FOLLOWERS

Wednesday, 22 April 2009

KISAH DSAI MEMBERI AMARAN KEPADA GURU BESAR DI TANAH MERAH KELANTAN TAHUN 80an



Semasa Penghuni Gua ke Kelantan pada tahun akhir 1989 atau awal 1990 di mana UMNO pada masa itu akan menagdakan PAU. Jadi semasa ini DSAI memegang jawatan Menteri Pelajaran. Beliau telah menawarkan diri bertanding di dalam Perhimpunan Agung UMNO pada tahun tersebut pada jawatan Naib Presiden UMNO. Lawannya yang hebat pada masa tersebut ialah DS Najib Tun Razak.


DSAI telah melawat Kelantan . Dan seterusnya ia melawat Tanah Merah keesokkan harinya. Satu perjumpaan politik telah diadakan di Sekolah Menengah Vokasional Tanah Merah Kelantan. Perjumpaan di adakan pada hari jumaat jam lebih kurang 11 pagi DSAI tiba di sekolah berkenaan. Perjumpaan tersebut diadakan dengan semua Guru-Guru Besar dari seluruh Kelantan. Penghuni Gua menyelit masuk kerana diajak oleh kawan semasa di universiti yang kebetulan adalah guru besar juga di Kelantan untuk mendengar ucapan DSAI.


Untuk makluman, ini adalah perjumpaan bagi kempen untuk jawatan Naib Presiden yang akan ditandinginya melawan DS Najib. Guru-guru pada masa tersebut terutama Guru-Guru Besar adalah sebahagian besarnya adalah ahli UMNO dan merupakan ketua cawangan dan menjadi perwakilan di dalam PAU.


DSAI memakai baju melayu sepasang dan bersongkok ( macam songkok al baladi : panjang ke atas ) . Warnanya , tak silap Penghuni Gua ialah sepasang biru. Kemudian DSAI di persila berucap. Di dalam ucapan ini DSAI bagitahu tujuan perhimpunan/perjumpaan ini adalah untuk memberitahu bahawa beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada PAU tahun tersebut. Pesaing nya yang paling dekat ialah DS Najib.


Sambil itu beliau turun dari pentas dan berdiri mengadap hadirin yang terdiri dari Guru-Gurur Besar berkenaan secara dekat. Sambil menuding jarinya kemuka guru besar-guru besar beliau memberi amaran , sekiranya undi kepada beliau majoritinya kecil berbanding dengan DS Najib , maka semua guru-guru ini akan menerima padah. Amarannya ( sambil menuding jarinya ke muka hadirin ) , mereka akan ditukarkan ke Sabah dan Serawak.


Jadi DSAI memberi amaran dan ingatan agar semua guru yang hadir itu yang mana sebahagianya akan menjadi perwakilan ke PAU UMNO agar memberi undinya kepada beliau dan bukan kepada DS Najib semasa PAU nanti.


Jadi lihatlah perangai si pendendam ini. Dengan berbaju melayu dan bersongkok dan hari jumaat lagi, beliau boleh berperangai demikian. Inilah yang membuatkan hormat PG kepadanya tak ada langsung walau apa pun kebaikan yang dibuatnya. Sebabnya , kebaikan yang mungkin ditunjukkan diluar hanyalah lakonan dan hipokrit sahaja.


Lepas habis berucap DSAI dan pemimpin UMNO Kelantan bersembahyang di Masjid Tanah Merah. Masa itu Menteri Besarnya Tan Sri Mohamaed Yaakob.


Apa jadi selepas PAU UMNO ?


Tak silap PG 40 orang ditukarkan ke sabah. kecoh masa itu di dalam akhbar utama tentang isu ini. Guru-guru yang ditukar membantahnya. Sebahagaiannya berhenti. Sebahagiannya telah mengadu ke PM. Lama jugalah isu ini berada di muka depan akhbar. Rujuklah akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian pada tempoh tersebut. Pasti ada berita berkenaan keluhan dan kritikan mengenai isu pertukaran ini.


Mengapa Guru ini ditukar ke Sabah? Kerana undi majoriti yang diperolehi oleh DSAI hanya lebih lebih kurang 150 undi sahaja berbanding DS Najib. Jadi DSAI terus laksanakan amarannnya itu. Tukar ke Sabah.


Jadi pembaca semua, fikirlah sendiri perangai DSAI yang perwatakan alim ini. Ia penuh dengan dendam kesumat. Sakit hati Penghuni Gua bila lihat ia memberi amaran dengan mengangkat tangan dan menuding jari kepada guru-guru besar yang sebahagiannya lebih tua darinya. Jadi fikirlah sendiri.

1 comment:

  1. PG, apa pun yg PG luahkan takkan diterima oleh penyokong2 PR. hati mereka tertutup. dan berapa ramai lah org2 di luar sana yg membaca kisah PG ini?

    terus terang PG, saya memang marah jika org tak hormat pada guru. tak kira lah guru sekolah rendah, menengah atu di varsiti. tanpa mereka saya tak boleh baca abc dan menjadi apa yg saya jadi hari ini. kalau pun ada guru yg buruk perangai, saya akan tegur dgn berhemah tapi tidak berlaku kurang ajar macam DSAI.

    -belut.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR