FOLLOWERS

Sunday 26 April 2009

APAKAH PERLEMBAGAAN ( 2 )


Tulisan ini adalah dari nota-nota kuliah dan kertas-kertas kerja yang dikumpulkan semasa PG belajar dahulu ( 6 tahun lepas ). Jadi ia di papar di sini untuk pengetahuan kita semua bagi kita lebih memahami perlembagaan. Ia bukanlah baik sangat tetapi atas prinsip , ilmu bukan terhad di dalam kelas semata-mata. Ilmu dapat ditimba di mana sahaja dan di sebarang ketika. Juga jika kita berilmu atau mempunyai ilmu , ia perlu dikongsi bersama melalui berbagai cara termasuk cara penyebarannya.

Perlembagaan ini adalah sesuatu yang hidup dan ia terus berkembang dari segi tafsirannya. Jadi itu yang dipaparkan di sini . Ia akan dipaparkan sedikit demi sedikit kerana ia perlu diedit bagi kesesuaian dengan isu dan perubahan semasa. Jika ia bersalahan dari segi tafsiran , di harap pihak pembaca boleh terus memberikan komen bagi dibuat pindaan. Tafsiran kepada perlembagaan ini seperti yang ditegaskan sebelum ini adalah ia sentiasa hidup berdasar perkembangan dan kes semasa.
Undang-undang dan perlembagaan bukan dipelajari tetapi menurut banyak Prof yang mengajar PG dulu katakan ia perlu dibaca. Jadi bacalah.

Apakah Perlembagaan.

Dokumen atau sekumpulan dokumen yang mengandungi sebahagian besar peraturan (rules) pemerintahan sesebuah negara.Ciri-ciri utama peraturan atau system kerajaan.

Walaupun perlembagaan berbeza dari sebuah negara ke sebuah negara lain ,ianya mengandungi dua ciri umum :

i. Undang-undang asas sesebuah negara (fundamental law). Organ utama sesebuah kerajaan dengan kuasa,skop dan tatacara parlimen

ii. Undang-undang tertinggi (a kind of higher law). Mengatasi undang-undang lain dan tidak senang di pinda kecuali dengan tatacara khas. Dalam banyak negara mahkamah memutus sesuatu undang-udang tidak sah kerana bercanggah dengan perlembagaan. Penerangan lanjut boleh diterangkan seperti berikut :

1. Perlembagaan adalah undang-undang asas sesebuah negara.

a) Ia menetapkan struktur asas/rangka kerja negara (basic framework of the state).

Ia menyatakan sama ada sesebuah negara itu persekutuan atau unitary,berparlimen atau presedent. Sebagai negara berparlimen maka kita mempunyai kabinet dan pedana menteri di mana parlimen dan eksekutif adalah sama. Raja pula adalah raja berperlembagaan mengikut artikel 40.

b) Ia mentakrif fungsi asas berbagai badan sesebuah negara.

Fungsi asas ditetapkan adalah :

i. Badan perundangan (legislative) – menggubal undang-undang iaitu di Malaysia dewan rakyat dan dewan negara.
ii. Badan eksekutif – menguatkuasa undang-undang.
iii. Badan kehakiman –mentafsir undang-undang dan judicial review.
iv. Ia menerangkan prinsip-prinsip badan-badan tertentu bagaimana ia berfungsi atau beroperasi.

Contohnya kelulusan undang-undang sama ada simple majority atau di persetujui oleh Majlis Raja-Raja.

2. Ia merupakan satu dokumen yang dibentuk khas (specially enacted).

Dibuat oleh suruhan jaya Reid dalam tahun 1957 apabila Malaya menuntut kemerdekaan dari British. Terdiri dari 5 orang hakim .
Oleh kerana keadaan ini ianya tidak mudah dipinda dengan peraturan biasa. Pindaannya mestilah mengikut artikel 159 dan tertakluk kepada 159(5),38. 161E.

3. Undang-undang tertinggi sebuah negara.

4. Keunggulan perlembagaan adalah di lindungi melalui judicial review.

Peruntukan ini terdapat pada artikel 4(4) dan artikel 128.

5. Rigid dan sukar di pinda.

Contohnya perlembagaan Amerika hanya berjaya sebanyak 14 pindaan selepas 220 tahun diluluskan.

6. Ia menerangkan hak-hak asasi dan tugas rakyat kepada negara dengan sekatan-sekatan yang di kenakan.
Perkara ini dapat dilihat melalui artikel 5- 13 hak asasi.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR