FOLLOWERS

Saturday, 25 April 2009

TIANG GOL BECKHAM HARGA RM 150 RIBU LEBIH.? ALAHAI UTUSAN


Malaysiakini

Wartawan Utusan usung isu tiang gol ke SPRM
Jimadie Shah Othman Apr 24, 09 1:16pm

kemaskini 6.48pm Selepas gagal mengadakan piket di perhimpunan agung Umno bulan lalu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Isunya bukan kegagalan rundingan tentang perjanjian bersama (CA) wartawan akhbar Umno itu dengan majikannya tetapi mengenai harga tiang gol yang didakwa terlalu mahal. ...................................Bercakap kepada pemberita selepas aduan tersebut, Amran menjelaskan, mereka meminta isu pembelian set tiang gol – merangkumi dua tiang dan pagar halangan – yang berharga lebih RM160,000 disiasat.


"Kita (wartawan) sendiri telah ke sana dan melihat tiang gol tersebut, ia adalah tiang yang biasa, tiada pun tandatangan (David) Beckham dan (Didier) Drogba di atasnya," kata pengerusi NUJ berkenaan Amran Ahmad kepada Malaysiakini tengah hari tadi.........................

Menurut satu invois itu, RM82,539.29 dibelanjakan untuk "cantilever steel support & goal post for CW1" dan satu lagi invois bernilai RM85,578.30 untuk "goal post fencing". Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Wow, wow, wow. Hampir RM 160.000.00. Mahalnya tiang gol ini. Salut emas 10 ke. Bodohnya orang Melayu ( yang membeli dan yang buat keputusan membelinya ). Ini kerana Utusan Malaysia ni nak jual akhbar dan memperjuangkan Bangsa Melayu ke ( seperti selalu Awang Selamat nyatakan ) atau nak masuk bertanding bola sepak dalam Piala Malaysia? Caranya macam nak masuk bertanding di dalam Piala Malaysia.

Cara beli Tiang gol tu kalau dilihat sekali imbas macam nak masuk bertanding Piala Malaysia kalau tak pun piala Dunia. Masa bila pulak Utusan tukar jadi pasukan bola dari menerbitkan surat khabar. Mungkin ini tiang gol keramat dan dah dijampi oleh David Beckham. Itu yang mahal kot. Tapi yang biasa PG lihat dalam TV : Mat-mat salleh ni kalau sedang bertanding bola di stadium, mereka suka kencing di tiang gol aje. He, he he he he .

Tahniah NUJ. Dedah habis-habisan kepada SPRM tentang penyelewengan ini. Pertamanya kerana harganya yang tidak menasabah.

Kedua NUJ perlu hantar memorendum pada PM segera kerana ini melibatkan salahguna kuasa dan salah kepentingan syarikat yang dibuat oleh pengurusan. Cadangkan buang kerja sahaja lembanga pengarah yang meluluskan pembelian tiang gol berhantu ini kerena lebih mementing tiang gol dari menunaikan permintaan yang tak seberapa dari wartawannya.

Wartawan berjuang untuk tuntut naik gai RM 5 dan elaun kenderaan tak sampai RM 50. Aku pun fikir, naik malu dengan tuntutan ini. Berapa lah sangat dan mengapa begitu sukar nak luluskan. Dah bertahun NUJ perjuangkan. Wartawan inilah siang malam berkejar mencari berita dan dimaki hamun orang ramai/politik. Merekalah pendokong Utusan sebenarnya.

Yang lain tu ( Lembaga Pengarahnya yang meluluskan pembelian tiang gol tu ) hanya makan tidor di bilik aircond aje. Utusan ni dilihat macam lintah darat dan tidak berperasaan langsung.

Kepada kerajaan, tamatkan sahaja perkhidmatan mereka yang bertanggungjawab dengan pembelian ini. Sebabnya, kerana terlalu bodoh untuk menyelesaikan masalah kenaikan gaji kakitangan dan terlalu bodoh untuk menilai antara kepentingan dan kebajikan kakitangan, dan membeli tiang gol untuk sukan bola sepak utusan yang tak ke mana mutu permainannya. Peringkat kelab akhbar pun tak lepas haji pun permainannya.

Dah dijampi kot tiang gol tu. Tiang gol keramat. Lambang dan Nilai beberapa titik hitam kebodohan kita yang masih sukar lagi di buang. Bersihkan Utusan dari anai-anai ini segera. ( Mungkin sebesar itu je otak pembelinya kot? )

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR