FOLLOWERS

Thursday, 16 April 2009

TKM1 PULAU PINANG : DSAI TIDAK PERCAYA PADA DUA ADUN ?

Berita Harian
16 apr 2009

Anwar hadapi tekanan politik dalaman: Guan Eng

GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak menolak kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi tekanan politik dalaman untuk menentukan calon Timbalan Ketua Menteri I baru bagi menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang meletak jawatan minggu lalu.

Guan Eng yang tidak dapat mengumumkan nama Timbalan Ketua Menteri I semalam seperti dijanji sebelum ini, berkata kelewatan itu berikutan kegagalan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti berkenaan bagi mengisi dua kekosongan yang wujud, termasuk satu Exco. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : KM Lim Guan Eng pening kepala kerana calun PKR untuk jawatan TKM1 Pulau Pinang bagi mengantikan YB Fairos yang bakal menghadapai tuduhan rasuah belum dikemukan oleh PKR sehingga semalam.


Ini menunjukkan DSAI tidak percaya kepada 2 ADUN PKR yang ada sekarang di dalam pentadbiran kerajaan negeri tersebut. 2 ADUN berkenaan sepatutnya berasa malu kerana anda berdua amat tidak dipercayai lagi oleh DSAI. Padan muka anda. Itulah cara pemimpin yang anda dewakan sangat.


Apa lagi tafsiran yang boleh diberi akibat kelewatan ini ? Bukan ada 100 ADUN PKR di dalam kerajaan Pulau Pinang. Hanya ada 3 orang termasuk YB Fairos dari kalangan ADUN Melayu PKR di Pulau Pinang. Yang keduanya , PK kerap melaungkan meritokrasi di dalam pentadbirannya.


Mengapakah di dalam kes begini unsur kaum di ambil kira. PKR banyak lagi calun bukan Melayu yang layak dan lebih layak untuk calun TKM 1. Lantik lah mereka. Inilah baru meritokrasi. Jangan cakap sahaja. Dah 2 ADUN Melayu PKR tidak dipercayai oleh DSAI untuk menjadi TKM1 Pulau Pinang, lantiklah ADUN PKR lain yang bukan Melayu sebagai TKM 1 berdasarkan meritokrasi.


Jadi kepada 2 ADUN yang tidak dipercayai oleh DSAI tersebut, anda berdua patut merasa malu dengan senerio yang berlaku ini. Inilah taraf anda berdua pada kacamata DSAI. Jadi baik anda keluar sahaja dari PKR dan menjadi cakun bebas macam YB Ibrahim Ali. Anda berdua lebih bebas dan lebih bermaruah. ( Gambar : mungkin begitulah berserabutnya kepala DSAI untuk mencari calun TKM 1 tu. ) Kesian.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR