FOLLOWERS

Thursday 30 April 2009

STESEN LRT SENTUL : KOTOR DAN SELEKEH KERJA MENGECATNYA


Hari ini jam 5 petang PG cuba menaiki LRT dari masjid Jmaek Kuala Lumpur ke Stesen Sentul dan balik semula ke Stesen LRT Masjid Jamek Kuala Lumpur. Secara amnya kemudahan amat baik di dalam Tren. Tetapi apabila sampai di Stesen Sentul di dapati bangunannya, pemegang di escalater, tile, ruang pejalan kaki dan kaki lima serta sekir=tarnya amat menyedihkan, Penghuni Gua faham kerja-kerja mengecat sedang berjalan.


Tetapi berdasarkan kerja yang sudah siap di bahagian menunggu di atas di dapati kerja-kerja mengecatnya terutama dari segi mutu amat menyedihkan sekali. Keadaan lantai/tole ditingkat atas semuanya dipenuhi cat, dikaki lima, pemegang escalator semua penuh dengan titisan cat. Ada dilihat kesan pembersihan. Tetapi dibuat alakadar dan amat menyakitkan hati melihatnya. Lebihan cat, kapur cat dan kain-kain serta peralatan mengecat dilonggokkan diluar bahagian belakang stesen. Keadaan amat buruk sekali.
/

Bagaimana pemantauan yang dibuat oleh Rapid KL mengenai kerja-kerja mengecat ini. Kalau ikutkan spesifikasi keja memang tidak lulus dan tidak sepatutnya Rapid KL mengeluarka pembayaran ke atas kontraktor ini.

Kemudahan LRT dan stesen ini bertaraf kelas pertama tetapi kerja-kerja pemantauan dan kebersihannya amat menyedihkan sekali. Berbillion kerajaan habiskan wang untuk membinanya. Dengan senang sahaja kontraktor serta mereka yang bertanggungjawab membuat pemantauan terhadapanya merosakkan dan mencacatkan kemudahan ini.


Kepada Rapid KL ambil tindakan segera. Singkirkan kontraktor ini. Kepada Dato Bandar KL , jangan duduk dalam hawa dingin saha dan terus membutakan mata. Keluarlah dari kepompong anda. Jangan bila PM turun padang maka membontotlah anda dan berpeluh-peluh mengikutnya seolah letihnya anda semua bekerja. Semua hampas dan hipokrit sahaja.


Kepada Menteri Wilayah , Jangan turun padang hanya apabila PM turun. Kemudian senyap. Anda masih muda dan bertenaga. Keluarlah 1 jam setiap hari. Tak usah pergi jauh, lihar sekitar Bangunan Dewan Bandaraya KL sendiri. PG lihat pun naik menyampah. Nak cakap pun malas. Lihatlah sendiri jika tak percaya.

Penghuni Gua : Dalam pengurusan organisasi, sesorang pemimpin atau pengurus perlu lakukan salah satu perkara ini : " Memantau jangan........................."

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR