FOLLOWERS

Monday, 13 April 2009

INI JUGA AKAN TERJADI DI MALAYSIA JIKA ......

Berita Harian
13 apr 2009

8 polis, 4 militan maut dalam serangan di India


NEW DELHI: Berpuluh pemberontak Maoist bersenjata menyerbu ke lombong bauksit di timur India dan menahan 100 pekerja lombong berkenaan sebagai tebusan sebelum polis berjaya mengawal semula kawasan itu.

Pegawai kanan polis, M M Prajaraj, berkata sekurang-kurangnya lapan pegawai polis dan empat militan terbunuh dalam serangan yang berlanjutan sembilan jam, yang turut berpanjangan sehingga awal pagi ini. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Lihat. Ini juga tidak mustahil boleh berlaku di Malaysia jika tiada usaha awal membendungnya. Perarakan , demontrasi dan pergerakan kebebasan serta NGOs yang tidak dikawal walaupun pada mulanya bertujuan baik boleh bertukar kepada keadaan militan tanpa yang terlibat menyedari pun. Contoh jelas ialah Peristiwa Al- Maunah di Kg Jenalik, Perak.

Kepada Kerajaan, jangan leka dalam mengambil tindakan proaktif bagi membendung gejala dan peristiwa ini. Mungkin ia tidak disukai dan tidak popular pada setengah pihak tetapi kami rakyat terbanyak amat menyokong langkah tegas ini kerana kami benci kepada permusuhan dan keganasan yang terjadi tanpa henti di dunia dan juga di Malaysia juga. Sifat membenci di tanam dengan subur oleh segenap pihak yang berjuang bertopengkan politik dan NGOs yang sah. Jadi ambil tindakan dan awasi dengan tegas segala aktiviti mereka.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR