FOLLOWERS

Showing posts with label POLITIK / MEDIA / KDN. Show all posts
Showing posts with label POLITIK / MEDIA / KDN. Show all posts

Friday, 19 March 2010

CHINA PRESS : INGATKAN TENGGELAM MALAYSIA DI LAUT CHINA SELATAN , RUPANYA ......




Kementerian Dalam Negeri berpuas hati dengan penjelasan China Press mengenai laporan peletakkan jawatan Tan Sri Musa Hassan (bawah) sebagai Ketua Polis Negara.

Akhbar itu juga bersedia memohon maaf kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz hari ini.

"Ketua Editor mengaku silap kerana memuatkan berita tersebut tanpa disahkan kebenarannya.
"China Press dan Ketua Editornya bersedia memohon maaf kepada Menteri Dalam Negeri. Mereka berharap bertemu dengan Menteri bagi tujuan ini," katanya dalam satu kenyataan media. Berita lanjut : KLIK

Akhbar harian Cina, China Press hari ini menggantung ketua pengarangnya, Teoh Yong Khoon selama dua minggu berikutan keputusannya menyiarkan laporan peletakkan jawatan Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara, Sabtu lalu.

Akhbar itu juga dalam permohonan maaf sebanyak empat perenggan di muka hadapannya hari ini berkata mereka menyesali tindakan berkenaan Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Letih, letih dibuatnya.

2. Gemparnya seolah akan kiamat dunia ini. Seolah boleh tenggelam Semenanjung Malaysia ini ke dalam Laut China Selatan. Tindakan dan penyudahnya ............hmmmmmmmmmmmmm. Hampas.

3. Ketua Editor kena gantung 2 minggu. Bukan mati pun. Kalau dibuang terus PG berpendapat ada juga sedapnya dan menunjukkan China Press bertanggungjawab. Sekadar pwngantungan 2 minggu terhadap ketua Editornya, seolah China Press masih mempertahankan tulisan / berita itu dan editornya.

4. Yang bodohnya ialah KDN. Hanya menjadi bahan lawak dan gelak ketawa. Inilah sudah dan jadinya sekiranya pentafsiran 1Malaysia dalam skop yang sempit. Nak ambil tindakan kepada akhbar pun takut.

5. Apa ni. Apa nak jadi akan datang. Dan tindakan ini akan menjadi ikutan kepada akhbar lain. Buat dan tulis dulu perkara perkauman dan sensitif serta belum tentu benarnya dan kemudian minta maaf. pak menteri pun maaf.

6. Kemudian, perkara ini akan berulang lagi. Di mana nak letak muka kerajaan jika begini? Kerajaan masih ada telor atau masih bertelor ke ? Inilah puncanya segala apa kemelut yang melanda negara kebelakangan ini. Tiada ketegasan dalam tindakan-tindakan kerajaan. Itulah pada pandangan rakyat terbanyak. Sebab itu banyak dari rakyat ini semakin besar kepalanya!!!

7. Menyampah. Letih, letih kami memikirkannya.

PETA PELAYAR