FOLLOWERS

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Sunday, 20 November 2011

PANDIR-PANDIR AGAMA ISLAM !!!!!!










WANITA Arab Saudi sejak sekian lama diwajibkan menutup muka dan seluruh tubuh ketika keluar di khalayak ramai.Peraturan baru bagi elak pergaduhan

JEDDAH: Wanita yang mempunyai mata menarik mungkin dipaksa menutupnya dengan kain menerusi peraturan Arab Saudi yang baru. Akhbar The Daily Mail melaporkan negara Islam konservatif itu berkata pihaknya mempunyai hak menyekat wanita daripada mendedahkan mata yang cantik dan memukau. Cadangan itu dibuat selepas seorang anggota jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar Arab Saudi terpikat dengan mata seorang wanita ketika berjalan di kaki lima dan mengakibatkan pergaduhan. - Laporan laman web berita Bikya Masr Jurucakap Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar Arab Saudi, Sheikh Motlab al Nabet, berkata cadangan melaksanakan undang-undang itu akan dibentangkan secepat mungkin.

Wanita Arab Saudi sejak sekian lama memakai jubah hitam atau abaya yang menutup rambut serta badan dan di sesetengah wilayah menutup muka di khalayak ramai.

Jika mereka gagal berbuat demikian, mereka berdepan hukuman termasuk denda dan sebat.

Satu laporan dalam laman web berita Bikya Masr memberitahu cadangan itu dibuat selepas seorang anggota jawatankuasa terbabit terpikat dengan mata seorang wanita ketika berjalan di kaki lima dan mengakibatkan pergaduhan.
Wanita itu sedang berjalan dengan suaminya yang berakhir dengan beliau ditikam dua kali selepas berlaku perbalahan.

Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar beberapa kali didakwa melanggar hak asasi manusia. Jawatankuasa yang ditubuhkan pada 1940, berfungsi memastikan undang-undang Islam tidak dicabuli di Arab Saudi.

Pada 2002, jawatankuasa itu enggan membenarkan sekumpulan pelajar keluar dari sekolah yang terbakar di Makkah kerana tidak memakai tutup kepala dengan betul.
Keputusan itu dilaporkan mengakibatkan kematian 15 pelajar.

Mereka turut melarang wanita memandu dan tidak dibenarkan berjalan tanpa ditemani penjaga lelaki.

Pada September lalu, seorang wanita Arab Saudi dikenakan 10 sebatan kerana melanggar larangan memandu tetapi hukuman itu dibatalkan apabila Raja Arab Saudi, Raja Abdullah masuk campur.

Pada bulan sama, Raja mengumumkan wanita diberi hak mengundi dan bertanding untuk kali pertama pada pilihan raya majlis perbandaran 2015. – Agensi

Penghuni Gua
: Semua jual nama Islam. Yang rosaknya adalah Islam. Yang merosakkan adalah mereka yang mengaku alim dan alim ulama serta Ustat atau pakar agama.

2. Bila kita menegur, dikatakan kita tak ada ilmu dan tidak layak bercakap. Lepas tu , habis dikafirkan mereka yang tak sependapat dengan gulongan ini.

3. Bagi isu di atas............... masalahnya bukan wanita tersebut , tetapi lelaki tersebut yang tak dapat mengawal nafsu. Sepatutnya dan wajib pemerintah membuat peraturan dan didikan yang lebih kepada kaum lelaki. Bukan mengenakan sekatan kepada wanita. Dah mata wanita memang semuanya cantik. Ia anugerah Allah...........................

4. Isunya bukan mata wanita, tetapi lelaki bermata jalang.


5. Yang mendapat nama buruknya ialah agama Islam...................semuanya gara-gara pandir agama.............................. Yang tak boleh ditegur dan menerima pendapat orang lain. Di Malaysia pun bersepah...............................................

Monday, 7 November 2011

SEMBELIHAN KORBAN : INI SUDAH LEBIH !!!!!









Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah (SPKGD) yang dianggotai oleh tiga badan bukan kerajaan (NGO) Islam iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) meminta semua pihak menghargai sifat toleransi umat Islam.

Justeru, pihak SPKGD dalam satu kenyataan bersama, berharap tidak ada pihak yang cuba mencampuri urusan agama lain.

“Pihak Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) seharusnya menghargai sifat toleransi penganut agama Islam yang tidak masuk campur hal ehwal agama lain. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Ini sudah lebih. Kalau anda tak suka agama dan budaya anda diganggu, jangan cuba mengganggu dan mengajar agama lain.

2. Kalau tak boleh bertolak ansur, buat negara sendiri dan duduk dalam hutan.

3. Kami juga boleh kalau nak ungkit. Boleh sangat bagaimana acara agama lain mengganggu agama Islam. Bunyi bising kerana upacara agama yang dibuat sesetengah agamadi kawasan perumahan. Perarakan yang menyusahkan pengguna jalanraya.

4. Itu kalau nak komplenlah. Tapi , itu semua kami terima kerana ia hak agama lain dan itu cara mereka menyembah. Jadi kami terima kerana mereka berhak dan bebas beragama di Malaysia ini. Malaysia juga , penganut agama lain yang punya juga.

5. Jadi , terimalah cara kami mengamalkan ibadat korban ini untuk dibuat di mana pun. Bertolak ansurlah. Kalau kami buat seperti anda juga dengan kompleh itu ini, mengenai agama anda, anda boleh terima ke?

6. Pakai otak sikit. Makin lama, makin besar kepala setengah puak ini. Nak besar mana lagi agaknya kepala mereka ini. Kepada pihak berkuasa...........jangan berdiam diri. Sesekali dan sentiasa hendaknya, kita menggunakan semua undang-undang yang ada bagi mengajar mereka ini , bagaimana hidup dalam negara berbilang kaum ini.

7. Makin lama, mereka nampaknya makin lupa............ Terkenang pulak ISA..............

Thursday, 18 August 2011

KITA TAK PERNAH KACAU HAK AGAMA LAIN !!!!!






BRUSSELS: Seorang ahli perniagaan Perancis semalam membayar denda dua wanita di sini kerana memakai pakaian menutup seluruh tubuh dan mendedahkan rancangan menyaman Belgium dan Perancis di mahkamah kerana menguatkuasakan undang-undang mengharamkan pemakaian niqab dan burqa.

Ejen hartanah, Rachid Nekkaz membentuk dana 1 juta euro (RM4.3 juta) untuk membayar denda terhadap wanita Islam terbabit yang didenda 50 euro (RM215) seorang. “Perancis dan Belgium memutuskan untuk menghalang kebebasan wanita memakai apa yang mereka mahu,” katanya kepada wartawan di luar pejabat perbandaran di sini, disaksikan dua wanita berkenaan. “Saya beranggapan adalah tidak boleh diterima kerajaan Eropah mengadakan undian bagi meluluskan undang-undang yang tidak menghormati hak individu,” katanya.

Undang-undang Belgium mengharamkan sebarang penutup muka di khlayak ramai mula berkuat kuasa bulan lalu manakala Perancis adalah negara pertama memperkenalkan larangan itu, April lalu. – Reuters

Penghuni Gua
: Kita Melayu Islam tak pernah kacau hak orang. Jadi jangan ada bukan Islam lain kacau hak kita.


2. Masalahnya juga, ada Melayu Islam kerana satu undi politik sanggup lacurkan agama dan bangsa sendiri.

3. Fikirkan pengundi muda. Andalah yang akan mewariskan negar ini. Jangan salah pilih. Andalah yang menanggung akibatnya. Kami dah tak lama untuk menetap dan hidup di negar ini. Buat pilihan bijak untuk masa depan anak dan cucu kita. Kalau ada kesilapan kerajaan, jangan kita bakar kelambunya. Tetapi baiki secara beransur-ansur. Tak ada yang sempurna pun dalam dunia ini. Jangan dok dengar janji kosong.

4. Berjanji memang sedap. Apatah lagi jika kita tak ada kuasa dan tanggungjawab. Matahari pun kita boleh janji untuk diberikan.

5. Tapi boleh ke ? Satu lagi : Yang pandai berjanji dan bercakap ini kebanyakkannya buat kerja tak pandai dan dungu. Hanya pandai cakap dan kritik aje. Perlaksanaannya hampas.

6. Tak gitu ?

Friday, 12 November 2010

SOSEJ BABI : PANDANGAN PROF MADYA DR ABDUL RANI KAMARUDDIN UIAM !!!


Dipetik dari : Penghuni Gua

Anonymous said...

Sememangnya disegi teknikal, JAKIM tiada mempunyai bidangkuasa siasatan sepertimana PDRM dan Bahagaian Penyiasatan Islam Negeri-Negeri. Bagaimanapun, itu tidak bermakna JAKIM tidak boleh menyelidik untuk mengenal pasti (siasat) apakah sebenarnya agama bapa kepada budak berkenaan. JAKIM pada pandangan saya mempunyai kedudukan untuk mendapatkan maklumat berkenaan agama bapa budak tersebut daripada Jabatan Pendaftaran Negara (sebagai contoh) yang merupakan salah satu dari entiti Persekutuan Malaysia. Maklumat tersebut penting bagi JAKIM dalam melaksanakan tugasnya kepada Persekutuan Malaysia.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

11 November 2010 19:02

Penghuni Gua : Ini adalah pandangan Pof Madya Dr Rani mengenai isu yang PG paparkan semalam berkaitan Jakim diarahkan untuk menyiasat kejadian ini yang berlaku di Serawak. KLIK. Ia berkaitan pandangan Prof Aziz Bari mengenai bidang kuasa Serawak dan Federal mengenai isu ini.

Monday, 3 May 2010

MENUKAR AGAMA ANAK : SEMUGA DR MUHAMMAD RIDZWAN BERJAYA !





Bantahan awal dikemukakan di Mahkamah Persekutuan berhubung dua kanak-kanak bawah umur yang ditukar agama mereka oleh bapa mereka yang memeluk Islam, kira-kira lapan tahun lalu tanpa pengetahuan ibu mereka.

Peguam, Muralee Menon, yang mewakili Dr Muhammad Ridzwan Mogarajahand, berkata, ibu kanak-kanak berkenaan, S Shamala telah meninggalkan negara ini untuk ke Australia pada tahun 2004 dengan dua naka pasangan itu yan kini berusia 11 dan sembilan tahun.

"Mahkamah telah memutuskan supaya kedua-dua ibu bapa mempunyai hak untuk akses kepada anak-anak mereka tetapi sejak Shamala dan dua nak itu di luar negara, Ridzwan tidak dapat melihat mereka.”

Justeru, Muralee berkata peguam Shamala tidak ada hak untuk mengikuti perbicaraan hari ini kerana beliau telah menghina mahkamah.

Shamala, 37, berkahwin dengan Ridzwan yang ketika itu dikenali M Jeyaganesh, 41, pada tahun 1998 mengikut adat resam Hindu dan perkahwinan itu didaftarkan mengikut Akta Perkahwinan dan Penceraian 1976.

Pada tahun 2002, Jeyaganesh memeluk Islam dan menukar namanya kepada Muhammad Ridzwan Mogarajahand. Beliau juga mengislamkan kedua-dua anaknya, Saktiwaran dan Theiviswaran, yang ketika itu berusia tiga dan dua tahun tanpa pengetahuan dan kebenaran Shamala.

Shamala diwakili oleh peguam Cyrus Das yang mencabar bantahan yang dikemukakan oleh Ridzwan.

Kes ini mendapat perhatian umum dan mahkamah sesak dengan peguam dan perwakilan NGO kerana keputusannya akan menjadi satu 'precedent' kepada kes tukar agama membabitkan kanak-kanak dan hak penjagaan kepada pasangan nyang bercerai.

Panel lima hakim akan membuat keputusan berdasarkan perlembagaan yang menyentuh lima perkara yang pada dasarnya sudah dipersetujui oleh Mahkamah Rayuan tetapi kini dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

1. Sama ada Seksyen 95 (b) Akta Pentadbiran Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 adalah bercanggah atau ultra vires dengan Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan, khususnya berhubung hak menentukan agama kanak-kanak di bawah nusia 18 tahun di tentukan oleh ibu bapa atau penjaga dan Atikel 8 berhubung hak sama rata.

2. Sama ada seksyen yang sama dalam undang-undang negeri tidak konsisten dengan undang-undang persekutuan, khususnya Seksyen 5 (1) Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 dan sehubungan itu adalah tidak sah.

3. Berhubung Artikel 121 (1A) perlembagaan persekutuan, apabila hak penjagaan kanak-kanak diputuskan, mahkamah mana yang dianggap lebih berkuasa - antara Mahkamah Syariah atau Mahkamah Tinggi?

4. Apabila kanak-kanak yang ibu bapa mereka berkahwin mengikut undang-undang sivil, ditukar agama kepada Islam oleh seorang daripada ibu bapa mereka tanpa pengetahuan seorang lagi, adakah hak ibu atau bapa yang bukan Islam itu terletak dengan Mahkamah Tinggi?

5. Adakah Mahkamah Syariah mempunyai kuasa bagi menentukan kesahihan pertukaran agama golongan bawah umur ke Islam, apabila ia telah didaftarkan Dengan Pendaftar Muallaf?


Perbicaraan ini diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan dianggotai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sherif, Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Pasukan Shamala juga terdiri daripada peguam S Ambiga, Ravi Nekoo dan Steven Thiru.

Peguam Zulkiflee Che Yong dan Azmi Mohd Rais pula mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Penghuni Gua : Menarik kes ini. Sama-sama kita nantikan keputusannya. Semuga Dr Muhammad Ridzwan berjaya di dalam kes ini. Semuga anak-anaknya terus berada dalam islam. Semuga semua YAA Hakim mendapat petunjuk dari Allah dalam menangani kes ini. Amin.

Wednesday, 24 February 2010

SIAPA PATUT KITA CONTOHI 2 !





KUALA LUMPUR - Ketua Imam 1 Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi di sini semalam memfailkan saman menuntut ganti rugi RM5 juta daripada Persatuan Penduduk Taman Desa Kerinchi dan pengerusi persatuan itu atas dakwaan memfitnah dirinya sebagai individu yang telah menyalahgunakan kuasa serta orang yang bermasalah dalam kariah tersebut.

Mohamad Afandi Che Harun, 33, memfailkan writ saman itu di Kaunter Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 3 petang menerusi firma Tetuan Yusma Azlin & Co.

Penghuni Gua : Dunia dah akhir zaman. Imam boleh berkelahi dan saman menyaman dengan kariah!!!!

2. Mana ajaran islam yang diamalkan dan dicakap hari-hari mengenai persahabatan dan perdamaian. Mana kaedah islam yang digembar gemburkan. Pakai dan gunakanlah.

3. Sebab itu , semalam pun PG ada tulis mengenai siapa yang patut kita contohi. Ini berkaitan juga. Sebab itulah selalu PG cakapkan. Bercakap dan mengatakan orang lain tidak islam dan tidak ikut hukum islam memang sedap dan senang. Bila bab amalan dan praktisnya, habok pun tak ada.

4. Kalau orang semuanya tidak islam, hukum kafir le, bukan ahli syurgalah, wala, dan berbagai lagi terminologi lah digunakan untuk sedapkan bercakap dan membenarkan serta menengakkan hujah masing-masing. Akhirnya , hampas semuanya.

5. Pada PG, Kita ikut cara kita. Ikut yang mak bapak kita telah ajar dan didik kita. Harapkan mereka ini, hmmmmmmmmmmmmmmmm. Cakap bolehlah. Bab rumput pun boleh bergaduh, bab perselisihan mazhab pun dua pensyarah di UKM boleh sampai saman menyama di mahkamah dan banyak lagilah contoh yang lain.

6. Cakap boleh le. Amalannya hampas.

Tuesday, 23 February 2010

SIAPA YANG PERLU KITA CONTOHI ?




KUALA LUMPUR: Datuk Nakhaie Ahmad, bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM1.5 juta terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin dan tujuh yang lain termasuk editor dan wartawan akhbar Sinar Harian.

Nakhaie, 57, memfailkan saman dan pernyataan tuntutan itu melalui Tetuan Ibrahim & Fuaadah di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 11.22 pagi ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Siapa yang patut kita contohi dan mengambil pelajaran darinya? Dari mereka yang mengaku pewaris nabi seperti di atas? Adakah mereka ini layak dicontohi oleh kita semua sebagai orang awam dalam agama?

2. Sejak dahulu lagi , apa yang boleh kita contohi dari mereka yang bergelar ulama di Malaysia ini? Mereka asyik bergaduh sesame sendiri hanya dalam satu perkara yang mudah dan remeh. Samada mereka dari PAS, UMNO atau ulamaq berkecuali, apa bezanya kalau kita melihat dan meneliti tingkalaku dan percakapan mereka. Tak lain hanyalah dipenuhi dengan bertikaian, maki hamun dan beruk memburuk sesame sendiri.

3. Lihat sahaja kes hanya kerana masalah rumput, seorang yang bertaraf menteri, penceramah, , ulama wanita bergaduh dengan jiran hingga ke mahkamah bertahun lamanya. Seorang yang hari-hari member motivasi dan bercakap setiap patah terkeluar ayat Quran, tetapi sanggup membeli sebuah kereta melalui pnitu belakang dan akhirnya ditipu oleh seorang anggota polis sebanyak RM50k.

4. Seorang Ketua Dewan Ulama dari sebuah pari politik sanggup mendera isteri dan melakukan berbagai perkara yang tidaak sepatutnya berlaku di utara tanahair. Di Kelantan, seorang ADUN masih bertikai mengenai tuntutan RM 3 juta. Juga kalau bab politik, semuannya bergelar ulama dan berseban sebesar bakul dan berjubah meleret bumi. Tetapi percakapan dan berbuatan mengalahkan syaitan. Kerjanya memaki hamun dan mendoakan bala sesame islam. Itulah sebahagian contoh yang PG sempat paparkan.

5. Jadi siapa patut kita contohi? PG berpendapat kita semua lebih baik dari mereka ini. Kita cakap kurang t=dan tak ada pun nak tunjuk panadai dalam agama. Tetapi tak ada pula kita semua mencarut dan memaki hamun sesame islam atau bergaduh dengan jiran tetangga. Walaupun tak adalah berserban dan berjubah sepanjang hari tetapi kita lebih baik dari mereka.

6. Semua ini Allah nak tunjukkan dan hendak menguji mereka yang hanya pandai bercakap tetapi tidak ada diterjemahkan dalam perbuatan mereka. Inilah wajah sebenar mereka. Semua mereka ini tidak tahan dengan ujian Allah. Hanya sedikit diuji mereka telah kalah dengan ujian Allah.

7. Jadi siapa perlu kita contohi?

8. Baik kita contohi apa yang mak bapak kita telah asuh dan ajarkan kepada kita. Walau pun sedikit tetapi kita praktikkan. Itulah kita. Sebab itu, mereka yang beragama ini belum lagi diberi lebih kuasa untuk mentadbir Negara. Dalam hal serekeh seperti di atas pun mereka gagal mencapai kata sepakat dan berunding secara baik. Tetapi kalau bab cakap ni , jangan kiralah. Api neraka boleh sejuk mendengar cakap mereka. Tetapi hakikatnya hampas.

9. Sudahnya! Baik kita percaya dan ikut apa yang telah diajar dan didik oleh mak bapak kita. Harapkan mereka semua seperti di atas, Hmmmmmmmmmmmmmmmm. Sampai dunia kiamat pun tak habis-habis pertikaiannnya. Semuanya ada dalil dan nas yang akan menghalalkan tindakan mereka.

10. Naik menyampah.

Friday, 15 January 2010

KALIMAH ALLAH : DR SHAMRAHAYU A. AZIZ , UIAM , MENJAWAB KOMEN ABU FAIQ !


Nota : Di bawah ini di paparkan jawapan yang diberikan oleh Dr Shamrahayu A. Aziz UIAM kepada komen dan persoalan yang dilontarkan oleh Abu Faiq yang dihantar di blog PG atas tulisan PG bertajuk : KALIMAH ALLAH : PANDANGAN DR SHAMRAHAYU A. AZIZ , PEN PENSYARAH KULLIYYAH UNDANG-UNDANG , UIAM ! di KLIK:

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum PG & semua yang melayari blog ini,1 Di blog ini selang beberapa pos yang lalu, saya ada memberi pendapat tentang kontrak sosial. Adapun yang disebut 'unwriten law' oleh Dr Shamrahayu itu tidak lain tentulah secebis daripada intipati kontrak sosial tersebut; iaitu suatu muafakat tanpa tinta, ikatan maya/ilusi, yang wujud hanya di dalam bentuk semangat, yang apabila dibawa ke mahkamah undang-undang tidak dapat dihujahkan dengan bukti nyata, sedangkan mahkamah berdiri di atas pemaknaan/pengertian undang-undang yang hujahnya jelas [tercatat] sahaja.

Kontrak sosial hanya suatu idea/benda mujarad; yang tidak 'dipandang' di mahkamah undang-undang jika ada suatu pihak yang mahu menafi atau mempertikaikannya dapat membawa hujah/pembuktian yang lebih kristal. Ertinya, kontrak sosial HANYA LAKU apabila collective consciousness tentangnya masih mahu dipegang. Sesiapa saja yang mahu membuang atau mahu mengingkarinya, kontrak sosial pun TIDAK LAKU lagi, dan dia boleh saja mencabarnya, lalu terlepas dari apa-apa juga hukuman [fizikal], kerana kontrak sosial tidak mengikut-sertakan uqubat [hukuman/sanction] kepada pelanggarnya.

2 Apa maknaya ini? Maknanya: Ada black hole besar di di celah-celah undang-undang/[perlembagaan], yang kalau lubang itu terbuka atau dibuka, maka jadilah seperti apa yang sedang terjadi sekarang. Sekarang baru isu ini...pada waktu lain ....? [Bijak bukan Lord Reid? Betapa jauh pandangan ke hadapannya; tidak sunyi supaya terpusakakan jua krisis dan konflik perundang-undangan di tanah bekas jajahan!]

3 Sebab itu, seorang professor undang-undang ada menyatakan bahawa sultan pun tidak boleh menyanggah keputusan mahkamah di dalam isu khusus ini. Kenapa? Sebab hujah undang-uudang tidak berupaya membentengi sangahan dan hujah mereka.

4 Sebab itu di dalam al-Quran-Nya Dia mempertegas: " Hak membuat hukum itu hanya bagi Allah. Dia menerangkan yang sebenar-benarnya dan Dia Pemberi keputusan yang terbaik" (al-Quran [6]: 57).

5 Alangkah lemahnya makhluk [manusia] yang mahu masih diberi mandat untuk mencipta undang-undang; suatu penetangan terhadap fitrah!
Lalu, hendak ke mana kita, doc?



Pandangan Abu Faiz di jawab oleh Dr Shamrahayu A. Aziz, UITM seperti berikut :


Salam tuan,terlanjur saya berziarah ke blog tuan dan membaca komen dan soalan saudara Abu Faiq, izinkan saya membuat sedikit ulasan...bukan niat untuk menyangkal, tetapi untuk perbincangan lebih terperinci. Mungkin dek kerana ruangan berita tersebut tidak memungkinkan saya bercerita lebih panjang mengenai pendapat saya tersebut. Persoalan yang saudara Abu Faiq unjurkan, ke mana kita doc.

Apa yang saya maksudkan "unwritten rules" bukanlah semata-mata kontrak sosial, walaupun saya setuju yang kontrak sosial adalah sebahagian daripadanya.dan seratus peratus setuju dengan pendapt saudara Abu Faiq. Selaind aripada kontrak sosial, apa yang saya maksudkan ialah, unwritten rules dalam tafsiran perlembagaan, perlembagaan hendaklah dilihat di dalam keseluruhan kerangkanya. ia tidak harus dilihat dalam konteks yang sempit dan pedantic. dalam kata lain, perlembagaan harus dilihat secara holistic, bukan hanya dengan melihat kepada beberapa cebisan peruntukan sahaja.

Rule of interpretation yang biasa dipakai untuk mentafsir undang-undang biasa mungkin tidak memadai untuk digunakan dalam mentafsir perlembagaan. Dalam isu berkaitan kalimah Allah, the unwritten rules dalam mentafsir perlembagaan termasuklah dengan melihat kepada kedudukan Islam dan orang-orang Islam dalam perlembagaan. melihat kepada kuasa raja sebagai ketua agama dan juga sumpah jawatan yang di-pertuan agong untuk memelihara kedudukan bukan sahaja perlembagaan, tetapi juga agama Islam.

(Petikan sumpah jawatan YdPA....Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam). Oleh yang demikian, ke mana kita seterusnya ialah memberi ruang kepada Ketua Agama untuk mengemudi hala tuju kedudukan Islam...Wallahu a'lam.

DR SHAMRAHAYU A. AZIZ ,
PEN PENSYARAH KULLIYYAH UNDANG-UNDANG,

Monday, 11 January 2010

KALIMAH ALLAH : PANDANGAN BERNAS DATO CLARENCE BONGKOS MALAKUN!





KOTA KINABALU 10 Jan. – Akhbar Herald-The Catholic Weekly perlu bersedia menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di mahkamah berikutan perkembangan yang semakin membimbangkan hingga mengakibatkan beberapa gereja dibakar.
Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun berkata, langkah tersebut perlu untuk keamanan dan kestabilan rakyat berbilang kaum di negara ini.

‘‘Sudah tiba masanya kita, masyarakat Kristian khususnya Katholik membuat penilaian kepada keadaan sekarang demi keselamatan dan ketenteraman awam supaya dengan senang hati menggugurkan perkataan Allah untuk menenangkan saudara Islam kita.

‘‘Daripada terus mendesak hak untuk menggunakan perkataan Allah adalah lebih baik jika Katholik hanya menggunakan perkataan ‘Tuhan’ atau ‘Tuhan Yang Maha Kuasa’.

‘‘Biarlah saudara Islam kita sahaja yang menggunakan perkataan Allah untuk kebajikan supaya kita dapat hidup aman damai dan harmoni di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.............................................................................................................................................................

............................Sementara itu Clarence berkata, alasan sesetengah pemimpin Kristian bahawa kalimah Allah perlu dibenarkan hanya kerana ia sudah digunakan sejak sekian lama adalah tidak wajar. Tegas beliau, Kristian di negara ini juga tidak sama seperti diamalkan di Indonesia, Mesir, Iraq atau Yemen kerana Malaysia mempunyai perlembagaan yang berbeza.

‘‘Tidak harus bagi kita mempertikai yang Allah biasa digunakan oleh masyarakat Kristian di negara luar kerana kita berada di Malaysia, jadi kita harus patuhi semua undang-undang dan peraturan.

‘‘Adakah kalau kita atau pihak gereja tidak gunakan perkataan Allah maka secara tiba-tiba para pengikut agama Kristian akan bertambah atau berkurang 10 kali ganda,” soalnya.

Beliau sedar ramai penganut Kristian akan mengkritik pendiriannya tetapi mereka perlu faham dan menghayati ajaran agama itu yang menyuruh pengikutnya memaafkan orang lain.

“Jika kita benar-benar Kristian, kita harus jadi orang yang memaafkan, bertanggungjawab dan cintakan keamanan. Kenapa kita harus bergaduh untuk satu perkataan,” ujarnya.

Clarence yang juga Pengerusi Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah berkata, umat Kristian perlu faham mengapa orang Islam amat marah apabila kalimah itu dibenarkan penggunaannya.
Jelasnya, Allah adalah Tuhan bagi orang Islam manakala orang-orang Kristian pula lain kepercayaannya dan kalimah itu juga sudah lama digunakan secara tradisinya oleh agama Islam. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Amat menarik pandangan Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun tersebut. Inilah jalannya. Jangan sesekali melanggar sempadan agama lain. Kalau semua penganut agama lain termasuk islam mempunyai pandangan seperti beliau : AMAN Malaysia tercinta ini.

2. Otak pemimpin ini jauh lebih baik dari otak kebanyakkan pemimpin PAS dan Melayu islam PKR yang hanya tahu menuding jari dari mencari jalan penyelesaian yang mantap. Pada mereka, kepentingan politik mereka lebih dari segalanya.

3. Tahniah Datuk Clarence Bongkos Malakun : Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia. Tahniah atas pandangan bernas anda dalam menyelesaikan isu ini. Pemimpin sebegini lah sewajarnya diberi gelaran Tan Sri atau Tun. Penyelesai masalah dan bukan menjadi penyebab serta pencetus masalah.

Saturday, 9 January 2010

KALIMAH ALLAH : PEMIMPIN YANG CPU NYA BERMASALAH !


CPU ( Central processing unit . Unit yang amat penting dalam sesebuah komputer).
Di bawah dipaparkan pemimpin yang bermasalah dari segi CPUnya
berkaitan isu kalimah Allah . Kita mulakan dengan :

Khalid Gereja : CPUnya di pasang terbalik. Jadi ini menyebabkan dia rosak

teruk dan tidak boleh dibaiki lagi. Bukan salah ibu mengandung.

TGNA : Ada masalah CPU pada mulanya. CPU dia ni slow. Cakap berbelit dan berlapik-lapik. Mungkin TGNA pakai RAM 216 MB. Orang lain dah CPUnya berkuasa 260 gig dah. Slow pemerosesan datanya. Diakhir isu ini baru dia sedar kalimah Allah ini boleh
mengelirukan umat islam.



Nuridah Muslimat PAS : Ini pun CPU rosak teruk. Cakap lebih. Ram dia pun rendah.
Dia pun masih pakai window 85. Ketinggalan zaman. Itu yang bercucuran
air mata bila gambar Eli Telanjang terdedah.



Mustafa Ali : CPUnya telah rosak teruk tapi masih boleh diperbaiki salah satu caranya perlu di scanning dan defrag banyak kali oleh orang yang mahir seperti Dr Haron Din bagi
membetulkan akidahnya. Dia pakai Window 7 kot. Laju sangat . Itu yang
kadang kala terbabas. PAS masih pakai Windows Me. Masih ada
harapan pulih. Insya Allah. Amin.



Mahfuz : Ini masalah besar. CPUnya rosak teruk dan tidak boleh dibaiki lagi. untuk
Scrap aje. Mungkin Dr Harun Din boleh islamkannya semula jika sempat.



Ragunath : Sehari dua ini nampak CPUnya makin baik.
Mungkin dah di scanning dan di defrag.



Pakiam : CPUnya nampak boleh dibaiki walaupun dah rosak teruk. Sepatutnya dia menjadi pendamai antara penganut. Ini tidak. Kepadanya PG nasihatkan balik kepada Satus quo.
Jangan bermain api lagi. Jangan ganggu sempadan wimax agama lain. Bahaya.
Keharmonian perlu diutamakan. Bodohlah kita kalau nak rosakkan negara.
Jika terjadi apa-apa di negara ini semuanya akan rugi. Semua agama nak
ke masjid, gereja, Tokong dan kuil pun sudah dan terjejas. CPUnya
perlu di scanning dan di defrag hari-hari. BUkan seminggu sekali.
Hari-hari.



Mariah : Ini pun CPU dah terjejas teruk oleh virus brontok. Terlalu kacau.
Perlu di scanning dan di defrag oleh Dr Harun Din, Taib Azimuddin .
Zulkifli Nordin pun boleh scanningkan CPUnya.



Nasaruddin Tantawi : CPU nya bermasalah besar . Tak boleh pakai terus. Sebab CPU terlalu panas kerana serban di balik terlalu tebal di kepala. Angin tak dapat masuk untuk
sejukkan CPUnya. Dia ini patutnya nasihatkan Dr Rosli agar jangan pelari
anak dara orang dan hormati pak mertua. Itu lagi baik dan sesuai
sebab dia pejuang wanita. Isteri Rohaizat dah terbela
ke Tantawi ?



Shamsul AMK : Islam lagi ke dia ni? Kalau ikut Dr Harun Din dah kena di tarbiah semula. CPUnya terus tak boleh pakai. Rosak terus. Virus trojan dan virus Brontok dari
Indonesia dan menyerang makenikal CPUnya. Buang saja dan layak jadi
sampah sahaja.


TGHH : CPUnya slow. Masih pakai software lama MS-DOS 1995. Nab buang sebagai sampah pun kira patutlah.


DSAI : CPU nya terus rosak dan tak dapat dibaiki lagi. Diletakkan di Sg Buloh aje.

Mungkin di sana ada mekenik Sg. Buloh boleh baiki CPUnya.

Nak tukar CPU lain pun dah tak boleh.



Salehuddin : Sekali sekala CPUnya terganggu juga. Mungkin Virus worm makan

CPUnya. Kira ok lagi lah. Taib Azamuddin boleh Scanning sebulan sekali.


Zaid Ibrahim : CPUnya bermasalah besar. CPUnya terlalu liberal sebab pakai software barat. Semua program boleh masuk tanpa tapisan. Jadi sekarang CPUnya keliru.

Itu yang semalam baru terhegeh-hegeh nak bersuara dan

mengeluarkan data. Tak boleh pakai. Buang sahaja

dia ni. Habis ke boreh aje.


Dr Harun Din : Dia ni boleh masukkan semula dan baiki semua sofware dan CPU mereka yang telah rosak di atas kecuali Khalid Samad, DSAI, Mahfuz, Shamsul AMK. Untuk baiki CPU Khalid, Mahfuz, DSAI, Zaid dan Shamsul AMK , di cadangkan Dr Harun Din boleh guna Jin Islam. Boleh kot Dr!!!!!
Kepada Umat Islam : Bertenang dalam dalam isu ini dan jangan mengambil tindakan bodoh dan kekerasan kepada agama lain. Kepada penganut agama kristian, anda semua jangan bimbang. Penganut islam di Malaysia ini masih waras . Mungkin hanya segelintir sahaja yang berotak bodoh yang mengambil tindakan kekerasan. Beribadatlah dengan aman dan damai
seperti yang disaran dalam perlembagaan. Jaga juga batas agama sendiri
dan batas agama lain. Sama-sama kita jaga bagi Malaysia yang
harmoni.
Kepada kerajaan : Jangan lagi nak beramaran. Cukuplah beri amaran dan amaran keras juga amaran terakhir. Sekarang masa bertindak. ISA kan sahaja mereka yang mencetuskan ketegangan ini. Hak asasi rakyat terbanyak ( semua kaum dan agama )
perlu diambil kira.

Friday, 8 January 2010

KALIMAH ALLAH : PANDANGAN / NASIHAT SEORANG PENGANUT KRISTIAN !


Dipetik dari blog : Anak Merdeka



Salam sejahtera semua !Isu yang masih hangat ketika ini di negara kita iaitu penggunaan Kalimah ALLAH oleh akhbar Herald Catholic. Bagi saya isu ini tidak sepatutnya dibawa sehingga sampai ke Mahkamah. Sebenarnya saya sangat kecewa dengan keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif Datuk Lau Bee Lan.Apabila sesuatu perkara yang pada dasar hanya boleh diselesaikan tanpa campurtangan pihak Mahkamah tetapi terpaksa dilakukan, maka beginilah jadinya.

Sebagai rakyat Malaysia saya sangat menghargai perpaduan kaum yang sedia wujud di negara kita dan kita semua seharusnya menjaga agar keharmonian antara kaum yang menganuti berbagai agama dapat dipertahankan.Pihak Gereja Katolik seluruh Malaysia sepatutnya turut berperanan didalam menjaga serta memelihara perpaduan bangsa yang ada di negara ini dengan lebih memahami sesuatu yang sensitif bagi orang yang bukan beragama Kristian.

Mereka juga harus tahu bahawa perkataan atau Kalimah ALLAH yang digunakan didalam apa jua amal ibadat orang Kristian di negara ini adalah di ambil dari Kitab Injil yang diterbitkan dalam Bahasa Indonesia.Kalimah ALLAH sebenarnya hanya terdapat didalam kitab Injil berbahasa Indonesia yang digunakan secara meluas oleh kaum Bumiputera Kristian di Sarawak dan mungkin juga di Sabah sejak dahulu lagi.

Didalam Kitab Injil berbahasa Inggeris atau Bible atau dilain-lain negara perkataan ALLAH memang langsung tiada didapati. Didalam perkara ini penganut-penganut Kristian di Sarawak termasuk saya sangat keliru berkenaan perkembangan ini.Orang Kristian harus jujur mengakui bahawa Kalimah ALLAH adalah hak mutlak orang Islam dan apa juga usaha untuk mempertahankan bahawa perkataan itu adalah milik bersama orang Kristian dan Islam adalah merupakan satu kesilapan.

Jadi untuk memperbetulkan sebarang kesilapan agar ianya tidak berlarutan, maka sebaik-baiknya pihak Gereja mencari jalan damai sejajar dengan tuntutan agama Kristian juga yang sangat menitik berat soal kedamaian dan kesejahteraan.Sebagai salah seorang daripada ratusan ribu penganut Roman Katolik di Malaysia ini, maka perlu juga rasanya untuk saya melontarkan serba sedikit pendapat mengenai perkara ini.

Bagi saya, demi Malaysia, demi perpaduan kaum, keharmonian antara agama di negara kita, saya sangat berharap supaya pihak Gereja dapat menerima hakikat bahawa sebenarnya Kalimah ALLAH itu bukannya milik orang Kristian dan oleh itu saya menyeru agar perkataan itu ditiadakan didalam mana-mana ajaran Kristian di Malaysia ini.

Diharap juga rakan-rakan yang beragama Islam di negara ini supaya bertenang dan fahamlah bukan semua orang Kristian bersetuju dengan langkah yang telah diambil oleh pihak Herald Catholic itu. Sepatutnya pihak Herald Catholic tidak melibatkan pihak Mahkamah dalam isu ini sehingga jika kita lihat betul-betul ianya seolah-olah mereka cuba mempermainkan undang-undang di negara ini.


Dicatat oleh hilbert di 1/05/2010 09:13:00 PM
Label:

Penghuni Gua : PG amat setuju dengan pandangan panganut Kristian ini yang menjelaskan isu sebenar berkaitan kalimah Allah. Sepatutnya Tan Sri Pakiam tidak perlu menggunakan kalimah Allah sehingga menjejaskan sensitiviti umat islam.

2. Bagaimana sekiranya setiap agama cuba melanggar hak dan sensitiviti agama lain? Adakah kita hendak perkara begini berlaku dan berdepan dengan risikonya? Pagi tadi pun sebuah gereja telah di bom. Inilah jadinya sekiranya pemimpin agama lain cuba mencampuri dan tidak menjaga sensitiviti agama lain.

3. Siapa yang akan rugi? Kita semua rakyat Malaysia dan yang untungnya hanyalah beberapa kerat pemimpin politik dan agama yang bertindak seperti pelacur yang merosakkan keharmonian yang telah lama terjalin. Jika berlaku kekecohan: yang mereka tahu hanyalah salah menyalah. Mereka sahaja yang betul.

4. Hilbert juga ada menyampaikan pesan buat peliwat tegar dan mereka yang serupa dengannya terutama beberapa pemimpin PAS yang berlidah biawak dan berotak koro . Pesan beliau ialah :

" Kepada pemimpin-pemimpin parti politik pakatan pembangkang terutamanya, dalam isu ini tak payahlah untuk menangguk di air yang keruh dan kepada Penasihat PKR YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak usahlah mengumpan rakyat Sarawak yang beragama Kristian dengan menabur janji-janji putar belit sehingga sanggup menggadai agama Islam semata-mata kerana untuk memenuhi tuntutan kuasa politik. Kami tidak akan gelap mata dengan semua itu. BN telah banyak menabur jasa kepada rakyat Sarawak keseluruhannya dan kami sentiasa mengingatinya walaupun ada sesetengah diantaranya bagai "kacang lupakan kulit." Juga Hilbert menyampaikan pesanan lanjutnya kepada Tan Sri Pakiam : KLIK

Thursday, 7 January 2010

KALIMAH ALLAH : KENYATAAN LIDAH-LIDAH BEWOK DAN OTAK-OTAK KORO !



1. Harakah Daily



KUALA LUMPUR, 6 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kenyataan medianya berkaitan isu penggunaan nama 'Allah' baru-baru ini tidak merujuk kepada penghakiman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap kes penggunaan kalimat 'Allah’ untuk penerbitan Herald.Apa yang dimaksudkan oleh beliau adalah "prinsip asas yang digunakan oleh Islam dalam menentukan kaedah penggunaan kalimat ”Allah” itu secara sebenar.

"Beliau membuat penjelasan ini ekoran laporan akhbar The Star yang melaporkan seolah-olah beliau menyokong keputusan mahkamah tinggi itu.Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Penjelaskan artikel berita akhbar The Star 6 Januari 2010 Satu artikel berita yang bertajuk “Word Allah not restricted only to Muslims, says Hadi” sebagaimana yang diterbitkan oleh akhbar The Star, muka N12 bertarikh 6 Januari 2010 adalah dirujuk. Dalam para keempat ianya ditulis sebagai :

“In supporting the High Court’s decision that allowed the weekly Herald to use the word 'Allah', he said the principle of freedom of religion was championed by Islam because human beings could not be forced to profess any religion except through their own freewill”.

Ingin dijelaskan disini bahawa kenyataan akhbar yang dikeluarkan secara rasmi oleh Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 4 Januari 2010 itu tidak merujuk kepada penghakiman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap kes penggunaan kalimat ‛Allah’ untuk penerbitan Herald. PAS hanya menjelaskan prinsip asas yang digunakan oleh Islam dalam menentukan kaedah penggunaan kalimat ”Allah” itu secara sebenar.

Oleh yang demikian, maksud yang difahami dari para keempat terutamanya merujuk kepada ayat ”In supporting the High Court’s decision..” yang ditulis itu adalah tidak tepat sama sekali. Dr Ahmad Samsuri MokhtarSetiusaha Politik Presiden PAS 6 Januari 2010



Para penyokong Pakatan Rakyat yang ingin menyertai demonstrasi membantah penggunaan nama Allah pada penerbitan Kristian tidak dilarang berbuat demikian, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mengulas perhimpunan besar-besaran esok anjuran banyak NGO Melayu dan Islam, pemimpin PKR itu bagaimanapun berkata beliau tidak menggalakkan mereka berbuat demikian.

PKR mengambil sikap menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hujung bulan lalu yang membenarkan Herald The Catholic Weekly berbuat demikian. Mantan timbalan perdana menteri itu turut mempertikaikan sikap pilih kasih kerajaan yang tidak mengambil tindakan terhadap perhimpunan membantah keputusan mahkamah tersebut.




Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengecam tindakan pihak tertentu mengadakan demonstrasi esok.Beliau berkata tindakan ini bukan jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah sebaliknya akan menimbulkan provokasi di kalangan rakyat. “Jadi pada saya ini bukan satu tindakan yang bijak malah menampakkan ketidakmatangan kepimpinan negara kita dalam menyelesaikan kes ini. “Kita tidak pernah dalam Malaysia ini perlu menyelesaikan masalah /

Penghuni Gua : Inilah mulut-mulut dan lidah-lidah bewok ( Loghat Terengganu bermaksud biawak ) dan pandangan otak-otak koro ( loghat Terengganu yang bermaksud otak selekeh dan bodoh / dungu ) Melayu islam .

2. Nilai lah sendiri tindakan , perbuatan dan percakapan mereka sebelum ini. Itulah koronya otak mereka. Lidak mereka terus bercabang tak ubah seperti bewok pasir.

3. Shamsul AMK? Jangan ceritalah. Otak Melayu paling selekeh dialah. Betul seperti kata Dr Siddiq Azani , kerana SETPOL Teoh ( pembunuh diri sendiri ) pelahir anak haram pun dia orang sanggup berdemo haram. Kes Kugan si penjenayah pun sama juga dia buat demo. Apa lagi bab Eli Telanjang. Mat-mat serban dan tok-tok janggut kehulu ke hilir berbuih mulut mengecam kerajaan. Si muslimah bertudung litup pulak, menangis dan berpelukan dengan penzina Eli tu dan menangis sehingga hampir banjir di Selangor.

4. Kalimah Allah? Semua bersilat ( TGHH dah mula ubah kenyataan. Cari jalan selamat dan orang Terengganu labelkan cara TGHH iyang begini sebagai mereka yang tak khusus dan dan tak sudah dengan sekali. ) Semuanya sudah menjadi koro otak mereka serta terus menjadi lidah bewok dalam percakapannya , hanya kerana , kepentingan politik. DSAI jangan ceritalah. Isu sama tapi jika dia bercakap di 10 tempat dan pada 10 gulongan ada 10 gaya percakapan dan pendiriannya. Biasalah, otak koro katakan.

5. Fikirkanlah.

KALIMAH ALLAH : PANDANGAN DR SIDDIQ FADZIL !



Allah inti akidah, kenapa mahu gugat?

Dr Siddiq Fadzil Jan 7, 109:50am


Selama berabad-abad Malaysia (dan sebelumnya Tanah Melayu) yang terbentuk daripada gabungan negeri-negeri Melayu ini dirujuk sebagai model negara berbilang-bilang kaum dan agama yang rukun, harmonis dan penuh tolerasi.Kejayaan mencipta kerukunan hidup antara agama adalah suatu prestasi ketamadunan dan kemanusiaan yang tidak ternilai.

Faktor kunci kejayaan ini tidak lain adalah sikap ramah bangsa Melayu-Muslim yang menjadi golongan majoriti dan sekali gus “tuan rumah”. Keramahan luar biasa yang memang menjadi watak bangsa inilah yang memungkinkan penganut pelbagai agama (Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain) di negara ini menikmati kebebasan dan keselesaan mengamalkan agama masing-masing tanpa gangguan.

Selama ini kerukunan hidup sedemikian itu dapat dipertahankan kerana adanya sikap menghargai keramahan (Melayu-Muslim) tersebut, di samping adanya rasa hormat terhadap kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama persekutuan, juga kerana adanya kesedaran terhadap realiti kesejarahan dan kebudayaan negara ini.Memang dalam sejarahnya negeri-negeri Melayu adalah bahagian daripada warga rumpun besar Dar al-Islam.

Kesedaran tentang hakikat-hakikat inilah yang melatari keharmonian hubungan antara kaum dan agama selama ini.Justeru, kesedaran tersebutlah yang membentuk sikap saling memahami dan menghormati batas dan sempadan daerah keagamaan masing-masing. Kaum bukan Muslim umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya.Kerana itu, hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tida diusik atau diganggu.

Ketegangan di sekitar isu pemakaian kalimat Allah ketika ini berpunca akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam. Mereka yang berkeras mahu menggunakan kalimat Allah dalam konteks agama Katholik bukan tidak tahu tentang keberatan umat Islam terhadap tuntutan mereka.Sikap tersebut tidak lain adalah gejala hilangnya kepedulian terhadap perasaan dan pendirian orang lain.

Seharusnya mereka berusaha untuk cuba memahami keberatan umat Melayu-Muslim terhadap pemakaian nama Allah dalam konteks agama selain Islam. Bagi umat Islam, Allah di atas segala-gala. Demikianlah hakikatnya, Allah selama-lamanya ultimate concern bagi kaum Muslimin. Syahadat pertama keislaman mereka adalah kesaksian tentang hakikat ketiadaan tuhan selain Allah (Yang Maha Esa).Hanya Dia yang bernama Allah, nama yang dipilih sendiri oleh Allah khusus untuk diri-Nya, tidak siapa pun boleh memakainya selain Allah sendiri. Ia adalah al-ism al-a'zam, nama agung bagi dhat yang wajib al-wujud.

Ia adalah nama yang merujuk Dhat yang meliputi seluruh sifat ketuhanan.Sebagai nama khusus-Nya, ia berbeza daripada nama-nama-Nya yang lain seperti al-Qadir, al-'Alim, al-Rahim yang boleh dipakai oleh yang lain-lain. Kerana kekhususannya itu jugalah nama-nama-Nya yang lain itu dinisbahkan kepada nama Allah, lalu disebut asma'u 'Llah (nama-nama Allah).Al-Sabur, al-Shakur, al-Qadir misalnya disebut sebagai nama-nama Allah, tetapi tidak boleh disebut sebaliknya, Allah adalah nama al-Shakur atau al-Sabur.

Demikianlah hakikat kalimat Allah sebagai nama khas ('alam) yang tidak dipakai untuk selain-Nya.Allah bukan nama am yang siapa sahaja boleh memakainya, dan bukan juga kata umum tanpa makna dan definisi tertentu sehingga siapa sahaja boleh memaknainya. Andainya kalimat Allah dimaknai lain daripada makna dan definisi hakikinya, jelas akan menimbulkan kekacauan semantik yang serius.

Bagi umat Melayu-Muslim, sejak mula kalimat Allah sudah sedia terpadu dengan definisi yang mantap dan muktamad, definisi yang diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas, “Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”Penurunan surah tersebut dilatari peristiwa kedatangan sekumpulan orang Yahudi meminta Nabi SAW memberikan pemerian tentang Tuhannya.

Kerana itu surah ini bermula dengan kata Qul (katakanlah) yang kemudian diikuti dengan ayat-ayat yang mengandungi rumusan definisi tentang Allah.Ternyata Allah adalah nama yang menyebatikan makna bersifat tauhid, nama yang menolak syirik, dan sekali gus nama yang menafikan faham tritunggal (tidak beranak dan tidak diperanakkan). Kerana itu surah ini disebut juga dengan nama Suratu 't-Tawhid.Memang ia surah yang merumuskan faham tauhid yang semurni dan semutlaknya. Ayat-ayat dalam surah ini juga dengan jelas mengungkapkan makna bahawa Allah adalah "...a personality", bukan sekadar suatu konsep falsafi yang abstrak.Surah al-Ikhlas adalah antara sekian banyak surah dan ayat al-Qur'an yang membawa mesej peralatan konsep (conceptual correction) terhadap pemakaian nama Allah di kalangan masyarakat pra-Islam termasuk sebahagian suku-suku Arab jahiliah dan kaum Nasrani.

Mereka memakai nama Allah dalam konteks faham syirik, termasuk faham al-tathlith atau tritunggal. Ayat-ayat korektif tersebut rata-rata membawakan makna dan nada ketidakrelaan Allah terhadap pemakaian nama-Nya dalam konteks yang menyimpang daripada prinsip kemurnian dan kemutlakan tauhid.Demikianlah kalimat dan nama Allah yang difahami oleh umat Melayu-Muslim umumnya, lalu bagaimana mungkin mereka yang saban hari membaca dan menghayati surah al-Tawhid akan dengan senang merelakan Nama Suci dan Agung ini dipakai dalam konteks faham syirik.

Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah (sekalipun dengan mengguris perasaan sebahagian besar umat Melayu-Muslim) menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya? Selama ini, sejak ratusan tahun, tanpa memakai nama Allah, para penganut Katholitik telah dapat mengamalkan agama mereka dengan leluasa.Ajaran Katholik dapat difahami oleh para penganutnya, malah telah dikembangkan tanpa masalah. Lalu kenapa sekarang isu ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif?

Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan eksplosifnya isu ini. Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung ajaran agama Islam.

Rasanya wajar sekali kita merenung kata-kata Gopal Raj Kumar yang kami petik di bawah ini:

What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of religion has to be tolerated in the name of a half written constitution.

Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a majority in a democracy do as wrong and racist.Catholics must learn to reciprocate in kind to a people in whose country they have been treated with much reverence, dignity and respect over centuries.Malaysia although fundamentally a Muslim state has, advocated for and advanced Catholic (and other religious causes and purposes) without the let or hindrance of religious intolerance like that imposed on them by the Thais, Burmese, Philippines, Australians, Chinese and more recently the Swiss.Much of the reason we are able to debate such issues and to read and write about it today it is often argued is the result of a good Catholic education.

Wrong! It is equally the result of Malay Muslim generosity in allowing the propagation of the faith, its schools and other institutions to thrive and its tolerance of their values.It is a pity that in return all that the Catholic church has to offer is an insult to the Malays and Malay Muslims in persuing such a worthless policy of provocation.In a demonstration of its faith in its own credo of Good Christian Charity and goodwill, the Catholic Church ought to withdraw the ridiculous and provocative demand now legitimised by a flawed decision.

It should demonstrate that it ought not to be allowed the sinister use of one Arabic word Allah which is clearly a thorn in the side of its Malay majority hosts.The church may do so without any embarrassment to itself. On the contrary with one fell act of goodness and respect it would build a bridge of understanding likely to last forever as a monument to its credo, rather than for the blemishes in its record of insults, abuse, its betrayal to the colonials and the undermining of the cultural and religious sensitivities and heritage of Malaysia's majority (http://takemon.wordpress.com/about/).

Isu ini seharusnya diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin. Semakin lama dipolemikkan, akan semakin panjang rentetan persoalannya. Sikap berkeras mahukan sesuatu yang jelas-jelas tidak dapat diberikan akan menimbulkan dugaan adanya agenda terselubung di balik tuntutan tersebut.

Ia akan ditafsirkan sebagai strategi “lulus jarum, lulus kelindan”, selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang dikatholikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi. Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mengherotkan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirobah erti dan isinya.Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni.

Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu, zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat peribumi Melayu.Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini Stamford Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan, tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society. Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan peribumi Melayu itu dilakukan atas nama “...cultivating the waste and barren soil of the native mind”.

Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu. Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat Abdullah Munsyi. Bagaimanapun orang Melayu berpegang kuat dengan Islam.Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan "Abdullah Paderi".Catatan tersebut seharusnya sudah menjadi "perkara masa lalu" yang sudah tidak relevan lagi dalam konteks semangat masa kini, era membina kesatuan dalam kepelbagaian.

Provokasi-provokasi keagamaan sehausnya dihindari, dan tuntutan yang menjadi keberatan umat Melayu Islam ini harus dihentikan.Apapun yang berlaku pada pemakaian kalimat Allah di luar Malaysia tidak semestinya relevan dengan masyarakat kita. Isu ini harus dilihat secara kontekstual. Realiti sejarah dan budaya Malaysia memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks keislaman.

Fiqh kita mengambil kira 'uruf ahl al-balad (budaya warga setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini ialah mafsadah atau kesan buruknya yang perlu dihindari.


Datuk Dr Siddiq Fadzil,
presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).
Bekas ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia
Mantan presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Penghuni Gua : Pandangan ini bagus untuk kita semua fikirkan. Lagi baik dibaca dan difikirkan oleh pemimpin PAS dan juga pemimpin Melayu islam PKR ( kecuali Zulkifli Nordin ).

2. Kepada PAS yang menyokong penggunaan kalimah ini oleh pihak lain dengan alasan bahawa ia satu dakwah, tak usah nak berbelitlah. Kalau nak dakwah , pergi le terus kepada gulongan ini. Bukan membenarkan mereka gunakan kalimah ini. Tak kena caranya. Pernah PAS berdakwah untuk mereka? Jauh sekali. !!!!

3. Kepada Dr Nur Manuty ( budak DSAI tu yang juga bekas pemimpin ABIM ) elok juga anda baca pandangan rakan anda ini. Fikiran anda mungkin telah dipesongkan oleh DSAI. Memang terpesong pun!!!!!

KALIMAH ALLAH : NAK HARAP PAS ? LUPAKANLAH! PKR? HMMMMMM




January 7, 2010 : 07.04 AM
---> ROSLAN BIAN


Pemimpin PAS yang berbelah bagi dalam isu Kalimah Allah menuduh UMNO menangguk di air keruh dengan mempolitikan isu berkenaan.

Barangkali mahu menutup malu atau mengalih isu kerana pendapat tidak sekata di kalangan mereka, PAS menunding jari kepada UMNO yang didakwa mahu diiktiraf sebagai 'juara rakyat'.
Begitulah akal pemikiran sesetengah pemimpin parti itu.

Mereka tidak mahu mengakui kesilapan sebaliknya menuduh orang lain yang tidak betul.

Sesungguhnya amat pelik apabila Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad mengeluarkan kenyataan mendesak UMNO yang sudah 12 penggal mentadbir Malaysia supaya meminda perlembagaan bagi menghalang pengaruh agama lain terhadap umat Islam.

“Harus diingat bahawa UMNO bertanggungjawab dalam mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah di negara ini, yang mana didalamnya terkandung klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad, sedangkan amalan perundangan ini tiada dalam hukum Islam. PAS menuntut klausa ini mansuhkan segera,” katanya.

Idris turut mengungkit soal UMNO suatu ketika dahulu pernah cuba membuang nama Islam daripada digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam. Beliau turut mengecam UUMNO yang menurutnya bertindak meroboh serta mengunci beberapa masjid dan surau sebelum ini kerana dendam politik.

Idris barangkali buat-buat lupa betapa PAS selama ini kerap menuduh dan melabel UMNO dengan macam-macam bahkan paling hebat, orang UMNO tidak boleh masuk syurga. Jika selama ini UMNO dianggap jahil soal agama, PAS patut memperjuangkannya. Namun, PAS hanya memperjuangkan Islam demi cita-cita dan perjuangan parti itu.

PAS jelas menjadikan Islam sebagai alat mencapai matlamat dengan menghalalkan apa juga cara yang boleh memberi manfaat dan mempengaruhi rakyat bersama mereka. Ketua Penerangan PAS itu barangkali menyedari, penilaian PAS di mata umat Islam di negara ini semakin menurun kerana beberapa isu yang menjadi kontroversi gagal ditangani mereka.

Dari soal penjualan arak, menyokong ladang babi mega di Selangor hingga kepada isu pelantikan menantu Menteri Besar Kelantan, PAS semakin tersasar daripada matlamat asal. Benarlah, rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.

Lihat sahajalah dalam isu Kalimah Allah, ada pemimpin PAS menyokong bersyarat manakala sebahagian lagi menyifatkan tindakan redha kepada keputusan Mahkamah Tinggi itu boleh menyebabkan syirik dan kekufuran.

Sejak isu ini dibangkitkan, rakyat bergama Islam lebih terarah untuk melihat bagaimana respons PAS yang sudah tidur sebantal dengan PKR serta DAP sejak PRU 12. Ada rakyat berpendapat jika UMNO atau kerajaan gagal menangani isu ini, kepada PAS mereka bergantung harap.

Memang diakui ada yang bersemangat dan gembira melihat Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, timbalannya Datuk Dr Haron Din dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib menentang keputusan mahkamah itu.

Namun, malang prasangka baik dan harapan mahu melihat PAS bersama UMNO mempertahankan hak eksklusif Islam itu terkubur dengan keputusan Lajnah Politik PAS Pusat yang bermesyuarat Isnin lalu tidak membuat keputusan jelas berhubung keputusan mahkamah.
Keadaan ini menyerbabkan PAS berdepan persepsi seolah-olah mereka turut menyokong perkara itu sama seperti PKR.

Perbezaan pendapat pemimpin PAS ini mula membuka ruang umat Islam di negara ini bahawa PAS bukanlah parti yang boleh diharap dapat berjuang menegakkan syiar Islam.

Mahu atau tidak, pemimpin PAS sedar, orang ramai kini beralih arah dan memberi tumpuan keoada kerajaan Pusat bagi menyelesaikan isu yang sudah berlarutan lebih seminggu. Sebab itulah Idris muncul dengan kenyataan memburuk-burukkan UMNO yang bersama kerajaan bagi menangani isu tersebut.

Ini juga petanda PAS sudah sedar pengaruh mereka akan merosot dan dalam masa sama, UMNO dan kerajaan semakin diyakini rakyat.-6/1/2010

Penghuni Gua : PAS ? Cakap aje lebih. Hudud? Cakap boleh lah. Bab kalimah Allah pun mereka haru biru. Nak laksana hudud ala PAS? Lupakanlah...Cakap untuk politik bolehlah.!!!!!!!!!!!*&^%$#@!@#$%()(*^&$##$%^((*&^%$#

2. Nak harap PKR ( Melayu islamnya? ) ? Mereka inilah yang menjadi faktor utama yang menyebabkan sebahagian dari puak ini semakin besar kepala.

3. Fikirkanlah. Hukum mereka di dalam PRU13 nanti.

Wednesday, 6 January 2010

KALIMAH ALLAH : DR HASSAN MENENTANG : PAS DIHUJUNG JALAN !


Sinar Harian

6 Jan 2009

Hassan Ali Menentang Keputusan Parti :

Agama lain tidak boleh guna kalimah Allah: Dr Hasan Ali


SHAH ALAM - Pas Selangor bertegas penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain bagi mengelak salah faham umat Islam, kata Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Dr Hasan Ali.Menurutnya, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam memberi tamparan hebat kepada umat Islam.

Beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba mengeksploitasi isu itu supaya menghentikan niat mereka.Enakmen dan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa juga tidak mengizinkannya.

“Jika perkataan Allah ini dibenarkan, ia akan mengundang salah tafsir, khususnya dalam kalangan bukan ahli agama, Pas Selangor memberi amaran kepada pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi isu ini supaya menghentikan niat mereka,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau menyeru supaya semua ahli Pas bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru.

“Pimpinan parti di semua peringkat, ahli dan penyokong diminta tidak mengambil tindakan yang boleh merugikan perjuangan jemaah. Sila rujuk kepada pimpinan negeri sekiranya wujud keraguan terhadap tindakan yang akan diambil,” katanya.Beliau mencadangkan semua pihak berdoa supaya tindakan yang boleh merugikan umat Islam tidak berjaya. -SH

Penghuni Gua : Lihat! PAS makin keliru dan mengelirukan. Inikah parti yang akan perjuangkan islam dan negara? Maaf lah , pada pandangan PG tak layak langsung. Nak laksana hudud ? Jangan cakaplah! Nak satu suara dan sependapat dalam isu kalimah Allah pun lintang pukang dan tiada pendirian.

2. Fikirkanlah semua pengundi muda. Rosak agama dan negera jika amanah diberi kepada semua mereka ini. Fikirlah. Siapa yang kufur dan siapa yang tidak kufur dalam PAS? Baik kita ikut cara kita. Konsisten dan bukan lalang. Pada meeka ini agama boleh dijual beli. TGNA sokong kemudian korner baring, Mahfuz sokong, YB Khalid sokong, Taib Azamuddin menentang, Dr Haron Din menentang, TGHH dan gengnya menyokong tetapi berlapik ( cari makan) dan seperti biasalah. Semunya lidah bercabang dan munafik. Perkara tidak betul selalunya Allah tunjukkan terus kebenarannya. Inilah cara kebenaran yang Allah tunjukkan. Itupun jika kita rajin berfikir .

3. Biarkan mulut-mulut dan lidah-lidah bercabang pemimpin ini terus bercakap. Ini semua bala Allah kepada mereka. Allah " kalau nak tunjukkan kebesarannya , berbagai cara digunakan. Mungkin ( dan sebenarnya ) inilah satu caranya.

4. Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar..

KALIMAH ALLAH 7 : BACALAH KENYATAAN RESMI DARI SEORANG PELIWAT AGAMA !


Dipetik dari Blog : Dato Seri Anuar Ibrahim
05 Jan 10


–Kenyataan Akhbar–

Merujuk kepada kenyataan kami pada 22 November 2009 mengenai perkara di atas, maka BIPPA PKR sekali lagi ingin menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Sesungguhnya, kami melihat fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani bahawa manusia memperakui penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud:

“Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…” (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Adalah jelas bahawa penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Ini adalah serasi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai. Sesungguhnya, ini juga bersesuaian dengan muafakat Pakatan Rakyat yang diputuskan baru-baru ini.

Selanjutnya, kami berpandangan perjuangan untuk menegak makruf dan mencegah mungkar akan menjadi lebih mudah dan selesa berasaskan firman Allah:

“Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)” (Surah Ali `Imran(3):64).

Sehubungan itu, demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara semua pihak perlulah menyelesaikan konflik ini dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana (hikmah) sebagaimana saranan Allah mengenainya (Al Nahl: 125 dan Al Ankabut:46).
Sekian. Terima kasih.


Dr. Muhd Nur Manuty
PengerusiBiro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
Parti KeADILan Rakyat.
05 Januari 2010

Penghuni Gua : Baca dan nilailah sendiri pandangan dan penjelasan pelacur agama ini. Semuanya dah mula cakap berlapik-lapik. Kerana politik , semua boleh dan diliberalkan. Boleh jalanlah DSAI dan PKR. Hukuman di PRU13 akan menanti anda. Gelombangnya dah mula.

2. Nak dengar juga kenyataan orang yang paling liberal di Malaysia iaitu Zaid Ibrahim.

HAL AGAMA : SIAPA YANG WAJIB KITA PERCAYA ?


Letih PG melihat kemelut yang melanda umat Islam di negara ini atau di mana sahaja. Di Malaysia misalnya , perkara-perkara yang berkaitan agama islam masih berlarutan dan tidak pernah selesai dan diselesaikan. Harapkan kepada mereka yang mendakwa ulama pewaris Nabi , lagi teruk jadinya. Mereka hanya pandai bercakap dari bertindak menyelesaikan masalah. Menimbulkan masalah dan polimik serahlah pada ulama, ustat dan yang mengaku ustat dan ulama.

2. Itu kepakaran mereka. Mencetuskan pertikaian. Hal yang remeh pun masih menjadi pertikaian dan tiada kata sepakat. Contoh isu kalimah Allah. Pendapat siapa yang wajar kita ikuti? Ulama politik? Merosakkan islam bolehlah. Lain tak ada. Mereka lebih pandai bercakap dari bertindak. Inilah jadinya jika mereka ingin menunjuk pandai dalam segala hal. Mereka lebih nak menonjolkan peranan umarak dari ulama. Kerja ulama dikesampingkan.

3. TaiB Azamuddin lain, TGNA bercabang-cabang dan dan berubah-rubah cakap dan pendiriannya, YB Khalid ( tiada kepandaian pun nak bercakap bab agama : patutlah tauliah tidak diberikan kepadanya ) pun lain, TGHH dan PAS berlapik-lapik cakapnya sebab nak dapat sokongan politik , Harun Din lain. Jadi di mana kedudukan isu ini sekarang. Inilah jadinya jika ulama nak jadi umarak. Sepatutnya mereka lebih menjadi ulama dan menasihati umarak. Jika yang ada kelebihan jadi umarak tu lain lainlah. Ini tidak. Perkara yang mudah pun menjadi lebih rumit kerena mereka.

4. Sebabnya , mereka bercakap dari sudut politik. PAS , di awal isu kalimah Allah menyokong kalimah ini diguna oleh kristian. Sekarang berubah dan bercakap berlapik. Duduk ditengah-tengah. Ini kah yang diajar islam? Yang benar kata benar. Jangan berada antara keduanya.

5. Kepada PG , kita jadilah kita. Ikut yang resmi. Majlis Fatwa dan Persatuan Ulama Malaysia telah putuskan , Allah adalah eksklusif untuk agama islam. Tak perlu membelit lagi.

6. Kepada ulama politik ini! Cukup-cukuplah berpolitik dan berbelit dalam agama demi meraih sokongan politik yang bersifat sementara. Naik meluat kita jadinya.

7. Kepada pengundi muda : fikirlah siapa yang wajib diberi amanah untuk menjaga islam. Adakah seperti PAS dan pemimpinnya yang tiada pendirian dalam perkara penting yang melibatkan islam? Mereka hanya mula bersuara setelah mendapati akan rugi jika tidak menggikut arus dalam isu ini. Mereka telah melihat bahawa umat islam di Malaysia majoritinya menentang keputusan mahkamah tersebut. Maka mereka mula korner baring dan seperti biasa maka terserlahlah sifat munafikmereka. Mereka mula menukar haluan. 360 darjah pusingannya.

8. Kepada PG, kita tetap kita. Tak perlulah mendengar ulama politik yang gelaran ulama tersohor hanyalah gembar gembur bagi mengangkat bakul mereka sendiri. Saluran resmi jawapan segalanya. Harapkan mereka? Harapkan pagar, pagar makan akar-akar padi. Mungkin sebab itulah Allah masih belum makbulkan doa puak ini untuk mentadbir negara Malaysia. Ia akan lebih merosakkan. Sebabnya , kerana keangkuhan dan keegoan mereka melebihi orang lain. Politik mereka lebih penting dari agama islam.

9. Sudah lah PAS. Semakin menyampah menonton lakonan anda. Kepada pemimpin melayu islam PKR, andalah pengkhianat agama islam. Inilah sebahagaian sumbangan besar anda kepada umat islam di Malaysia iaitu membesarkan kepala sebahagian pemimpin bodoh bukan islam. Inilah sumbangan terbesar anda. Berbahagialah anda semua..!@&*()(*&^%$#@#$%^&*(*&^%

PETA PELAYAR