FOLLOWERS

Monday 6 April 2009

SHAMSUL KETUA AMK NAK TANGKAP HANTU DI BUKIT SELAMBAU ? BOLEH KE ?

Harakahdaily

AMK lancar jentera tangkap pengundi hantu
Mohd Sabri Said Mon Apr 06, 09 5:39:42 pm MYT

....................Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kenyataannya memberitahu, memang dibolehkan mengikut undang-undang orang awam menahan mana-mana penjenayah untuk di bawa kepada polis.

"Hari ini saya lancarkan jentera penangkap pengundi hantu dan mulai besok semua ada hak untuk melaksanakan tugasan itu dengan baik. Bila saja syak bukan orang tempatan yang buang undi sila tangkap dan serah pada pasukan polis. Jangan pukul pula.. itu dah jadi kes lain, " terangnya diiringan laungan reformasi dari petugas yang hadir. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Apa lagi ni Shamsul. Mana ada hantu. Jiwa anda yang banyak hantu tu. Hantu yang anda dakwa bermaharaja di Parlimen Kuala Terengganu tu dulu pun tak tangkap-tangkap pun. Tak ada pulak bila menang. Ini taktik lama ini. Mungkin isu hantu timbul kerana anda rasa nak kalah kot. Biasanya begitulah.

Untuk makluman anda, nak tangkap hantu ini bukan senang kalau mengikut Kanun Acara Jenayah. Baca undang-undang tu balik. Baca yang tersirat dan rujuk Malaysia Law Journal yang terdahulu mengenai tangkapan oleh orang awam di bawah sek 26 Kanun Acara Jenayah. Orang awam hanya boleh menangkap hangtu atau mereka yang melakukan jenayah yang berlaku di depan matanya sahaja.

Orang melihat kejadian tersebut sahaja yang boleh menangkap dan hendaklah serta merta dan pada masa itu juga serta di serahkan kepada pihak berkuasa untuk dibuat tangkapan semula oleh pihak polis. Bukan main tangkap aje berdasar keterangan dengar cakap. Keterangan dengar cakap tak terpakai dlam undang-undang ( baca akta keterangan ). Dan rantaian kejadian yang berlaku ( kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah itu ) hendaklah tidak putus.

Maknanya jika penangkapan itu tidak dilakukan serta merta dan pengadu menyruh orang lain menangkap dan tangkapan itu berkalu pula ditempat lain bukan ditempat jenayah itu dilakukan maka tangkapan itu tidak sah dan keterangan pengadu mengenai tangkapan ini tidak akan diterima oleh mahkamah.

Itu le lebih kurang yang Penghuni Gua tahu. Jangan pandai beri arahan tangkapan aje. Baca undang-undang dulu. saya beri panduan tangkapan oleh orang awam ini bukan apa, jika anda menangkap mereka yang dikatakan hantu dan kes tidak dapat dituduh kerana teknikal di atas atau bila dibicarakan kes dibuang oleh mahkamah, maka anda semua fikir para Hakim yang bijaksana berlaku tidak adil dan menyebelahi BN/ kerajaan. Padahal terjadi begitu kerana kebodohan anda dalam memberi pengetahuan undang-undang kepada ahli dan penyokong anda.

Kepada Shamsul , diucapka selamat berjaya menangkap hantu tersebut. Jika berjaya ditangkap boleh dimasukkan di dalam Buku Rekod Guiness Malaysia. Kerana menjadi hantu pertama yang ditangkap dan yang pertama di dakwa di Semenanjung Malaysia.

Penghuni Gua : Tangkap muat .

2 comments:

  1. dia pun macam hantu katek. nak tangkap apa lagi.

    biasalah puak ni. tak dak modal lain. boleh buat modal bila kalah.

    ReplyDelete
  2. Dia pakai bomoh laa... patut la asap semacam aje kat tempat buang undi.. hehehe

    ReplyDelete

PETA PELAYAR