
17 ogos 2009
Batal arahan siasat masa pejabat: Nazri
Oleh Misiah Taibmailto:Taibmisiah@bharian.com.my
KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, mengarahkan Peguam Negara supaya mengambil tindakan untuk membatalkan arahan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berhubung kebenaran untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan pada waktu pejabat sahaja.
Beliau selaku Menteri bertanggungjawab memerangi rasuah dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini berikrar akan melawan habis-habisan hasrat Menteri Besar Selangor itu, kerana ia akan menyekat kebebasan SPRM sebagai sebuah badan bebas.
"Apa yang dilakukan pembangkang adalah ‘cakap tidak serupa bikin’. Saya tidak setuju dan mahu supaya peguam negara mengambil tindakan untuk sama ada ke mahkamah, bagi membatalkan arahan Menteri Besar Selangor itu. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : PG tak faham , mengapa dan apa perlunya Nazri Aziz mengarahkan peguam negara membatalkan arahan MB Selangor yang mengarahkan semua siasatan dan pengambilan keterangan saksi perlu diambil diwaktu pejabat dan di pejabat kerajaan negeri di Selangor jika ia berkaitan sissatan SPRM.
2. Peguam negara tidak perlu batalkan arahan MB Selangor. Arahan Pentadbiran MB Selangor ini tiada kekuatan dari segi undang-undang dan langsung tiada kaitan dengan SPRM. SPRM boleh gunakan seksyen 111 KAJ. Jika saksi masih enggan datang ke pejabat SPRM menurut dan mematuhi seksyen / notis berkenaan maka SPRM boleh memohon kepada mahkamah bagi memaksa ke hadiran saksi ini ke pejabata SPRM. Jika masih tidak datang maka waran tangkap akan dikeluarkan dan tangkapan boleh dilakukan terhadap saksi ini.
3. Jadi apa perlunya peguam negara membatalkan melalui mahkamah arahan MB Selangor ini? Membuang masa kerana arahan MB Selangor ini adalah arahan sampah dan tiada kaitan dengan SPRM dan siasatannya. Gunakan peruntukkan Kanun Acara Jenayah ini bagi berurusan dengan saksi.
4. Adakah SPRM terlalu bebal dengan peruntukkan 111 KAJ ini? Jika begini, memang wajar saksi dan saspek tidak hormat kepada SPRM kerana SPRM pun tidak tahu undang-undang dan dan tidak tahu bidang kuasanya.
5. Adakah SPRM masih belum faham?
Nota : Tahniah SPRM kerana terus menyiasat kes rasuah. Arahan pembekuan siasatan rasuah politik dan tokoh politik di tarik balik oleh Ahmad Said :
17 ogos 2009
.........................................Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, ketika dihubungi berkata walaupun menerima kecaman daripada pembangkang, pihaknya tetap menjalankan siasatan terhadap mana-mana ahli politik yang dikaitkan dengan salah laku rasuah. "Siasatan akan tetap diteruskan. Kami tidak akan berhenti. Kalau berhenti, habislah kita. Parti pembangkang terutama DAP sering mengada-adakan cerita apabila membabitkan siasatan terhadap ahli parti itu. ........................Berita lanjut : KLIK
