FOLLOWERS

Monday, 27 April 2009

AMARAN : TANDA-TANDA AWAL SELSEMA BABI

Utusan Malaysia
27 apr 2009

SELURUH dunia sedang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga ekoran tersebarnya wabak selesema babi (H1N1), sejenis virus baru yang dikatakan amat berbahaya.

Setakat ini lebih 80 orang telah meninggal dunia di Mexico, negara yang mula mencetuskan virus itu.


Di Malaysia, pihak berkuasa kesihatan dan agensi-agensi lain telah bersiap sedia bagi menangani wabak itu daripada menular ke negara ini.


Orang ramai dinasihatkan supaya segera berjumpa doktor jika terdapat tanda-tanda seperti demam panas, batuk, hidung berair, lenguh anggota badan dan radang paru-paru.


Maklumat lanjut mengenai wabak ini boleh diperoleh dengan menghubungi Kementerian Kesihatan, 03-8881 0200 atau 03-8881 0300.


Awang berharap orang ramai tidak memandang ringan dengan virus ini kerana ia boleh disebarkan dengan cepat melalui udara dan manusia. Ikutilah pengumuman pihak berkuasa dari semasa ke semasa menerusi media massa.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan wabak itu sebagai ‘‘darurat kesihatan awam yang membimbangkan dunia’’.


Perlu diingat virus ini lebih berbahaya berbanding virus selesema burung (H5N1) dan Japanese encephalitis (JE) yang pernah berlaku di negara ini. Selesema babi ini, menurut WHO, ialah gabungan virus babi, burung dan manusia, sekali gus.


Awang – Sakit terus ke hospital.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR