FOLLOWERS

Saturday 11 April 2009

PEMUDA UMNO DAH SEDAR : SEGERAKAN PEMBETULAN !


Malaysiakini


Khairy akui program Pemuda Umno 'syok sendiri'
Muda Mohd Noor Apr 11, 09 8:00am

Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya kini menyedari bahawa program-program yang dianjurkan oleh pergerakan itu sebelum ini adalah ‘program syok sendiri'."Kita buat program untuk orang yang sama, orang yang sudah totok sokong Umno dan BN," katanya ketika melancarkan program exco turun padang di Rawang malam tadi.Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Itulah yang Penghuni Gua katakan semalam. Belia-belia di uar tidak merasakan kesan program yang dilaksanakan olehPemuda atau apa sahaja pertubuhan yang dipimpin oleh orang pemuda seperti GPMS, 4B dan sebagainya. Program hanya dipeenuhi oleh orang atau ahli tegar pemuda sahaja. Memang Pemuda syok sendiri sahaja.

Buat program ke sekolah-sekolah dengan lebih menyeluroh. Jangan masukkan unsur politik di dalam nya. Kelas tambahan, riadah dan lain-lain. terutama bagi murid-murid di tingkatan 5 dan 6. Juga apa yang pemuda rancangkan di pusat PLKN. Boleh anjurkan program sampingan untuk PLKN. Cuma jangan campur adukkan politik di dalamnya. Juga bagi pelajar-pelajar di Universiti dalam dan luar negeri. Cuba tanya, apa program yang dijalankan untuk mereka. Bukan program yang dijalankan oleh kelab UMNO luar negeri tetapi kepada pelajar yang tidak berparti atau condong kepada parti.

lakukan segera proses pengrekrutan ini. Proses pengrekrutan didalam politik adalah amat mustahak dan terpenting bagi kelangsungan hidup mana-mana parti politik dalam dunia dan ia hendaklah dijalankan secara berterusan. Pengrekrutan mempunyai berbagai kebaikan. Jadi laksanakan segera pengrekrutan seperti mana PKR dan PAS lakukan. Mereka terus bergerak siang malam dan diseluruh negara dan luar negara tanpa henti dan berbagai kaedah digunakan. Inilah kelebihan yang ada pada 2 parti ini.

Jika Pemuda masih belum sedar keadaan ini, maka jangan terkejut melihat , UMNO dan BN hanya akan menjadi dinasour yang akan hanya layak dipamerkaan di meseum-museum di seluruh negara.

Penghuni Gua : Di Melaka ada 26 museum setakat ini. YAB Ali Rustam boleh adakan satu lagi museum untuk UMNO dan Pemuda UMNO jika masih tidak mahu melakukan perubahan dalam operasi politiknya.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR