa memerhati dan mengenal pasti kelemahan dari segi ini.


Selalunya berlaku kelewatab penerbangan tidak boleh dielakkan. Semua jenis pemeriksaan keselamatan walaupun dengan menggunakan peralatan canggih akan mengambil masa. Memandangkan perjalanan dengan kapal terbang atau menggunakan kargo udara adalah untuk tujuan perjalanan cept, penerbangan yang berjadual perlu dilaksanakan. Prosedur keselamatan yang cekap boleh mengurangkan berlakunya kelewatan penerbangan pada tahap yang minima selari dengan keselamtan. Masih terdapat penumpang dan pengurusan kargo yang tidak memahami atau tidak boleh menerima kepentingan keselamatan .

Kebanyakkan pengganas walaupun bukan semua mungkin enggan menaiki pesawat yang akan mereka jahanamkan. Dengan itu peraturan perlu dilakukan supaya mereka yang telah menempah tiket untuk menaiki pesawat tetapi tidak muncul, kapal terbang tersebut perlu diperiksa dengan rapi dan menentukan bagasi penumpang yang tidak timbul itu tidak berada dalam pesawat. Jika perlu, kesemua bagasi mesti dikeluarkan dan semua penumpang dikehendaki mengenalpasti harta mereka sendiri.

Pemeriksa khas diperlukan untuk memeriksa bagasi di pusat bandar atau yang dipindahkan dalam sistem “melalui tempahan” apabila perjalanan melibatkan pertukaran pesawat. Pengganas mungkin mempunyai keyakinan di dalam menjangkakan bom masanya yang diletakkan dalam pesawat pada penerbangan peringkat pertama. Di dalam penerbangan peringkat yang kedua pengganas akan meluluskan diri dan bom jangka itu akan meletup. Dengan itu penumpang yang tidak muncul di dalam sesuatu penerbangan hendaklah sentiasa disyakki. Beberapa remedies atau cadangan boleh diusulkan untuk menangani pengganas terhadap pelanunan udara .


13 .0. Penggunaan pengawal udara di dalam kapal terbang.


Kehadiran pengawal udara mempunyai empat tujuan:


1. Memberi keyakinan pada penumpang.


Tujuan industri penerbangan adalah untuk menarik semula dan member keyakinan pada penumpang untuk terbang semula. Dengan pengetahuan adanya pengawal udara di dalam kapal terbang komersial member keyakinan kepada orang ramai untuk mengikuti penerbangan tersebut.


2. Keuntungan komersial


Penggunaan pengawal udara boleh menarik pelanggan penerbangan untuk terbang kerana penumpag telah ada keyakinan di mana selama ini menaiki kapal terbang tidak selamat akibat serangan pengganas (terrorist). Keyakinan pelanggan bererti menaikkan pendapatan.


3. Pencegahan yang aktif


Pengawal udara merupakan satu cara pencegahan yang aktif terhadap pengganas. Walaupun dipertikaikan, ini adalah cara yang terakhir paling berkesan untuk menangani pengganasan. Ia dipertikaikan oleh kerana membawa senjata di dalam pesawat yang member kebimbangan kepada penumpang jika sesuatu insiden berlaku.


4. Tindakan yang berpatutan.


Pengawal udara seharusnya mempunyai kemampuan untuk bertindak dengan cara menggunakan kekerasan paling minima untuk mencegah apa-apa jua keadaan yang boleh berbahayakann pesawat, krew dan penumpang.


Penggunaan pengawal bersenjata di atas kapal terbang adalah satu yang kontraversi. Terdapat beberapa kerajaan dan syarikat penerbangan mengadakan pengawal keselamatan sedemikan terutama negara Amerika dan negara-negara di Timur Tengah. Kebanyakkan negara lain pula dan juga anak-anak kapal membantah kehadiran pengawal udara di dalam kapal terbang mereka. Mereka membahaskan bahawa ia boleh membawa kepada kejadian tembak menembak di antara pengawal udara dan pengganas di dalam pesawat yang memberikan bahaya kepada penumpang dari peluru yang berterbangan dan tentunya kulit luar badan kapal terbang kan bocor dan risiko tekanan udara dan lain-lain kemungkinan akan terjadi.


Selama ini penggunaan pengawal udara tidak pernah diuji, tetapi pada 7 Disember 2005 dilaporkan seorang penumpang telah ditembak mati oleh seorang pengawal udara di dalam jetway kapal terbang American Airlines di Miami, Amerika oleh seorang air marshal ketika dia melarikan diri apabila di tahan untuk diperiksa. Lelaki itu kemudiannya disahkan oelh isterinya mengalami sakit mental. Kejadian ini telah dipersoalkan oleh banyak pihak dan dipertikaikan penggunaan air marshal di dalam kapal terbang .


Pada amalan dana pengalamannya ada pendapat yang bercampur-campur. Negara Amerika dan Israel telah berjaya terutama menghindari atau menghalang kepada serangan pengganas terhadap kapal terbang mereka dan mengurangkan kejadian rampasan kapal terbang. Disebaliknya negara Mesir yang terkenal dengan penggunaan pengawal udara tidak dapat membendung kejadian rampasan kapal terbang seperti kejadian di Lapangan Terbang Luqa pada Oktober 1984 yang berakhir dengan tragis.

Daripada empat orang pengawal udara yang terdapat dalam kapal terbang tersebut hanya seorang sahaja yang dapat menembak pengganas dan dia juga tertembak. Kejadian tembak-menembak di dalam kapal terbang telah menaikkan semangat dan perlakuan pengganas yang masih hidup. Kesan peluru yang menembusi badan kapal terbang (airframe) telah memaksa juruterbang mendaratkan kapal terbang tersebut di Lapangan Terbang Luqa walaupun tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa Malta dengan memadamkan lampu landasan kapal terbang .


Benchley (1986) juga berpendapat penggunaan pengawal udara tidak seharusnya dihapuskan sama sekali tetapi digunakan bagi keputusan yang terakhir. Negara yang terdedah kepada pengganas dan rampasan kapal terbang, di atas alasan politik harus meningkatkan penggunaan pengawal udara di dalam kapal terbang terutama penerbangan yang berisiko tinggi. Pengawal udara jika digunakan haruslah dari kalangan mereka yang terpilih dan telah menjalani latihan yang tinggi dan tahu menggunakan senjata yang di bawa. Pada zaman yang seba canggih ini, senjata yang digunakan tidak merosakkan struktur kapal terbang.


St. John (1998) menyatakan pengawal udara amat perlu daripada membekalkan senjata kepada juruterbang. “The presence of an air marshal team, acting as a trained and armed security force aboard all domestic flights, would eliminated the need for guns in the cockpit and provide the protection demanded by pilots and the public. The air marshal would be better qualified than the armed pilot in numerous ways. One aviation security expert asserts, “the air marshal program has created an elite group of highly-trained aviation security professionals who work in teams and in very close co-ordination with airlines and flight crews” .

Mengharapkan kepada pengawal udara sahaja tidak akan menyelesaikan kejadian rampasan kapal terbang. Beberapa tindakan pencegahan perlu diambil seperti berikut:


14.0. Kawalan lapangan terbang
Ada kemungkinan besar senjata apai dan bahan letupan diseludup masuk kedalam kapal terbang melalui jalan yang tidak melalui alat pengesan kargo dan bagasi. Ini juga termasuk lain-lain barang untuk diseludup seperti dadah dan berlian. Pekerja seperti tukang cuci pesawat atau penyelenggara kapal terbang adalah yang paling disyaki sebagai pembawa untuk tujuan ini. Tapisan latar belakang pekerja semasa pengambilan dan penyeliaan rapi di dalam penugasan mereka amat diperlukan. Perkara ini tidaklah begitu mudah.

Sesungguhnya pekerja yang tidak pernah menjejaki kaki di dalam kapal terbang ada kemungkinan menjadi penyeudup bahan letupan. Mereka mungkin meletakkannya di dalam bagasi penumpang yang telah pun melalui pemeriksaan atau menyurukkan bom di dalam bekas makanan atau minuman yang akan di hantar ke dalam kapal terbang. Sistem yang baik diperlukan untuk mengurangkan peluang penyeludupan bahan-bahan tersebut.

Pegawai imigresen sepatutnya memainkan peranan yang penting. Pengganas yang bermotifkan politik mungkin tidak dianggap sebagai penjenayah bagi pihak polis. Pada masa ini pengganas dibiayai oleh pertubuhan atau pihak-pihak yang tertentu dan mereka ini perlu diambil perhatian yang lebih kerana mungkin membawa passport diplomatic dimana lorong masuk bagi VIP mungkin menjadi jalan masuk ke kapal terbang.


Kapal terbang yang dipakir untuk bermalam di apron lapangan terbang boleh memjadi sasaran pengganas dengan cara memanjat pagar keselamatan di lapangan terbang yang tidak mencukupi pengawal. Kebanyakkan lapangan terbang dibina dan dibentuk semasa isu pengganasan bukan satu masalah yang besar berbanding dengan masa kini. Dengan ini perubahan bentuk perlu dilakukan dimana keselamatan amatlah penting.


Pihak berkuasa kawalan keselamatan lapangan terbang perlu ada beberapa ujian latihan untuk menentukan keberkesanan sistem keselamatan di lapangan terbang mereka. Sebagai contoh menubuhkan satu unit khas untuk berlakon dan cuba menyeludup bom palsu melalui kawalan biasa tanpa disedari oleh pekerja di lapangan terbang itu. Pengajaran yang diperolehi dari latihan ini amat berguna untuk pengetahuan di mana kelemahan yang perlu diperbaiki dan diperkemaskan .


15.0. Keperhatian kakitangan


Walaupon dengan menggunakan peralatan yang canggih, ia tidak akan berkesan jika tidak diambil perhatian kepada mereka yang mengendalikannya. Ini dirujuk kepada latihan yang diperlukan untuk mengesan bom dan senjata yang diseludupkan. Perkara ini memerlukan pemerhatian yang berterusan. Pada masa ini pengesanan yang lazim digunakan di lapangan terbang terhadap penyeludupan senjata di dalam bagasi, beg tangan, beg bimbit dan lain-lain lagi adalah dengan menggunakan “X-ray”.

Ujian telah dijalankan dan mendapati penumpuan pemerhatian oleh seorang operator terhadap skrin X-ray itu hanya boleh bertahan selama lebih kurang 20 minit sahaja. Ini sangat penting kepada implikasi penugasan kakitangan. Ini bermakna rutin tugas adalah selama 20 minit dan kelepasan 40 minit dan jumlah petugas yang diperlukan agak ramai untuk pusingan kerja 24 jam. Had jumalh bagasi yang dibawa dengan tangan ke dalam lapangan terbang yang disyaratkan oleh syarikat penerbangan mempunyai alasan yang berpatutan. Ia sepatutnya dikuatkuasa dengan sepenuhnya .


16.0. Risikan keselamatan


Senjata yang paling berkesan di dalam menangani isu pengganas adalah risikan keselamatan di atas segala aktiviti mereka. Setakat ini cara yang paling baik adalah dengan memintas rancangan pengganas dan mendapatkan maklumat awal tentang tujuan mereka. Di dalam dunia yang nyata ini risikan atau maklumat tersebut mungkin benar atau pun tidak, tetapi ia adalah satu perkara yang berguna untuk menggerakkan pegawai keselamatan dengan meningkatkan lagi kawalan keselamatan ditempat dan masa yang tertentu. Negara yang ingin menangani pengganasan harus mempunyai sistem risikan yang efektif dan ada hubungan pertukaran maklumat dengan pihak atau negara lain. Komunikasi di antara pasukan risikan ini memang seharusnya pantas dan terkawal dengan menggunakan teknologi terkini dan yang canggih .


17.0. Cadangan


Pada kesimpulannya, berikut adalah ringkasan cadangan yang perlu dilakukan untuk mencegah berlakunya perlanunan udara:


1. Peralatan canggih untuk mengesan bahan letupan harus dipasang di semua lapangan terbang utama.
2. Bagasi yang dihantar melalui tempahan dari penerbangan domestic kepada penerbangan antarabangsa perlu diperiksa semua dilapangan terbang antarabangsa.
3. Bagasi perlu diperiksa semula jika penumpang yang ada dalam senarai tidak hadir.
4. Kakitangan yang menjaga peralatan pengimbasan harus bertugas pada jangka masa yang pendek untuk mengelakkan daripada tugas yang membosankan.
5. Menghadkan beg yang dibawa dengan tangan harus diperketatkan.
6. Perhatian perlu ditekan kepada penyeludupan bahan letupan atau senjata kedalam pesawat melalui kakitangan lapangan terbang.
7. Plan lay-out lapangan terbang harus diperiksa untuk mengetahui kelemahan terutama bahagian keselamatan yang mudah dilolosi.
8. Penghubungan melalui aluran khas perlu diadakan untuk pertukaran maklumat mengenai pergerakan dan objektif pengganas.
9. Penggunaan pengawal udara mungkin mendatangkan risiko tetapi ia adalah pilihan yang terakhir dalam pencegahan pengganas.
Di dalam menghadapi insiden pula perkara berikut perlu diambil perhatian:
1. Pengurusan krisis harus sentiasa bersiap-sedia dan kerap membuat latihan diperingkat kerajaan dan operasi.
2. Polsis kerajaan yang tegas mengenai pengganasan udara harus dipersetujui dan diumumkan.
3. Perundingan dengan pengganas mesti bertujuan untuk menyelesaikan masalah insiden itu secara aman. Jika boleh tanpa melalui konsesnsi kepada ugutan mereka. Dalam menghadapi tindakan ini harus dibuat latihan sekerap yang mungkin.
4. Keutamaan yang tinggi harus diberikan kepada penghubung dengan media. Di dalam negara yang berdemokrasi, publisiti harus diterima tetapi jika boleh perkara yang crucial atau sensitif harus dielakkan.
5. Hasil dari latihan yang diadakan harus dianalisis dengan teliti dan memperbaiki kelemahannya .


18.0. Rumusan


Pengurusan krisis di lapangan terbang amat penting . Ia bagi mengurangkan gangguan (disruption) kepada para penumpang dan memulihkan perjalanan operasi lapangan terbang. Ia juga bagi mengurangkan jumlah kerugian (loss of revenue) dan juga menjaga nama baik organisasi serta imej negara (damage control) . Selepas peristiwa 911 ( 11 sep 2001 ) iaitu peristiwa rempuhan 2 buah kapalterbang ( United Airlines ) ke atas Pusat Dagangan Dunia ( WTC ) di Amerika yang dirampas oleh pejuang Palestin , maka pengurusan krisis di lapangan terbang amat penting untuk ditangani dengan sebaik mungkin.

Di dalam hal ini maka ada cadangan bahawa Pengawal Udara ( Air Marshal ) diujudkan untuk menangani kejadian rampasan kapal terbang dan yang berkaitannya semasa penerbangan. Pengawal Udara boleh berfungsi dan berguna dalam menangani krisis yang mungkin berlaku seperti semasa penerbangan iaitu rampasan kapal terbang dan sebagainya . Pengujudan jawatan Pengawal Udara ini sudah tentu dapat mengatasi sebahagian krisis yang mungkin berlaku di dalam kapal terbang dan jika pengurusan krisi lapangan terbang pula diuruskan dengan baik maka pihak kita dapat mengekang dan mencegah dari berlakunya berbagai krisis berkaitan penerbangan.

Pengujudan Pengawal Udara ini adalah langkah proaktif yang patut diambil oleh kerajaan dan pihak yang berkaitan bagi menangani krisis. Walaupun ia akan meningkatkan kos tetapi ia akan memberikan pulangan jangka panjang yang baik kepada kerajaan, industri penerbangan dan juga industri hiliran yang lain..

Wednesday, 14 January 2009

NOTA RINGKAS 1 : POLITIK DAN PERUBAHAN SOSIAL

Konsep kuasa:

Apa itu kuasa. Ia adalah kebolehan dan pengetahuan untuk menguasai orang lain. Kunci melakukan perubahan dan menguasai dan mengubah orang lain. Kuasa ada disekeliling kita. Itu bahasa mudahnya. Samada orang suka atau tidak itu bukan isunya. Jadi kuasa berkaitan dengan mengubah orang dan mempengaruhi orang lain. Samada secara paksa atau pujukan. Contoh kerajaan buat seperti kempen ( tali keledar ). Ini adalah kuasa pujukan.
Ada yang menyatakan tidak ada ahli dalam semua masyarakat akan mematuhi peraturan secara otomatik. Jadi kita biasanya cuba membiasakan diri dengan peraturan yang ada. Jadi masyarakat perlu iku aturan sosial ( sosial Order ). Jadi kemampuan untuk kuasai dan ubah orang lain. Maka politik adalah bagaimana politik berkaitan orang untuk mendapatkan kuasa.
. Kuasa sosial
. Kuasa politik
. Kuasa Ekonomi
Contoh israel menyerang Hamas. Ia mendapat kuasa dengan cara guna kekerasan tentera. Supaya Hamas tunduk kepadanya.

Kuasa Sosial

Kalau kuasa sosial ia ditentukan oleh :
. status sosial dan
. stratafikasi sosial.

Ini kuasa dalam organisasi sosial. Jadi kuasa adalah berlapis dan sesuai dengan status kita. Contoh kita. Berkuasa dipejabat saya. Tapi ketua jabatan kita adalah berkuasa atas kita. Jadi kita kena pandai sesuaikan kuasa. Jadi dalam status sosial, misti ada simbol. Contoh kad UKM. Ada kad UKM ada warna, Untuk pelajar, pensyarah, dll. Jadi warna melambangkan status dan kuasa kita. Dalam Polis contohnya. Pangkat adalah simbol dan datangnya sumber kuasa.
Kadang kala dalam realiti masyarakat kekuatan fizikal serta kekuatan magis menentukan kuasa.Magis ini lebih kepada kepercayaan. Ia juga boleh ditentukan oleh kekayaan. Orang kaya statusnya tinggi. Setengah keadaan mereka yang dipuji dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat contohnya sultan, raja-raja akan diterapkan sebagai mempunyai daulat, keturunan dari sumber-sumber tertentu dan sebagainya dengan tujuan untuk memperkuatkan kuasanya.

Kuasa politik.

Dalam kehidupan, kuasa kita dalam kontek kuasa politik dalam kepimpinan negara. Iaitu konsep pengasingan kuasa. Seperti eksekutif, legislatif dan kehakiman. Juga dalam parti ada struktur kepimpinannya. Adakalanya dalam politik, ada juga kuasa-kuasa seperti kuasa rakyat, mahasiswa , NGOs dan sebagainya. Mereka juga ada kekuatan dan boleh merubah keadaan politik sesebuah kuasa. Contoh di Indonesia, Thailand dan Filipina. Jadi dengan lain perkataan, orang politik menentukan kehidupan kita.

Kuasa Ekonomi

Ia melibatkan modal, kekayaan dan duit. Ini faktor ekonominya. Jadi kuasa ekonomi ini bermaksud menggunakan kuasa-kuasa ekonomi untuk mempengaruhi dan mengubah orang lain. Jadi ia ditentukan oleh siapa yang ada modal. Dalam Karl Max mengatakan dalam kehidupan kita ini kuasa modal kekayaan lah yang menentukan kehidupan. Jadi ujud kelas borjuis dan kelas buruh. Jadi ada pembahagian kerja. Jadi siapa yang menguasai modal dapat mempengaruhi dan mengubah mereka yang tidak mempuyai modal.

Kuasa Legitimasi.

Jadi ketiga-tiga jenis kuasa ini akan saling berhubung kait. Weber mengatakan kuasa itu adalah sah / legitimasi. Cuma ia berdasarkan legitimasi traditional. Contohnya bomoh. Raja , semuanya ada kuasa berdasarkan aturan yang berlaku seperti kepercayaan dll. Setengah orang dapat legitimasi kerana ada karisma. Contoh Kiai, pahlawan, dan sebagainya. Juga ada juga yang berasaskan rasional. Maknanya yang berdasarkan fungsi seperti sekarang seperti ada jawatan dan pangkat seperti kita. Jadi seseorang yang mungkin tidak berkarisma mungkin tak baik tapi sekiranya ia dapat legitimasi contoh dari segi politik maka ia akan berkuasa. Juga mungkin pemimpin tak bagus dari ekonomi. Tapi dapat dari legitimasi maka ia akan mempengaruhi dan mengubah orang lain.
( Bersambung )

PETA PELAYAR