FOLLOWERS

Thursday 16 April 2009

KETUA UMNO LABUAN : SUHAILI DI GUGURKAN .!






KUALA LUMPUR, 15 April – Ibu Pejabat UMNO mengesahkan bahawa jawatan yang disandang oleh Datuk Suhaili Abdul Rahman sebagai Ketua Bahagian Labuan gugur dengan sendirinya berkuatkuasa serta merta.

Ini berikutan pendakwaan ke atas beliau di mahkamah, sebagaimana keputusan terdahulu (precedent) serta selaras dengan Perlembagaan UMNO, Fasal 10.10

Melucutkan jawatan mana-mana Ahli Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian dan Cawangan atas apa-apa sebab sekali pun.

dibaca bersama Fasal 10.16

Mengambil sebarang langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas bagi kesempurnaan perjalanan parti. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tahniah UMNO. Bersihkan parti ini dari semua anai-anai pemusnah ini. Anai-anai ini sudah lama kaya raya dan hidup seperti dunia ini dia yang punya. Setengah tu, mereka yang menjadi YB ini bertindak bagai raja di kawasan mereka dengan berbuat dan menukarkan pegawai kerajaan dengan sewenangnya jika tidak sependapat dengan mereka. Mereka menggunakan berbagai saluran bagi menentukan pegawai berkenaan ditukarkan dari kawasan mereka.

Inlah diantara yang perlu PM melihat semula gelagat YB-YB yang begini. Inilah yang menyebabkan masyarakat dan rayat naik menyampah kepada kerajaan. Kepada UMNO sekali lagi tahniah. Bersihkan semuannya kerana UMNO adalah tunjang kekuatan negara ini. Jangan sesekali anai-anai begini menjadi perosak parti ini.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR