FOLLOWERS
Thursday, 29 April 2010
Wednesday, 2 September 2009
TELADAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH YAA HAKIM-HAKIM DAN PDRM!

CANTON, Ohio 2 Sept. - Seorang hakim yang tidak gembira dengan gangguan berkali-kali daripada tertuduh rompakan mengarahkan polis menampal mulut tertuduh dengan pita perekat.
Hakim Mahkamah Perbandaran Canton, Stephen Belden berkata, tindakan itu adalah cara terbaik untuk mengembalikan keamanan dalam perbicaraan yang melibatkan Harry Brown dari Canton, lapor akhbar The Repository.
Brown mengadu peguam yang dilantik oleh mahkamah tidak bersedia dan menimbulkan kemarahan hakim selepas berulang kali mengganggu perbicaraan.
Selepas memberi amaran, hakim mengarahkan polis menutup mulut Brown dengan pita perekat. - AP
Wednesday, 3 June 2009
DSAI : LAKONAN YANG MENJADI !!!
Saturday, 30 May 2009
BN : SEGERAKAN UCAP SELAMAT TINGGAL PADA KAYVEAS DAN PPP

Oleh HELMI MOHD. FOADpengarang@utusan.com.my
...........................................................................Dalam tindakan terbaru itu, tiga orang ahli PPP dengan dua daripadanya telah dipecat sebelum ini bertindak membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa sebenarnya Kayveas sudah kehilangan kelayakan memegang sebarang jawatan parti itu sejak 2005.
Jurucakap kumpulan itu, S. Muthulingam berkata, ini kerana Kayveas telah didenda sebanyak RM5,000 di bawah Seksyen 103D, Akta Profesion Undang-Undang 1976 pada 17 Mac 2005.
Ini sekali gus menyebabkan Kayveas tidak layak menjadi Presiden sehingga selepas lima tahun daripada tarikh tersebut.
''Seksyen 9A (1) (b) akta tersebut menyebut bahawa seseorang yang disabitkan kesalahan dan didenda tidak kurang RM2,000 atau hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun di bawah mana-mana undang-undang, maka orang itu tidak layak memegang apa-apa jawatan suatu pertubuhan berdaftar. ....................Berita lanjut : KLIK
Thursday, 28 May 2009
PARLIMEN LADANG KEKAL MILIK PAS ; KATA HAKIM : ADIL KE?
Utusan Malaysia
Mahkamah isytihar kerusi Ladang tetap milik Pas
28/05/2009 5:08pm
PUTRAJAYA 28 Mei — Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu kawasan Ladang tetap milik Pas setelah mengetepikan rayuan Barisan Nasional Terengganu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak petisyennya mencabar keputusan pilihan raya umum ke-12.
Dalam penghakimannya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, yang bersidang bersama Hakim, Datuk S.Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, mendapati tidak ada perbezaan besar daripada segi undi pos yang dikira memandangkan hanya tiga undi pos yang mungkin disalah kira dan ditolak disebabkan nombor siri yang tidak sama.
“Tiga undi ini tidak mengatasi majoriti 31 undi yang diperoleh responden (Datuk Tengku Hassan Tengku Omar daripada Pas). Oleh itu, keputusan Hakim Pilihan Raya itu dikekalkan,” katanya dalam penghakiman yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Surita Budin. - Bernama
Penghuni Gua : Dengan keputusaan mahkamah ini adakah PAS , DAP dan PKR mahu menerimanya atau menolak keputusan ini. Adilkah keputusan ini pada PAS.
2. Adakah keputusan ini dipengaruhi oleh BN/UMBO atau dipengaruhi PAS, DAP atau PKR?. Adakah keputusan ini ditentukan oelh BN/UMNO atau oleh PR ?
3. Adakah YAA Hakim tidak adil dan dipengaruhi?
4. PG pohon jawapan dan reaksi dari Ustat Mahfuz, Prof Aziz Bari dan Peguam Hanifa Maidin.
5. Boleh percaya ke keputusan YAA Hakim ini. Katanya PR tak percaya lagi kepada sistem kehakiman kita. Adakah PR akan terima keputusan ini?
6. Kalau dari segi prinsipnya PR tidak boleh menerima keputusan ini kerana keputusan Badan kehakiman sudah banyak kali dipertikai dan dikatakan oleh mereka ini sudah tidak dipercayai lagi. Dalam kes ini bagaimana?.
7. Jawapan kepada soalan ini ialah : Keputusan ini akan diterima oleh PAS sebab memihak kepadanya. Keputusan ini adil kerana memihak kepadanya. Jika sebaliknya , maka keluarlah pandangan bodoh dari mereka di atas seperti YAA Hakim tidak adil, YAA Hakim rasuah, dipengaruhi, memihak, tidak perlembagaan, tidak demokratik, tidak memikirkan hak rakyat dan berbagai lagi lagi kata-kata nista yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh mereka yang dikatakan bijak pandai dan alim ini.
8. Jika kalah maka berjela lah fitnah dan kata nista.
9. Macamana sekarang ?. Tak nak mogok lapar di Terengganu ke kerana ini. Atau baring di atas jalanraya depan wisma kerajaan negeri di jalan ladang tu? Atau baring di atas jalanraya depan Stadium atau di depan ibu pejabat polis Kontinjen Terengganu kerana keputusan ini?
10. Inilah mereka yang mempunyai satu telinga dan 2 lidah. Bila menang, kemetot tak berbunyi sepatah haram.
DAP : MALAYSIA NEGARA POLIS : SALAH KE ?

DAP: 'Polis Raja Di-Malaysia'...
Humayun Kabir May 27, 09 2:28pm
Malaysia telah menjadi sebuah negara polis, dakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo HamPolis, dakwanya, bertindak menahan orang awam sesuka hati mereka tanpa menghiraukan hak asasi manusia.Ngeh mendakwa situasi menjadi buruk, yang menurutnya, lebih teruk daripada Operasi Lalang di mana 106 ditahan di seluruh negara.
BN/ UMNO TIADA SONIA DAN RAHUL GANDHI : DR. AZHARUDIN MOHAMED DALI ialah Pensyarah Kanan, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.
Utusan Malaysia28 mei 2009
BN perlukan karisma Sonia, Rahul Ghandi
Oleh AZHARUDIN MOHAMED DALI
1. INDIA, negara pengamal demokrasi terbesar di dunia baru sahaja melaksanakan proses pilihan raya yang ke-15. Dalam pilihan raya kali ini, Parti Kongres Kebangsaan India (Kongres) yang diterajui oleh Sonia Gandhi dan Manmohan Singh mengekalkan kuasanya.
2. Lebih penting lagi, bukan sekadar kemenangan biasa yang diperolehi oleh Kongres, sebaliknya satu kemenangan yang gilang-gemilang apabila parti itu dan parti-parti gabungannya berjaya menggondol 261 kerusi Lok Sabha berbanding seteru terhampir Parti Bharatiya Janata (BJP) dan parti sekutunya yang hanya memperolehi 159. Parti-parti lain pula memperolehi 123 kerusi.
3. Melihat kepada persaingan antara Kongres dan BJP didapati bahawa Kongres telah menambah 44 kerusi berbanding hanya 217 kerusi yang diperolehi pada pilihan raya 2004. BJP dan parti sekutu pula kehilangan sebanyak 26 kerusi. Pada pilihan raya lalu, parti ini memperolehi 185 kerusi.
4. Kemenangan Kongres bukanlah dicapai secara mudah. Sebaliknya saingan sengit parti lawan terutamanya BJP yang masih terus bermain dengan isu-isu komunal benar-benar menguji kewibawaan parti ini.
5. Pengalaman memegang kuasa sejak berjaya membentuk kerajaan melalui pilihan raya 2004 dijadikan aset penting dalam kempen-kempen mereka. Lebih penting lagi, Kongres berjaya membentuk kempen yang sangat sistematik. Hal inilah yang menjadi aset penting kemenangan mereka.
6. Penganalisis politik melihat bahawa kemenangan Kongres dalam pilihan raya ini kerana ia berjaya menggabungkan tiga elemen penting yang dilambangkan melalui tiga tokoh utama iaitu Sonia Gandhi, anaknya, Rahul Gandhi dan Perdana Menteri, Dr. Manmohan Singh.
7. Gabungan tiga tokoh inilah yang membolehkan Kongres berjaya memenangi pilihan raya. Sonia dilihat mencerminkan kekuatan Indira Gandhi. Jika isu mengenai asal usul beliau menjadi senjata pihak lawan dalam pilihan raya 2004, namun tidak kali ini.
8. Pengundi dilihat tidak lagi mempertikaikan kedudukan dan kesetiaan Sonia kepada India. Sebaliknya Sonia dilambangkan seperti seorang wanita yang mempunyai karisma yang cukup tinggi sebagaimana Indira Gandhi.
9. Dalam tradisi India, wanita seperti Sonia sememangnya mempunyai tempat yang cukup tinggi dalam masyarakat. Maka tidak hairanlah sekiranya sokongan kepada beliau semakin kuat dalam pilihan raya kali ini.
10. Manmohan Singh pula dilihat sebagai tokoh politik yang berkarisma, tidak menimbulkan publisiti-publisiti murahan dan sentiasa kelihatan bersedia membawa India memasuki zaman yang mencabar.
11. Kredibiliti dan karisma kedua-dua tokoh ini diseimbangkan oleh Rahul Gandhi yang dilihat sebagai ahli politik penting pada masa depan. Berbeza dengan sepupunya Varun Gandhi yang memilih tiket komunal sebagai senjata politik, Rahul pula lebih bersifat terbuka dan mendekati rakyat, terutamanya di Uttar Pradesh.
12. Selain itu, kemenangan Kongres juga diperolehi apabila BJP dan sekutunya dilihat memilih strategi yang salah. BJP masih lagi berkempen seolah-olah sebagai parti yang memegang kuasa. Tindakan Varun Gandhi memprovokasi isu komunal sendiri akhirnya memakan diri sendiri.
13. Keadaan ini menjadi bertambah sukar apabila Narendra Modi, tokoh penting di sebalik peristiwa hitam di Gujarat membabitkan masyarakat Islam dipotretkan sebagai bakal Perdana Menteri India pada masa depan.
14. Kongres sebenarnya telah melalui turun naik politik sejak penubuhannya pada tahun 1885. Parti ini pernah tewas di tangan BJP malah, hampir hilang sokongan rakyat dan kewibawaan pemimpin-pemimpinnya dipertikaikan.
15. Meskipun demikian, formula asas yang digunakan oleh Kongres dalam pilihan raya kali ini telah berjaya membawa parti ini ke kedudukannya yang dinikmati sebelum ini. Formulanya ialah Kongres telah kembali kepada rakyat dan menjadi parti yang mampu menaungi inspirasi rakyat tanpa mengira batasan agama, keturunan dan kedudukan. Inilah formula yang digunakan oleh Kongres sejak sekian lama. Ia menjadi asas yang digunakan oleh Mahatma Gandhi dan Jawaharlal Nehru dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat.
16. Ini juga senjata yang digunakan oleh Rahul Gandhi dalam kempen-kempen politiknya. Malahan Rahul dilihat telah sanggup turun ke padang dan bersama-sama dengan kalangan rakyat, buruh dan pekerja tanpa rasa kekok dan janggal.
17. Keprihatinan Rahul inilah yang menarik minat rakyat kepada beliau. Tanpa sokongan rakyat, maka Kongres pastinya tidak akan mampu mendapat sokongan seperti yang terlihat dalam pilihan raya kali ini.
18. Di lihat lebih dalam, formula inilah yang seharusnya digunakan oleh mana-mana parti yang ingin mendapat kemenangan dalam pilihan raya. Di negara ini, Barisan Nasional (BN) juga harus menjadikan formula ini sebagai senjata ketika kempen mahupun menjadi dasar penting ketika memegang kuasa.
19. Dalam keadaan-keadaan tertentu, sejarah BN dilihat menyamai apa yang berlaku terhadap Kongres. BN terutamanya UMNO menjadi tunjang penting dalam perjuangan kemerdekaan, sama sebagaimana yang dilakukan oleh Kongres.
20. Jika Jawaharlal Nehru, pemimpin Kongres menjadi Perdana Menteri India yang pertama, Tunku Abdul Rahman, pemimpin UMNO dan Perikatan (ketika itu) turut menjadi Perdana Menteri yang pertama.
21. UMNO dan Perikatan pernah menjadi parti yang menaungi seluruh masyarakat negara ini dan menjadi parti rakyat, bukan parti elit milik golongan atasan. Guru-guru, kakitangan kerajaan, petani, nelayan dan seluruh lapisan masyarakat menjadi anggotanya yang setia.
Kongres turut melalui hal ini apabila menjadi parti milik rakyat yang diisi oleh kalangan buruh, petani, kakitangan kerajaan dan sebagainya. Orang Islam di India turut menjadikan Kongres sebagai parti mereka.
24. Malah parti ini pernah melalui zaman sukar apabila orang Islam tidak lagi mengundi parti ini dalam pilihan raya hingga menjadi antara faktor kekalahan mereka pada pilihan raya sebelum ini.
26. Kemenangan Kongres ini menjadi penanda bahawa parti politik seperti UMNO dan BN perlu melakukan transformasi secara besar-besaran sekiranya ingin mendapatkan sokongan rakyat. UMNO dan BN perlukan karisma dan kredibiliti Sonia, Rahul dan Manmohan Singh.
28. Siapa pun orangnya, UMNO dan BN harus melihat kemenangan Kongres dengan mata terbuka dan melihat bahawa tidak ada yang mustahil di dunia ini. Dengan iltizam dan wawasan yang jelas, pasti UMNO dan BN akan mampu menarik rakyat ke dalam parti itu. UMNO dan BN mempunyai sekurang-kurangnya kurang empat tahun untuk melakukannya.
DR. AZHARUDIN MOHAMED DALI
Wednesday, 27 May 2009
KAK MIN CABAR DATO ZAHRIN DEDAH SKANDAL DI HOTEL DI JAWI 2007

"Jangan cabar saya" - Aminah Abdullah
27/05/2009 2:58pm
BUKIT MERTAJAM 27 Mei — Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, beliau tidak gentar dengan ancaman disaman mahupun ugutan dan maki hamun yang diterima ekoran pendedahannya mengenai tawaran berbentuk sogokan kepada beliau oleh dua anggota parti itu.
Sebaliknya, kata Aminah, beliau sedia untuk membuat satu lagi pendedahan yang berkaitan secara langsung dengan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim dalam masa terdekat.
“Saya nak ingatkan Zahrain supaya jangan mencabar saya. Saya nak tanya sama ada dia masih ingatkah lagi dengan peristiwa di sebuah hotel di Jawi pada 2007?
“Kak Min minta dia jawab dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, Kak Min akan dedahkan kepada umum. Maruah dibayar dengan maruah,” katanya kepada pemberita di sini selepas berkempen mengedar poster beliau selaku calon Bebas bagi pilihan raya kecil Penanti yang akan berlangsung Ahad ini.
SAMAN MB : KETUA KAMPUNG TAK TAHU MALU !

IPOH 26 Mei - Sebanyak 80 bekas ketua kampung yang dilantik pakatan pembangkang sebelum ini memfailkan saman ke atas kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) kerana memecat mereka sebelum tamat tempoh perkhidmatan.
Saman berkenaan difailkan oleh wakil mereka iaitu bekas Ketua Kampung Sungai Ati, Padang Rengas, Mohd. Ridzuan Asit, 43, di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Mereka diwakili oleh firma guaman Tetuan Chan dan Associates menerusi peguam bela Leong Chock Keng kerana menganggap pemecatan mereka pada 18 April lepas adalah tidak sah kerana lantikan mereka adalah sehingga 31 Julai 2010. Berita lanjut : KLIK
Tuesday, 26 May 2009
MOGOK LAPAR : CADANGAN KEPADA PDRM !

IPOH: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, adalah antara lapan wakil rakyat dan enam penyokong Pakatan Rakyat yang ditahan kerana berhimpun tanpa permit di luar Wisma DAP di sini, sebentar tadi. Turut ditahan ialah Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran. Mereka ditahan selepas enggan mematuhi arahan polis supaya bersurai. Terdahulu, mereka menyertai perasmian mogok lapar pemimpin Pakatan Rakyat untuk mendesak DUN Perak dibubarkan.
Friday, 22 May 2009
ADUN MANIK URAI KEMBALI KE RAHMATULLAH

Ismail Yaacob
KOTA BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai, Kelantan, Ismail Yaacob, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada kira-kira jam 5.55 pagi ini kerana sakit jantung. Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ketika dihubungi hari ini. - Bernama
Sunday, 10 May 2009
SIAPA YANG BODOH ? DAN CUBA MEMPERBOODOH RAKYAT ?

10 mei 2009
Oleh Zulkiflee bakar
Anggota polis menyuraikan orang ramai yang berkumpul dalam sebuah restoran berdekatan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, di Ipoh.
SEPERTI diduga langkah polis menahan 69 orang termasuk pemimpin dan penyokong pembangkang kerana melanggar perintah mahkamah dan berkumpul di kawasan larangan berdekatan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, di Ipoh telah mendapat pelbagai kecaman.
Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada polis yang hakikatnya bertindak demi menjaga ketenteraman awam. Malah sebelum penahanan itu dibuat pihak polis sudah pun mendapat perintah mahkamah bagi melarang sebarang perhimpunan dalam kawasan radius 500 meter dari bangunan SUK.
Ertinya, pihak polis bukanlah bertindak sewenang-wenangnya, sebaliknya berasaskan kepada peruntukan undang-undang. Justeru yang melanggar undang-undang bukannya polis tetapi mereka yang berdegil berhimpun di situ termasuklah golongan yang bergelar Yang Berhormat (YB).
Adalah sesuatu yang memualkan apabila melihat ada sesetengah YB ini bersikap seperti 'samseng jalanan' bertekak dengan pihak polis apabila diminta bersurai, biarpun mereka tahu apa yang mereka lakukan melanggar undang-undang.
Tetapi mereka tidak peduli soal itu, apa yang lebih penting bagi mereka, situasi politik di Perak adalah kesempatan terbaik kononnya bagi menonjolkan diri mereka sebagai pejuang hak asasi dan demokrasi.
Sebenarnya, kehadiran mereka di sekitar bangunan SUK tersebut boleh disifatkan sengaja mencabar undang-undang kerana pihak polis sudah mendapat perintah mahkamah. Tujuan polis berbuat demikian adalah untuk memastikan perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang menjadi tumpuan tidak dicemari dengan sebarang kejadian demonstrasi, apatah lagi rusuhan.
Oleh itu, kenapakah pemimpin-pemimpin pembangkang masih mahu mencabar pihak polis dengan melanggar perintah mahkamah yang diperolehi? Inilah sikap pembangkang sebenarnya, mereka akan mengambil apa sahaja kesempatan yang ada asalkan ia boleh mendatangkan keuntungan politik kepada mereka.
Berdasarkan kepada hakikat itu, kita bersetuju dengan pandangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa polis telah menjalankan tugas dengan sebaik mungkin bagi menjaga keselamatan.
Kepada pemimpin pembangkang yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis, mereka berhak untuk mencabarnya tetapi biarlah melalui cara yang bertamadun iaitu menjadikan mahkamah sebagai gelanggang menyelesaikannya bukannya terpekik terlolong di jalanan.
Lagi pula sudah tentu ramai peguam yang bersedia membantu mereka terutama di kalangan hampir 200 peguam yang berkumpul di lobi Kompleks Mahkamah Jalan Duta, kelmarin.
Apa pun, kita memuji ketegasan pihak polis yang berjaya memastikan situasi keselamatan dan keamanan di Perak terutamanya di Ipoh tidak tercemar akibat sikap politiking berlebihan parti pembangkang.
Sememangnya, seperti mana kata Hishammuddin dalam pertemuan dengan penulis, tiada kompromi dalam soal keselamatan negara. Oleh itu apabila polis bertindak sudah pasti ia berasaskan kepada undang-undang dan demi kepentingan seluruh rakyat negara ini. Pihak polis harus terus menunjukkan ketegasan mereka dalam menjaga ketenteraman awam kerana sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, sudah ada tanda-tanda yang jelas bahawa parti pembangkang kini semakin berani mencabar undang-undang serta arahan polis.
Mereka tidak pernah peduli apa juga arahan polis dalam soal jangan mengadakan demonstrasi. Mereka seronok kalau perhimpunan terlarang itu menjadi kecoh dan mendapat perhatian. Melalui cara ini ia akan memenuhi agenda mereka untuk menunjukkan kepada rakyat dan mungkin juga negara luar bahawa pihak berkuasa negara ini kejam dan melanggar prinsip demokrasi.

Kalau setakat disuruh bersurai tetapi degil dan kemudiannya ditahan sebelum dilepaskan, ia adalah perkara biasa dalam proses menegakkan undang-undang.
Oleh itu hentikanlah usaha memperbodohkan rakyat, percayalah majoriti rakyat negara ini tidak akan bersetuju dengan perangai buruk pembangkang itu.
Saturday, 9 May 2009
SEBELUM PROF UNDANG-UNDANG INI BERCAKAP : KITA DAH TAHU APA DIA CAKAP

Tarmizi Mohd Jam Sat May 09, 09 5:28:14 pm MYT
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohd Sabu bersama tiga panelis lain akan menyertai Forum "Matinya Demokrasi di Perak" yang akan diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar pada Sabtu 9 Mei ini, jam 9.30 malam.
Ahli panel lain termasuklah Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub, pakar perlembagaan, Prof Dr. Abdul Aziz Bari dan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kasevan. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang dilaporkan akan bertindak sebagai moderator pada majlis tersebut, menarik diri dan digantikan dengan Ahli Parlimen KUala Selangor, Dr. Dzulkifli Ahmad. Berita lanjut : KLIK
Wednesday, 6 May 2009
MOHAMAD SABU DITAHAN : SEWAJARNYA LAMA DULU !
MalaysiakiniPemimpin kanan PAS ditahan polis
May 6, 09 3:16pm
kemaskini 8.04pm Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan polis selepas jam 3 petang ini di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur - dipercayai berhubung majlis solat hajat anjuran parti itu dekat Ipoh awal pagi esok.
Penghuni Gua : Sepatutnya sudah lama beliau ni ditangkap dan disumbat ke dalam kem kemunting dalam tempoh yang lama. Ada beliau diluar pun bukan boleh memperbaiki umat. Menjahanamkan lagi adalah. Kerja beliau hari-hari sejak PG kenalnya dari tahun 1987 sehingga sekarang, tak ada lain; tunjuk perasaan dan memaki hamun, memfitnah dan mencerca orang. Itu le kerja nya bila saja bangun tidor sehinggalah pejam mata tidor. Mungkin masa tidor pun mimpi dan mengigaunya pun memaki hamun dan mencerca orang.


KEK HARI JADI ATLANTUYA : SAMM PATUT HANTAR MEMO PADA DSAI DAN KEK KEPADA SAIFUL !

Tiga ditahan sambut 'harijadi Altantuya'
May 6, 09 11:38am
kemaskini 12.20pm Tiga ditahan di depan kompleks pejabat perdana menteri di Putrajaya selepas cuba "menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang dibunuh tiga tahun lepas.

Penghuni Gua : Apa yang mereka ini hendak? Nak sambut hari jadi ? Mengapa hantar pada PM? Mahkamah sudah menjatuhkan hukuman kepada pembunuhnya. Memorandum budak-budak tak cukup akal ini hanya meminta PM ambil tindakan kepada penulis dan wartawan luar negeri. Apa ni. Bodoh dan singkat sangat ke akal mereka ni. Hak seseorang untuk ambil tindakan saman ke atas seseorang. Apa perlu mereka desak? Kalau PM dikatakan terlibat , buktikan. PM nak saman atau tidak ke itu hak PM . Hak peribadi dia. Apa perlu mereka hantar memorandum. PM nak makan atau tidak itu hak dia. PM tak makan dia lapar.
Ini analogi mudah kepada mereka yang berakal pendek di atas. Apa yangmereka sibuk samada PM nak saman atau tidak. PG pun heran. Orang pantai Timur kata , mereka jenis ini belum POK lagi otaknya.
Kalau PM nak layan saman menyaman ni, sebagai PM tak ada kerja lain lain lah. Hari-hari PM difitnah. Lihat sahaja dalam Harakah, Suara Keadilan dill. Jenuh PM nak saman. Jadi PM tak kuasa dan tak pernahh melayan bab saman menyaman ini kerana PM pun jauh fikirnya. Jika layan pemfitnah ini , maka PM pun jatuh bodoh macam pemfitnah ni. PM ada tanggungjawab lain yang lebih besar.
Jadi kepada PM jangan layan kepada mereka yang berotak singkat ni. Mereka ini tak pernah berasa susah. Lahir aje semua kepmudahan dah sedia didepan mata. Pemimpin yang mereka sanjung pun mereka tak kenal sepenuhnya. Pada PG sepatutnya mereka ini hantar memorandum ini kepada DSAI agar jangan berdalih dan mengganggu manhkamah untuk dibicarakan kes liwat nya dengan Saiful. Ini dah sah kes ada bukti yang akan dibuktikan dimahkamah.
Juga kek tersebut sepatutnya mereka hantar kepada Saiful yang diliwat oleh DSAI. Kesian budak ini kerana difitnah segitu rupa dan cuba dinafikan oleh kumpulan ini. Jadi isu yang patut diperjuangkan. Tak payah fikir wartawan luar. Isu liwat DSAI itu yang patut diperjuangkan agar Saiful dibela dengan adil. Jangan lengahkan lagi. Bulan depan harijadi Saiful. Jadi hantar lah kek sebagai sokongan kepada beliau yang menjadi mangsa dalam kes liwat yang asyik ditangguhkan kerana halangan dan taktik memperlambatkan perbicaraan.
Jadi kepada budak-budak berhingus tersebut. Banyakkkan berfikir dan bebaskan fikiran kita dari dikongkong oleh seseorang. Jadi fikiran kita tidak jumud. Kamu masih terlalu mentah kalau nak hantar memorandum begitu kepada PM. Nak tulis surat pun masih terkial-kial. PG baca juga memo mereka ini. Nak gelak pun ada. Jadi bercampurlah dengan berbagai gulungan , barulah otak kita cepat matangnya. jangan kita berpuak. Bebaskan fikiran kita.
Kepada kumpulan ini. Cepat-cepat le hantar memo kepada DSAI dan Kek harijadi kepada Saiful .
Friday, 3 April 2009
PETUALANG BANGSA : SIAPA ?

Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad S.A.W bersabda (maksudnya) : Tiga perkara, sesiapa yang ketiga-tiganya itu ada padanya, nescaya ia seorang munafik meskipun ia berpuasa, mengerjakan solat dan menduga bahawa dirinya orang Muslim, iaitu apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia ingkar dan apabila dipercayai dia khianat.
Dicatat oleh Taminsari di 12:31 PM
Sunday, 29 March 2009
Masjid : Nak Berpolitik Jugak ?

Berita Harian
29 mac 2009
Nizar cuba 'rampas' majlis BN: Zambry
oleh Nurhayati Abllah
TAIPING: Pada hari pertama berkempen, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalaluddin cuba mencetuskan kekecohan apabila 'merampas' majlis bacaan Yassin dan solat hajant anjuran Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang di sini, 7.30 malam. .................................................... ......................................................................................................
"Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya . Berita Lanjut : KLIK
BACA DAN INSAFLAH KEPADA SEMUA UMAT MELAYU : SUSAHNYA KITA DAHULUNYA

Personaliti Veteran Umno: Siti Rahmah rela dipukul demi Umno
Parut dibantai ibu selepas serah gelang kepada Tunku bukti cintakan parti hingga akhir hayat
"Apabila balik, emak tunggu di tangga rumah dan terus tanya, mana gelang? Saya kata sudah beri kepada Tunku. "Emak tanya mengapa. Saya jawab sebab Tunku nak ke London, jumpa Ratu England rundingkan kemerdekaan. Dia tanya lagi, apa kena mengena dengan kau? "Emak bantai belakang saya dengan rotan belah empat, tidak kurang lima kali sehingga darah membasahi baju. "Saya sanggup menahan sebatan itu kerana darah yang menitis di belakang badan itu ialah darah perjuangan. Saya masih dalam Umno hingga hari ini. Sampai sekarang masih ada parut.
Saturday, 28 March 2009
SAH PAK LAH JUMPA DYMM AGUNG 2 APR 2009

28/03/2009 1:18pm
KUALA LUMPUR 28 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong 2 April ini untuk menyampaikan maklum hasrat bagi melepaskan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri. Beliau berkata, sekiranya mendapat perkenan, tarikh rasmi untuk majlis penyerahan kuasa akan diadakan. - Utusan

Janji DS Najib bahawa beliau akan menjemput Tun untuk berunding bagi memantapkan parti dan negara dalam tempoh terdekat juga amat dialukan . Tahniah juga kepada DS Najib atas rendah diri beliau yang masih melihat kelebihan pemimpin berkaliber ini untuk memainkan peranan di belakang tabir.
Tuesday, 17 March 2009
KEPUTUSAN LEMBAGA DISIPLIN UMNO : TAHNIAH YM Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail

Yang lainnya terdiri daripada ketua bahagian dan cawangan. Manakala empat orang diberi amaran termasuk Khairy.
Bagaimanapun, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno hujung bulan ini. Berita lanjut :..............
Kepada 2 bekas pemimpin UMNO yang bercadang hendak membawa UMNO ke mahkamah jika Lembaga Disiplin lambat bertindak bagi membenteras politik wang; lupakanlah hasrat tersebut. Bersatulah kembali. Kami pemerhati luar , cukup bimbang tentang apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Bertaut lah kembali dan kukuhkan kekeluargaan parti anda. Kekuatan parti anda pada pandangan kami adalah gambaran kekuatan negara. Serba sedikit kekurangan dan perbezaan pendapat itu, selesaikanlah melalaui rundingan dan musyawarah. Beri contoh kepada pemimpin-pemimpin muda anda, bagaimana anda menangai krisis di dalam parti. Ini akan kekal dalam sejarah. Keburukan yang anda tunjukkan, maka keburukanlah yang akan pemimpin muda ini akan warisi.
Pada pandangan kami sbagai orang luar, keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin ini adalah di atas konsep , menang , menang. Kepada yang dihukum pun menang dan parti juga menang serta kestabilan negara juga menang.
