FOLLOWERS

Wednesday 22 April 2009

MENGAPA PENGHUNI GUA TIDAK SUKA DSAI ?

Jawapannya :

Penghuni Gua adalah bekas pelajar Universiti Malaya dari tahun 1981-1984. Aktif juga di dalam persatuan-persatuan di Universiti. Dalam PMUM juga hampir jadi calun bersama dato Saifuddin Abdullah ( sekarang Menteri ). Tetapi Dato saifuddin boikot pulak pilihanray tersebut kerana tak setuju dengan satu group ( cina ) yang lain. Poster dah di cetak hampir 2 ribu keping . Letak juga le gambar Penghuni Gua.


Sikit le handsome ( pada masa tu le , sekarang kerepot dah ). Juga terlibat dalam persatuan Anak Pahang bersama Dato Ismail ( sekarang Menteri ) di dalam persatuan Pahang yang disertai juga oleh Dato Saifuddin. Juga adalah kawan baik dengan dato Husam Musa dan Dato Takiyuddin Hassan ( PAS ) selain bersama dengan Roslan Kassim ( yang dah sunyi sepi selepas di saman oleh Dato Rahim Tamby Chik.Kami terlibat dalam Persatuan Agama Islam dan sebahagaian lain terlibat dalam Persatuan Bahasa Melayu UM. Dan banyak lagi le. Itu pembuka kata sikit.

align="justify">
Di UM banyak sekali dianjurkan ddebat, forum, dialog, wacana seminar dan sebagainya. Boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja akiviti yang dirancangkan. Pada 1984 PBMUM menganjurkan satu Dialog yang diberi nama " Dialog ISA bersama DSAI" di dewan Tuanku Cancelor ( DTC ). DSAI datang jam 830 malam. Penuh dewan. Masa itu DSAI dan menyertai UMNO dan dilantik sebagai Menteri.

align="justify">
DSAI diberi peluang bercakap selama 1 jam . Pengerusi majlis pada malam itu ialah Dato Saifuddin Abdullah ( Menteri sekarang ).

align="justify">Bila bermulanya majlis, DSAI mula berucap. Mula aje ucapan DSAI mula berkata dengan penuh geram dan sepanjang majlis DSAI bercakap dengan penuh angkuh dan mengetap gigi sepanjang dia berucap. Ucapannya penuh geram dan dendam.

align="justify">
Hampir 15 minit dia ceritakan dia di seksa ( bukan fizikal ) tetapi tanya dan disoal secara berterusan oleh Pegawai dan anggota cawangan khas PDRM. DSAI sebut sau-satu nama pegawai dan anggota polis yang menyoalsiasatnya sepanjang di tahan di bawah ISA. dan beliau mengatakan masa dah dekat dan hampir untuk nya memegang tampuk pemerintahan negara. ( sambil mengetap gigi ). Dia kata akan balas dan ambil tindakan kepada setiap orang pegawai dan anggota polis yang menyoal siasatnya.

align="justify">
Berulang kali nama pegawai dan anggota ini disebut dan diulang untuk diambil tindakan dan balas dendam jika dia berkuasa. Dewan gegak gempita dibuatnya. Penghuni Gua diam sahaja.

Sebab sebelum itu ada juga minat sikit dengan DSAI ini atas personaliti nya yang beragama tu. Tetapi setelah pertama kali dengar dan melihatnya berucap di dalam dialog tersebut PG mula rasa benci dan meluat melihatnya. Macam mana seorang yang dilihat dan membawa perwatakan beragama boleh bercakap dengan penuh perasaan dendam sepanjang dialog tersebut di hadapan kami yang baru masuk 23 tahun.

align="justify">Ini Menteri pula yang bercakap. masa itu DSAI , kalau tak silap PG ialah Mneteri Pertanian. Pada malam itu beliau memakai baju merah stail baju Filipina berbelah ditepi. Boleh dikatakan separuh pelajar melayu di dewan tersebut memakai baju stail yang samalah katakan. Mereka taksub pada DSAI termasuk Pengerusinya sekali. PG hanya pakai T-shirt dan Jeans Levis aje.

align="justify">
Jadi bermula dari detik malam itulah PG hilang hormat dan benci melihat DSAI. Dalam islam, Allah sudah janjikan. Pendendam tidak boleh menjadi ketua. Ini kerana jiwanya tidak bersih dan ini akan menjahanamkan negara dan rakyat yang dipimpinnya.

align="justify">
Pada pandangan kita ALLah sudah selamatkan Malaysia dari pendendam ini menjadi ketua kita. Penghuni Gua buat perbandingan dengan Tun Dr Mahathir , ramai pemimpin UMNO keluar dari UMNO dan menyertai Parti Semangat 46 semasa krisis bersama Tg razaleigh. Tetapi lihat, Tun boleh memaafkan semua mereka ini dan menerima semula mereka di dalam UMNO termasuk Tun Abdullah Badawi, Tun MUsa Hitam, Tg, Razaleigh dan juga DSAI juga .

align="justify">Jadi inilah kisah yang Penghuni Gua ingin ceritakan tentang sifat serta sikap sebenar DSAI menurut pandangan Penghuni Gua dan mengapa beliau tidak boleh menjadi ketua. Juga mengapa PG tidak suka padanya. Beliau adalah pendendam.

align="justify">Nanti Penghuni Gua ceritakan lagi selepas ini tentang perangai pendendamnya. Semuanya tentang pengalaman langsung

2 comments:

  1. salam PG,
    Wah nostalgia terungkit kembali.
    Penderhaka tiada tempat dalam UMNO bro.
    Percayalah, siapa yang menderhaka kerana kepentingan sendiri tidak akan ke mana-mana.

    ReplyDelete
  2. syabas tuan! pertama sekali sy membaca nostalgia tuan di blog tuan. walaupun ini hanya pandangan peribadi tuan tetapi sy tertarik...Izinkan sy copy dan sebarkan ke dalam emel.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR