FOLLOWERS

Sunday, 12 April 2009

DARURAT DI BANGKOK : LIHATLAH DAN FIKIRKAN















Penghuni Gua : Negara kita pernah beberapa kali mengalami keadaan yang sama seperti apa yang berlaku di Thailand sekarang. Yang terbaru ialah semasa era reformasi DSAI. Adakah kita mahu keadaan yang sama berulang. Perkara di Thailand tidak mustahil berlaku lagi di negara kita sekiranya kerajaan tidak bertegas dengan segala tunjuk perasaan atas nama demokrasi dibiarkan tanpa apa-apa tindakan tegas setegas-tegasnya. Di Thailand , apa yang berlaku ini kerana kerajaan begitu lemah dalam tindakan untuk membendung gerakan ini di peringkat awalnya. Sudah 3 PM Thailand dijatuhkan secara tidak demokratik dalam tempoh tidak sampai 2 tahun. Walaupun PM ini dipilih secara demokratik.

Jadi kepada kerajaan Malaysia, sekali lagi diseru, agar kita lebih tegas. Jangantakut pada ugutan. Pedulikan suara sumbang NGIOs, pembangkang dan semua yang terlibat yang tidak pernah putus asa untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak sah. Di Malaysia, mereka tahu, bahawa hendak menjatuhkan kerajaan ialah dengan melemahkan pihak polis. Kerana agensi inilah yang setia dan berjaya mengekalkan kerajaan yang ada. Jika polis dilemahkan maka kerajaan akan lemah. Jadi perkasakan agensi ini.

Sekali lagi kepada kerajaan, belajarlah dari peristiwa yang berlaku di Thailand pada hari ini. Apabila darurat tiada apa yang senang. Semua pihak yang susah. Yang senang hanya pemimpin politik yang masih boleh duduk semeja bersama musoh poltiknya minum kopi di lobi parlimen. Setengahnya masih ada tokoh tersebut di dalam parlimen sehingga hari ini. Padahal merekalah yang menyebabkan peristiwa 13 mei 1969. Tetapi rakyat di bawah terus berbunuhan dan bergaduh.

Jangan sesekali kerajaan berlembut dengan perkara ini. Kami di bawah ini sudah merasai sukarnya hidup dalam keadaan yang kacau bilau. Pergaduhan bukan satu keseronokkan. Tiada siapa yang akan untung dan menang jika negara bergolak. Yang menang ialah kebodohan kita semua.

Fikirkanlah dengan sebaiknya. Gambar di atas dapat memberikan sesuatu makna kepada kita semua. Jangan ia terjadi dan berulang kejadiannya di negara ini.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR