FOLLOWERS

Wednesday, 22 April 2009

Mahkamah Tinggi perintah kerajaan Pulau Pinang bayar RM14.68 juta : Mengapa Senyap sunyi Blog2 penyokog PR ?



Dipetik dari : Berita Harian

22 apr 2009


PULAU PINANG: Kerajaan negeri diarahkan membayar kira-kira RM14.68 juta kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berhubung kes tanah membabitkan kerajaan negeri dan seorang individu. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kes itu membabitkan Tang Hak Ju sebagai pemohon dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Kerajaan negeri serta Pegawai Kewangan negeri sebagai responden.

"Kes ini masih dalam tempoh rayuan. Sementara menunggu rayuan, mahkamah meminta kerajaan negeri membayar separuh daripada jumlah gantirugi yang keseluruhannya sebanyak kira-kira RM29.36 juta," katanya di sini, hari ini.


Lim berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan rayuan kepada mahkamah untuk menangguhkan tempoh bayaran itu. Pada 19 Februari 2008, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memerintahkan responden mendepositkan RM14.68 juta kepada mahkamah dalam tempoh dua bulan daripada tarikh perintah dikeluarkan.

"Kita akan bentangkan Rang undang-undang Perbekalan Tambahan pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada sesi akan datang Julai ini bagi mendapatkan kelulusan mengeluarkan wang untuk membayar tuntutan itu," katanya.

Skandal tanah itu membabitkan kerajaan negeri sebelum ini yang memajak tanah seluas 4.2 hektar kepada Tang dan kemudiannya membatalkan perjanjian itu. Kes itu dibawa ke mahkamah dan kerajaan negeri kemudiannya diarahkan untuk membayar RM40 juta kepada pemohon dan selepas rayuan, jumlah itu dikurangkan kepada RM29.35 juta. Ketika ini, kerajaan negeri sedang menunggu keputusan mahkamah terhadap rayuan bagi mengurangkan lagi jumlah itu. - Bernama

Penghuni Gua : Hai tak berbunyi blog-blog PR ini . Itu le semalam bila MB Pahang di perintah membayar RM 63 juta kepada satu syarikat pembalakkan bagai nak runtuh langit diorang kutuk dalam blog masing-masing termasuk akhbar Harakahdaily.

Dia orang kutuk separuh nyawa seolah MB Pahang melakukan kesalahan jenayah. Walhal itu saman sivil sahaja. Kena batang hidung sendiri kemetot semua. Itu le disebabkan fikiran yang tertutup, maka kutukan anda semua sekarang terkena kepada hidung sendiri.

Kalau minda dah tertutup inilah jadinya. Tak tahu yang mana hujung dan yang mana pangkal. Minda mereka pulak tidak bebas dan kawal orang lain. Tak ada lagi PG tengok blog-blog ini kritik parti dan pemimpin mereka. Maksum katakan. Bukalah fikiran dan bebaskan minda kita.

Betul tak. Tak sempat nak tulis dan komen panjang-panjang, nak exam esok. Dah tua bangka ni otak " Slow " sikit.

1 comments:

  1. Noncommercial advertisement! Just for once: plain honest no nonsense spam making no pretense being something else, with a real message and an sound errand. See Window Mirror and find out.

    http://winmir.blogspot.com/See my poetry as well:

    http://singleswingle.blogspot.com/I am not anyone. I am unique.

    - Peter Ingestad, Sweden, Metacatholic Believer, Master of the I Ching Oracle, Judge on Number of the Human Beast, Communist of the New Age, born Lund Sweden 25 mars 1951 12:15, Tarot Life Card The Hanged Man (Rider-Waite UB1959, IQ>130 sd15 ref. WAIS III.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR