FOLLOWERS

Sunday 12 April 2009

UGUTAN TAHI MINYAK PRESIDEN KAFA


Berita Harian
12 apr 2009

Kelantan tidak jadi tarik diri

KAFA buat pusingan 'U' akan tetap teruskan aksi dalam Liga M HANYA sehari selepas 'mengancam' untuk menarik diri daripada Liga Malaysia, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, berubah fikiran dan bersetuju patuh kepada arahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kepatuhan itu ketara menerusi persetujuan Kafa supaya semua aksi Kelantan dilangsungkan di Stadium Nasional - sekali gus memadamkan ketegasan mahu menarik diri jika tiada pilihan lain dimiliki. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Ugutan tahi minyak. Itu sahaja boleh dikatakan dengan keputusan KAFA di atas. Lain kali berfikir dahulu sebelum buat kenyataan. Anda bukan calang pemimpin. Jika buat keputusan flip flop begini penghormatan orang terhadap anda dan KAFA akan hilang.

FAM memutuskan permainan yang melibatkan Kelantan wajib bermain dipadang Stadium Nasional banyak baiknya. Berbanding kalau bermain di Pahang atau Terengganu. Ini kerana penyokong Kelantan begitu ramai berada di KL dan Selangor. Mungkin Stadium Nasional lebih padat dipenuhi penyokong Kelantan berbanding dengan Kota Bharu.

Tahinah KAFA, kerana melihat perkara ini dari sudut jangka panjang dan juga bagi kebaikan bolasepak tempatan. semua pihak harus menghormati undang-undang dan peraturan. Dengan cara demikian , bola sepak boleh diharmonikan.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR