FOLLOWERS

Wednesday, 21 September 2011

NAK BUNGKUS LE TU !!!!!!!!!!!!!











Perbalahan antara DAP dan PKR berhubung agihan kerusi di Johor semakin parah dengan Ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau mengisytiharkan bahawa parti itu tidak akan duduk di meja rundingan bersama PKR sekali lagi.

Penghuni Gua
: Tanda nak bungkus lah tu. Perjuangan tak ada motif. Hanya nak menang dan berrebut kerusi aje. Agenda masing-masing. Tak ada fokus. Cuma mereka terlebih pandai sorok masalah.

2. Nak ke kita memilih parti yang sebegini untuk mentadbir negara? Lingkup negara ini. Negara bukan perjudian. Ia amanah. Jadi jangan kita dok main sedap begitu aje , nak tukar itu dan nak tukar ini. Sekali silap, anak cucu dan cicit kita yang akan menyesal dan menaggung akibatnya.

3. Fikirkan pengundi muda. Hapuskan sampah sarap ini . Meluat !!!!!!!! Mereka ini pandai cakap aje. Kerja tak tahu!!!!!!!!! Pandai kritik itu ini aje !!!!!!!!!!!!! Itu jelah kepandaian mereka. Sejak perintah 5 negeri sekarang................apa yang mereka dah buat? Hanya buat ceramah fitnah aje adalah !!!!!!!!!!!!!

4. Tak gitu ?

Tuesday, 20 September 2011

BUNGKUS LE KALI INI !!!!!!











Pasukan pembelaan perbicaraan liwat II hari ini tersentak apabila saksi mereka - pakar DNA dari Australia - Dr Brian Mc Donald bersetuju dengan andaian pendakwaan bahawa air mani boleh bertahan di dubur atau rektum antara empat hingga 113 jam.

Perkara itu diajukan kepada Dr Mc Donald, ketika beliau diasak oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden ketika memeriksa balas saksi itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Kah kah kah kah kah kah !!!!!!!!!!!!!Bungkus le kau kali ini wahai lelaki y. Bungkus !!! Kah kah kah kah kah !!!! Sungai Buloh Resort menanti dengan setia. Kah kah kah !!!!

KERETA SIAPA NI ?



Penghuni Gua : Cakap aje lebih. Tahi di punggung sendiri pun bertepek !!!!! Nak lanjut : KLIK

KEBEBASAN ALA LEE KUAN YEW !!!!











Exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa hari ini memfailkan saman terhadap penulis blog Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz atas dakwaan menyiarkan berita yang tidak benar dan tidak berasas terhadapnya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Kebebasan cara PAS dan Pakatan. Kata nak bebas. Nak bebas itu dan ini. Sekarang sibuk dok saman menyaman.

2. Tak ubah dan sama dengan cara kebebasan Lee Kuan Yew bekas PM Singapura. Semua di saman untuk menyekat pembangkang untuk berkembang di Singapura. Itulah cara yang pemimpin PAS lakukan.

3. Itulah kebebasan yang akan diperjuangkan oleh PAS dan Pakatan. Cakap aje. Habok pun tak ada. Kalau kerajaan dan BN serta pemimpinya saman pembangkang tu ok jugalah sebab mereka tak adalah nak mendabik dada pejuang kebebasan akhbar dan sebagainya. Ini semua nak bebas. Kena ke muka sendiri , habok kebebasan pun tak ada!!!!!!!!!!

4. Ikut kau le labu !!!!!!!!!!!! Bila UMNO Selangor saman Mustafa Ali dan sebagainya baru-baru ini , riuh rendah PAS dan pemimpinnya mengecam tindakan UMNO Selangor. Kalau nak kirakan , berapa banyak ( tiap hari sebenarnya ) fitnah dan berita tak benar yang disebarkan oleh PAS dan pemimpinnya. Contohnya isu rakyat Bangla yang dapat kerayatan kononnya amat mudah. PAS dan PKR dakwa PM Bangladesh mengakui kebenarannya. Akhirnya semalam , berita itu hanya fitnah. KLIK

5. Punggung penuh tahi....................... Cuci tahi sendirilah. Nak bersih dan bebas itu ini. Cakap ajelah !!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, 19 September 2011

' KITA SERUPA " : HEADWIND ....KIH KIH KIH !!!!


Penghuni Gua
: Mereka memang serupa. Satu atas kerusi roda kerana dakwa dilanggar polis ( auta juga ). Satu kata dilanyak polis ( Berba;ut tengkok. Balut tengkok bila ada masalah. Balut cari makan . Kih kih kih ).

2. Satu lagi kena tangkap khalwat. Satu meliwat. Dua-dua otak senget. Semua sama dan serupa. Kemudian nak salahkan orang itu dan orang ini.......................Kesian. Kih kih kih kih kih !!!!!

3. Nak tahu cerita lanjut sila KLIK

Sunday, 18 September 2011

OTAK MEREKA INI ADA MASALAH MEKANIKAL !!!!





Penghuni Gua
: Otak mereka berdua pun terbalik. Tak gitu ?

MALAYAN LAW JOURNAL : KES ROGOL / JAMIN !!!!!!

( Pulau 5 , Pulau Redang Terengganu . 35.9 meter )

[1995] 3 MLJ 461
Moh Ting King v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — CRIMINAL APPLICATION NO
44–03–95–III

Judges ELIZABETH CHAPMAN JC

Date 19 JUNE 1995
Citation [1995] 3 MLJ 461


Catchwords:


Criminal Procedure — Bail — Granting of bail — Pending trial — Interference by appellate court — Principles applicable

Bahasa Malaysia Summary:


Pemohon telah memohon untuk jaminan sementara menunggu perbicaraannya atas tuduhan merogol di bawah s 376 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45). Pihak pendakwa telah membantah terhadap jaminan itu atas alasan bahawa kesalahan itu tak boleh jamin, tertuduh menghadapi satu lagi tuduhan merogol di bawah s 376 yang telah ditetapkan untuk pembicaraan pada 26 Jun 1995 dan seterusnya terdapat bahaya bahawa beliau mungkin mengintimidasi pengadu. Mahkamah sesyen pada 20 Mei 1995 telah menolak permohonan beliau dan beliau telah membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan itu:

(1) Adalah mantap bahawa Mahkamah Tinggi tidak akan bercampur tangan dengan penjalanan budi bicara mahkamah bawahan dengan begitu sahaja dan di mana hakim mahkamah sesyen telah menolak permohonan untuk jaminan selepas mempertimbangkan semua keadaan kes itu, Mahkamah Tinggi tidak akan bercampur tangan kecuali jika ia boleh ditunjukkan bahawa penjalanan budi bicara itu adalah salah.

(2) Adalah jelas bahawa keengganan untuk membenarkan jaminan itu berpunca daripada tertuduh dituduh atas suatu kesalahan merogol yang lain semasa beliau dilepaskan atas jaminan sementara menunggu perbicaraan pada 26 Jun 1995. Apabila membuat keputusan sama ada untuk membenarkan atau menolak jaminan, mahkamah akan mempertimbangkan, antara lain, sifat dan keseriusan kesalahan yang dituduh itu, kekerasan dan darjah hukuman yang dijatuhkan atas sabitan, bahaya bahawa kesalahan itu akan diulangi, bahaya bahawa saksi atau keterangan pihak pendakwa akan diusik atau diubah, peluang tertuduh untuk menyediakan pembelaannya dan tempoh tahannya. Jaminan tidak akan ditolak semata-matanya sebagai suatu hukuman dan keperluan untuk jaminan adalah untuk memastikan kehadiran seseorang tertuduh di perbicaraan.

(3) Keengganan mahkamah sesyen untuk membenarkan jaminan boleh dijustifikasikan di dalam keadaan kes ini. Terdapat kemungkinan bahawa tertuduh akan mengusik pengadu dan itu dengan sendirinya merupakan suatu alasan yang meyakinkan untuk menolak jaminan. Lagipun, tidak terdapat apa-apa untuk menunjukkan bahawa tertuduh akan dihambat dalam penyediaan pembelaannya semasa di bawah tahanan dan mahkamah sesyen telah menetapkan tarikh perbicaraan paling awal yang mungkin, iaitu 26 Julai 1995, dan oleh itu tempoh tahanan tidak boleh dikatakan terlalu lama.]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq.

TAKKAN TAK KENAL KOT !!!!


Penghuni Gua
: Takkan tak kenal kot. Takkan tak kenal laki sendiri. Cakap benarlah Kak . Berkata benar walaupun pahit. Kalau anda tak mahu terima bukti DNA pun, cakap benarlah. Gambar dapat menerangkan beribu perkara. Anda pun Dr. Takkan tak tahu apa itu DNA. Takkan tak tahu bukti Forensik mengenai gambar. Takkan tak tahu apa itu keterangan pakar.

2. Betul tak kak!!!!! Cara jalan pun kita boleh tahu suami kita ke atau orang lain. Tak gitu? Nak lanjut : KLIK . KLIK

Saturday, 17 September 2011

WAJAH DAN PERANGAI BURUK MAJLIS PEGUAM !!!!



Dipetik dari Blog : Dato Hafarizam


WEDNESDAY, SEPTEMBER 7, 2011





Majlis Peguam Malaysia atau Bar Council kini dilihat sebagai sebuah badan yang mewakili pemimpin dan parti-parti pembangkang, dan tidak lagi dilihat sebagai sebuah badan professional yang bebas dan non partisan, ujar peguambela yang juga penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun.

“Saya selaku peguambela yang juga merupakan ahli kepada Badan Peguam Malaysia (Malaysian Bar) melihat Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) telah lari dari landasan tujuan penubuhan mereka mengikut Akta Profesion 1976.

“Jika kita melihat Akta Profesion Undang-Undang 1976, Majlis Peguam seharusnya bersikap bebas. Bebas bermakna, mereka sepatutnya bersikap non-partisan, berkecuali,” katanya di sini.

Tegas beliau lagi jika diperhatikan kenyataan-kenyataan Bar Council, terutamanya tiga empat bulan ini, jelas kelihatan Bar Council ini lebih kepada satu pertubuhan yang disifatkannya sebagai pertubuhan separa politik, di mana tidak ada benda yang baik yang dilakukan kerajaan.

“Contohnya, mengapa apabila saya sebagai seorang peguam telah dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Bar Council tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi yang mana dikeluarkan di semua media termasuk Malaysian Insider dan Malaysiakini mengutuk tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

“Tetapi apabila Datuk Ambiga telah dihalang masuk ke Sarawak ketika Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, tidak sampai 4 jam beliau telah dihantar pulang, Bar Council telah mengeluarkan kenyataan mengutuk pengunaan kuasa menghalang rakyat Malaysia memasuki mana-mana negeri dalam Malaysia,” ujarnya lagi.

Ujarnya, Majlis Peguam kini lebih mirip kepada pembangkang.

“Saya bercakap ini bukan sebab saya peguam UMNO. Kenapa tidak disamai saya seperti Karpal Singh, peguam DAP. Kenapa tidak disamai saya seperti anak-anak beliau, Gobind Singh Deo, peguam DAP, N Suvendren, peguam PKR. Mereka dilihat sebagai peguam, tetapi kepada saya dilihat sebagai peguam UMNO. Ini saya lihat sebagai tidak adil kerana saya walau apapun adalah seorang peguam.

“Cuma saya menjadi peguam kepada parti UMNO, Barisan Nasional. Salah ke saya untuk memilih mewakili anak guam saya sahaja, itu tidak bermakna saya sudah tersasar dari profession saya sebagai seorang peguam,” ujarnya lagi.

Namun apabila mereka menggunakan Bar Council sebagai platform, yang dilihat sebagai ‘baling batu sembunyi tangan’, kewibawaan dan kredibiliti Bar Council itu telah menampakkan mereka ini tidak lagi bebas.

“Saya difahamkan di bangunan Bar Council ada poster mendiang Teo Beng Hock, kenapa tidak ada pejuang-pejuang UMNO, kenapa tidak ada poster Datuk Zambry sebagai Menteri Besar Perak, beliau juga seorang pejuang, seorang yang professional,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, Hafarizam turut mencadangkan kepada Bar Council untuk pergi ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan, minta borang dan tubuhkan sebuah parti politik yang dikenali sebagai Majlis Peguam Parti Politik Peguam.

“Dengan itu, marilah masuk kem kancah politik, marilah kita sama-sama bergelumang dalam arus politik,” ujarnya.


POSTED BY ANISAHMAISARAH AT 2:25 AM

Penghuni Gua
: Itulah wajah sebenar majlis peguam. Kami di luar ni lama dah tahu. Majlis Peguam ini penuh dengan loyar burok aje dan pembela penjenayah aje. Itu jelah. Perangai peguam jangan cakaplah. Nak reformasi itu ini, tetapi dalam Majlis peguam , ahlinya saban hari menipu orang. Berapa ramai yang masih disiasat polis dan SPRM kerana menipu duit pelanggan, perjanjian itu ini, tanah dan duit insuran dan sebagainya.

2. Apa reformasi yang Majlis peguam buat. Mengapa tak BERSHIOT 2.0 dulu dalam Majlis Peguam? Mungkin Amiga boleh berikan pendapat ????

3. Baiki diri sendiri dan ahli sendiri Bar Council. !!!!!!!Meluat.

4. Tak gitu ?................

SCUBA DI TERUMBU KILI , PULAU REDANG 13 SEP !!!!!













Penghuni Gua
: 13 sep jam 2 ptg PG dan 4 kawan-kawan menyelam di Terumbu Kili , Pulau Redang, Terengganu. Terlalu sejuk airnya. 26 c. Kedalaman 31 Meter dan menyelam selama 45 minit.

2. Amat baik pemandangan terumbu di sini dan tak banyak yang rosak. Jumpa juga kulit telur tapak sulaiman. ( Bulat macam telur ayam dan ada tanda dan rupa muka manusia).

3. Banyak juga jumpa ikan besar-besar tapi tak sempat nak ambil gambar. Jom ! menyelam di sana. Untuk makluman, bulan okt ini , Pulau Redang akan ditutup sepenuhnya sehingga bulan mac , kerana musim tengkujuh.

PETA PELAYAR