Apr 16, 09 1:26pm
Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.
Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.
Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya". Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Pilihanraya kecil lagilah kita semua. inilah cara PKR memperjudikan nasib rakyat untuk kepentingannya. Juga piliharaya ini juga bagi DSAI meletakkan calunnnya untuk menjawat jawatan TKM 1 mengantikan Fairos. Itu sahaja sebabnya. Bukan lain sebab . Mencari calun untuk kerusi TKM 1. Calunnya ialah Dato Zahrin le, siapa lagi.
Politik, politik. Semua boleh jadi. Tak apa , tak salah apa yang PKR buat kerana ia parti bersih dan terpelihara kesemua aspek. BN parti tak baik. PKR baik dan maksum. Dengan PRK yang akan berlangsung ini maka satu lagi pengumuman tergempar akan dibuat oleh DSAI. Biasalah. Pengumuman tergempar yang dulu pun masih belum dibuat . Dari 7 Apr 2009 sekarang sudah berapa haribulan ? Tapi penyokongnya masih percaya kepada parti maksum ini. Kesian.
align="justify">Fikirkanlah .
No comments:
Post a Comment