FOLLOWERS

Tuesday 14 April 2009

PERGOLAKKAN UMNO TERENGGANU : PRU 13 SINGKIR AJE SEMUA MEREKA NI !

Berita Harian
14 apr 2009

Tiga Adun buat laporan polis terima SMS ugutan

KUALA TERENGGANU: Tiga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu membuat laporan polis malam tadi selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan, dipercayai berhubung kemelut politik di negeri terbabit. Adun Paka, Zakaria Abdullah dan Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira jam 12.40 tengah malam, manakala Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid pula membuat laporan sama di IPD Hulu Terengganu di Kuala Berang kira-kira jam 12.30 tengah malam. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Tak selesai lagi ke kemelut di Terengganu ni? Penghuni Gua cadangkan kepada PM dan TPM agar semua pihak yang bergaduh di Terengganu ini di singkirkan terus dari dicalunkan di dalam PRU 13 nanti sehingga termasuk Menteri Besarnya sekali. MB dilihat tiada kualiti sebagai pemimpin kerena tidak berupaya menyatupadukan UMNO sejak mengambil alih MB dari Dato Idris Jusoh.


Semua ADUN UMNO Terengganu ini masih tidak membaca perancangan PM untuk membuat transformasi di dalam UMNO bagi menghadapi PRU ke 13 dan seterusnnya. Mereka ini jenis poltik kampung. Bukan tahu apa dia transformasi politik. Mereka juga tidak sedar lagi dan masih tidak mahu berubah. Jadi setelah semua ADUN UMNO Terengganu termasuk MB nya sekali , dilihat tidak boleh menerapkan konsep transfomasi politik yang cuba diterap oleh PM. Jalan senang ialah dengan singkirkan mereka semua dan ganti dengan pemimpin muda.


Juga jangan sesekali pilih mereka yang dilihat cuba berselindung di sebalik istana tanpa ada kekuatan dalaman sendiri. Mereka inilah yang akan merosakkan perancangan kerajaan dan parti di masa depan. Arahan pucuk pimpinan parti tidak diikuti dan menganggap kerajaan yang dipimpin mereka seperti harta kepunyaan sendiri.


Semua yang terlibat dengan bergolakkan tersebut seperti budak-budak dan tidak bertindak seperti orang tua. Kita di luar ni naik menyampah melihat gelagat mereka. Masing-masing ini menjaga periuk nasi masing-masing tanpa memperdulikan hal rakyat.


SINGKIRKAN MEREKA DALAM PRU 13 DAN GANTIKAN DENGAN CALUN BARU YANG LEBIH MUDA DAN BERPENDIDKAN DAN BELUM PANDAI PUTAR ALAM. JUGA PILIHLAH MEREKA YANG BOLEH MENERAPKAN PERUBAHAN DAN TRANFORMASI YANG DI CADANGKAN OLEH PM. MEREKA YANG ADA PERANCANGAN STRATEGIK UNTUK TEMPOH MASA TERTENTU. BUKAN MEREKA YANG BUAT PERANCANGAN DARI HARI KEHARI. INI SARANAN PENGHUNI GUA KEPADA YAB PM.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR