Pada 18 apr 2009 jam 0900 pagi Penghuni Gua menaiki bas dari Melaka ke Kuala Lumpur. Bas yang dinaiki amat selesa iaitu jenis Double Decker. Bas yang dinaiki berlepas jam 0908 . Ia lewat selamat 8 minit.
Apa yang diceritakan ialah kelewatan ini adalah berpunca dari bebarapa perkara yang pada pandangan Penghuni Gua boleh diperbaiki demi keselesaan penumpang yang membayar harga bagi mendapatkan perkhidmatan yang bermutu. Kami berhak memberikan input dan syarikat ini wajar respon dengan segera atas pandangan ini. Kontrak antara syarikat pengangkutan bas ini mula berjalan antaranya dengan penumpang apabila tiket telah dibeli oleh penumpang bas.
Isunya ialah pada penglihatan Penghuni Gua ialah tindakan membenarkan penumpang yang tidak bertiket menaiki bas. Kegiatan ini berleluasa di syarikat bas ini terutama di laluan Melaka Kuala Lumpur di waktu pagi.
Pagi ini pun kegiatan ini masih berleluasa dan dilihat sendiri oleh Penghuni Gua di mana 2 orang penumpang anak dan bapa menaiki bas tanpa membeli tiket. Sibapa bertanya Penghuni Gua berapa tiket ke kuala Lumpur keran katanya pemandu/kakitangan suruh dia dan anaknya menaiki dahulu bas ini. Jadi beliau bertanya bimbang terjadi apa-apa kepadanya.
Kepada Penghuni Gua kejadian ini kerap berlaku diwaktu pagi kerana penguatkuasa belum datang memeriksa bas. Kebiasaannya penguatkuasa datang jam 1000 pagi atau petang. Jadi kegiatan ini berleluasa hanya di waktu pagi.
Kegiatan ini mengundang bahaya yang tidak sedikit. Pertama kegiatan rasuah. Keduanya , ia boleh mendatangkan bencana kepada syarikat. Jika dibiarkan syarikat boleh muflis. Ketiganya jika terjadi kemalangan seperti bas terbakar atau terjatuh kedalam sungai, kita tidak akan tahu jumlah sebenar penumpang. Jika dilihat mengikut daftar tiket ia tidak sama dengan jumlah penumpang sebenar. Jadi Transnasioanl perlu mengambil tindakan tegas segera bagi membendung gejala ini.
Keempatnya. dengan kegiatan ini, bas Transnasional kerap lewat dari segi masa berlepasnya kerana kegiatan ini akan dilakukan disaaat akhir bas hendak berlepas setelah bas di dapati masih banyak tempat kosong. Maka mereka / kakitangan ini akan menunggu 10-15 minit selepas masa sebenar berlepas untuk mengambil penumpang terbang ini.
Kelbihan Transnasioanal ini berbanding dengan syarikat lain ialah dari segi mutunya. Yang lain semuanya dah ok. Cuma dua tiga kerap kakitangan yang tidak jujur mencemarkan mutu perkhidmatannya. Kelewatan ini amat dibenci oleh penumpang. Semua yang naik bas waktu pagi ini ialah kakitangan kerajaan yang bekerja di KL. Jika kelewatan walaupun sikit akan menjejaskan temujanji mereka dengan orang ramai. Bukan kakitangan biasa yang menaiki bas ini. Sebahagian besar adalah kakitangan / pegawai-pegawai terkanan kerajaan. Jadi hormati masa yang telah ditetapkan.
Akhir sekali, Transnasional jangan sesekali menukar warna korporat bas ini yang telah amat cantik dengan warna dan berbagai iklan yang amat buruk kelihatannya. Kembalikan kepada warnba korporat ini. Di Luar negara, syarikat/korporat berhabis berjuta ringgit untuk membina imej dan warna korporat mereka. Tetapi Transnasioanal dengan senang menghapuskan imej korporat mereka dengan tawaran iklan dari syarikat lain yang tak seberapa. Jadi kembalikan warna asal Transnasional. Jangan lagi menampal iklan yang kelihatan amat buruk dimata pengguna. Transnasional adalah bas kebanggaan kami semua.
Kepada Dato Nadzi: ambil tindakan segera atas teguran ini. Sayangilah Syarikat pengangkutan anda. Ia bukan hak anda secara persendirian tetapi ia juga hak kami.
Salam sejahtera ,
ReplyDeletePertamanya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada penghuni gua atas lakaran maklumat yang diberikan. Semua yang diperkatakan amat tepat sekali, Imej Transnasional tercemar dengan burukya kerana sikap pemamdu yang mencari keuntungan sendiri. Perkhidmatan Transnasional dari Kluang-Kuala Lumpur sehabis teruknya kerana sikap pemandu yg tidak berhemah,,,setiap hari minggu ratusan penumpang terkandas , tiket dibeli tapi bila tiba masanya bas tiada, jadual perjalanan di batalkan sesuka hati, manakala pegawai yang menjaga bagaikan mendiamkan diri. Ini adalah kerana salah seorang pemandu adalah bapanya sendiri. Esok saya akan dedahkan lebih banyak kepincangan bagi perjalanan Kluang-kuala lumpur