Berita Harian
18 apr 2009
BN mungkin tak tanding di Penanti: Najib
KUANTAN: Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan untuk tidak meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti. Berita lanjut : KLIK
KUANTAN: Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan untuk tidak meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : BN sesekali jangan menarik diri dari bertyanding di DUN Penanti. Sekiranya BN tidak bertanding ia akan menjatuhkan moral keseluruhan jentera BN di seluruh negara. Juga BN perlu mengambil kira pengundi yang sejak dulu dengan setia mengundi BN setiap kali Pilihanraya. Dengan tidak meletakkan calun, kemana pengundi ini perlu pergi. Nak mengajar mereka memangkah bebas dan PAS agar menjadi kebiasaan di masa depan. Hormati kuasa undi mereka. Kalah menang adat pertandingan.
BN belum tentu kalah di dalam pertarungan ini. BN hanya kalah tidak sampai 3000 undi pada PRU ke 12. jadi ia bukan majoriti yang banyak yang perlu BN risau. Jika kalah pun ia bukan sesuatu yang perlu dimalukan. Ini PRK. Biasa jika pembangkang menang.
Dengan meletakkan calun, BN boleh menguji jentera BN yang baru dibawah teraju yang baru dan dengan cara kempen yang baru. Jangan sesekali mengaku kalah sebelum berperang. Teruskan perjuangan.
Jangan sesekali memberi kemenangan mudah kepada PR. Ia akan memberikan isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia keseluruhannya. dan ini akan membawa akibat buruk dalam jangka masa panjang.
Teruskan perjuangan. Jangan sesekali mengaku kalah sebelum berperang. Letakkan calun anda dalam keadaan apa sekali pun. BN perlu letak calun untuk melawan di DUN yang YBnya rasuah. Jangan beri perasuah atau partinya menang percuma. Mereka pun kudis dan kuman pun banyak. Teruskan bertanding dan meletakkan calun.
kalau BN tak nak betanding,itu bukan masaalah
ReplyDeletetapi kalau SPR tak nak adakan PRK itu yg masaalah....
akhirnya BN tak malu,PR tak dapat ape
bukan ke SPR tu talibarut BN...