FOLLOWERS

Friday 17 April 2009

KRISIS DI PERAK : PERANAN PENSYARAH : PROF DR RANI UIAM


Ini adalah komen lanjutan dari Prof Dr Rani berkaitan krisis di Perak dan peranan yang boleh dimainkan oleh para pensyarah dan pengamal undang-undang. Disiarkan pandangan beliau ini kerana ia penting bagi semua seperti kita memahami dengan lebih mendalam apa yang berlaku dan peranan yang boleh dimainkan oleh semua dan juga peranan bloggers seperti kita. Fikirkan.
Terimakasih En Arif Omar,

Kertas Perlembagaan Persekutuan adalah kertas asas (core paper) bagi semua orang/ pelajarr/ graduan yang memiliki Sarjana Muda Undang2 (LL.B). Maka saya tidak nampak relevannya samada seseorang itu pensayarah atau tidak ataupun pensyarah itu mengajar subjek (Perlembagaan Persekutuan) tersebut.

Apapun seseorang Pensyarah yang mengajar subjek tersebut sepatutunya memilik kelebihan. Pun begitu, isu Kemelut Perak biasanya tidak didedahkan (diajar) dalam syalabus itu kepada pelajar2 ataupun Pensayrah itu sendiri mengetahui akannya kecuali pensyarah itu sendiri menyelidiki isu itu dan undang2 berkaian.justeru, bila kemelut Perak ini terjadi, Isteri saya memgomel kenapa saya menghabiskan banyak masa memberikan komen dalam blog2. Saya mengatakan bahawa mungkin selepas ini, jika saya tidak babitkan diri dengan memberikan pandangan saya, mungkin saya tidak berpeluang lagi kerana isu seperti kemelut Perak tidak datang selalu.

Dari sisnilah saya dapat uji ketajaman tafsian dan keberanian pemahaman undang2 saya. Jika pandangan itu diberikan selepas keputusan dibuat - apa gunanaya - siapa2pun boleh buat begitu. Apa gunaya digelar "panglima perang" contohya jika semasa perang tidak pergi berperang? Dalam keadaan peranglah, seorang panglima perang berkesemapatan pergi menunjukkan kebolehan dan keberanian dia berperang. Ini adalah perang tak selalu berlaku.Saya amat kesal,ramai pensyarah2 Undang2 termasuk yang mengajar subjek Perlembagaan Persekutuan "dayus" dalam memberikan komen dan berdiri atas pagar dan meliat saja.

Dalam hal ini, saya hormati Prof Dr Aziz Bari, rakan sejabatan dengan saya kerana berani memberikan pandangan walaupun pandangan beliau tidak diterima oleh kelima-lima Yang Amat Arif Hakim2 Mahkamah Persekutuan yang memberikan keputusanyang sepakat. Di Fakulti Undang2 kita bukan belajar Undang2 tapi membaca Undang2 (read law not study law).

Maka intipatinya ialah menghayati pembacaan Undang2 itu dan dalam hal ini,biasalah tafsiran satu dengan yang lain akan terdapat perbezaan pendapat. Inilah yang menyeronokkan kerana yang menang biasanya adalah bagaimana dia menghujahkan pendapatnya dengan baik dan menyakinkan. Adakalanya saya dicemuh kononnya saya tidak layak memberikan apa-apa komen hanya kerana saya tidak mengajar subjek tersebut.

Apakah, Karpal Singh, Presiden Majlis Peguam, En Sulaiman (adjunct Professor of Law di IIUM) dan sebagainya juga mengajar subjek tersebut?Perlembagaan Persekutuan terlalu luas untuk di kuasai oleh mana-mana orang kerana satu Artikel contohnya merupakan satu subjek tersendiri. Contohnya, untuk memahami "kebebasan Peribadi - personal liberty" seorang pensyarah itu perlu mengetahui bukan sahaja artikel 5 perlembagaan tetapi dibaca bersama Kanun Prosedur Jenayah, Kanun Keseksaan, ISA dan banyak lagi.

Itu hanya nak mendalami satu srtikel sahaja belum menyentuh artikel=artikel lain dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kebebasanberagamaatau kebebasan berpersatuan dan banyak lagi.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

Pensyarah Undang2 (jabatan Undang2 Awam)

Kulliyah Undang2 IIUM
16 April 2009 22:34

1 comment:

  1. Berita Harian
    17 apr 2009

    DAP anggap mahkamah campuri urusan perundangan

    IPOH: DAP menganggap keputusan Mahkamah Persekutuan menarik semula penggantungan terhadap Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya sebagai badan kehakiman mencampuri urusan badan perundangan. Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata dengan keputusan itu, semua percakapan atau perbuatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen kini boleh disemak oleh mahkamah. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan berkata, keputusan itu juga memberi nama buruk kepada badan kehakiman dan mewujudkan duluan yang berbahaya.

    "Dengan memulakan campur tangan dalam badan perundangan dan menjejaskan reputasi badan kehakiman, keputusan mahkamah pagi ini (semalam) boleh diabaikan oleh DUN.


    "Keputusan mahkamah ini juga hanya deklarasi, bukannya kuasa menghalang. "


    Deklarasi hanya satu luahan pendapat. Hakim memberi pendapat mereka mengenai kuasa Speaker DUN,"


    katanya kepada pemberita selepas mesyuarat kepemimpinan Pakatan Rakyat Perak di sini, semalam.

    Askum Prof : Pohon pandangan prof mengenai ini. betulke pendapat YB Ngeh ini ?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR