FOLLOWERS

Monday 13 April 2009

KEMALANGAN MAUT DI RAWANG :JPJ DAN LPKP MASIH TIDOR !

6 yang maut di Rawang dikenal pasti

RAWANG: Lima penumpang dan pemandu sebuah bas ekspres terbunuh manakala dua orang cedera parah setelah bas itu terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di Kilometer (KM) 443, Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat sini, pagi ini. Polis berkata kejadian berlaku jam 5.30 pagi setelah bas ekspres dua tingkat milik AB Ekspres itu membawa 34 penumpang dari Changlun, Kedah, gagal dikawal. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : 6 orang mati sia-sia sahaja. Mengapa mati sia-sia ? Mereka mati kerana pegawai dan agensi yang dipertanggungjawabkan dalam menguatkuasakan dan membuat pemantuan ke atas semua kenderaan perdagangan hanya tidor dan masih bermimpi di siang hari. Mereka hanya bertugas di atas hamparan permaidani merah. Makan gaji buta sahaja. Ini juga dipanggil makan duit haram. Duit haram ni bukan nanti makan atau ambil rasuah. Beri tanggungjawab dan beri kerja tapi tak laksanakan, juga adalah duit haram.

8 kesalahan lalulintas telah dikeluarkan kepada pemandu ini. Satu waran tangkap juga dikeluarkan. Mengapa masih dibenarkan beliau memandu. Mana operasi yang sepatutnya dibuat oleh JPJ dan LPKP. Dulu macam nak runtuh Malaysia , JPJ minta kenderaan dan penambahan anggota kerana operasi tidak dapat dilakukan kerana kekurangan anggota dan kenderaan. Sekarang semua dah ada. Yang dapat dilihat hanyalah kereta JPJ hanya penuh dengan anggota dan hanya ulang alik, makan angin. Cukup masa balik. Di lebuh raya utara selatan dan juga di lebuh raya pantai Timur: mana ada sebuah pun pegawai dan anggota JPJ menjalankan tugas atau membuat sekatan jalanraya.

Jawapannya tak ada. Kalau ada pun yang mereka sibuk nak tahan , lori balak dan lori muat tanah merah. Mungkin..............................ada apa-apa kot. Lihat juga stesen timbang yang ada di lebuhraya -lebuhraya utama dan juga di jalan Segamat - Kuantan. tak pernah hayat Penghuni Gua melihat JPJ menguatkuasakan dan menggunakan penimbangnya. Tempat tu penuh dengan kereta yang ditahan sahaja. Jadi tempat simpan barang kes sahaja. Tempat berkenaan di buat dengan kos berjuta ringgit. Cuba JPJ kira semula pulangan yang kerajaan perolehi darinya. Berapa banyak kereta yang ditimbang tiap-tiap stesen yang ada. Kalau 5 buah seminggu baik tutup aje stesen berkenaan.

Penghuni Gua dah berulang alik 20 tahun di jalan Segamat - Kuantan. Itulah pemandangannya. Lori balak dan lori berat kelihatan bertali arus. Tapi pegawai JPJ membuta. Seorang pun tak ada. Bunyi lori yang membawa muatan berat nak pekak telinga kita mendengarnya. Kalau ada pegawai perempuan JPJ yang mengandung di stesen berkenaan boleh jadi beranak kerana terkejut dengan bunyi lori berkenaan.

Itu belum lagi stesen timbang di lebuh raya pantai timur dll. Lagi kosong dan lengang macam baru disambar garuda.

Mana LPKP. Macam-macam sistem ada. Kejora lah, sistem mata, dan berbagai sistem. Ada no SMS dan hot line. Tapi hampas. Kita hantar nak mengadu hal, komputer le je yang jawab. Berpuluh kali sms dihantar, itulah juga keluar jawapan yang diprogramkan.

Esok akan keluarlah kenyataan dari pakar-pakar dari JPJ dan LPKP. Berbagai teori akan dikeluarkan. Akhirnya hanya menuding jari dan " OH BANGAU, OH BANGAU MENGAPA ENGKAU BUTA, MACAM MANA AKU TAK BUTA, KENA APA KERETA, OH ASAP, OH ASAP.......................

Inilah lagu dan irama yang akan keluar setiap kali tragedi berlaku. Ada agensi dan pegawai serta anggota penguatkuasa di atas hanya sibuk tayang uniform sahaja. ( Itu pun macam askar Gurkha dan askar Timur Leste , dengan rambut panjang dan berselekeh seluar baju tidak bergosok dan kasut tidak berkilat. ) baik buang aje uniformnya.

Kepada JPJ dan LPKP, bangunlah tidor cepat-cepat. Jangan dok asyik nak perkenalkan produk baru kepada pemilik kenderaan atas alasan keselamatan. Mana lampu brek ke 3, mana kotak hitam, mana tali keledar, mananya marshal JPJ dalam bas yang diwar-warkan . Habok pun tak ada. Sekarang dok sibuk nak perkenalkan tayar yang di dakwa selamat pulak. Tak henti-henti perkenalkan produk. Hentikanlah.
Kami diluar ni bukan bodoh sangat untuk ketahui dan meneka apa tujuan produk diperkenal. Yang mustahak penguatkuasaan yang berterusan dan tidak bermusim. Itu sahaja yang mustahak. Cukuplah perkenalkan produk yang di dakwa selamat. Kami dan pemandu yang menderita terpaksa keluarkan belanja tambahan. Berhentilah memperbodohkan kami semua dengan penjelasan dan tindakan anda.LPKP dan JPJ bangun tidorlah. Jangan lagi anda makan duit haram. Beri kerja tidak buta.
Jangan lagi berpusing-pusing atas kenderaan waja tgu. Berhenti dan buat pemeriksaan berkala dilebuh raya. Bukan susah sangat nak periksa benda-benda tu. Laptop pun ada dalam kenderaan JPJ untuk mememriksa butir-butir kenderaan dan pemandu. Kemana perginya .

Bangunlah. Jangan membuta lagi. Tulisan ini juga ditujukan kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya juga. Bangun tidor semua. Jangan asyik nak perkenal prodok keselamatan kenderaan lagi. Jangan perbodohkan kami lagi. Semua orang cerdik di zaman ini. Mungkin jauh lebih cerdik dari anda semua di dalam kerajaan.

3 comments:

  1. cakap biar berasas... ta kan semua kemalangan yang berlaku harus di persalahkan kepada penguatkuasa JPJ dan LPKP bukankan sikap pemandu dan pengusaha yang mementingkan keuntungan perlu di ambil kira....ta kan nak letak anggota penguatkuasa di sebelah pemandu bas untuk control steering bas....patut orang yang pandai komen ni duduk di sebelah pemandu bas.... tunjuk ajar pada pemandu cara nak pandu bas dgn betul.....

    ReplyDelete
  2. aku pun tak seberapa sokong kenyataan nie... kalo betol nak tunding jari pada penguatkuasa sahaja... jawapannya silap... sepatutnya kita sama-sama mengambil iktibar.... jangan nak tuding jari jer.....

    ReplyDelete
  3. pernah kene saman ni,sebab tu bengang...hahaha

    ReplyDelete

PETA PELAYAR