FOLLOWERS

Friday 17 April 2009

KRISIS PERAK : KATA YB NGEH

Berita Harian
17 apr 2009
DAP anggap mahkamah campuri urusan perundangan

IPOH: DAP menganggap keputusan Mahkamah Persekutuan menarik semula penggantungan terhadap Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya sebagai badan kehakiman mencampuri urusan badan perundangan. Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata dengan keputusan itu, semua percakapan atau perbuatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen kini boleh disemak oleh mahkamah. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan berkata, keputusan itu juga memberi nama buruk kepada badan kehakiman dan mewujudkan duluan yang berbahaya.

"Dengan memulakan campur tangan dalam badan perundangan dan menjejaskan reputasi badan kehakiman, keputusan mahkamah pagi ini (semalam) boleh diabaikan oleh DUN.

"Keputusan mahkamah ini juga hanya deklarasi, bukannya kuasa menghalang. "

Deklarasi hanya satu luahan pendapat. Hakim memberi pendapat mereka mengenai kuasa Speaker DUN,"

katanya kepada pemberita selepas mesyuarat kepemimpinan Pakatan Rakyat Perak di sini, semalam. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Betul ke kenyataan tersebut. Adakah benar keputusaan YAA Hakim boleh di abaikan oleh DUN. Dan adakah benar , keputusan YAA Hakim ini hanya satu deklarasi dan luahan pendapat YAA Hakim . Adakah mahkamah tidak ada kuasa menghalang DUN dan Speaker?Wah, wah, wah hebat betul pendapat YB Ngeh ini. Macam pandangan peguam negara dan ketua Hakim Negara aje.

Nantikan jawapannya.

1 comment:

  1. Biadap !

    jika tak kena citarasa diorang mesti tak akan ikut..

    otak kena dibasuh dalam ISA rasanya Ngeh ini..

    harap pihak berkuasa dapat buat sesuatu.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR