SPRM: Ketua Pemuda Umno Sabah diikatjamin
Apr 11, 09 9:33pm
Apr 11, 09 9:33pm
Ketua Pemuda Umno Sabah, Japlin Akim, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lalu dan ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan, dibebaskan dengan ikatjamin hari ini.Japlin, yang juga menteri muda pembangunan infrastruktur negeri, adalah antara pemimpin Umno yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno sebelum pemilihan itu hujung bulan lalu.Ekoran itu, keahliannya dalam Umno digantung selama tiga tahun. Khamis lalu, Japlin ditahan bersama seorang kontraktor tempatan, Limus Jury, yang juga dibebaskan dengan ikatjamin hari ini. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Nampak gayanya panas lagilah punggung dan kepala beberapa pemimpin yang menang dalam pemilihan PAU baru-baru ini. Tahniah kepada SPRM. Cuci sepenuhnya UMNO dari gejala ini. Di dalam perang menentang rasuah satu pendekatan perlu diambil oleh SPRM. Bila PM kata "perang "maka SPRM perlu menggunakan segala kekuatan dan instrumen yang ada bagi memerangkap dan mendakwa penjenayah ini. Di dalam perang kita akan melakukan apa sahaja. Matlamatnya adalah kemenangan. Jadi jangan takut. SPRM jangan takut pada " Sindrom Jubah Hitam ".
Iaitu untuk mengambil tindakan kepada penjenayah rasuah ini kita jangan takut kepada pemakai-pemakai jubah ini ( peguam ) . Mereka hanya pandai bercakap dan memusingkan fakta siasatan. Anda masih didepan kerana kita ada bukti siasatan dan pendakwaan berdasarkan fakta yang sebenar. Jadi walaupun bukti untuk pendakwaan tidak mencapai 50 % untuk menuduh penjenayah ini , SPRM wajib juga menuduh mereka ini bagi memberi malu dan tekanan serta pengajaran kepada yang lain. Dengan cara ini rasuah dapat dibenteras.
Kepada pemenang perbagai jawatan dalam pemilihan UMNO baru-baru ini , anda semua masih belum selamat. Inilah sebab dan musababnya mengapa PM tidak melantik beberapa orang pemimpin dan menggugurkan beberapa yang lain. Mungkin pada pandangan Penghuni Gua mereka ini juga akan ditangkap juga dalam tempoh terdekat. Biar mereka rasa tekanan ini.
Kepada SPRM : Teruskan tindakan anda. Buat cucian sebersih mungkin.
No comments:
Post a Comment