KUALA TERENGGANU — Kerajaan negeri Terengganu hari ini mengumumkan pemberian subsidi sebanyak 50 peratus terhadap 30,000 keping tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Terengganu menentang Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam Sabtu ini.
Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berkata dengan pemberian subsidi hampir RM750,000 itu, penyokong bola sepak pasukan Terengganu hanya perlu membayar RM25 sekeping tiket berbanding harga jualan yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam iaitu RM50.
"Ini sebagai satu penghormatan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sokongan padu yang ditunjukkan oleh pasukan bola sepak Terengganu selama ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : MB Terengganu ini ada otak ke tidak? Atau dengan kata lain berotak atau tidak. Kalau berotak, tidak sewenangnya guna dan belanja duit rakyat untuk subsidi hanya untuk menonton perlawanan akhir bolasepak pasukan Terengganu aje.
2. Kemudian bila menang pulak , dengan senang hati berikan cuti umum. Hanya kerana bola, masa yang begitu berharga untuk membangunkan negeri , begitu senang dibazirkan hanya untuk bola . Habis semua dibazirkan. Letih, letih dibuatnya..................
3. Gunalah duit tu untuk pembangunan bola sepak seperti latihan, makanan tambahan dan sebagainya. Bukan subsidi tiket. Nampak sangat bodohnya pemikiran pemimpin ini. Kalau duit minyak banyak pun, tak perlu subsidi tiket tu. Siapa nak pergi tengok, keluarkan duit sendiri.
4. Letih, letih dapat MB sebegini....................................Patut pun dulu , pernah Terengganu terlingkup dan dilingkupkan oleh PAS.
