FOLLOWERS

Tuesday, 4 May 2010

KES SCORPENE : BELUM APA-APA...................




Peguam Perancis, Joseph Breham percaya akan wujudnya "tekanan dan ugutan" sepanjang usahanya menyiasat pembelian dua kapal selam buatan negaranya kepada Malaysia. Namun menurut Breham, beliau tidak gusar kerana tumpuan antarabangsa kepada kes berkenaan semacam memberikan perlindungan untuk beliau.

"Sebagai contoh, sekiranya berlaku sesuatu kepada saya di Malaysia, ia akan menarik perhatian media antarabangsa, tekanan politik dan sebagainya, ini akan menjadikan lebih produktif."Saya bukan penterjemah Mongolia. Sekiranya terdapat masalah, semua media berbahasa Perancis akan memaparkan tajuk seperti

'Peguam Perancis yang menyiasat dakwaan rasuah hilang di Malaysia'. Tiada siapa yang boleh terima perkara ini," kata Breham dalam satu wawancara baru-baru ini.

Breham dan dua lagi rakannya yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) - sebuah NGO hak asasi manusia...............................................secara tidak langsung merancakkkan kembali perbincangan terhadap pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Hai, belum apa-apa , peguam Pranchis ini sudah mempunyai pandangan buruk kepada Malaysia dan kepimpinannya.

2. Bagaimana nak menyiasat secara adil sekiranya otak peguam ini dari awal sudah diracun oleh SUARAM. Akhirnya siasataan peguam ini hanya akan mencari bukti yang menyedapkannya sahaja. Dan akhirnya apabila gagal menjumpai bukti maka akan dibuat ulasan secara rambang dan mengaitkan pemimpin negara dengan berbagai andaian dan tohmahan.

3. Nampak gayanya akan jadi begitulah. Sudah nampak bayang dan bunganya. Nampak sangat wajah peguam dan organisasi ini akan menyiasat kearah mana dan " finding " yang bakal diperolehi dan dibuatnya. Lagi pun siapa tak kenal dengan SUARAM ( rakan peguam ini ). Suaranya pun sama aje dengan pembangkang dan tak kurang dari itu.

4. Peguam ini melahirkan dan percaya akan ada ugutan dan tekanan. Apa yang beliau cakapkan ini pun kita tak faham. Siapa yang nak berikan tekanan dan ugutan. Siasatlah. Kalau ada tekanan dan ugutan buat repot polis. Senang cerita. Jangan asyik melhirkan pandangan kosong dan bodoh. Apa yang peguam ini katakan pun, hanyalah skrip yang telah ditulis. Siapa yang menulisnya ? Tak lain adalah rakannnya. Biasalah.

Nota : Kepada peguam ini , baik anda siasat tentang ketidakadilan dan pelanggaran hak asasi manusia di negara anda terhadap umat islam lagi baik. Siasat tentang pengharaman umat islam memakai purdah, jubah dan pembinaan menara masjid serta pendengaran azan di Peranchis. Mengapa anda tak siasat perkara ini jika anda dipihak yang benar?

.......Cakap boleh lah. Ini semuanya kerana ada spesis kaduk naik junjung di Malaysia yang telah membutakan mata peguam ini. Hanya kerana kepentingan peribadi dan puak mereka dan kerana kredit politik. Itu aje jawapannya. Lebih baik selak kain sendiri sudahlah. Tengok kurap yang ada di bawah kain anda. Itu lebih baik......................

ISU AMINULRASHID : PANDANGAN A KADIR JASIN !





KITA diminta bersimpati. Tetapi kita juga diajar jangan terlalu emosi. Kita kena faham pokok dan pangkal, baru kita menjadi orang berakal.Mati di jalan raya itu bukan tragedi. Mati minum Paraquat pun bukan tragedi. Ia sekadar kematian yang menyedihkan. “Tragic” dalam bahasa Inggeris. Tragis kata bahasa Indonesia yang kita guna pakai.Tragedi, dalam pengertian asalnya adalah drama atau sandiwara yang kesudahannya menyayat hati umpama Uda dan Dara, Romeo dan Juliet. Peristiwa yang menyedihkan tidak semestinya tragedi. Ia boleh menjadi komedi. Mati berlanggar di jalan kerana menandu tanpa lesen atau ditambah polis kerana enggan berhenti bukan tragedi.

Ia sekadar “tragic” – menyedihkan atau menghibakan.Tetapi apa nak buat. Banyak istilah asing apabila diserahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka atau diserapkan ke dalam bahasa Melayu, lain pula maksud dan pengertian yang diberikannya.Saya pun tidak faham, malah naik sasau apabila perkataan “ori” khabarnya diterima pakai oleh DBP bagi membawa erti asli atau original. Emotional atau emosi sudah jadi “emo”.

Bahasa Inggeris, sepanjang pengetahuan saya, tidak pula menyingkatkan original menjadi ori atau emotional menjadi emo. Yang guna ori dan emo ni remaja. Tetapi orang tua pun sudah terikut-ikut.Satu Malaysia yang guna bahasa Melayu. Itu kata Perlembagaanlah. Tetapi kerana terbawa-bawa dengan bahasa Inggeris, maka kecewa disangka “frust”.

Jadi ramailah kerana “frust” lantas bunuh diri, mengambil madat, lari dari rumah dan macam-macam lagi.Lulusan universiti pun sangka “frust” itu adalah perkataan Inggeris untuk kecewa atau hampa. Jadi bila saya beri mereka kamus Oxford dan suruh mereka cari perkataan “frust”, mereka terpinga-pinga kerana tidak ada.

Istilah sebenar Inggeris adalah “frustration”.Jadi, budak 15 tahun mati ditembak polis ketika memandu dan enggan berhenti sekatan buka tragedi. Ia kejadian “tragic” (menyedihkan) yang tidak sepatutnya berlaku kerana BUDAK 15 TAHUN TIDAK LAYAK MEMANDU KENDERAAN BERMOTOR.

Yang menjadi tragedi ialah apabila sebahagian besar masyarakat tidak menyoal bagaimana Aminulrasyid Amzah yang berumur 15 tahun boleh bawa kereta sebaliknya bulat-bulat menyalahkan polis.Sedangkan soalan yang wajib ditanya dan dijawab ialah siapa yang mengajarnya memandu kereta sedangkan undang-undang berkata umur minimum memandu kereta adalah 17 tahun (Lesen Memandu D) dan motosikal 16 tahun (lesen B2 -250 kuasa kuda).Soal dia “pinjam” kereta kakaknya adalah perkara kedua yang tidak akan timbul kalau tidak ada persoalan pertama iaitu siapa yang mengejarnya memandu kereta sedangkan dia di bawah umur.Kita boleh salahkan polis kerana “trigger happy”.

Itu Ketua Polis Negara, Musa Hassan, wajib siasat dan wajib jawab kerana memang ada kecenderungan di kalangan sesetengah anggota polis menggunakan kekerasan.Tetapi nak salahkan polis bulat-bulat pun tak kena. Kerap juga anggota polis yang membuat sekatan jalan raya, mengawal lalu lintas atau meronda dirempoh sampai mati oleh penjenayah dan oleh pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.

Bayangkan, apa pula pendirian kita kalau budak-budak bawah umur ini membawa kereta dan berlanggar dengan orang yang ada lesen di jalan raya sampai mati atau cedera parah?Hanya orang yang ada lesen yang sah sahaja dibenarkan oleh undang-undang untuk memandu kenderaan bermotor. Budak 15 tahun tidak dibenarkan kerana dia belum berhak memiliki lesen memandu.Saya pun ada anak. Sejak mereka lahir saya sudah ada kereta. Tiga daripada mereka sudah ada lesen dan seorang sedang belajar dengan sekolah memandu.Sebelum mereka belajar dengan sekolah memandu dan lulus ujian memandu, saya tidak benarkan mereka menyentuh stereng – tak kira kereta saya atau kereta orang lain.

Saya tidak benarkan mereka memandu jauh-jauh atau lewat malam sehinggalah mereka cukup cekap. Sebenarnya tidaklah susah sangat nak disiplinkan anak-anak demi keselamatan kalau ibu bapa ada akal dan ada disiplin.Justeru itu, saya susah sikit hendak bersimpati dengan orang yang sayangkan anak sampai abaikan undang-undang dan keselamatan.Dan terlanjur Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, mengarahkan agar tidak ada apa-apa disembunyikan dalam siasatan kematian Aminulrasyid Amzah, pihak terbabit perlu siasat siapa yang mengajar dia memandu, kenapa begitu mudah membiarkan anak-anak melanggar undang-undang dan membenarkan remaja keluar rumah lewat malam.Sambil-sambil itu, cuba buat pemeriksaan di sekolah-sekolah menengah takut-takut ramai lagi budak 15 tahun bawa kereta atau tunggang motosikal.

Posted by A KADIR JASIN at 8:46 AM

Penghuni Gua : Tak apalah. Anak mereka orang baik-baik. Semalam pun seorang anggota polis patah kaki dilanggar mat rempit. 3 hari lepas seorang anggota patah tangan dilanggar mat rempit. 3 jam tertiarap di atas jalan, seokor spesis yang dikatakan manusia ini tak ada pun yang menolong.

2. Mana NGOs dan peguam-peguam yang handal mengenai hak asasi manusia ini berada . Ada ke mereka pernah melawat anggota polis yang dilanggar mat rempit ini. Contohnya dalam 2 kejadian tersebut? Ada ke mereka melawat dan menawarkan khidmat guaman. Mana GPMS atau Shahrizat atau pakar keadilan seperti PAS , DAP dan PKR ini. Tak berbunyi pun melahirkan simpati apatah lagi nak hulurkan bantuan guaman kepada anggota ini?

3. Keadilan ke arah mana. Hanya untuk anak orang baik-baik sahaja ke? Bab ini PG setuju dengan Tan Sri Musa.

4. Memang PG bertambah meluat melihat sesumpah hak asasi ini samada suaranya atau tindakannya.

5. Tahniah PDRM. Ramai lagi di luar ini menyokong anda.

Monday, 3 May 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : PENAGGUHAN DAN IMPLIKASINYA !


[1996] 5 MLJ 153
Public Prosecutor v Nasir bin Insiban
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KOTA KINABALU) — CRIMINAL REVISION NO
K43–01 OF 1995

Judges TEE AH SING JC

Date 9 FEBRUARY 1996

Citation [1996] 5 MLJ 153


Catchwords:

Criminal Procedure — Acquittal or discharge — Discharge of accused amounting to acquittal — Witnesses not available — Request for further adjournment denied — Whether magistrate can acquit and discharge the accused without hearing all the evidence for the prosecution — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) ss 173(c), (f), 254

Bahasa Malaysia Summary:

Tertuduh telah dituduh dengan kesalahan di bawah s 498C Kanun Keseksaan. Pada 27 Mac 1995 perbicaraan telah bermula dan pihak pendakwaan telah memanggil tiga orang saksi. Pihak pendakwaan kemudiannya memohon suatu penangguhan kerana dua orang saksinya tidak dapat hadir. Perkara itu telah ditangguh kepada 19 April 1995. Oleh kerana saksi-saksi pihak pendakwaan terus tidak dapat menghadirkan diri, perkara itu telah ditangguhkan beberapa kali atas permintaan pihak pendakwaan sehingga 26 dan 27 Julai 1995. Pada 27 Julai 1995, pihak pendakwaan telah sekali lagi memohon untuk penangguhan kerana dua orang saksinya masih lagi tidak dapat hadir.

Peguam untuk pihak pendakwaan telah berhujah bahawa jika penangguhan itu tidak diberi, beliau akan memohon untuk perintah pelepasan yang tidak merupakan pembebasan terhadap tertuduh. Peguam untuk tertuduh berhujah bahawa jika penangguhan tidak diberi, mahkamah patut membebaskan dan melepaskan tertuduh berdasarkan keterangan di hadapan mahkamah. Majistret yang bijaksana telah enggan memberi penangguhan itu dan telah meneruskan untuk melepaskan dan membebaskan tertuduh. Isu di hadapan mahkamah adalah sama ada seorang majistret yang menjalankan perbicaraan terus boleh membebaskan dan melepaskan tertuduh tanpa mendengar keterangan untuk pihak pendakwaan.

Diputuskan:
Diputuskan, mengetepikan perintah pembebasan dan pelepasan terhadap tertuduh dan menggantikannya dengan perintah pelepasan yang merupakan pembebasan:

(1) Ungkapan ‘kesemua keterangan sepertimana yang mungkin dikemukakan’ dalam s 173(c) Kanun Acara Jenayah (NMB Bab 6)(‘KAJ’) mempunyai makna yang sama dengan ungkapan ‘kesemua keterangan yang dirujuk kepada sebelum ini di sini’ dalam s 173(f) KAJ. Keterangan yang dimaksudkan oleh dua ungkapan ini termasuklah kedua-duanya keterangan yang sedia ada di perbicaraan serta keterangan yang tiada di perbicaraan tetapi akan dibuatkan sedia ada jika penangguhan perbicaraan diberi (lihat ms 158F); PP v Zainuddin [1986] 1 MLJ 100 diikut.

(2) Dalam suatu perbicaraan terus, perenggan-perenggan (a) dan (c) s 173 KAJ tidak memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan suatu pelepasan yang merupakan pembebasan seorang yang tertuduh tanpa mendengar keterangan pihak pendakwaan yang menyokong kesnya (lihat ms 158G); PP v Zainuddin [1986] 1 MLJ 100 diikut.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

MENUKAR AGAMA ANAK : SEMUGA DR MUHAMMAD RIDZWAN BERJAYA !





Bantahan awal dikemukakan di Mahkamah Persekutuan berhubung dua kanak-kanak bawah umur yang ditukar agama mereka oleh bapa mereka yang memeluk Islam, kira-kira lapan tahun lalu tanpa pengetahuan ibu mereka.

Peguam, Muralee Menon, yang mewakili Dr Muhammad Ridzwan Mogarajahand, berkata, ibu kanak-kanak berkenaan, S Shamala telah meninggalkan negara ini untuk ke Australia pada tahun 2004 dengan dua naka pasangan itu yan kini berusia 11 dan sembilan tahun.

"Mahkamah telah memutuskan supaya kedua-dua ibu bapa mempunyai hak untuk akses kepada anak-anak mereka tetapi sejak Shamala dan dua nak itu di luar negara, Ridzwan tidak dapat melihat mereka.”

Justeru, Muralee berkata peguam Shamala tidak ada hak untuk mengikuti perbicaraan hari ini kerana beliau telah menghina mahkamah.

Shamala, 37, berkahwin dengan Ridzwan yang ketika itu dikenali M Jeyaganesh, 41, pada tahun 1998 mengikut adat resam Hindu dan perkahwinan itu didaftarkan mengikut Akta Perkahwinan dan Penceraian 1976.

Pada tahun 2002, Jeyaganesh memeluk Islam dan menukar namanya kepada Muhammad Ridzwan Mogarajahand. Beliau juga mengislamkan kedua-dua anaknya, Saktiwaran dan Theiviswaran, yang ketika itu berusia tiga dan dua tahun tanpa pengetahuan dan kebenaran Shamala.

Shamala diwakili oleh peguam Cyrus Das yang mencabar bantahan yang dikemukakan oleh Ridzwan.

Kes ini mendapat perhatian umum dan mahkamah sesak dengan peguam dan perwakilan NGO kerana keputusannya akan menjadi satu 'precedent' kepada kes tukar agama membabitkan kanak-kanak dan hak penjagaan kepada pasangan nyang bercerai.

Panel lima hakim akan membuat keputusan berdasarkan perlembagaan yang menyentuh lima perkara yang pada dasarnya sudah dipersetujui oleh Mahkamah Rayuan tetapi kini dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

1. Sama ada Seksyen 95 (b) Akta Pentadbiran Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 adalah bercanggah atau ultra vires dengan Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan, khususnya berhubung hak menentukan agama kanak-kanak di bawah nusia 18 tahun di tentukan oleh ibu bapa atau penjaga dan Atikel 8 berhubung hak sama rata.

2. Sama ada seksyen yang sama dalam undang-undang negeri tidak konsisten dengan undang-undang persekutuan, khususnya Seksyen 5 (1) Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 dan sehubungan itu adalah tidak sah.

3. Berhubung Artikel 121 (1A) perlembagaan persekutuan, apabila hak penjagaan kanak-kanak diputuskan, mahkamah mana yang dianggap lebih berkuasa - antara Mahkamah Syariah atau Mahkamah Tinggi?

4. Apabila kanak-kanak yang ibu bapa mereka berkahwin mengikut undang-undang sivil, ditukar agama kepada Islam oleh seorang daripada ibu bapa mereka tanpa pengetahuan seorang lagi, adakah hak ibu atau bapa yang bukan Islam itu terletak dengan Mahkamah Tinggi?

5. Adakah Mahkamah Syariah mempunyai kuasa bagi menentukan kesahihan pertukaran agama golongan bawah umur ke Islam, apabila ia telah didaftarkan Dengan Pendaftar Muallaf?


Perbicaraan ini diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan dianggotai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sherif, Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Pasukan Shamala juga terdiri daripada peguam S Ambiga, Ravi Nekoo dan Steven Thiru.

Peguam Zulkiflee Che Yong dan Azmi Mohd Rais pula mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Penghuni Gua : Menarik kes ini. Sama-sama kita nantikan keputusannya. Semuga Dr Muhammad Ridzwan berjaya di dalam kes ini. Semuga anak-anaknya terus berada dalam islam. Semuga semua YAA Hakim mendapat petunjuk dari Allah dalam menangani kes ini. Amin.

PERANGAI LIM KIT SIANG MEMANG DAH BEGITU !

Dipetik dari : Malaysia Instinct Com

Penghuni Gua : Fikirlah dengan cara mudah !

Sunday, 2 May 2010

KEBEBASAN MEDIA? SUDAHLAH !!!!








Aktivis bantah campurtangan dalam media
Lee Way Loon dan Weng Keat LeeMei 2, 104:52pm

........................................................................................................................................................................
Anjuran Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami), mereka berkumpul di kawasan air pancur di KLCC untuk membantah campurtangan politik dalam media dan mendesak supaya kebebasan akhbar dipertahankan.Sambil duduk di atas anak tangga KLCC Suria Mall, mereka menyatakan bantahan dengan 'membaca' akhbar arus perdana secara terbalik.Selain memprotes "pembohongan, campurtangan politik, pemilikan politik, dan putarbelit" dalam akhbar-akhbar berkenaan, mereka juga menyatakan sokongan kepada Joshua Wong dan Chou Z Lam - wartawan televisyen yang dikatakan menjadi mangsa campurtangan politik.

............................................................."Dengan membaca akhbar arus perdana secara terbalik, kita cuba mengingatkan orang ramai supaya melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza, kerana kita sering tidak dapat maklumat yang betul dari media arus perdana," kata presiden Wami, Wong Chin Huat (kanan) kepada pemberita. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Lihat aje akhbar di bawah. Harakah, Malaysiakini, Parti Keadilan Rakyat, Rocket. Bebas ke mereka?. Mengapa kura-kura dan sesumpah ini tak komplen pun 4 akhbar ini. Ada apa-apa ke?

2. Sudahlah. Jangan hipokrit lah. Lihat diri sendiri. Yang dok berdemo tu bebas ke? Nak bebas sejauh mana? Pergilah ke negara China. Nak tengok juga anda boleh melakukan perkara yang sama ATAU tidak!!!. Juga pergilah ke Singapura atau ke Thailand. Nak tengok juga anda semua dapat kebebasan seperti yang telah diberi oleh Malaysia yang anda kata tak bebas ni. Otak anda sebenarnya yang tak bebas dan rosak. Bukan akhbar atau media.

3. Nak bebas , baik jadi haiwan. Itu pun alam haiwan pun masih ada peraturan rimbanya. Mungkin kumpulan ini lebih teruk dari itu kot. Tanya Lim Guan Eng, dia bebas ke atau pernah ke beri kebebasan kepada media. Akhbar utusan pun di sekat dari menghadiri sidang akhbar mereka. Mengapa kura-kura berdemo ini tak bising? Ada apa-apa kot.................Sudahlah!!!!!



.

WAJAH DSAI !

Dipetik dari : Malaysia Instinct




Penghuni Gua : Tak percaya? Percayalah. Keh, keh , keh!!!!!!!!!!!!!

Saturday, 1 May 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES JUVANA MELAKUKAN PEMBUNUHAN / KUASA MEMINDAH KES !


[1996] 5 MLJ 65
Chong Siew Choong v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — MISCELLANEOUS CRIMINAL
APPLICATION NO 44–11 OF 1996

Judges ABDUL MALIK ISHAK J

Date 6 MAY 1996
Citation [1996] 5 MLJ 65


Catchwords:

Criminal Procedure — Jurisdiction — Inherent powers to deal summarily with miscellaneous criminal applications — Whether exercisable where there are express provisions of law

Criminal Procedure — Miscellaneous criminal applications — Whether intitulment necessary

Criminal Procedure — Transfer of cases — Application for early trial date before different resident High Court judge — Whether a High Court judge can transfer a criminal trial to or from his own court from or to another resident High Court judge’s court — Courts of Judicature Act 1964 ss 3 & 20

Bahasa Malaysia Summary:

Pada 16 Februari 1995, pemohon telah ditangkap untuk penglibatan yang dikatakan dalam suatu kes pembunuhan dan telah selepas itu ditahan dalam penjara tanpa jaminan sementara menunggu perbicaraan. Pemohon berumur 17 tahun pada waktu penangkapannya dan adalah ditegaskan bahawa penerusan pemenjaraannya akan menyebabkannya bertemu dengan penjenayah-penjenayah yang tidak berhati perut.

Peguam pemohon telah menulis surat kepada mahkamah yang telah diperuntukkan kes itu (‘Mahkamah Tinggi No 1’) untuk memperolehi suatu tarikh perbicaraan awal. Mahkamah telah menasihatkan peguam itu bahawa ia tidak boleh menetapkan tarikh perbicaraan awal tanpa persetujuan penolong pendakwa raya untuk meminda pertuduhan. Pemohon kemudiannya memfailkan permohonan ini di hadapan mahkamah ini (‘Mahkamah Tinggi No 2’) memohon

(i) suatu tarikh perbicaraan awal di Mahkamah Tinggi No 1;

(ii) jika Mahkamah Tinggi No 1 tidak dapat memberi tarikh perbicaraan awal, kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi No 2 untuk memperolehi tarikh perbicaraan awal di situ;

(iii) jika Mahkamah Tinggi No 2 tidak dapat memberi tarikh perbicaraan awal, kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi No 3 untuk memperolehi tarikh perbicaraan awal di situ. Isu di hadapan mahkamah adalah sama ada ianya boleh menceroboh atas kawasan Mahkamah Tinggi No 1 dan sama ada ia mempunyai kuasa untuk memindahkan prosiding kepada Mahkamah Tinggi No 3.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan itu:

(1) Seksyen 20 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (‘Akta itu’) memberikan suatu kuasa mutlak kepada Ketua Hakim untuk mengedarkan urusan-urusan di antara hakim-hakim Mahkamah Tinggi mengikut arahan-arahan am atau khas yang diberinya. Dalam pentafsiran s 20 Akta itu, kesimpulan ternyata adalah bahawa hanya Ketua Hakim boleh mengarahkan hakim Mahkamah Tinggi No 2 (‘J2’) untuk mengambil dan menyelesaikan kes daripada hakim Mahkamah Tinggi No 1 (‘J1’) (lihat ms 71A, F).

(2) Permohonan pelbagai jenayah mesti ditajukkan sama seperti suatu saman pemula (lihat ms 73B); Cheow Chew Khoon (t/a Cathay Hotel) v Abdul Johari bin Abdul Rahman [1995] 1 MLJ 457 diikut.

(3) Kuasa sedia ada Mahkamah Tinggi tidak boleh digunakan untuk menolak atau mengelak peruntukan-peruntukan undang-undang yang nyata dan oleh demikian mahkamah adalah terikat sepenuhnya oleh s 20 Akta itu (lihat ms 73H); Abdul Sali v Najima Begum [1980] Cr LJ 232 (All) diikut.

Penghuni Gua : semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pelajar dan pembaca. Tq

KUALITI : ADA KE DALAM PKR ?

Dipetik dari : Malaysia Instinct



Penghuni Gua : Fikirlah sendiri. Fikir dengan cara yang paling mudah dengan segala petunjuk yang ada!!!!

JUAL NEGARA : SENANGNYA KERJA TUN PAK LAH !





KUALA LUMPUR 30 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta penjelasan Wisma Putra berhubung status dua kawasan pengeluaran minyak bernilai RM320 bilion yang kini dikatakan menjadi milik Brunei.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, kawasan yang dikenali sebagai Blok L dan Blok M di pesisir Laut China Selatan tersebut telah berpindah tangan sewaktu era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Senagnya cara Tun Abdullah Hj Ahmad badawi mentadbir negara.

2. Hanya kerana Brunei menuntut Limbang , Pak dengan senag hati menyerahkan blok pengeluaran minyak negara di sempadan tuntutan bertindih negara di amtara Limbang dengan Brunei kepada kerajaan Brunei. Senang nya cara Pak Lah berunding dan menjual negara Malaysia kepada negara asing.

3. Mengapa pernya Pak Lah melayan tuntutan Brunei terhadap Limbang? Isu ini bukan baru dan tidak menjadi kudis pun kepada negara. Apa perlunya kita serahkan Blok L dan M tersebut. Hanya bagi Brunei menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang? Peduli apa kita dengan tuntutan Brunei ke atas Limbang? Apa Brunei boleh buat.

4. Kalau ikut sifir Pak Lah maka habis negara kita akan dijual. Filifina juga menuntut Sabah sebagai wilayahnya. Maka patutkah kerajaan kita memberikan Pulau Terumbu Lyanag-Layang ( kaya juga dengan minyak ) kepada Filipina? ( Filipina juga menuntut Layang-Layang). Vietnam juga menuntut Terumbu Layang-Layang sebagai hak mereka. Maka patut ke kita memberikan sebahagian Layang-Layang kepada Vietnam?

5. Thailand juga menuntut Layang-Layang, maka patut ke kita serahkan medan minyak kita di Teluk Siam kepada Thailand sebagai ganti tuntutan Thailand tersebut?

6. Indonesia juga menuntut Ligitan dan Ambalat. Patut ke kita menyerahkan sebahagian pengeluaran minyak kita kepada negara ini?

7. Singapura juga menuntut Pedra Branca sebagai wilayah mereka. Adakah wajar dan patut kita serahkan air kepada Singapura. Tak ada dalam dunia perjanjian dibuat oleh negara luar selain dari Malaysia di bawah kepimpinan Pak Lah. Senang-senang sahaja digadaikan negara kita kepada Brunei.

8. Negara lain sanggup berperang dan mempertaruhkan nyawa mempertahankan hak dan tanah air serta harta serta warisan negara. Lihat aje bagaimana Vietnam mempertahankan kedudukan sebuah kuil di sempadannya dengan Thailand. Sehingga kini masih tegang.

9. Inilah cara Pak Lah mentadbir. Sebahagian negara begitu mudah digadai. Kalau kita tak beri dan layan tuntutan Brunei ke atas Limbang pun, apa yang Brunei boleh lakukan? Nak serang Malaysia? Apa ruginya Malaysia jika kita tidak melayan tuntutan ini.

10. Pak Lah melayan tuntutan Brunei inji hanya atas dasar serumpun. Ada maruah ke atau apa pentingnya serumpun berbanding dengan sebuah negara?

11. Itulah Pak Lah. Mungkin di tertidor semasa perundingan dibuat dan masa perjanjian tersebut ditandatangani. Mungkin juga Wisma Putra pun tiada telur dalam perundingan atau dah dapat makan lebih kot seperti kes penjualan air ke Singapura dari mula lagi. Termasuk penjualan pasir / silika.

12. Kepada DS Najib: Jagalah negara ini baik-baik. Jangan gadai maruah negara atas dasar apapun.

13. Kepada Tun Mahathir, tahniah atas pendedahan ini. Kita rakyat Malaysia wajib mengetahui perkara ini kerana ia melibatkan maruah dan masa depan negara. Pak Lah ingat ini negara ini harta kepunyaannya ke?

14. Kirim salam kami kepada Wisma Putra. Kelulusan Tinggi mereka yang duduk di Wisma Putra ni. Tetapi kurang akal untuk berfikir dalam skop dan ruang lingkup yang luas. Negara lain sanggup hilang naywa dalam mempertahankan hak dan negara. Kita senang-senang aje beri free kepada Brunei.

15. Murahnya hati Pak Lah! Kedaulatan negara pun begitu senang tergadai.!! Pak Lah, Pak Lah. patutlah pemerintahan anda disingkatkan. Jika tidak.........................entahlah apa nak jadi dengan Malaysia.

Nota : KLIK bagi mendengar penjelasan Pak Lah mengenai gadaian maruah negara ini.

PETA PELAYAR