Berita Harian
15 apr 2009
LPKP pernah tegur firma bas kes nahas
KUALA LUMPUR: Syarikat bas ekspres yang terbabit dalam nahas mengorbankan enam orang di Kilometer 443 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bukit Beruntung awal pagi kelmarin, pernah ditegur Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) kerana tidak menyediakan kursus peningkatan kecekapan pemandunya. Pengerusi LPKP, Datuk Markiman Kobiran, berkata teguran itu dibuat ketika pegawainya mengadakan lawatan audit pada 12 November 2007.
KUALA LUMPUR: Syarikat bas ekspres yang terbabit dalam nahas mengorbankan enam orang di Kilometer 443 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bukit Beruntung awal pagi kelmarin, pernah ditegur Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) kerana tidak menyediakan kursus peningkatan kecekapan pemandunya. Pengerusi LPKP, Datuk Markiman Kobiran, berkata teguran itu dibuat ketika pegawainya mengadakan lawatan audit pada 12 November 2007.
"LPKP juga tidak berpuas hati dengan pengambilan pemandu secara 'walk-in' oleh syarikat itu tanpa menyemak latar belakang dan rekod pemandu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, jika terbukti syarikat itu gagal melaksanakan prosedur pengurusan dengan baik, mereka akan diberi notis 14 hari untuk memberi maklum balas dan jika tidak memuaskan, semua permit akan dibatal," katanya.
Penghuni Gua : Senang nya kerja Ketua Pengarah LPKP ini. Pakai air liur dan tegur aje dapat gaji berbelas ribu sebulan. Bila lagi nak ambil tindakan. Tegur, tegur, tegur. Mayat bergelimpangan tiap hari di jalan raya. Tegur lagi. Ini yang dikatakan oleh Penghuni Gua semalam. Betul tak. Memang jawapan yang sudah dijangka. Jawapan burung kakaktua. Sebelum dia bercakap , kita dah tahu apa yang dia akan cakap.
Timbul isu semua ada alasan untuk diberikan. Lepas tu senyap. Ini dipanggil kerja stail bomba. Ada kebakaran , lintang pukang datang untuk memadam kebakaran. Tak ada kebakaran senyap ( bukan perli BOMBA ) . Ini yang Sarjana Pengurusan katakan.
Kepada LPKP , cukuplah makan gaji buta tu. Buatlah transfomasi sikit dari cara kita kerja dan bergerak. Lebih proaktif. Bukan bekerja dan berjuang di atas permaidani merah. Keluar dari pejabat seperti mana PM buat tu. Ini kalau ada PM keluar nak lihat LRT dan pengangkutan awam , mencecet tak cukup kaki anda semua membontot dibelakang. Berpeluhnya macam baru lepas mandi di kolam Olimpik. Naknya tunjuk bekerja. Sudahlah. Jangan tunjukkan hipokrit lagi dalam tugas kita.
Memiliki kakitangan kerajaan yang sebeginilah yang menyebabkan orang awam dan rakyat menyampah. Inilah yang memburukkan kerajaan di mata rakyat. Dah berbuih mulut KSU dan semua PM menegur agar sistem penyampaian di semua jabatan kerajaan di perbaiki dan di cekapkan kebolehannya.
Kepada LPKP dan juga JPJ, bagulah dari tidor. Anda semua jangan lagi dipandang sebagai pemakan darah rakyat dan mandi dengan darah rakyat setiap hari. Jangan pula beri alasan tak cukup kakitangan pulak. Jika itu pula menjadi alasan satu yang nak di tanya oleh Penghuni Gua . Bila dan berapa jumlah yang dikatakan cukup?. Jika kerajaan beri cukup seperti diminta adakaperkara di aas tidak akan berlaku lagi ?. Jika berlaku lagi adakah anda sanggup letak jawatan.? juga adakah dengan kakitangan yang ada anda telah menggunakan tenaga mereka dan anda sendiri dengan sepenuhnya. Adakah guna tenaga di LPKP di maksimakan penggunaanya ?
Jadi fikirkanlah !!!!!
No comments:
Post a Comment