Berita Harian
7 apr 2009
7 apr 2009
Mahkamah tolak permohonan Ronnie
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan semakan yang dikemukakan ahli Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu, untuk memastikan kesahihan dan mengetepikan waran tangkap terhadapnya pada November lalu.
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan semakan yang dikemukakan ahli Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu, untuk memastikan kesahihan dan mengetepikan waran tangkap terhadapnya pada November lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Yazid Mustafa, ketika membacakan penghakimannya, berkata waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya itu hanya bersifat pentadbiran dan bukan perintah mahkamah yang membolehkan waran tangkap itu disemak.
Penghuni Gua : Ini le kes Ronnie Liu yang menghalang penguatkuasa MPAJ yang ingin menutup pusat karaoke dan pelacuran yang Penghuni Gua paparkan semalam. Bersihkanlah wahai Shamsul Ketua AMK PKR. Apa yang sibuk sangat nak tangkap hantu. Dalam PKR tu pun bersepah dengan hantu syaitan.
Buka semua baju dan seluar anda, dan lihat lah diri kita di cermin. Barulah kita insaf siapa kita nak memperlekehkan orang lain. Jadi, bersihkan diri anda dari segala kekotoran dan dari sebarang kutu dan virus seperti gambar di atas sebelum nak membersihkan orang lain.
Penghuni Gua : Beristighafar dan berzikir bagi bersihkan hati.
Mahkamah ketepi permohonan Ronnie Liu
07/04/2009 1:50pm
07/04/2009 1:50pm
SHAH ALAM 7 April — Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan permohonan anggota exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew untuk menyemak semula dan mengetepikan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya terhadapnya pada 12 Nov tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa semasa membuat keputusan itu berkata Majistret hanya menjalankan tugas pentadbirannya semasa mengeluarkan perintah waran tangkap berkenaan dan ia bukan satu perintah yang membolehkan waran tangkap itu disemak.
Beliau berkata mahkamah juga menerima hujahan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin bahawa Mahkamah Tinggi tidak perlu membuat sebarang pertimbangan memandangkan perintah waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret itu tidak termasuk dalam prosiding mahkamah.
“Perintah waran tangkap dikeluarkan pada 2008 dan pada masa itu majistret hanya menjalankan tugas lazimnya dan ia bukan satu tindakan membabitkan prosiding mahkamah. Kesimpulannya pelaksanaan perintah waran tangkap itu bukan satu prosiding yang membolehkan ia disemak oleh mahkamah ini,” katanya.
Liu yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran hadir di mahkamah bersama peguamnya, Gobind Singh Deo.
Liu sebelum ini mengemukakan permohonan untuk mahkamah menyemak semula dan mengetepikan waran tangkap yang dikeluarkan kepadanya kerana mendakwa ia tidak sah di sisi undang-undang.
Beliau mendakwa tindakan polis membawanya ke Balai Polis Puchong ketika melaksanakan waran tangkap itu menyalahi undang-undang kerana beliau sepatutnya dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya seperti yang disebut dalam waran berkenaan.
Liu, 50, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya terhadap tuduhan bersubahat dalam menghalang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya, Mohammad Hadzim Zulkapli, daripada menjalankan tugasnya dalam satu operasi mencegah maksiat di Hotel Chile, yang terletak di Jalan Kenari 6, Puchong, pada 2 Nov 2007.
Jika sabit kesalahan, beliau yang didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 186 kanun yang sama, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM10,000.
Gobind dan Liu ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata mereka menghormati keputusan mahkamah itu dan akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat. — Bernama
No comments:
Post a Comment