FOLLOWERS

Sunday, 26 April 2009

HEBEAS CORPUS



1. Hebeas Corpus.

Satu cara pemulihan (remedy) untuk menyelamatkan mereka yang ditangkap atau ditahan secara tidak sah. Writ tersebut memerlukan pihak berkuasa yang membuat tahanan untuk memberi sebab-sebab tahanan dan sekiranya sebab tersebut tidak sah maka mahkamah hendaklah mengarahkanya untuk dibebaskan. Permohonan boleh dibuat sesiapa saja,warga negara atau tidak ,di lepas dengan jamin atau tidak dan boleh diguna untuk menuntut ganti rugi.

Kuasa untuk membuat Habeas Corpus adalah :

i. Artikel 5(2) Perlembagaan.
ii. Seksen 365 CPC.
iii. Seksen 25(2) Akta Mahkamah Kahakiman, 1964

Kuasa ini diberikan kepada Mahkamah Tinggi sahaja.

Isu Habeas Corpus.

Di bawah artikel 5(1) menyatakan `no person shall be deprived of his life or personal liberty save in accordence with law`.

Isu yang timbul adalah definisi life (kehidupan),personal liberty (kebebasan diri) dan law (undang-undang).

Maksud kehidupan.

Bukan bermaksud bernafas dan hidup tetapi kehidupan dengan kemuliaan/dihurmati( dignity)sebagai manusia. Contohnya banduan yang diseksa dan ditindas. Di India kehidupan ditakrif sebagai termasuk keperluan hidup yang cukup bagi makanan,pakaian,perlindungan,kemudahan membaca dan menulis.

Maksud kebebasan diri.

Kebebasan bukan bermaksud kebebasan fizikal kepada diri. Ianya termasuklah dari tangkapan salah, penjara atau hukuman fizikal. Contoh lain seperti pemerhatian polis dan memereksa seseorang pada jauh malam dan menghalang pergerakan seseorang merupakan pencabulan kebebasan diri.

Maksud undang-undang.

Adakah undang dimaksudkan undang-undang sah atau undang tidak sah. Adakah undang-undang termasuk berbentuk prosedur dan substantive (kandungan) yang boleh di terima. Untuk melihat maksud ini keputusan-keputusan mahkamah hendaklah di kaji.Keputusan tersebut bolehlah di bahagikan seperti berkut :


i. Ilegality of Substance (kandungan salah) atau boleh dinyatakan juga tahanan yang melampau kuasa (ultra vires) / tanpa kuasa yang sah.

Contohnya dapat dilihat pada kes The Cheng Poh V PP [1979] 1 MLJ 50. di mana sabjek tahan di bawah undang-undang pencegahan di Serawak dan selepas itu dibawa dan ditahan di Semenanjung Malaysia di mana undang-undang tersebut tidak mempunyai kuasa.Tahanan demikian adalah salah.

ii. Ilegality of puspose (Tujuan salah) atau dengan niat jahat (mala fide) atau menyalah kuasa (abuse of power)/tidak munsabah.

Contoh dapat dilihat dalam kes Lui Ah Yong [1977] 2 MLJ 226 di mana sabjek telah ditahan salaam 8 tahun menunggu ianya dihantar ke negara asal.Tahanan demikian adalah salah.

Pada kebiasaanya Mahakamah tidak pernah mempersoalkan tujuan tahanan samada berniat baik atau tidak. Ianya adalah kuasa menteri untuk memutuskannya. Dalam kebanyakan permohonan berbentuk ini adalah gagal.

iii. Ilegality of procedure (tidak mengikut peraturan )/ ultra vires of procedure.

Contohnya dalam kes Puvaneswaran [1991] 3 MLJ 28 sabjek hanya dibekalkan satu salinan alasan tahanan di mana mengikut undang-undang adalah dua salinan.Mahkamah memutuskan tindakan berkenaan adalah menyalahi undang-undang.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR