FOLLOWERS

Tuesday 14 April 2009

JAMBATAN BENGKOK : PEMUDA JOHOR DESAK DIBINA SEMULA


Utusan Malaysia


JOHOR BAHARU 14 April — Pemuda UMBNO Johor mahukan kerajaan mengkaji semula projek Jambatan Bengkok yang pembinaannya dibatalkan pada 2006 kerana berpendapat projek itu mampu merancakkan ekonomi negara, khususnya di Johor.

“Ia (pembinaan jambatan bengkok) adalah pelaburan jangka panjang dan tiada siapa yang dapat menafikan kesan positif projek pembinaan jambatan itu terhadap ekonomi Johor dan di dalam mewujudkan pelbagai peluang ekonomi lain,” kata Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor Khalid Mohamad.

Beliau berkata pembinaan semula jambatan bengkok merentasi Selat Johor mampu memenuhi aspirasi rakyat Johor terhadap barisan Kabinet Rakyat pimpinan Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Katanya keseluruhan rakyat Johor tanpa mengira agama dan bangsa mahu kerajaan mengkaji semula keputusan yang dibuat pada 2006 untuk membatalkan pembinaan jambatan bengkok.

“Rakyat Johor daripada segenap pelusuk menaruh harapan yang tinggi terhadap Perdana Menteri supaya keputusan untuk membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok merentasi Selat Johor itu dikaji semula,” kata Khalid yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Baharu pada sidang akhbar di sini, hari ini. - Bernama

Penghuni Gua : Penghuni Gua juga telah mencadangkan sebelum ini kepada kerajaan agar tindakan pertama DS Najib jika memegang jawatan PM hendaklah membina semula jambatan bengkok ini ( Gerbang Perdana ). Ia akan membawa banyak kebaikan kepada ekonomi negara.


Pedulikan apa yang akan Singapura hendak lakukan. Biar mereka saman kita di mahkamah Antarabangsa kerana kita dikatakan mengganggu paip air ke Singapura. Kita buat jambatan b ukan di Singapura tetapi di negara kita. Kita bukan memutuskan paip adan bekalan paip air ke Singapura tetapi membina jambatan. Paip air tidak ada kena mengena langsung. Walau seminit pun air dari Johor tidak akan terputus. Jadi apa masalahnya.

Negara kita ada maruah dan kedaulatannya. Singapura menambak disekeliling negaranya dan menjejaskan pelabuhan dan pantai serta ekosistem laut kita. Kita bantah. Ada mereka hiraukan. Kita sahaja yang takut tak bertempat.

Bina semula jambatan ini. Ia adalah simbol kedaulatan dan maruah negara kita. Pelabuhan Tanjung Pelepas akan melonjak maju kerana semua kapal akan memindahkan operasinya ke PTP kerana jarak perjalanan akan lebih pendek dan ini akan menjimatkan kos mereka. Kita tingkatkan kemudahan mengisi minyak, kemudahan pelabuhan kering bagi pembaikan kapal dan kemudahan lain bagi menarik kapal dagang singgah di PTP.

Pelabuhan Singapura akan mati dan ditutup buat selamanya. Jadi jambatan bengkok adalah keperluan strategik jangka panjang kita. Ia menguntungkan dari semua segi . Selain itu hidupan marin akan pulih semula di selat Tebrau. Dan banyak lagi kelebihan lain yang akan kita perolehi jika kita teruskan semula pembinaan Jambatan Bengkok tersebut.

Singapura memang bimbang dengan pembinaan jambatan ini kerana ia akan menjejaskan ekonomi Singapura keseluruhannya. Jambatan bengkok inilah kunci kita untuk mengajar Singapura yang begitu angkuh bila berhubung dengan kita dalam hal-hal hubungan dua hala. Sekarang giliran kita mempunyai kelebihan untuk berunding jika Jambatan ini diteruskan pembinaannya.

Kepada PM dan semua menteri yang terlibat, fikirkan cadangan ini secara holistik dan kepentingan strategik jangka panjang negara kita. Jangan kita menyesal dikemudian hari dan anak cucu kita mengutuk kita kerana gagal menjadikan jambatan ini satu realiti. Kelebihannnya banyak........ Teruskan pembinaanya segera.

2 comments:

  1. saya juga akan menulis mengenai isu ini sebagai tanda sokongan saya terhadap pembinaan semula jambatan bengkok

    ReplyDelete
  2. hmmm..buatlah artikel pasal jamabtan melaka-dumai(jambatan selat/jambatan MALINDO)

    ReplyDelete

PETA PELAYAR