FOLLOWERS

Sunday 26 April 2009

PTPTN : PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG BUTA HATINYA


Di petik dari Blog : Mummy Rokiah
Thursday, April 23, 2009

Rintihan Naziatul mengenai PTPTN

Kisah sedih peminjam PTPTNTUJUAN saya bukan untuk meraih simpati atau memalukan mana-mana pihak tetapi tujuan saya hanya satu, biarlah pihak PTPTN membuka mata dan memandang serius perkara ini.Saya sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam semester empat jurusan Mikrobiologi.

Saya berasal dari keluarga susah dan telah kehilangan bapa pada 2001. Ibu hanya pengusaha gerai kecil di kampung. Lantaran itu, saya sangat mengharapkan bantuan PTPTN untuk meneruskan pengajian saya di ibu kota ini. Dengan harapan menggunung, saya yakin tidak akan menghadapi masalah ketika pengajian dan tidak menyusahkan ibu di kampung menanggung pengajian saya.

Namun harapan tinggal harapan. Sepanjang empat semester saya belajar di universiti ini, masalah pinjaman saya dengan PTPTN tidak pernah selesai. Semenjak semester satu, pinjaman mula bermasalah. Pembayaran kepada saya tidak pernah dalam keadaan sempurna.Pada semester satu:

Mungkin kerana masalah semasa proses pendaftaran, nama saya tercicir.Oleh sebab itu, sepanjang semester satu saya tiada punca kewangan. Keadaan saya terlalu perit. Lebih perit apabila kos buku adalah tinggi. Habis cara saya lakukan untuk mendapatkan wang.Pada semester kedua: Setelah seksa saya di semester satu, saya diberi bayaran dua kali ganda. Pada saya itu tidak memberi makna apa-apa.

Dengan bayaran yuran pengajian dan yuran penginapan yang mencecah RM2,000, bayaran dua kali ganda itu tidak bererti kerana masih banyak hutang yang perlu saya jelaskan.Semester ketiga: Biarpun statusnya sama seperti rakan-rakan yang lain, tetapi keadaannya tidak sama. Pada semester ketiga, dipotong bayaran yuran, juga bayaran pendahuluan pada awal pengajian dulu sebanyak RM1,500, pinjaman hanya berbaki RM800.Dan jumlah inilah yang akan menampung perbelanjaan selama enam bulan ini.

Cukupkah?Jika pelajar lain mempunyai sumber kewangan lain daripada ibu bapa, saya bergantung sepenuhnya kepada pinjaman PTPTN, bagaimanakah nasib saya?Oleh itu saya mengambil keputusan untuk bekerja. Saya berulang-alik antara tempat kerja dan universiti. Pelbagai dugaan yang saya hadapi semata-mata untuk mendapatkan duit tetapi itulah yang memberi semangat untuk terus gigih belajar.Penat dan lelah, saya tidak pedulikan. Kawan-kawan melihat saya dengan kekaguman, tetapi derita PTPTN yang mengheret kepada kekaguman itu saya tanggung sendiri dan hanya saya yang rasa.

Dengan tekanan di tempat kerja, dengan tekanan pelajaran, di hujung malam saya pasti menangis menghadap Ilahi. Sedihnya apabila terpaksa memonteng kelas dan ketinggalan banyak nota pelajaran.Namun, kerja itu sedikit sebanyak mampu menjadi sumber kewangan pada waktu itu dan tidak lagi hanya makan roti di akhir semester.Saya berharap semester depan, semester keempat, pihak PTPTN membuat bayaran dengan sempurna.Namun malang menimpa lagi.

Semester ini, sejak bulan Januari saya telah berusaha menyelesaikan masalah PTPTN, tetapi sampai April dan tidak lama lagi semester akan berakhir, masalah PTPTN tak selesai lagi.Setiap hari saya terpaksa memikirkan masalah pinjaman PTPTN. Lebih malang, semester ini saya tidak boleh bekerja memandangkan semester ini agak pendek dan saya harus tumpukan perhatian sepenuhnya pada pengajian.Telah beratus-ratus duit saya pinjam dari kawan-kawan. Berbekalkan kepercayaan mereka terhadap saya, mereka masih sudi membantu.Bagi saya PTPTN terlalu kejam terhadap saya.

Saya bertanya pihak PTPTN apa masalah saya, kata mereka surat perjanjian tidak sampai ke rumah. Baiklah saya pasrah, saya buat seperti yang disuruh. Menunggu dan terus menunggu sehingga saya merasakan terlalu letih menghadapi PTPTN lagi.Situasi pada waktu itu seolah-olah saya tiada kerja lain selain mengemis duit daripada PTPTN. Pada 25 Mac 2009, saya mengambil keputusan pergi sendiri ke pejabat PTPTN di Damansara.Setiba di sana, saya disuruh menandatangani akuan penerimaan surat perjanjian sedangkan saya masih belum terima surat perjanjian tersebut.

Kata mereka surat perjanjian itu telah dipos tetapi masih tak sampai kepada saya. Saya bertanya pada orang yang berurusan dengan saya waktu itu, bilakah pembayaran akan dibuat? Katanya pada 3 April 2009.Namun, pada 3 April 2009, wang tidak masuk juga. Saya menghubungi dan kata mereka PTPTN hanya akan membuat bayaran pada hari ke-14 bekerjaSaya menangis waktu itu, apa yang terbayang hanyalah mengikat perut untuk tempoh itu. Tetapi sampai bilakah saya mampu bertahan, tidak lain saya terpaksa meminjam lagi. Malunya saya rasa hidup asyik menagih duit orang.

Pada 10 April sekali lagi saya menelefon pihak PTPTN, bertanyakan bilakah PTPTN akan membuat pembayaran. Mereka memberi lagi alasan PTPTN sedang membuat pengesahan daripada pihak universiti dahulu. Pembayaran tidak pasti bila akan dilakukan.Saya rasa sudah terlalu penat dipermainkan pihak PTPTN.

Saya tidak berniat meraih perhatian mana-mana pihak, saya cuma ingin meraih perhatian pihak PTPTN sendiri.Pandanglah sekejap masalah saya dan tolonglah mengerti derita saya selama ini. Biarlah saya belajar dengan tenang selepas ini. Dan saya yakin di luar sana masih ramai yang menghadapi masalah seperti saya.

NAZIATUL AZLIN IBRAHIM
Universiti Putra Malaysia, Serdang

Penghuni Gua : PG ubah tajuk keluhan seorang pelajar ini mengenai PTPTN. Ini kerana tajuk yang Mummy Rokiah beri tu seolah menyalah kerajaan. Pada aku semua yan g berlaku seperti kejadian PTPTN pelajar ini adalah salah pegawai yang di amanahkan di PTPTN. Mereka ini hanya makan duit haram. Ambil gaji dan tak buat kerja. Telinga mereka semuanya pekak dan mata mereka semuanya dah buta.

Mereka ini jadi buta, pekak seperti yahudi kerana telah berada di zon selesa. Mereka inilah yang telah mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat dan kerajaan kepada mereka. Dengan tindakan mereka ini , ia telah menyebabkan kerajaan di persalahkan seolah kerajaan yang penyebab kepada keadaan ini. Pengalaman PG sebagai pegawai kerajaan ialah ini adalah salah sepenuhnya kepada pentadbir dan kakitangan PTPTN.

Dengan Ketua mereka yang terus membuta dan pekak serta buta mata hati dan perasaan. Mereka sudah tidak nampak dan berperasaan lagi. Mereka ini lebih hina dari binatang kerana menginaya pelajar ini. Ini lah sebenarnya pengkhianat tulen. Kehidupan mereka hanya makan duit haram. Mungkin ketuanya berpolitik berlebihan kot. Lupa nak lihat anak buah bekerja atau tidak. Mereka ini tidak membuat pemantaun tetapi lebih kepada memantat sahaja. Ini lah gulungan yang " harapkan pagar, pagar makan akar-akar padi.

Pentadbir beginilah yang menyebabkan kerajaan sebelum ini tidak membenarkan pegawai kumpulan A berpolitik. Inilah jadinya jika berpolitik ( Sokong BN ke atau pembangkang ke ) bagi kumpulan ini dibenarkan. Tumpuan kepada tugas diabaikan.

Kepada kerajaan, ambil tindakan tatatertib segera mengikut Perintah Am Bab D " ia itu Kelakuan tan tattertib kakitangan awam ". Ambil tindakan sehingga tindakan buang kerja kerana ini adalah satu kesalahan serius yang boleh menjejaskan reputasi kerajaan di mata awam dan ia amat menyusahkan pelajar.

Ingat pelajar layak menerima zakat. Jika layak menerima zakat maka gulungan ini perlu dijaga. Ini amanah Allah.

Kepada PTPTN, jangan makan duit haram lagi. Bangun dari tidor anda. Proaktif sikit dalam kerja. Siasat siapa yang menyebabkan kelewatan ini. Lihat piagam pelanggan anda. Apa misi dan visi PTPTN.

Jangan MISI, VISI dan piagam pelanggan hanya sekadar penghias dinding pejabat sahaja.
KEPADA BIRO PENGADUAN AWAM : JANGAN ASYIK NAK SERANG RUMAH MAYAT SAHAJA. PERKARA INI SEPATUTNYA MEJADI KEUTAMAAN ANDA BAGI MEMBANGUNKAN SEMUA YANG TIDOR DAN MAKAN DUIT HARAM DI PTPTN TU.

1 comment:

  1. simpati dgn naziatul. walaupon dapat loan tapi still kene kerja untuk tampung yuran n perbelanjaan. biler dah kerja selalunya study pon hilang. ni based on pengalamn sendiri. alhamdulillah naziatul begitu kuat n tabah.

    tolonglah JANGAN KHIANAT AMANAH RAKYAT. pegawai yg berada kat 'zon selesa' selalu bagi alasan. PTPTN diwujudkan untuk student miskin. ingatlah haram makan hasil menipu ni lagi2 kalau harta anak yatim.

    kalaulah bende2 camni jadi kat anak diorang. opss diorang kan kaya. mesti tak pinjam kan...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR