FOLLOWERS

Saturday 11 April 2009

UMNO GANU NOK BALOH PULOK !

Utusan Malaysia


KEMAMAN 11 April — Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said hari ini berkata mana-mana Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau bakal berdepan tindakan disiplin termasuk dipecat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang mengatakan terdapat usul undi tidak percaya terhadap beliau akan dikemukakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama tiga hari bermula Isnin ini yang akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Apa cerite ni ayah wang. Bekeng molek napoknya. Selo lah sikik. Bekeng sangat. Jangang lagu tu. Bawak berunding cara baik. Ni asik nok kekaah je. Ape cerite. Rilek lah. Kalu asyik dok kekaoh dengang dok asyik bergombeng, silak haribulang , PAS ambik balik Terengganu kite. Sejaroh tu berulang. Masa , tarikh dan watok je yang beruboh. Ingat ayah wang. Selama mane nok gantong dengang DYMM Tuanku.

Belajor lah retek berdiri atah kaki sendiri. Ni macang OKU aje asyik nok tepek dengang DYMM Tuanku. Sekali tengok nyapoh jugok kite orang luor ni. Bukang sari Ayoh wang berpolitik. Dohh puloh tahung dah. Gentelmeng lah sikit. Bawak berunding dan musyuarohlah.


Ni main nok cokek dengang nok cocoh je. Mane aci. Main gitu, asyik geli sokmo le. Rilek lah


Penghuni Gua : Baik ambe tape dalang gua dulu. Tak dok bising-bising. Tulis ni bukang apa : nok acoh dan nok cokek sikit. Jangan mare le !

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR