FOLLOWERS

Thursday 9 April 2009

KHAIRY : TOLONG !!!

Berita Harian
9 apr 2009

Saya sedia bantu PM: Khairy


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia membantu Perdana Menteri walaupun tidak terpilih menganggotai barisan kabinet yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak hari ini. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Bantu diri sendiri udah le. . Ok kot cadangan saya tu kan ? Atau menolong atau ditolong ? Pilehlah antara 4 cadangan tersebut. Atau 4 dalam 2. He he he he he.

4 comments:

  1. Salam Tuan,

    Bagi saya.. tindakan sdr. Khairy suatu yang bagus.

    Teruskan.. bantu membantu kearah kebaikan amat di galakkan..

    wassalam

    ReplyDelete
  2. salam bro,

    sifat terpuji atau tiada pilihan lain.
    Ketua Pemuda tidak terpilih dalam kabinet rakyat. Naib Ketua Pemuda UMNO dan regunya yang tewas menjadi timbalan menteri. hehehe.

    sendiri mau ingat la bro

    ReplyDelete
  3. UMNO tumpat. Yang ini akan tak setuju. Biar dia hilang terus dari arus perdana umno. Rakyat diluar termasuk yang nmenyokong umno 90 % menyampah tengok dia . tak athu kenapa. kaya sangat nampaknya. dari mana datang dduitnya. Dulu KJ terkenal sebagai penganggur paling kaya di malaysia. Ada pejabat lagi di tingkat 4. PG

    ReplyDelete
  4. Salam Ziarah

    Khairy menyeru semua ahli pemuda memberikan sokongan padu kepada YAB Perdana Menteri

    Satu pertemuan dan majlis ringkas minum pagi telah diadakan pagi tadi di mana YB Khairy Jamaluddin telah menjemput penyokong beliau dan juga Exco Pemuda UMNO Malaysia untuk bersama beliau bagi bertukar pendapat dan mendengar pandangan dari ahli-ahli Pemuda. Dalam ucapan ringkas YB Khairy telah menjelaskan kedudukan sebenar dan menyeru agar semua penyokong beliau untuk menerima keputusan Kabinet dan membantu beliau untuk melaksanakan kerja parti yang telah di amanahkan oleh Perdana Menteri. Beliau juga menyeru agar ahli UMNO tidak melabelkan diri mereka sebagai orang-orang pemimpin pemuda tertentu dan perlu membuang anggapan berkenaan kerana semuanya adalah Pemuda UMNO . Mereka mesti bersatu dengan semangat setiakawan sebagai Pemuda UMNO dibawah satu payung.

    YB KJ juga menyeru agar semua ahli Pemuda UMNO untuk memberikan sokongan padu kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia kerana beliau juga selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan terus setia dan memberikan sokongan yang padu kepada YAB Perdana Menteri. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah membantu dan menyokong beliau semasa pemilihan dahulu dan baliau benar-benar berharap semua penyokong beliau jangan merasa kecewa… Meminjam kata-kata Ali Rustam , Dunia Belum Kiamat, Esok Masih Ada.

    Beliau juga mengucapkan Syabas kepada dua pemimpin pemuda yang telah dipilih sebagai Timbalan Menteri dan beliau amat berbangga kerana pemuda diwakili oleh dua orang Timbalan Menteri. Beliau berkata , beliau sebenarnya tidak meletakkan harapan untuk menjawat jawatan dalam kerajaan ketika bertanding untuk merebut kerusi Ketua pemuda UMNO dan kerana itu beliau tidak merasa kecewa apabila dipanggil oleh Perdana Menteri sehari sebelum penamaan senarai kabinet.

    Pemuda akan menjadi sebuah pertubuhan yang tidak terikat dan bebas untuk menyuarakan apa juga permasalahan yang diperjuangkan kerana beliau tidak terikat didalam kerajaan dan beliau berharap Pemuda akan menjadi sebuah sayap yang digeruni oleh kawan dan lawan seperti di zaman Datuk Harun Idris dahulu. Untuk mencapai matlamat ini pemuda perlu bersatu dan memupukan semangat setiakawan. Beliau juga berharap agar semua yang hadir untuk menyampaikan apa yang telah beliau nyatakan dan berharap semua ahli Pemuda memahami akan pendirian beliau .

    Salam Setiakawan

    BJ

    ReplyDelete

PETA PELAYAR