FOLLOWERS

Friday 14 August 2009

PEMANDU TEKSI BERPERANGAI SAMSENG / PENYAMUN DI HENTIAN PUDU RAYA ! TIADA TINDAKAN !

Penghuni Gua : Pagi tadi jam 0800 PG menaiki bas Transnasional dari Pudu Raya ke Melaka.

2. Apa yang hendak diceritakan ialah gelagat penyamun / samseng pemamndu teksi di kawasan pudu raya ini. Kawasannya ialah di tempat parking di hadapan Hentian Pudu Raya iaitu betul-betul disebelah hotel Citin. Pemandu teksi penyamun / samseng ini menjalankan kegiatan mereka.


3. Hampir 30 minit PG perhatikan mereka ini mengambil penumpang dengan menggunakan tambang tanpa menggunakan meter. PG melihat sendiri di mana seorang pelancung India yang hendak ke KLCC apabila ditanya mereka mengatakan harganya RM30.00.

4. Semua teksi yang parking di sini akan mengenakan tambang tanpa meter. Selain itu menyusahkan bas dan kenderaan yang lau lalang untuk bergerak kerana teksi ini meletakkan kenderaan secara berlapis. Juga kawasan ini adalah hanya untuk Bas Bertingkat sahaja. Ia bukan parking untuk teksi.

5. Pihak JPJ ada membuat pemantauan di kawasan ini iaitu di kawasan menghadap ke Centarl market. Mengapakah perkara ini ( terutama mengenakan tambang tanpa meter ) dibiarkan tanpa sebarang tindakan. Ia telah lama berlaku dan menjadi sungutan penumpang.


6. Susah sangatkah untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap teksi samseng ini? Kemana JPJ dan LPKP. Masih tidor lagi. Atau akan mula bekerja hanya apabila PM melawat Hentian Pudu Raya sekali lagi ?

7. Sudah berbuih dan letih PM mengarahkan agar sistem penyampaian diperbaiki. Bos-bos masih memandang syiling di kerusi empuk masing-masing. Mana manalah 6 NKRA PM akan tercapai kalau ketua-ketua jabatan seperti ini masih tidor?

9 comments:

  1. salam bro,

    Naik keta sendiri lagi best bro....hati tak sakit.

    ReplyDelete
  2. ITULAH INDAHNYA KERAJAAN NAJIB. KALAU DAH TAU TEKSI TAK GUNA METER SAPA SURUH NAIK JUGAK. KAN KENA SEMBELIH TENGKUK. UNDILAH BN, KAMI SEJAHTERA TANPAMU

    ReplyDelete
  3. buat pengetahuan PG pemandu2 teksi di puduraya mmg penyamun dan samseng sejak dari dulu lagi.Mangsa2 mereka adalah pelancong2 asing serta rakyat tempatan yg baru sampai dari kampung.Pihak JPJ dan LPKP telah lama tahu berkenaan pemandu2 teksi ini cuma pemantauan dan tindakan2 yg dilakukan teramat lemah serta tidak menakutkan pemandu2 samseng ini.

    ReplyDelete
  4. biasalah orang melayu kalau kerja semua macam p*k*.

    Nak duduk rileks je. Sepatutnya kerajaan harus bertindak tegas. tukar pentadbiran kerajaan seperti swasta. mana mana pekerja yang tidak produktif dibuang terus.

    masih ramai lagi orang menganggur yang memohon kerja. kenapa sampah seperti ini masih disimpan?

    ReplyDelete
  5. Tukarkan aje Ketua Jabatan LPKP dan JPJ tu...

    Kalau dah menjangkau umur 55thn...suruh mereka pencen awal...bagi orang muda bekerja...

    Fm: ada Masyukkkkk ka ??

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Kawan akui benar apa yang PG cakap, kebanyakan kawan jumpa pemandu teksi di KL ni penyokong-penyokong pembangkang....., macam-macam cerita burukkan kerajaan BN.

    Pasal pengikut pembangkanglah mereka ini berperangai perompak dan samseng, sapa ajar ?

    Untuk pengetahwan Dollah, janganlah manusia yang kurang ajar ni buat perangai, Najib awak nak salahkan... tu kat serambi Mekah, semua maksiat berlaku Nik Aziz tak cukup ajar ke ?

    ReplyDelete
  7. Perbezaan yang amat ketara saya lihat di antara pemandu teksi di Singapura dan pemandu teksi di Malaysia. Pemandu teksi di Singapura hanya mengenakan surcaj untuk tempahan awal, surcaj tengah malam dan harga tambang mengikut meter sebenar. Tiada satu pun teksi yang saya naiki mengenakan tambang tanpa meter. Itulah hakikatnya apabila penguatkuasaan di jalankan.

    ReplyDelete
  8. PG, nanti aku report kat Ketua Pengarah aku, Datuk Hj Solah. Mungkin benda ni terlepas pandang...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    ReplyDelete

PETA PELAYAR