Malaysiakini
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menunggu 'pinangan' daripada pimpinan Umno, untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas. Berita lanjut : KLIK
Ibrahim Ali 'tunggu' dipinang Umno
Apr 11, 09 8:26am
Apr 11, 09 8:26am
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menunggu 'pinangan' daripada pimpinan Umno, untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Kepada YB Ibrahim , Penghuni Gua menyeru agar kekalkan "status quo" anda. Berada dalam kedudukaan sekarang anda dilihat berfungsi dengan baik dan mantap sekali. Anda dilihat lebih produktif dan dapat memainkan peranan yang lebih menonjol dan unik. Sesekali anda dilihat macam pembangkang , sesekali anda dilihat seperti berada dalam kerajaan.
Bagus kedudukan YB yang sebegini. Biar UMNO Kelantan tahu menilai baik buruk mereka menyisihkan anda dulu. Mereka memandang sebelah mata tentang anda. Mereka tidak tahu apa yang Ibrahim Ali boleh buat. Bila mula disingkirkan , anda telah menafikan UMNO untuk memerintah kelantan bila UMNO hampir memerintah kelantan dengan kekurangan 2 kerusi sahaja kerana anda menjadi penentu kehidupan UMNO di Pasir Mas. Baru UMNO Kelantan tahu siapa anda.
Anda lebih jauh baiknya dari Zaib Ibrahim penderhaka Melayu tu. Jadi pada pandangan saya , YB kekalkan kedudukan sekarang sampai bila-bila. Biar UMNO Kelantan sentiasa kepanasan. Itu sahaja untuk mengajar UMNO Kelantan dari terus tidor dan dibuai mimpi. UMNO Kelantan ni kebanyakkannya hipokrit dan tak henti bergaduh sesama sendiri. PAS bukan kuat di Kelantan. Tetapi PAS berjaya di Kelantan kerana UMNO berpecaah dua hingga kini. Masing-masing menjadi dedalu. Masing-masing berluba untuk capai puncak dengan membunuh rakan taulan.
Kekalkan begitu YB Ibrahim. Jadikan kelantangan anda untuk membela kepentingan Agama, bangsa dan Negara. Bravo YB Ibrahim.
No comments:
Post a Comment