FOLLOWERS

Friday 24 April 2009

FITNAH DAN PEMBOHONG : BLOGGERS DISAMAN SAIFUL : BAGUS ! LAKSANAKAN HAK ANDA.

Utusan Malaysia
24 Apr 2009


AWANG dapat bayangkan mengapa Mohd. Saiful Bukhari Azlan memfailkan saman fitnah RM2 juta terhadap seorang penulis blog yang didakwa telah memfitnahnya.

Saiful sudah pasti berasa tertekan apabila diasak dengan pelbagai berita berbaur peribadi.

Akibat daripada semua itu, Saiful, pemuda yang mendakwa menjadi mangsa liwat dalam satu kes mahkamah berprofil tinggi, tentu sukar bergerak. Segala apa yang dibuat mungkin menjadi serba salah.

Yang pasti, mahu tidak mahu Saiful terpaksa bergelut dengan segala macam berita dan laporan mengenainya.

Berdasarkan kenyataan peguam Saiful bahawa banyak lagi saman akan menyusul ekoran terlalu banyak tohmahan dan pembohongan, Awang dapat bayangkan betapa beliau berusaha untuk bebas daripada semua itu. Beliau mahu keluar daripada ruang yang mengongkong hak dan kebebasannya. Beliau mencari keadilan sebenarnya.

Ketika kita serahkan kepada kebijaksanaan mahkamah untuk menghakimi haknya, Awang dapat bayangkan betapa beliau banyak terlepas ruang untuk hidup sebagaimana orang biasa lain. Bebas ke mana-mana, keluar daripada radar yang sentiasa mengesannya.

Awang – Orang biasa.

Penghuni Gua : Gunakan hak anda Saful. Jika Boggers kata mereka berhak tulis apa sahaja, anda juga berhak mengambil tindakan undang-undang apa sahaja yang terdapat di negara ini. Dalam kes ini dan akan datang pun, teruskan tindakan saman ini. Dalam saman fitnah sebegini peluang menang adalah 99 %. Ramai peguam yang akan memberikan perkhidmatan secara percuma. Mereka ambil upah setelah kes berjaya.

Jadi jangan bimbang nak saman siapa pun. Peguam -peguam tidak akan mengambil bayaran pendahuluan. Jika yang datang nakkan pendahuluan dari anda, halau peguam kucing kurap tersebut.

Jadi teruskan tindakan saman anda kepada pemfitnah ini. Biar dia orang tahu langit tinggi ke rendah. Mereka ini semua ( pemfitnah- pemfitnah tegar yang banyak sekarang ini melalui blog ): kalau anda katakan isteri mereka juga pernah jadi pelacur,! pandai pulak mereka marah dan nak saman orang. Bila mengata dan memfitnah orang , kopiah dan serban atas kepala pun berbuih mulut mengumpat dan memfitnah orang di penjuru masjid/surau lepas sembahyang. Mereka dah tak tahu antara fitnah dan fakta. Antara kritikan dan pandangan dengan fitnah.



Jadi pedulikan mereka ini semua Saiful. Saman mereka habis-habisan. Biar mulut mereka berbuih terkunci macam lembu kena penyakit kuku dan mulut. Adalah menjadi tugas anda untuk mencuci sedikit, tangan-tangan kotor pemfitnah ini. ( Lihat Gambar. Itulah jenis kekotoran yang perlu dicuci oleh anda dan had cucian yang perlu dibuat ole anda segera. )

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR