FOLLOWERS

Showing posts with label SISTEM KEADILAN JENAYAH MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label SISTEM KEADILAN JENAYAH MALAYSIA. Show all posts

Friday, 4 September 2009

SISTEM KEADILAN JENAYAH : SUMMARY TRIAL !


Sistem Keadilan Jenayah
Pembicaraan (summary trial).


Nota : Kuliah lama PG yang ada dalam simpanan. Ia adalah juga catatan tambahan yang dibuat oleh seorang yang amat dedikasi di dalam kelas kami . Setinggi terima kaseh kepada Che Zaimani yang begitu rajin dalam membantu kami dahulu. Kepada semua pelayar blog ini, semuga dengan paparan ini, ianya akan memberi menafaat kepada semua dalam memahami secara ringkas mengenai Sistem keadilan Jenayah Di Malaysia. Tq



Tatacara pembicaraan terdapat di bawah seksyen 173 CPC.

173. Procedure in summary trials
The following procedure shall be observed by Magistrates in summary trials:
(a) When the accused appears or is brought before the Court a charge containing the particulars of the offence of which he is accused shall be framed and read and explained to him, and he shall be asked whether he is guilty of the offence charged or claims to be tried.

(b) If the accused pleads guilty to the charge, whether as originally framed or as amended, the plea shall be recorded and he may be convicted on it and the Court shall pass sentence according to law:

Provided that before a plea of guilty is recorded the Court shall ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea and intends to admit, without qualification, the offence alleged against him.
[para(b) substituted by Act A979]

(c) If the accused refuses to plead or does not plead or claims to be tried, the Court shall proceed to take all such evidence as may be produced in support of the prosecution.
[para(c) amended by Act A979]

(d) When the Court thinks it necessary it shall obtain from the complainant or otherwise the names of any persons likely to be acquainted with the facts of the case and to be able to give evidence for the prosecution, and shall summon to give evidence before itself such of them as it thinks necessary.

(e) The accused shall be allowed to cross-examine all the witnesses for the prosecution.

(f) (i) When the case for the prosecution is concluded the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.
(ii) If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal.
[para(f) substituted by Act A979]
(f) Nothing in paragraph (f) shall be deemed to prevent the Court from discharging the accused at any previous stage of the case if for reasons to be recorded by the Court it considers the charge to be groundless.

(h) (i) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged, the Court shall call upon the accused to enter on his defence.
(ii) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on an offence other than the offence charged which the Court is competent to try and which in the opinion of the Court it ought to try, the Court shall amend the charge.
[para(h) substituted by Act A979]

(i) The charge if amended shall be read to the accused as amended and he shall be again asked whether he is guilty of the offence in the charge as amended.
[para(i) amended by Act A979]

(j) (i) If the accused pleads guilty to the charge as amended, the plea shall be recorded and he may be convicted on it and the Court shall pass sentence according to law:

Provided that before a plea of guilty is recorded the Court shall ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea and intends to admit, without qualification, the offence alleged against him.
[subpara(i) substituted by Act A979]

(ii) If the accused does not plead guilty to the charge as amended, the
accused shall be called upon to enter on his defence.

(iii) When the accused is called upon to enter on his defence, he may produce his evidence and shall be allowed to recall and cross-examine any witness present in the Court or its precincts:

Provided that if the accused elects to be called as a witness, his evidence shall be taken before that of other witnesses for the defence:

Provided further that any accused person who elects to be called as a witness may be cross-examined on behalf of any other accused person.

(k) If the accused puts in any written statement the Court shall file it with the record.

(l) (i) If the accused applies to the Court to issue any process for compelling the attendance of any witness (whether he has or has not been previously examined in the case) for the purpose of examination or cross-examination or the production of any document or other thing, the Court shall issue the process unless it considers that the application should be refused on the ground that it is made for the purpose of vexation or delay or for defeating the ends of justice, in which case that ground shall be recorded by it in writing.

(ii) The Court may, before summoning any witness on such application, require that his reasonable expenses incurred in attending for the purposes of the trial be deposited in Court.

(m) (i) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.

(ii) If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it and the Court shall pass sentence according to law.

(iii) If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal.
[para(m) substituted by Act A979]

(n) When the proceedings have been instituted upon the complaint of some person upon oath under section 133 and upon any day fixed for the hearing of the case the complainant is absent and the offence may lawfully be compounded, the Court may, in its discretion, notwithstanding anything hereinbefore contained, discharge the accused at any time before calling upon him to enter upon his defence.

(o) If the accused does not appear at the time and place mentioned in the summons and it appears to the Court that the summons was duly served a reasonable time before the time appointed for appearing and no sufficient ground is shown for an adjournment the Court may either proceed ex parte to hear and determine the complaint or may adjourn the hearing to a future day.

Adakah tatacara ini termasuk dalam kes pembicaraan di dalam mahkamah session kerana ianya hanya menyebut bahawa di hadapan magistrate. Kes Tengku Abdul Aziz v PP [1951] MLJ 185 memutuskan ianya termasuk kes di mahkamah Session. Tidak semua kes mesti mengikut peraturan ini. Semenjak tahun 1975 kes-kes ESCAR hendaklah dibicarakan mengikut peraturan berkenaan. Tatacara berbeza juga dapat dilihat di bawah Akta Kanak-kanak,2001.

Tatacara kes mengaku salah (PG).

i. Tuduhan dibaca dan terang kepada tertuduh.
ii. Pengakuan ditanya.
iii. Jika tertuduh mengaku salah, beliau ditanya sama ada faham akibat pengakuan salah dan mengaku tanpa sebarang syarat.
iv. Jika tertuduh masih mengaku salah,
v. Pegawai pendakwa diminta mengemukakan fakta kes berkenaan dan mengemukakan sebarang barang kes jika ada. Tertuduh kemudian diminta mengakui fakta kes dan barang kes yang dikemukakan.
vi. Jika semua diakui, Majistret akan merekodkan sabitan ke atas kesalahan yang dilakukan.
vii. Tertuduh selepas itu diberi peluang untuk membuat rayuan untuk meringankan hukuman.
viii. Pegawai pendakwa kemudian memberi jawapan balas seperti mengemukakan butir-butir kesalahan lepas.
ix. Hukuman kemudian dijatuhkan mengikut undang-undang.
x. Majistret kemudian memberi arahan/perintah (order) mengenai pelupusan barang kes sekiranya ada.

Nota :

i. Tuduhan hendaklah dibuat mengikut seksen 152 CPC.
ii. Fakta kes boleh juga dibaca terus di dalam mahkamah tanpa sebarang dokumen bertulis diserahkan kepada mahkamah.
iii. Butir-butir kesalahan lepas dikemukakan seperti seksen 152 (6).
iv. Jika terdapat hukuman kesalahan lepas Magistate mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman maksimum di sediakan oleh undang-undang di bawah seksen 87(2) Akta Mahkamah Rendah.
v. Hukuman mengikut undang-undang adalah seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
vi. Perintah mengenai pelupusan barang kes adalah di bawah seksen 406A CPC.

Tatacara jika tertuduh tidak mengaku salah.

i. Tuduhan dibaca dan diterangkan kepada tertuduh dan pengakuan di minta dan jika tidak mengaku salah atau minta dibicarakan;
ii. Mahkamah biasanya akan menangguhkan kes untuk membolehkan pendakwaan membuat panggilan saksi-saksi yang berkaitan.
iii. Pada tarikh pembicaraan tuduhan dibaca sekali lagi dan diterangkan kepada tertuduh. Pengakuan sekali lagi akan ditanya. Sekiranya tertuduh masih tidak mengaku salah;
iv. Pendakwa diminta memulakan kesnya dengan memanggil saksi-saksinya.
v. Saksi pertama PW1 dan seterusnya dipanggil.
vi. Saksi dibuat pemeriksaan utama oleh pendakwa, disoal balas oleh OKT atau peguamnya dan diperiksa semula oleh pendakwa. Tatacara ini terdapat di bawah seksen 138 Akta Keterangan. Pada masa pemeriksaan utama pendakwa bolehlah mengemukakan sebarang barang kes yang berkaitan.
vii. Setelah semua saksi-saksi selesai dipanggil, pendakwa akan menutup kesnya dan menawarkan saksi-saksi yang tidak dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak tertuduh dengan menerangkan peranan semua saksi yang ditawarkan.
viii. Kedua-dua pihak kemudian akan memberi penghujahan/penggulungan (submission).
ix. Mahkamah kemudian akan membuat penghakiman (ruling) sama ada pendakwa dapat mengadakan kes Prima Facie terhadap tertuduh.
x. Sekiranya terdapat kes Prima Facie tertuduh diminta membela diri dan sekiranya tidak tertuduh akan dibebaskan dan dilepaskan.
xi. Jika tertuduh di panggil untuk membela diri dia diberi tiga pilihan

1) Berdiam diri.
2) Memberi keterangan tidak bersumpah di dalam kadang tertuduh dan tidak boleh disoal balas oleh pendakwa.
3) Memberi keterangan bersumpah di dalam kadang saksi dan boleh di soal balas oleh pendakwa.

xii. Kes untuk pembelaan kemudian bermula dengan keterangan pertama oleh tertuduh dan saksi-saksi dipanggil olehnya. Pada peringkat ini pemeriksaan balas dijalankan oleh pihak pendakwa.
xiii. Kes untuk pembelaan dimulai dengan saksi DW1 dan seterusnya dan begitu juga barang kes dikemukakan dinamakan barang kes pembelaan 1 dan seterusnya.
xiv. Setelah semua saksi pembelaan di panggil, pihak pembelaan akan menutup kesnya.
xv. Kedua-dua pihak kemudian akan membuat penghujahan.
xvi. Mahkamah selepas itu akan membuat penghakiman sama ada pendakwa telah membuktikan kesnya di luar sebarang keraguan munasabah atau tidak.
xvii. Sekiranya tidak terbukti di luar keraguan munasabah, tertuduh akan dibebaskan dan dilepaskan.
xviii. Sekiranya pendakwa berjaya membuktikan kesnya di luar keraguan munasabah, mahkamah akan mensabitkan kesalahan terhadap tertuduh.
xix. Tertuduh selepas itu diminta memberi rayuan untuk mengurangkan hukuman.
xx. Pendakwa selepas itu diberi peluang untuk menjawab dan mengemukakan butir-butir kesalahan lepas jika ada.
xxi. Hukuman selepas itu dijatuhkan mengikut undang-undang.
xxii. Perintah mengenai pelupusan barang kes dikeluarkan oleh mahkamah.

Nota :

i. Penangguhan kes dibuat mengikut seksyen 159 CPC.
ii. Terdapat beberapa tatacara pertanyaan kepada saksi

1) Tidak boleh soalan memimpin – seksyen 141.
2) Soalan memimpin hanya boleh ditanya mengenai perkara pengenalan – seksyen 143.
3) Soalan hendaklah berkaitan –seksyen 149, 5.
4) Soalan tidak boleh lucah atau niat mengganggu – seksyen 151,152.

iii. Pendakwa boleh membuka kesnya dengan beberapa pengenalan di bawah seksyen 174 CPC tetapi jarang di praktikkan.
iv. Seksyen 182 menyatakan kedudukan pendakwa adalah ` reply` (menjawab). Oleh yang demikian penghujahan biasa yang dilakukan oleh peguam terlebih dulu.
v. 3 pilihan yang diberikan kepada tertuduh tidak terdapat di bawah mana-mana undang-undang ianya merupakan rule and practice.
vi. Butir-butir kesalahan lepas hanya diberikan melalui rekod yang disimpan oleh pendaftar cap jari mengikut Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang-orang bangsat.
vii. Prima Facie –there is a case for the accused to answer.
viii. Mahkamah selepas bicara boleh mensabitkan tuduhan di atas kesalahan lain jika didapati demikian di bawah seksyen 167 CPC dan sekiranya didapati kesalahan yang dia tidak mempunyai bidang kuasa, Magistrate boleh memindahkan kes tersebut ke Mahkamah lebih tinggi di bawah seksyen 177 CPC.

Penghuni Gua : Semuga semua pelayar dan pelajar mendapat menafaat dari paparan ini. Bacaan tambahan adalah perlu. Ini hanya ringkasan mudah untuk kita memahami sebahagian SKJ.

Tuesday, 30 December 2008

KES-KES BIDANG KUASA MAHKAMAH MAGISTRATE

1) CHEONG AH CHEOW v PUBLIC PROSECUTOR [1985] 2 MLJ 257

[ Perayu telah didapati bersalah kerana menjalankan pertaruhan haram dibawah seksen 6(3)(a) Ordinan Pertaruhan dan dihukum RM20,000 dan jika gagal 12 bulan penjara.Rayuan dibuat kerana Magistrate tidak mempunyai kuasa menjatuh hukuman RM 20,000 dimana bidangkuasa Magistrate hanya RM10,000 dibawah Akta Mahkamah Rendah,1948. Diputuskan hukuman diberikan sah kerana dibawah undang-undang pertaruhan seksen 18(3) memberi kuasa kepada magistrate hukuman lebih dan bersesuaian dengan seksen 87(2) Akta Mahkamah Rendah.]

2) PUBLIC PROSECUTOR v TENGKU HITAM [1962] 1 MLJ 414

[Perayu dituduh kerana melakukan CBT dibawah seksen 406 KK. Magistrate menjatuhkah hukuman 2 tahun penjara iaitu melebihi kuasa seorang Magistrate pada masa itu iaitu hanya 1 tahun penjara (nota: undang-undang baru 5 tahun penjara). Hukuman telah dipinda kepada 12 bulan penjara. Mah. Tinggi memberi nasihat sekiranya Magistrate merasakan hukuman diberi tidak mengcukupi kes seharus dipindah ke mahkamah yang lebih tinggi. Mahkamah tinggi meminda hukuman atas kuasa semakan dibawah seksen 325 CPC]

3) ABDUL WAHAB v PUBLIC PROSECUTOR [1970] 2 MLJ 203

[Tertuduh telah mengaku salah melakukan pecah rumah dibawah seksen 457 KK dan dihukum penjara 2 tahun , 6 kali sebatan dan juga 12 bulan pengawasan polis. Dia mempunyai 12 rekod kesalahan lepas. Hukuman telah dipinda kepada 10 tahun penjara. Dibawah seksen 87(2) Magistrate mempunyai kuasa menjatuhkan hukuman maksima sekiranya terdapat kesalahan lepas atau memindahkannya ke mahkamah lebih tinggi dibawah seksen 177 CPC. Seksen 457 KK hukumannya adalah 14 tahun penjara]

4) PUBLIC PROSECUTOR V GOVINDNAN A/L CHINDEN NAIR 1998-2 MLJ 181

[ Tertuduh telah mengaku salah atas kesalahan curi dan dihukum penjara penjara 3 tahun atas pertimbangan dia telah mengaku salah. Tertuduh mempunyai 11 rekod kesalahan lepas. Rayuan dibuat kerana hukuman adalah ringan dan Magistrate terlalu menitik berat fakta tertuduh mengaku salah. Diputuskan perkara tersebut menyimpang dari rasional seksen 87(2) Akta Mahkamah Rendah iaitu hukuman maksima yang diperuntukkan dibawah undang-undang boleh dikenakan sekiranya terdapat rekod kesalahan lepas. Hukuman dipinda kepada 7 tahun penjara ]

5) LEE BOON TUAN v PUBLIC PROSECUTOR [1960] 1 MLJ 179

[ Tertuduh telah disabitkan atas kesalahan memandu kenderaan secara merbahaya dan menyebab kematian dibawah seksen 304A KK. Sebahagian dari keterangan di rekod oleh magistrate di tempat kejadian. Peguam mempertikaikan tempat kejadian tidak boleh diambil keterangan kecuali di mahkamah terbuka seperti seksen 7 CPC. Diputuskan tidak ada peruntukan magistrate tidak boleh mengambil keterangan ditempat kejadian dan selagi dia bertindak dibawah bidang kuasa kawasannya dibawah seksen 419 CPC maka tindakan itu adalah sah]

Bidang kuasa mahkamah Seysen

1) NG KOOK KIN V PUBLIC PROSECUTOR [1995] 2 MLJ 35

[ Tuduhan dibawah akta lembaga kemajuan ikan dan disabitkan kesalahan oleh magistrate dan dijatuh hukum serta ikan di rampas. Rayuan dibuat kerana Magistrate tidak mempunyai bidang kuasa disebabkan seksen 20 Akta tersebut menyatakan hanya mahkamah seksen yang berkuasa membicarakannya. Diputuskan hukuman dan sabitan diketepikan disebabkan perkataan hendaklah/adalah (shall) dalam seksen 20 adalah berunsur mandatori dan perlu di patuhi ]

2) LEE NGAK PIEW V PUBLIC PROSECUTOR 1999-4 MLJ 79

[ Tuduhan adalah hidup diatas hasil pelacuran dibawah seksen 19 Akta Perlindungan Gadis dan Wanita dan seksen 31 menyatakan hanya mahkamah Session sahaja berkuasa membicara kes dibawah akta tersebut. Dalam kes ini Magistrate yang membicara dan mengsabitkan hukuman. Diputuskan hukuman diketepikan oleh kerana peruntukan tersebut jelas]

3) PUBLIC PROSECUTOR V CHANG HAN YUAN 1999-4 MLJ 49
[ Tuduhan adalah seorang orang tengah dalam aktiviti pelacuran dibawah seksen 16(1)(k) Akta Perlindungan Gadis dan Wanita dan hukum oleh magistrate dengan RM 3,000/- atau gagal 3 bulan penjara. Rayuan dibuat kerana hanya mahkamah session sahaja mempunyai bidangkuasa membicara dibawah seksen 31 akta tersebut. Diputuskan seksen 31 menyatakan `suatu mahkamah session ` tidak memberi makna eklusif bahawa mahkamah session sahaja dan mah magistrate dibenar juga mendengar kes (nota keputusan ini bercanggah dari keputusan kes Lee Ngah Piew) ]

Bidang kuasa Mahkamah Tinggi

1) PUBLIC PROSECUTOR V HENRY TAYE JOHNSON [1995] 1 MLJ 146

[ 3 tuduhan dibuat kepada seorang rakyat Nigeria kerana melakukan penipuan dengan jalan penyamaran. Kesalahan berlaku di perairan antarabangsa didalam kapal terbang yang di daftar di Brunai. Magistrate enggan membicara kes tersebut atas alasan tidak ada bidang kuasa. Diputuskan dibawah jadual pertama Akta Konvesyen Tokyo, 1967 menyatakan tempat berlakunya kes adalah tempat dimana kapal terbang itu di daftarkan.Dan sebelum perkara ini dilakukan ianya mestilah mendapat kebenaran pendakwaraya di tempat tersebut seperti seksen 2 Akta Penerbangan (Brunai). Oleh itu Magistarate mempunyai kuasa untuk membicarakan kes ini]

2) REPCO HOLDINGS BHD V PUBLIC PROSECUTOR 1997-3 MLJ 681

[ Tuduhan adalah dibawah suruhanjaya sekuriti. Peguam membantah kehadiran pegawai pendakwa dibawah seksen 126(2) yang membenarkan pendakwaan dijalankan oleh Pendaftar Syarikat. Perkara ini katakana bercanggah dengan artikel 145(3) Perlembagaan yang hanya menyatakan Peguam Negara. Diputuskan seksen tersebut terbatal kerana bercanggah dengan perlembagaan]

3) LONG BIN SAMAT & ORS v PUBLIC PROSECUTOR [1974] 2 MLJ 152
[ Tuduhan adalah dengan sengaja menyebabkan cedera dibawah seksen 324 KK. Semasa pembicaraan didapati kecederaan adalah cedera parah dibawah seksen 326 KK dan Magistrate masih meneruskan pembicaraan dimana dia tidak mempunyai bidang kuasa. Oleh itu rayuan dibuat dengan alasan pembicaraan adalah tidak sah kerana magistrate tidak mempunyai bidang kuasa mendengar kes itu. Diputuskan kuasa sepenohnya untuk meneruskan pembicaraan atau tidak adalah pada peguam negara (artikel 145(3) Perlembagaan) dan sekiranya kesalahan lebih berat ia sepatuhnya dipindah kepada mah lebih tinggi dan pembicaraan itu oleh demikian bukannya tidak sah]

Kes-kes keselamatan dan ESCAR

1) DATO MOKHTAR BIN HASHIM & ANOR v PUBLIC PROSECUTOR [1983] 2 MLJ 232

[ Pembunuhan berlaku di Negeri Sembilan tetapi pembicaraan dijalankan di Kuala Lumpur atas alasan kes keselamatan dibawah seksen 2 ESCAR. Pembicaraan dikatakan tidak sah dan diluar bidang kuasa. Diputuskan oleh kerana sijil dikeluarkan maka pembicaraan tersebut adalah sah]

Bidang kuasa tempatan

1) TENGKU ABDUL MUIZ SHAH & ORS v PUBLIC PROSECUTOR [1983] 1 MLJ 422

Facts:
This is an application by the appellants for a transfer of a criminal case pending in the Johore Baru Magistrate’s Court to the Magistrate’s Court, Kuala Lumpur. The respondent objected to the said application on two grounds, viz., that the Hugh Court at Kuala Lumpur has no jurisdiction to hear the application, and even if it has, the High Court is still not empowered under s 417 of the Criminal Procedure Code to make an order for transfer.

Holdings:

Held:

(1) since the offence was alleged to have been committed at Johore Baru within the territorial jurisdiction of the Johore Baru Magistrate’s Court, and the High Court at Johore Baru has the local jurisdiction for the State of Johore, it follows that the Johore Baru High Court is the court of competent jurisdiction to hear this application;

(2) the present application should therefor be filed before the High Court in Johore Baru and it will be in the power of that court, if it so decides, to transfer the case to Kuala Lumpur Magistrate’s Court.

4) DIRECTOR OF PUBLIC PROSECUTIONS V DOOT AND OTHERS ,HOUSE OF LORDS ,[1973] AC 807, [1973] 1 All ER 940, [1973] 2 WLR 532, 57 Cr App Rep 600, 137 JP 375 .
[ 5 warga Amerika dituduh bersubahat mengimpot ganja tanpa lessen ke England. Pejanjian/pakatan jahat telah dibuat diluar England iaitu samada Belgium atau Morocco. Dipertikaikan bahawa mahkamah England tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicara kes pakatan jahat. Diputuskan Mahkamah England mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan perbuatan salah yang dilakukan di England walaupun perjanjanjian untuk melakukannya dibuat sepenohnya atau sebahagiannya sahaja di England dan pakatan jahat masih berlaku sehingga perbuatan tersebut selesai atau diberhentikan ]

5) WONG PANG FING V PUBLIC PROSECUTOR 1997-2 MLJ 151

[ pembicaraan kes didaerah bidang kuasa magistrate lain adalah tidak sah]
Perayu disabitkan atas kesalahan di Mahkamah Majistret di Kuching. Kesalahan dilakukan di Batu 17 Jalan Kuching/Bau, Bau di Negeri Sarawak. Atas rayuan, perayu berhujah bahawa majistret perbicaraan di Kuching mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu oleh kerana kesalahan dilakukan di Daerah Bau yang mempunyai bangunan mahkamah sendiri.

6) PUBLIC PROSECUTOR v LOH AH HOO [1974] 2 MLJ 216

[tuduhan adalah cuba menyeludup daun terup dari Singggapura ke Malaysia.Tertuduh yang membuat tempahan dan dia yang hadir semasa barangan diisi di Singgapura. Apabila ditahan di Malaysia dia tidak dapat memberi penjelasan kenapa pengiktirafan kastam tidak sama dengan yang dijumpai. Kes nya telah dibuang kerana mahkamah berkata dia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar. Diputuskan jika perbuatan jenayah berterusan dari luar bidang kuasa dan masuk kedalam bidang kuasa maka orang tersebut layak di bicara di Malaysia]


PETA PELAYAR