FOLLOWERS

Friday 28 May 2010

DSAI NAK DEDAH RASUAH : SIAPA DEDAH SIAPA DSAI !





PKR hari ini berkata parti itu mempunyai 'bukti kukuh' bagi menyokong dakwaan bahawa ahli parlimen mereka yang berpaling tadah disogok sekurang-kurangnya RM2 juta dan ditawarkan kontrak kerajaan yang bernilai jutaan ringgit.

Ketua Pembangkang, datuk Seri Anwar umum yang juga ketua umum PKR berkata pendedahan serta bukti yang bakal dikemukakannya akan menunjukkan rasuah politik yang diamalkan oleh pemimpin Umno dan agen-agennya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Apa cerita DSAI ini. Siapa dedah siapa sebenarnya. Yang sebenarnya DSAI yang terdedah dan telah terlondeh luar dalam.

2. DSAI dakwa MPnya yang keluar PKR dapat kontrak dari kerajaan BN hingga hampir 2 juta. Dedah aje le. Katanya tak mahu dedah lagi buktinya kerana nak lihat reaksi dari MP tersebut dulu. Dedah aje DSAI. Jangan le main tarik tali. Atau nak test market kot. Buahnya tak ada. Hanya nak cari isu. Perkara senang , nak disusahkan.

3. DSAI kata dia ada bukti kukuh. Dah kukuh dedah aje le. Mungkin sekukuh bukti DNA kes liwatnya yang terdahulu dan sekarang kot. DNA kes liwat DSAI lagi kukuh. Tetapi mengapa liat sangat nak bersumpah dan ke mahkamah. Mungkin bukti rasuah bekas MPnya itu sekukuh DNA kes liwatnya kot. Itu yang liat nak dedah seperti liatnya DSAI nak ke mahkamah.

4. DSAI juga cakap dia akan dedah bukti tersebut dalam masa terdekat. Bila dekat tu DSAI oii. Kes liwat anda pun dah dekat 2 tahun. Terhegeh-hegeh berjalan dan tersangkut-sangkut. DSAI ini , kalau bab gempak serah le pada beliau. Serupa le dengan si Shamsul AMK dan Azmin Ali. Azmin Ali dulu pun cakap akan dedah dalam masa terdekat berita yang menggemparkan iaitu bukti bahawa ahli UMNO yang membakar gereja di Ampang. Tapi dah hampir 6 bulan tak dedah dedah juga. Tapi Blogger mereka, masyaallah, mengwar-warkannya bukan main seolah esok lusa berbodonglah ahli UMNO akan ditangkap kerana membakar gereja. Gereja pun boleh percaya pulak tu.

5. Akhirnya , hanya pendedahan dan maklumat tahi minyak aje. Muka blogger mereka pun, buat selamba aje dan buat sardin aje bila dah tertipu.

6. Pendedahan DSAI di atas pun bukan main di war-warkan oleh Blogger PR. Akhirnya hanya pendedahan tahi minyak.

7. Setakat cakap aje , sudahlah DSAI oiii. Bukti saintifik seperti DNA anda tak percaya pulak . DNA dikatanya konspirasi. Pendedahannya berdasar cakap mulut suroh orang percaya pulak.

8. Konspirasi kot !!!!!!!!!!!!!!!!!!! DSAI yang mengatur konspirasi ni sebenarnya!!!! 16 sep pun entarh ke mana. Kata nak dedah juga nama-nama MP yang akan melompat ke PR. Habok pun tak ada!!!!!! Keh keh keh keh!!!!!!!!!!!

9. Temberang aje lebih. Nak buat macam mana!! Dah penyokong PKR memang suka dengar temberang. Jadi DSAI pun temberang lah. Padan muka!

Nota : Yang DSAI kaya raya dan buat rumah berjuta tu, datang duit dari mana. Gaji TPM dulu banyak mana sangat. Tak guna lansung gaji TPM tu pun tak boleh pun nak buat rumah RM34 juta tu. Jadi jangan temberang lah DSAI. Lihat diri sendiri.

12 comments:

  1. Yang lucu sangat...

    Katak 30orang sampai kat LKS dan TGNA pun dia tak dedah, rahsia konon, only "he had the numbers"!

    Bota

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..YG SYOK SKALI BILA SI POMPAN PUAKER PEEKAYYRAR ZURAIDAH MENGUTUK ADUN YG LOMPAT PARTI MCM ORG TERENCAT AKAL. TERMASUK CHUA DAN ZAID LA TU KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  3. Tuan,
    Rumah 34 juta ! Biar betul . Jgn buat fitnah , nanti kena saman . Ada bukti ke ? Gambar kot ?

    ReplyDelete
  4. Ni mesti jadi macam kes kotak yang disimpan di luar negara tu. Mana kotak tu? Dah berkulat atau memang tak wujud?

    Jesus Christ is not the same as Allah.

    ReplyDelete
  5. Kotak tu dah dimakan lipas sebab tu tak boleh dedah. Nasiblah penyokong setia PKR..tunggulah sampai akhir zaman. Kah!!Kah!!Kah!!Kah!!

    ReplyDelete
  6. maaf . pembetulan. rm 3.4 juta. kah kah kah kah

    ReplyDelete
  7. Salam,

    1 Berpolitik utk rasuah. Merasuah demi pilitik. Sama saja. Dan sama saja para pelakonynya; baik drp Pkr [termasuk ketika dlm Umno dulu], drp Umno, drp Pas. Dan yg paling malang & sungguh2 menghinakan - mereka Muslim, yg agama lslam mereka MENGHARAMKAN makan-pakai dgn harta/ pendapatan HARAM. Rasuah termasuk harta/ pendapatan HARAM.

    2 Walhal, dlm al-Quran yg mereka mengaku beriman dgnnya ada peringatan, sekaligus amaran drp Allah, maksudnya, "Wahai orang2 yang beriman, jagalah diri kamu & alhi2 kamu daripada [bakaran] api neraka". Dan rasuah itu tiket free ke negara. Benar2 mereka ingin & bersedia ke sana dgn mengheret bersama sesiapa saja yg pernah menjadi tanggungan & kongsi rasuah mereka. Dan juga ayat al-Quran yg menyatakan bahawa daging yang tumbuh drp hasil yg haram HANYA NERAKA SAJA YG LAYAK BAGINYA. Apakah mereka ini masih beriman dgn ayat2 ini? Atau mereka fikir mudah nanti bertaubat sebelum mati? Kalau sempat! Bukankah banyak drp rakan2 mereka yang mati mengejut ketika masih segar- bugar bersenang-lenang dgn harta yg dihimpun dgn jalan yg busuk itu? Benar2 nekad mereka ini.

    2 Kembalilah kepada politik lslam, wahai sdra2 Muslim yg merasuah & dirasuah - politik yg menjadikan seorang aktivis politik Muslim sangat hampir dan takut kepada Allahnya, tetapi Allahnya pula sangat menyayanginya kerana dia berpolitik demi menegkkan hukum2-Nya [syariat], demi mensejahterakan kehidupoam manusia lain.

    3 Carilah dunia, tapi dgn satu antara dua sebab: utk senang di dunia & selamat di akhirat, atau kesenangan di dunia yg menjamin siksa [yg amat pedih] di akhirat. Dan rasuah PASTI menjamin yg kedua.


    Abfaiq.

    ReplyDelete
  8. Ada budak tu kata dia ada bukti (siap no IC) orang UMNO bakar surau dan tempat ibadat. Sampai sekarang tak keluar2 lagi bukti tu..

    Pandai mereka buat lawak...

    ReplyDelete
  9. kah kah kah!
    rasuah lagi,
    lagi, lagi rasuah,
    siapa yg rasuah,
    polis, jpj dan posmen,
    jabatan hutan, pejabat tanah,
    tanyalah pada SPRM,
    tentu rasuah tak lebih RM10.000,

    kah kah kah!
    enjin kapalterbang,
    prebet diperasuahkan,
    kapal selam,
    altantuya diperasuahkan,
    negara dah nak bankrap,
    PAS diperasuahkan,
    Sabsidi ditarik balik,
    PKR diperasuahkan,
    100 bilion lesap zaman mahatir,
    DAP diperasuahkan,

    kah kah kah!
    rakyat sedia memaafkan,
    tapi UMNO/YAHUDI/APCO tak mahu dimaafkan,
    rakyat mahu tengok perubahan,
    tapi batu mana mahu berubah,
    rakyat telah pemaaf,
    1999 lahir kecil hati,
    mula menunjuk belang,
    berjanji ingi bertaubat,
    rakyat telah pemaaf,
    pak lah 2004 bukti,
    tapi UMNO berhati batu,
    rakyat rasa tertipu,
    2008 amaran diberi,
    rasuah masih dalam otak,
    takbur lagak masih dihati,
    fesyen lama masih lagi,
    lebih menyakitkan hati
    selepas ini rakyat tak mahu tertipu,
    rasuah fitnah sesuka hati,
    tapi ingat selepas UMNO mati,
    air kencing rakyat akan mencucuri,
    kubur UMNO hilang wangi.

    kah kah kah!
    bukan Anwar UMNO dipulau,
    bukan TGNA UMNO layu,
    bukan Guan eng UMNO tidak disetuju,
    bukan haji hadi UMNO dianggap kayu,
    bukan kit siang UMNO dibenci melayu,
    tapi hati UMNO mesti diubati,

    kah kah kah!
    jika PAS meroyan,
    rakyat tetap menolak UMNO,
    jika PKR tinggal tunggul,
    rakyat tetap menolak UMNO,
    jika DAP perkauman,
    rakyat tetap menolak UMNO.
    jika TGNA sesat,
    rakyat tetap menolak UMNO,
    jika Anwar terpenjara,
    rakyat tetap menolak UMNO,
    jika kit siang pro cina,
    rakyat tetap menolak UMNO,
    jika guan eng sindir melayu,
    rakyat tetap menolak UMNO,
    jika TGHH senyum kpd UMNO,
    rakyat tetap menolak UMNO,
    baiki diri sendiri,
    lihat apa dalam diri.

    Kah kah kah!
    sory nak pening kejap.

    JIKA ANDA RASA UMNO BOLEH HIDUP DI BUMI, SELEPAS GAGAL MEMERINTAH, SILA KOMEN DI BLOG INI,

    ReplyDelete
  10. umno adalah rasuah, dan rasuah itu adalah umno...umno lah pelacur politik bodoh!!

    ReplyDelete
  11. Mana paling bodoh? Setiap perjuangan ada prinsip dan matlamat.
    UMNO ada prinsip dan matlamat tak kiralah untuk apa sekali pun.
    PAS dulu ada prinsip menegakkan Syariah Islam, itu dulu..sekarang prinsip dia dah perbodohkan oleh DAP.
    Prinsip DAP sama rata dan sama rasa (prinsip komunis tu) tapi kira prinsip jugak.
    PKR tahun 1999 ada 10 prinsip, lepas tendang 9 prinsip tinggal 1. Dan sekarang yang 1 pulak kena tendang juga macam lagu 10 budak hitam. Jadi jelas tak ada prinsip, apa ke nama perjuangan tu?? Bro!
    Orang yang berjuang tanpa prinsip dan matlamat macam orang yang tidak sihat tendang tin tepi jalan (orang gila..lah, maaf bukan menghina orang gila). Pemimpin PKR dan penyokong yang berjuang tanpa prinsip dan matalamat, rasanya lebih gila dari orang gila. Fikir-fikirkan Bro! Gua pun dah menyesal terlanjur kejar mengejar dengan FRU sebelum ni. Sekarang duduk atas pagar lebih baik. Tiba masa pangkah ikut sedap hati, itupun kalau rajin nak berbaris tunggu giliran.

    ReplyDelete
  12. pendedahan eklusif DSAI ini dijangka akan mengambil masa 10-15 tahun sebelum terdedah .. kepada penyokong PKR dan Pakatan sila bersabar dan sentiasa berikan sokongan arr ..

    15 tahun nanti baru akan dibagitau ..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR