FOLLOWERS

Friday 17 April 2009

JAMBATAN BENGKOK : APA KATA TPM

Utusan Malaysia


SINGAPURA 17 April — Kerajaan belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk meneruskan pembinaan jambatan bengkok menyeberangi Selat Johor, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Selepas menyampaikan ucaptama pada penutupan Forum Asean dan Asia Kedua di sini hari ini, Muhyiddin ditanya mengenai banyak gesaan terutamanya daripada kalangan ahli politik dan perniagaan dari Johor, supaya kerajaan menimbang semula keputusan yang dibuat pada 2006 untuk membatalkan projek jambatan bengkok itu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kepada TPM. segerakan lah keputusan mengenai jambatan ini. Segerakan bawa kepada PM. Ini bukan mengenai Johor tetapi maruah negara keseluruhannya. Bagaimana sebuah negara ( sebesa titik merah ) boleh berkuasa untuk memberitahu kita apa yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh negara kita.
Lupakanlah bermain golf dengan PM Singapura dan membuat keputusan yang melibatkan sebuah negara hanya di padang golf/ Jangan lagi titik merah ini memperbodohkan kita di masa depan. Sudah banyak kali kita diperbodohkan dan memang kita berkehendakkan begitu. Semasa zaman Tun Mahathir sahaja kami rakyat Malaysia tidak merasa rendah diri.Kami rasa megah dengan Malaysia. Kita tidak boleh diperkotak katik dan diperbodohkan .

Selepas itu di atas nama menjaga hubungan ASEAN, hubungan 2 hala, jiran tetangga dan diplomatik maka kita rela dicucuk hidung seperti lembu yang tak bernyawa. Gerakkan semula dan berikan semula rasa megah dan maruah kami sebagai rakyat di kembalikan serta merta. Mungkin jambatan bengkok ini permulaan yang baik bagi mengembalikan maruah kita semua. Ia kemudian dituruti dengan lain-lain perancangan bagi memenuhi ONE Malaysia.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR