FOLLOWERS

Saturday 18 April 2009

GANTUNG S.U DEWAN PERAK : APA KATA YB NAZRI AZIZ

DI PETIK DARI: AGENDADAILY

Tak habis-habis
April 18, 2009 : 03.33 PM--->


Speaker DAP DUN Perak V Sivakumar hari ini bertindak mengantung Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri.Beliau mendakwa Abdullah semalam keluar notis panggil sidang DUN 7 Mei tanpa pengetahuan dan restunya. Sivakumar kata dia nak mengadap Sultan Perak dapat kepastian samaada baginda bagi kebenaran sidang DUN diadakan.



Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang ditemui para wartawa selepas satu majlis dekat Kuala Kangsar berkata dakwaan Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan tindakan Sivakumar menggantung Menteri Besar Perak dan enam Exco daripada menghadiri persidangan Dewan sebagai satu bentuk campur tangan kuasa seseorang Speaker adalah satu kenyataan yang silap.

Menurutnya tidak timbul soal badan kehakiman mencampuri hal legislatif berhubung keputusan itu kerana mahkamah sebenarnya adalah tempat terbaik untuk mendapat penyelesaian berkenaan dengan tafsiran sesuatu perlembagaan ataupun undang-undang.



Beliau berkata undang-undang tidak berhajat memberikan seseorang Speaker dengan satu kuasa yang tidak terbatas, lebih-lebih lagi jika tindakan Speaker itu jelas tidak mengikut undang-undang dan peraturan yang ada.

"Kita semua tahu daripada segi prosedur, itu (tindakan menggantung) salah tapi dia (Sivakumar) kata dia betul. Jadi untuk menentukan siapa betul... siapa salah, kita pergi ke mahkamahlah untuk mendapat tafsiran sebenarnya berkenaan dengan perlembagaan dan juga peraturan DUN.

"Jadi bagi saya dalam perkara ini tidak ada lain tempat melainkan pada mahkamah untuk mendapat tafsiran sebenarnya berkenaan sama ada Sivakumar mempunyai hak yang tidak terbatas ataupun telah mengikuti peraturan DUN dalam dia mengharamkan Menteri Besar dan enam Exco tidak boleh datang ke Dewan," katanya.

Mohamed Nazri berkata Ngeh sebagai seorang peguam sepatutnya menghormati keputusan mahkamah dan bukannya mengeluarkan kenyataan bodoh mendakwa bahawa mahkamah telah mencampuri hal legislatif.

"Itu merupakan satu kenyataan bodoh daripada seorang peguam bagi saya

. Dia (Ngeh) sepatutnya sebagai seorang peguam mesti menghormati keputusan mahkamah. Kalau dah peguam tidak menghormati, macam mana rakyat biasa akan akur kepada setiap keputusan yang dibuat mahkamah.

Pada saya tidak syak lagi keputusan mahkamah itu adalah tepat dan betul," katanya. Beliau berkata gelagat Ngeh itu juga menampakkan sikap diktator DAP yang ingin mengaturkan keputusan mahkamah supaya memihak mereka walaupun belum dapat memerintah negara.-18/4/2009

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR