FOLLOWERS

Friday 19 March 2010

CHINA PRESS : INGATKAN TENGGELAM MALAYSIA DI LAUT CHINA SELATAN , RUPANYA ......




Kementerian Dalam Negeri berpuas hati dengan penjelasan China Press mengenai laporan peletakkan jawatan Tan Sri Musa Hassan (bawah) sebagai Ketua Polis Negara.

Akhbar itu juga bersedia memohon maaf kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz hari ini.

"Ketua Editor mengaku silap kerana memuatkan berita tersebut tanpa disahkan kebenarannya.
"China Press dan Ketua Editornya bersedia memohon maaf kepada Menteri Dalam Negeri. Mereka berharap bertemu dengan Menteri bagi tujuan ini," katanya dalam satu kenyataan media. Berita lanjut : KLIK

Akhbar harian Cina, China Press hari ini menggantung ketua pengarangnya, Teoh Yong Khoon selama dua minggu berikutan keputusannya menyiarkan laporan peletakkan jawatan Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara, Sabtu lalu.

Akhbar itu juga dalam permohonan maaf sebanyak empat perenggan di muka hadapannya hari ini berkata mereka menyesali tindakan berkenaan Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Letih, letih dibuatnya.

2. Gemparnya seolah akan kiamat dunia ini. Seolah boleh tenggelam Semenanjung Malaysia ini ke dalam Laut China Selatan. Tindakan dan penyudahnya ............hmmmmmmmmmmmmm. Hampas.

3. Ketua Editor kena gantung 2 minggu. Bukan mati pun. Kalau dibuang terus PG berpendapat ada juga sedapnya dan menunjukkan China Press bertanggungjawab. Sekadar pwngantungan 2 minggu terhadap ketua Editornya, seolah China Press masih mempertahankan tulisan / berita itu dan editornya.

4. Yang bodohnya ialah KDN. Hanya menjadi bahan lawak dan gelak ketawa. Inilah sudah dan jadinya sekiranya pentafsiran 1Malaysia dalam skop yang sempit. Nak ambil tindakan kepada akhbar pun takut.

5. Apa ni. Apa nak jadi akan datang. Dan tindakan ini akan menjadi ikutan kepada akhbar lain. Buat dan tulis dulu perkara perkauman dan sensitif serta belum tentu benarnya dan kemudian minta maaf. pak menteri pun maaf.

6. Kemudian, perkara ini akan berulang lagi. Di mana nak letak muka kerajaan jika begini? Kerajaan masih ada telor atau masih bertelor ke ? Inilah puncanya segala apa kemelut yang melanda negara kebelakangan ini. Tiada ketegasan dalam tindakan-tindakan kerajaan. Itulah pada pandangan rakyat terbanyak. Sebab itu banyak dari rakyat ini semakin besar kepalanya!!!

7. Menyampah. Letih, letih kami memikirkannya.

9 comments:

  1. Elok di buang dalam sungai di Kemaman, boleh juga jadi udang galah..

    ReplyDelete
  2. itu sajalah yang mampu dilakukan oleh KDN dan Menteri Amaran.. kalau lebih-lebih kang, hilang pulak undi kaum Cina pada PRU 13 nanti.

    Mohon link blog tuan dengan http://theflyingkick.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Stendet la... pemikiran ala-ala pemimpin melayu

    ReplyDelete
  4. CUCU TOK SELAMPIT
    SAYA DAH MASUKKAN DALAM MY BLOG LIST SAYA MENGENAI BLOG ANDA. TQ

    ReplyDelete
  5. Apa nak heran, keris pun masuk balik sarung.

    ReplyDelete
  6. jaga hati cina la katakan..ceh!

    ReplyDelete
  7. Salam PG,

    1 Anda letih memikirkan masalah pemikiran mereka.

    2 Mereka pula letih memikirkan macam mana nak berfikir. Akhirnya mereka tak ingat dah macam mana nak berfikir, lalu, taklah mereka itu berfikir.

    3 Tapi yang tak payah difikirkan ialah AMARAN, dan AMARAN, dan AMARAN. Yang ni tak payah susah-susah nak difikrirkan; otomatik jadi. Jati dirilah katakan... Apa kata Dr M dulu? ...Haprak...? Dah betul lah tu...

    ReplyDelete
  8. sarung keris takpa, ni siap pergi China mintak ampun. apa kejadah la kadang2 kerajaan ni. buat malu betul. cepat melatah!!!!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR